Ada Aku Kisah!


Manuskrip Ada Aku Kisah!

DI LARANG COPY PASTE!

HAK TERPELIHARA

TEKAN 'SIGN IN' ANDA DI DALAM LIST KESAYANGAN SAYA EKK...

Showing posts with label A KARYA SULONG ~ KAU MAWARKU~shahriah Abdullah. Show all posts
Showing posts with label A KARYA SULONG ~ KAU MAWARKU~shahriah Abdullah. Show all posts

Wednesday, May 18, 2011

KAU MAWARKU

:
♥ KARYA PERTAMA SHAHRIAH ABDULLAH BERSAMA BUKU PRIMA ♥
♥ TERBIT PADA TAHUN 2006 ♥
♥ KAU MAWARKU ♥

♥ BAB~8 MUKA SURAT~92/93 ♥
"Buka pintu ni cepat! Kami pencegah maksiat!"
Suara kasar dan tegas mengarahkan agar pintu teksi dibuka.
Najla tersentak. Baru dia sedar yang dia sedang duduk berduaan dengan Khairy di dalam teksi dengan keadaan yang gelap gelita. Mata Najla melingas memandang orang yang tidak di kenalinya.
..................
Tiga orang lelaki berkopiah mengarahkan Khairy turun untuk menyerahkan kad pengenalan diri. Najla masih pengsan. Khairy lihat dengan pandangan yang benar-benar rasa bersalah dan takut.
"Encik maafkan saya...sa...saya tak bermaksud..."
..................
♥ BAB 15 ♥

"Naj takutlah bang. Apa kata mama dan papa?"
Najla membiarkan jari-jemarinya diramas lembut oleh Khairy yang asyik tersenyum memandang Najla yang masih ragu-ragu dan bimbang.
"Naj tak ingat ke? Kerana mereka semua itulah, abang dimasukkan ke dalam penjara. Mereka kurung abang demi cinta abang terhadap Naj, tapi abang pasrah. Pasrah dengan apa yang mereka lakukan terhadap abang. Kalau abang jahat, sudah lama abang saman mereka semua. Ini semuanya kerana Naj!"
..................
"Baiklah! Kalau macam tu Naj setuju kalau kita bernikah di Siam?"
Khairy tidak mahu buang masa lagi.....
..........................
♥ BAB ~ 16 ~ 
 
"Kenapa Najla yang kamu jadikan mangsa? sebenarnya apa yang kamu mahu?" Dato Nordin meninggikan suaranya. 
"Najla! Itu yang saya mahu!"
Khairy membalas kata-kata Datuk Nordin. Senyumannya sinis sungguh menyakitkan hati. 
"Kenapa mesti Najla? Kenapa bukan orang lain yang kamu jadikan mangsa?" 
Dato Nordin mengetap bibirnya menahan geram. 
"Sebab saya cintakan dia. Dia pun cintakan saya. Salah?" Khairy sengaja menyakitkan hati Datuk Nordin. Sedikit pun Khairy tidak gentar. Kerana minyak penunduk sudah dicalit di kening dan di lelangit tekaknya. Ini semua ikhtiar Abu sebelum ke sini. 
"Kurang ajar!" 
Datuk Nordin sudah berdiri menunjukkan penumbuknya ke muka Khairy.....................
 
KISAH... KAU MAWARKU INI BERSAMBUNG.... NOVEL KEDUA... CINTA NAJLA...
:
JANGAN LUPA DAPATKAN... TERUS PESAN DARI SAYA... JUST IN BOX DI LAMAN FACEBOOK SAYA.. YAA.. TQ KEPADA YANG TELAH MEMILIKI DAN KEPADA YANG SUDI TU... TERIMA KASIH...:)

Saturday, January 16, 2010

Kau Mawarku

Kau Mawarku

~Karya Sulong Shahriah Abdullah~

Kau Mawarku...
Mengisahkan tentang seorang wanita bernama Najla. Dia seorang yang cantik, bijak, berkerjaya dan anak tunggal kepada Dato Nordin dan Datin Munira. Dato dan Datin ingin menambahkan kesenangan dan kekayaan yang mereka ada. Herman adalah jodoh yang sesuai buat Najla. Jodoh yang telah mereka rancang sejak Najla masih kecil lagi. Najla tidak menyintai Herman, kerana dia menganggap Herman seperti Abang kandungnya sendiri. Pertemuan Najla dan Khairy si pemandu teksi telah mengubah rutin hidup Najla. Entah mengapa Najla tidak dapat melupakan Khairy. Khairy dan Abu telah bercadang ingin meneruskan misi mereka. Najla anak hartawan, cantik dan bijak tidak mungkin akan di lepaskan begitu sahaja. Sehingga suatu hari Najla dan Khairy di tangkap basah! Pertunagan Najla dan Herman diteruskan juga walaupun banyak halangan terpaksa di tempuhi bersama. Najla mulai menerima cinta Herman yang ikhlas terhadap dirinya. Malam majlis pernikahan... Najla telah lesap! Najla menjeruk hati semenjak dia berkahwin dengan Khairy, dirinya langsung tidak di pedulikan, duit habis di kikis, malah Khairy begitu berani membawa balik perempuan dan berhibur di hadapan matanya, di rumah mereka sendiri... Khairy di berkas polis, Najla di selamatkan oleh keluarganya... Herman menagih semula cintanya yang terputus di tengah jalan... adakah Najla akan menerima Herman? Bagaimana dengan Khairy?? Siapakah Ernita yang tiba-tiba sahaja muncul di tengah-tengah kebahagiaan yang baru di kecapi oleh Herman dan Najla???....

~Jawapannya ada di dalam kisah KAU MAWARKU... telah berada di pasaran! dan kisah ini juga bersambung..... dengan Novel ke 2 Shahriah Abdullah ~ CINTA NAJLA~....
~Shahriah Abdullah Novelis~