Ada Aku Kisah!


Manuskrip Ada Aku Kisah!

DI LARANG COPY PASTE!

HAK TERPELIHARA

TEKAN 'SIGN IN' ANDA DI DALAM LIST KESAYANGAN SAYA EKK...

Sunday, September 9, 2012

Ada Aku Kisah! BAB 4


Ada Aku Kisah!


Hak Cipta Terpelihara. 
Jadi sebarang Copy paste ADALAH DILARANG SAMA SEKALI!
Jika ada kesilapan ejaan atau pun ayat, harap maklum manuskrip Ada Aku Kisah! belum lagi di edit oleh pihak EDITOR.

Ada Aku Kisah!
bab 4
*photos credit to googles*

BAB 4
Penat berlari! Aku lap peluh yang meleleh tepi pipi. Guna leher t-shirt aku je. Nafas tercungap-cungap. Aku kerling jam kat dinding. Lah! Baru 5 minit rupanya aku berlari dah terasa seluruh urat sendi aku sengal macam nak apa dah ni! Tak pe.. tak pe.. teruskan lagi! Samsiah kau kena buktikan pada Halim dan kawan-kawannya yang samseng tu bahawa kau adalah Samsiah Sulaiman yang pantang di cabar! Go! Samsiah! Go!
“Subhannallah... ini dah kenapa ni?!”
Nyaris aku tak tersembam atas lantai. Baru aje nak berlari. Tiba-tiba sahaja mak sergah! Apasal mak cepat pulak balik dari surau? Hadoi ni yang aku lemah.
“Dah kenapa, apa pulak mak? Siah tengah berlatih berlari ni hah!Mak tak Nampak ke? Lagi 5 hari larian amal tu nak mula. Mak kenalah sokong Siah bukan berleter aje.”
Tak agak-agak aku menjawab! Tahulah nasib aku sekejap lagi Samsiah Oii!
“Aik! mak  belum lagi berleter Siah, kau cakap mak berleter. Tu.. sana tu.. orang berlari tengah padang taman sana tu hah! Bukan dalam rumah! Ni kerusi meja semua kau tolak ke tepi! Siapa pulak yang nak mengemasnya nanti? Lepas tu kau tinggal aje macam tu. Hish! Siah.. Siah..”
Kan...Mak dah mula berleter. Aku yang tadinya kepenatan berlari keliling ruang tamu tiba-tiba macam nak lari laju-laju ke tengah padang sana tu hah!
“Nanti Siah kemaslah mak. Mak janganlah risau. Siah ingat mak balik lewat petang, tu yang Siah berlari aje dalam rumah. Esok lusa Siah berlari ler tengah padang taman sana tu hah.”
Aku tetap mempertahankan hak aku. Kalau aku berlari tengah padang taman sana tu hah. Terkejut beruk jiran tetangga aku nanti!
“Mujur mak balik awal. Kalau tidak habis meja makan di dapur tu kau alih. Ehh.. dah berapa jam Siah berlari tengah rumah ni? Nampak berpeluh sakan. MAcam tu lah bersemangat nak kuruskan badan kau tu Siah. Kalau macam ni Mak sokong Siah.”
Mak kan memang sengaja nak cari pasal dengan aku. Dalam menyokong tu sempat lagi mak menyindir. Sakit tau telinga Samsiah ni mak!
“Hah! Dah tak jadi berlari pulak? Apasal tercegat aje kat situ? Berlarilah.. biar mak tengok. Mak ambil masa nak? Mana Handset Siah biar mak tengokkan.”
Aku cepat-cepat susun kerusi, meja yang aku tolak ke tepi. Aku angkat! Aku hempas! Geram betullah. Siap nak tolong ambik masa dah pulak! Mak.. Mak.
“Sambung esok! Siah dah penat berlatih.”
Aku jawab dengan selamba. Muka tetap masam mencuka. Memang muka itulah yang mak selalu pandang. Tak jemu jelak agaknya mak tengok aku selalu moody.
“Dahlah tu.. meh! Mak temankan Siah berlari depan padang taman sana tu hah!”
Gulp! Betul ke apa yang aku dengar baru sekejap tadi? Mak nak temankan aku berjogging kat tengah padang taman sana tu? Betul ke ni? Aku raup muka aku. Betul aku memang masih berdiri dan bukan bermimpi di atas tilam lapuk aku tu!
“Serius ke ni mak?”
Mak mengangguk. Aku apa lagi! Terus meluru capai kunci rumah. Aku tarik lengan mak. Sebab tulah aku sayang sangat kat mak aku! Ya! Sangat!

.........................

Aku terduduk atas rumput. Nafas aku tercungap-cungap macam ikan terdampar atas simen. Tak sangka aku, mak memang boleh jadi coach yang ‘ baik!’ Dah 30 minit aku di kerahnya berlari tanpa henti! Agaknya mak terlupa, hari ini adalah hari pertama aku berlari di tengah padang taman. Mungkin juga mak terlupa aku bukan Kak Long yang sentiasa maintain slim forever! Aku Samsiahlah mak! Aku menjerit dalam hati.
“Bangun! Bangun! Jangan duduk nanti kaki cramp! Ishhh.. bangun mak kata! Berat betullah kau ni Siah!”
Lengan aku aje yang berjaya mak tarik. Tubuh aku yang dah basah kuyup macam di simbah air hujan langsung tak bergerak seinci pun!
“Siah penatlah mak! Macam nak pengsan dah ni! Rehatlah sekejap. Siah haus dah ni mak.”
Aku tak berganjak dari terus berlunjur atas rumput padang. Peluh yang merembes keluar aku biarkan sahaja. Tapak tangan aku yang lebar dan tembam aku kipas-kipaskan kemuka aku yang merah padam, kepanasan.
“Baru 3 kali pusing padang dah penat Siah? Air dah segelen kau minum! Mana tak berat nak berlari. Perut tu penuh dengan air aje. Ingat esok kau kena berlari 5 kilo meter! Bukan 5 meter nak! Bangun! Cepat bangun!”
Akhirnya aku bangun jugak! Bukan pasal mak. Tapi pasal aku teringat rumput kalau basah selalu ada anak-anak lipan! Aku geli! Eeee...
“Lahh! Nak ke mana pulak tu Siah?”
Nak angkat kaki pun susah. Aku gagahkan jugak berjalan. Kasut jogging yang baru ku beli 2 hari lepas aku jeling dengan penuh geram! Ini semua pasal si Halim dan kawan-kawannya yang samseng tu!
“Baliklah, nak kemana lagi kita mak? Hari dah nak senja dah ni.”
“Senja apanya? Baru pukul 5 petang ni Siah! Siah! Ehhh.. tunggu mak!”
Aku berjalan dengan payah, terasa sakit sangat betis sehingga ke peha aku. Mak aku tinggalkan di belakang. Teruskan atau tarik diri? Aku mula tawar hati.

...................................

“Aku Nampak kau dah susut sikitlah Siah!”
Olia terkekeh gelihati. Aku macam nak tenyeh aje mulut Olia dengan biskut kacang. Biar sememeh mulut Olia dengan biskut kacang yang aku suka tu. Sayang dan takut membazir dari terbuang begitu sahaja biskut kacang tu, aku telan sekaligus! Lepaskan geram pun ya jugak!
“Tak puas lagi nak sindir aku? Dah lama tak kena ceku pangkal peha kau tu kan!”
“Janganlah marah Siah. Aku ni kan kawan baik kau. Aku puji ikhlas ni tau. Memang kau dah susut sikit! Nak-nak tang muka kau tu.. Nampak macam dah runcing sikit.”
“Tu bukan susut! Bukan jugak cengkung! Tu tandanya pipi aku ni dah kempis sebab tiap petang kena dera dengan mak aku tengah padang taman sana tu hah! Menyesal pulak aku sambut cabaran si Halim dan kawan-kawannya yang samseng tu. Nak aje aku tarik diri.”
“Jangan! Jangan Siah! Nanti Halim dan kawan-kawan samseng dia tu gelakkan kau tak sudah. Kau kena teruskan. Aku tetap sokong kau sampai bila-bila.”
Olia ni kan kekadang aku memang tabik spring kat dia. Kekadang tu jugak aku rasa macam nak telan dia hidup-hidup!
“Agak-agak kau, berjaya ke aku ni berlari nanti? 5 kilo meter tau Olia. Bukan 5 meter. Aku takut pengsan aje tengah jalan. Ehh.. kau kena lari dengan aku tau. Kau jangan tinggalkan aku tau Olia. Kita lari pelan-pelan. Jangan laju sangat tau Olia. Kesian aku ni hah!”
Olia mengangguk laju. Itulah yang aku sayang sangat kat Olia.
“Ehh... mestilah! Alah kita lari je pelan-pelan. Lari laju pun bukannya dapat hadiah pun Cuma dapat sijil penyertaan aje. Apa yang kau nak risaukan. Nombor corot pun dapat sijil.”
Aku semakin bersemangat. Biskut kacang yang rangup lemak dan berkrim aku kunyah 3 biji sekali gus! Krup krap bunyi dia.
“Sijil penyertaan tulah yang penting untuk aku tau Olia. Kalau aku dapat aje sijil larian amal tu aku nak framekan dan gantung dekat dinding ruang tamu rumah aku. Aku nak tunjuk pada Abang aku bahawa aku Samsiah adiknya yang berbadan besar ni mampu berlari!”
Dengan wajah penuh riak aku berdiri sambil mencebikkan bibir. Olia aku perhatikan turut sama teruja dengan kata-kata aku tu tadi.
“Go! Samsiah! Go!”
Olia berdiri sambil menghentak-hentakkan kakinya seperti seorang wira memegang bendera untuk berperang sambil mengelilingi aku. Aku apalagi teruslah berucap seolah-olah akulah pelari yang berlari paling laju dalam larian amal itu nanti!


Bersambung...
Nantikan BAB 5.... ;)




No comments: