Ada Aku Kisah!
Hak Cipta Terpelihara.
Jadi sebarang Copy paste ADALAH DILARANG SAMA SEKALI!
Jika ada kesilapan ejaan atau pun ayat, harap maklum manuskrip Ada Aku Kisah! belum lagi di edit oleh pihak EDITOR.
Bab 23
“Lambat
ke sekolah hari ni?”
Aku yang
sedang terbongkok-bongkok mengusap bulu Bobo terkejut. Aku terdiam sejenak. Aku
tarik nafas dalam-dalam.
“Err..
sekolah. Lambat sikit sebab hari ni Siah masuk pertandingan memasak. Cikgu akan
jemput Siah sekejap lagi.”
Aku
kibas-kibas bulu Bobo yang terlekat di celah tapak tangan aku. Wajah tampan
Abang Kamal sedikit pun tidak aku jeling. Aku cuba nak lupakan Abang Kamal dari
ingatan aku. Aku sebak tiba-tiba.
“Hebat!
Di mana? Siah masak apa?”
Hebat
apanya? Aku bertanding pun belum! Aku mendengus dalam hati.
“Siah
masak apa?”
Abang
Kamal menyoal lagi setelah aku diam membatu.
Aku
langsung tak ada mood nak berbual pagi-pagi hari. Aku gementar satu hal. Kalau
boleh aku memang mengelak dari tersempak dengan Abang Kamal. Ya, lah tak lama
lagikan Abang Kamal akan bertunang dengan Kak Long, setelah rombongan merisik
keluarga Acik Munah datang minggu lepas. Aku dah nekad nak jauhkan diri aku
dari abang Kamal.
“Mesti
Siah masak specialkan?”
Abang Kamal
menyoal lagi. Aku melepaskan sebuah keluhan. Aku kais-kais kocek beg sekolah
aku. Ada sepeket biskut oreo. Aku bukak aku kunyah. Kali ni aku dah tak peduli
makan depan Abang Kamal. Hilang sopan aku.
“Bertanding
di Sekolah Bandar. Goreng cekodok pisang aje.”
Aku
menjawab sambil lewa. Biskut oreo dalam peket kecil hanya tinggal separuh. Aku
kunyah, aku telan, aku kunyah aku telan. Aku sayu dan sebak sebenarnya!
“Cekodok
pisang? Sedapnya... Siah kalau buat cekodok pisang memang best! Abang suka, mak
abang pun selalu puji.”
Erkkk..
betul ke ni? Atau aku silap dengar? Acik Munah puji cekodok pisang aku? Dan
abang Kamal pun sukakan cekodok pisang aku?
Cepat-cepat
aku simpan baki biskut oreo. Aku kebas-kebas uniform sekolah. Aku yang tadinya
santai duduk di atas buaian, terus berdiri. Berdiri dekat tepi pagar di mana
abang Kamal sedang berdiri. Aku menyengih macam kerang busuk! Kalaulah Olia
nampak mesti teruk aku kena kutuk.
“Errr...
nanti kalau ada masa Siah buat dan hantarkan ke rumah abang. Kesian Acik Munah
dah lama tak makan cekodok Siah. Minta maaf hari tu pisang yang Abang bagi dah
selesai Siah makan. Sorry ya Bang.”
Tersengih-sengih
aku. Memang aku makan kesemua pisang lemak manis yang Abang Kamal kirim pada
mak. Bukan aku tak tahu Abang Kamal belikan pisang tu untuk aku buat cekodok
pisang dan hantarkan sepiring untuk dia. Aku sengaja! Aku kan frust Abang Kamal
nak bertunang dengan Kak Long. Sebab tu aku sesah semua pisang tu. Mak marah!
Aku tak peduli aku makan sampai habis! Ada aku kisah!
“Tu
lah.. sampai laa Abang kempunan nak makan cekodok pisang Siah tu tau.”
Alolooo
kesiannya Abang Kamal. Aku rasa macam nak nangis pun ada!
“Tak
pe.. nanti Siah buatkan yaa.. special untuk Abang Kamal dan Acik Munah.”
Wah! Aku
kan.. tiba-tiba bersemangat bukan main lagi! Terbayang-bayang wajah Acik Munah
yang tersenyum memuji cekodok pisang aku.
“Terima
kasih Siah. Abang doakan Siah akan berjaya! Dapat no 1 Insya~ALLAH.”
Aku
tersenyum lebar. Hati aku berbunga-bunga.
Selepas
itu aku terdiam. Aku baru teringat yang Abang Kamal tidak lama lagi bakal
menjadi abang ipar aku dan bukan lelaki pujaan aku lagi!
“Apa
kata kalau hari Abang masuk meminang Kak Long tu Siah buatlah cekodok pisang.
Mesti tetamu yang datang suka. Cekodok Siah memang sedap! Abang tak tipu tau.”
Aku yang
tadinya bukan main menyengih bagai nak apa. Tiba-tiba terus ketat senyuman aku
terus ketat. Aku terlupa! Aku terlupa! Dengan siapa aku bercakap sebenarnya.
“Err....
err... Siah, masuk dalam dulu ya, Bang.”
Aku
cepat-cepat meluru masuk ke dalam. Abang Kamal yang tercengang-cengang dengan
tindakan aku, langsung tidak ku pedulikan.
Lantaklah!
Kau bukan milikku lagi Abang Kamal.
Aku
hempaskan badan di atas katil. Aku menangis sepuas-puasnya.
...............................
“Lap
sikit minyak di piring awak tu.”
Pengadil
menegur aku yang sedang leka mengemas peralatan memasak.
Aku lap
seperti yang di arahkan oleh pengadil. Aku toleh kanan dan kiri ada lebih 30
orang peserta yang menyertai pertandingan memasak. Aku telan air liur, aku
gementar tak sudah! Peluh yang meleleh di dahi aku lap dengan tisu. Tisu yang
Abang Kamal hulurkan pada aku dulu, sampai sekarang aku masih simpan rapi. Aku
lipat tisu yang hampir lunyai. Itulah kenangan manis suatu masa dulu bersama
Abang Kamal.
Wajah
Abang Kamal berlegar-legar di mataku. Sepanjang aku bertarung tadi aku asyik
membayangkan cekodok pisang special yang aku masak itu khas aku tujukan untuk
Abang Kamal dan sorry Acik Munah langsung tak kubayangkan! Buat sesak mata aje.
“Semua
peserta masa telah tamat! Sila berhenti dan hantarkan hidangan masakan anda di
meja pengadil.”
Aku
telan airliur. Syukur Alhamdulillah berakhir sudah satu penyiksaan.
Kini aku
gementar tak sudah menanti keputusannya. Kalah atau menang aku tak kisah
sangat, Cuma aku berharap sangat aku akan menang! Demi mempertahankan maruah
dan ego aku terhadap Halim dan kawan-kawannya yang samseng!
.............
“Tahniah!
Siah! Cikgu dah agak kamu memang akan menang!”
Aku
terangguk-angguk. Keputusan telah di umumkan. Tak sangka cekodok pisang aku mendapat
tempat pertama. Cikgu Suhailin adalah insan yang paling gembira. Aku yang pucat
tak berdarah tadi bukan main merah padam lagi muka setelah menerim imbuhan yang
cukup lumayan. Sebuah hamper sebesar aku dan wang tunai RM300.
“Terima
kasih cikgu. Kerana cikgulah saya menang. Cikgu sentiasa support saya.”
Terbayang-bayang
wajah tampan Abang Kamal tersenyum bangga ke arah aku, dan bukan kerana Cikgu
Suhailin dan sesiapa pun.
“Cikgu
dah agak! Awak memang boleh juara, sebab hidangan dan presentations awak pun
cantik dan kemas Siah. Cikgu bangga! Cikgu-cikgu sekolah dan kawan-kawan mesti
bangga dengan pencapaian awak.”
Aku
tersenyum gembira, tidaklah terlalu gembira kerana aku sedang bersedih hati
lagi.
Ramai cikgu-cikgu dari sekolah Bandar yang
bersalaman dan ucap tahniah kepada aku dan cikgu Suhailin. Tiba-tiba aku terasa
seperti artis gitu!
“Bagus!
Siah! Bagus! Ingat lagi sebulan kamu akan bertanding peringkat daerah pulak!
Kamu kena usaha dan praktis dari sekarang.”
GULP!
APA????
Aduhaii.. ini yang aku lemah. Ingatkan dah selesai. Rupanya ada lagi, wakil daerah
pulak dah. Ini yang aku malas! Aku takut!
“Alaa..
cikgu saya tak naklah. Cukuplah wakil sekolah aje cikgu.”
Hilang
semua rasa gembira dan bangga. Terus kecut perut aku.
“Tak apa Siah. Pertandingan ada lagi sebulan.
Sempat lagi nak praktis. Kali ni hidangan tengahari pulak. Lagi pun masakan
awak tadi mendapat pujian dari semua para juri. Cikgu yakin kamu memang layak
mewakili peringkat daerah dan sekaligus mengharumkan nama sekolah kita.”
Aku
terus terduduk. Wajah Abang Kamal tiba-tiba muncul. Mungkin pasal dia aku menang
kot?
Tangan
aku pantas mencapai 3 keping cekodok pisang baki bertanding tadi. Aku telan sekaligus!
Macam nak tercekik pun ada.
*Nama dan watak di atas tiada berkenaan dengan yang hidup atau pun yang mati*
Nantikan BAB...24 ;)
1 comment:
sudahlah Siah, mintaklah Abang Kamal tisu baru, tisu tu dah banyak bakteria Siah oi.. Siah.. Siah..!!
Post a Comment