Ada Aku Kisah!
Hak Cipta Terpelihara.
Jadi sebarang Copy paste ADALAH DILARANG SAMA SEKALI!
Jika ada kesilapan ejaan atau pun ayat, harap maklum manuskrip Ada Aku Kisah! belum lagi di edit oleh pihak EDITOR.
*photos credit to googles*
Bab 10
Amboi! Semenjak ada handphone baru yang Bang Ngah belikan aku,
kehidupan aku kian bermakna. Di pendekkan
ceritalah kan, setiap saat tak boleh berenggang dengan handset baru. Bang Ngah
dah pesan bukan sekali! Banyak kali sehinggakan terngiang-ngiang apa yang Bang
Ngah pesankan kat aku.
“Siah ingat ya, ini last Bang Ngah belikan handset Siah. Kalau
berendam lagi dalam ‘banjir kilat’ tu sorry! Pandai-pandailah Siah betulkan
sendiri. Bang Ngah tak nak tolong lagi!”
Setiap saat handset baru aku sentiasa aku jaga bagaikan menatang
minyak yang penuh! Jangan sampai tenggelam dek ‘banjir kilat’ kononnya.
“Siapa yang isi borang tak tulis nama ni?”
Aku terkejut dari lamunan. Panjang lamunan aku sehinggakan tak
perasan aku kini sedang berada di dalam bilik kelas.
“Saya dah tulis nama cikgu!”
Eh... ehh.. Halim musuh ketat aku tu kan! Ada aje suara nyaring dia
menyampuk. Menyampah aku! Aku menjeling dengan geram. Benci betul aku dengan
Halim. Semenjak aku dapat pujian tinggi menggunung selepas larian amal hari tu
dia macam nak cari pasal aje dengan aku! Dengkilah tu!
“Habis tu siapa yang tak tulis nama ni? Leceh betullah awak semua
ni. Macam budak darjah satu! Isi borang lupa tulis nama.”
Aku selamba aje, sibuk mengemas kotak pensil aku. Olia sejak tadi
leka membaca komik! Baguslah tu, masa cikgu ada baca komik! Lepas tu periksa
keputusan cukup-cukup makan aje!
“Saya bacakan! Sila ambil perhatian! Kalau tak ada yang mengaku.
Cikgu bagi markah kosong!”
Ramai pelajar-pelajar yang mengeluh. Tak berpuashati dengan
kelalaian entah pelajar mana yang cuai lepas tu tak nak pulak mengaku! Aku
menumpukan perhatian sepenuhnya. Peha Olia aku cubit. Geram betul dari tadi
kusyuk benar baca komik!
“Cita-cita pertama dia isi... pramugari.”
Mata cikgu Suhailin melingas sekitar bilik kelas. Aku? Terus telan airliur!
Takkan aku? Aku dah isi sepenuhnya borang. Bukan kau Siah! Rileks.. cool.. aku
memujuk hati aku yang tidak keruan tiba-tiba sahaja berdegup kencang!
“Lydia tak agaknya cikgu? Dia tak hadir hari ni.”
Mungkin juga, Lydia memang pelajar paling cantik dalam kelas aku, belajar
paling corot! Harap muka aje lawa!
Halim lagi! Tak ada orang lain ke nak bersuara? Aku mendengus
geram!
“Eh! Taklah Lydia cita-cita pertama dia nak jadi Doktor dan bukan
pramugari!”
Siti Aminah menyampuk. Kawan baik dia mestilah dia tahu. Aku yang
tadinya tenang terus resah dan gelisah! Mintak-mintak bukan aku!
“Cita-cita kedua dia tulis.. tukang masak professional! Siapa ni?”
GULP!
Aku ke? Aku ke? Mustahil aku boleh cuai tak letak nama aku masa
hantar borang maklumat murid?
“Cikgu! Tengok tulisan siapa?”
Kertas maklumat peribadi murid bertukar tangan. Halim lagi! Yang
jadi tukang sibuk. Bencilah! Aku mencemuh dalam hati.
“Ha! Ha! Saya kenal tulisan siapa ni cikgu!”
Halim berdekah-dekah ketawa sampai terbongkok-bongkok! Yang lain
tak tahu apa pun turut sama ketawa! Besar betul pengaruh si Halim tu kan!
“Pramugari! Tukang masak professional! Kah! Kah! Kah!”
Halim ketawa bagai nak rak. 2-3 orang pelajar dah berdiri di
hadapan. Capai kertas yang asyik di lambai-lambai oleh Halim di udara.
“Mung...mungkin saya punya cikgu!”
Aku tergagap-gagap. Tubuh aku menggeletar. Aku malu sangat!
“Pstt.. wei! Kau punya ke Siah? Betul ke?”
Olia berbisik di telinga aku yang bertutup dengan tudung sekolah.
“Awak Siah?”
Cikgu Suhailin terkejut melihat aku berdiri dengan payah.
Terkial-kial aku berdiri macam nak pengsan pun ya jugak!
“Agaknya lah..”
Aku teragak-agak mengaku. Memang sah! Itu aku yang punya! Nanti kau
Halim! Aku mendengus geram. Rasa macam nak tumbuk aje muka Halim yang macam
lanun!
“Mari sini tengok. Kalau awak punya, sila isi nama. Macam mana awak
boleh cuai?”
Cikgu Suhailin ketawa kecil. Aku tahu Cikgu Suhailin pun nak ketawakan
aku juga. Aku faham kenapa. Aku jeling Olia yang sudah menutup mulutnya dengan
kain tudung sekolah. Hanya nampak matanya yang sepet.
“WoHoo! Kalau Siah jadi pramugari aje memang menjunam kapal terbang
yang kita naik! Takut huhuhu!”
Riuh rendah suara pelajar mentertawakan aku. Aku rasa macam nak
lari balik kerumah dan kunci pintu jam tu jugak! Mak Tolong!! Aku menjerit di
dalam hati. Air mata bergenang di tubir mata. Aku tak sanggup lagi nak dengar
semua pelajar ketawakan aku.
Aku menapak ke meja cikgu. Aku tunduk. Tak mampu aku menahan
airmata yang mulai berat di kelopak mata. Akhirnya aku menangis teresak-esak. Nampaknya
maklumat murid yang peribadi itu dah tak peribadi langsung! Semua pelajar dah tahu
apa cita-cita aku.
“Kelas diam!”
Suara cikgu Suhailin meleking. Serta-merta kelas sepi. Aku yang
tunduk menangis terkejut beruk! Mujur tak pengsan!
“Awak semua ni kan. Tak patut buat Siah macam ni. Awak ingat apa?
Badan besar tak boleh jadi pramugari? Awak tahu tak pramugari di Arab semuanya
berbadan besar!”
“Ya, ke cikgu? Cikgu ni suka sangat baking Siah! Saya tahulah Siah tu
bijak!”
Halim menyampuk sambil terkekeh ketawa sambil mencebikkan bibirnya yang tebal!
“Tak percaya? Nanti cikgu tunjukkan. Awak ni kan Halim. Dari dulu
cikgu tengok awak memang selalu cemburukan Siah. Kenapa? Awak ada hati ke
dengan Siah?”
Semakin gamat kelas jadinya. Halim terus senyap! Muka seeh! Padan
muka kau! Aku menjerit kegembiraan.
“Saya tak ingin pun dengan Siah cikgu! Dia besar! Saya takut!”
Halim menjawab dengan nada marah. Aku tenung wajah Halim dengan
penuh kebencian.
“Aku lagilah tak ingin dengan kaulah Halim!”
Aku yang tadinya diam dan tunduk kini tidak lagi berdiam diri.
Kalau ikutkan hati aku eee... nak aje aku tumbuk muka Halim, sekarang jugak! Merah
padam muka aku. Nafas aku turun naik menahan marah yang berapi.
“Sudah! Diam semua. Duduk!”
Aku duduk ke tempat asalku. Olia mengenyit nakal. Aku yang masih
berendam dengan airmata sempat juga membalas kenyitan Olia.
“Siah. Cikgu nak tanya sikit. Kenapa awak pilih pramugari sebagai
kerjaya awak? Tolong terangkan kepada cikgu dan kawan-kawan awak. Agar mereka
yang selalu mencemuh dan suka usik kamu faham dan selepas ini mereka tidak akan
ganggu kamu lagi.”
Alaa.. nak kena terangkan ke? Aku malulah! Cikgu Suhailin ni pun
satu. Tak payahlah nak baking aku over sangat. Aku okay dah ni. Aku mengeluh di
dalam hati. Dengan payah aku berdiri juga. Aku tunduk dan mengumpul segala
semangat dan kekuatan yang ada.
“Saa...saya sebenarnya.. sebenarnya...”
Tergagap-gagap aku nak bercakap. Dan aku tak tahu apa yang aku
perlu cakap sebenarnya. Aku pun satu hal! Heei yang aku tulis pramugari tu
kenapa? Itu hanya angan-angan aku sahaja! Dan bukan cita-cita aku! Cari nahas
betullah! Kan Menyesal tak sudah!
“Cikgu saya nak tanya. Pramugari di Arab tu gagap jugak ke? Excuse me
mam.. you...you want coff... coffee... or tttt... tea?”
Gamat lagi. Kali ini ada yang bergendang atas meja. Bingit telinga
aku! Menggeletar seluruh anggota badan aku. Aku macam nak menjerit sekuat hati!
Aku benci jadi bahan ejekkan kawan-kawan di kelas.
“DIAM!!!”
Cikgu Suhailin menghempaskan buku tebal di atas meja. Kelas yang
gamat kembali sunyi sepi. Aku masih terkulat-kulat. Aku berdoa cikgu Suhailin
akan cepat keluar dari kelas. Sebab aku dah tak sabar-sabar nak tempeleng muka
Halim si samseng tu!
“Teruskan Siah. Cepat sikit!”
Cikgu Suhailin lebih tegas dari tadi. Aku angkat muka. Dengan
seluruh kekuatan dan semangat yang ada aku mulalah bercakap dengan bangganya.
Seolah-olah aku yang sedang berdiri dan berbadan besar ini adalah seorang
pramugari yang sedang mengenakan uniform kebaya! Kebaya ala pramugari Mas dan
bukan dari Arab!
“Saya berminat nak jadi pramugari sebab.. pertama kerana saya suka
melancong. Satu hari nanti saya akan ke serata dunia tanpa perlu membayar tiket
penerbangan yang mahal. Segalanya percuma!”
Separuh kelas bersorak! Bukan mentertawakan aku lagi, tetapi bangga
dengan apa yang aku cakapkan sebentar tadi. Sangkaan akulah agaknya tu!
“Saya juga bercita-cita ingin menjadi pramugari kerana, saya ingin
berkhidmat kepada Negara. Saya ingin buktikan kepada semua masyarakat orang
seperti saya juga mampu melayan penumpang di atas kapal
terbang. Satu hari nanti saya juga
ingin membawa kedua ibu bapa saya menunaikan haji dan saya akan melayan kedua
orang tua saya seperti raja di atas kapal terbang! Sekian terima kasih. Dah!
Cikgu tu aje.”
Riuh-rendah pelajar-pelajar bersorak! Ada yang bertepuk tangan dan
ramai yang bersiul. Aku tunduk hormat tanda terima kasih beserta bangga tahap
maksimum!
“Bagus! Bagus! Cikgu bangga dengan kamu Siah. Kamu seorang yang berani
dan berjiwa murni.”
Kembang-kempis hidung aku yang besar. Olia bukan main lagi, paling kuat
tepuk tangan dan dia jugaklah tukang bersiul kalah pelajar lelaki!
Halim? Senyap terus macam tikus!
“Psst... Amboi Siah! Cayalah! Macam YB berucap aku tengok tadi. Tapi
ayat kau tu macam budak darjah 2 lah! Kah! Kah!”
Olia berbisik, sempat juga ketawakan aku.
Ada aku kisah!
*Nama dan watak di atas tiada berkenaan dengan yang hidup atau pun yang mati.*
Bersambung....
Nantikan Bab 11...
No comments:
Post a Comment