Ada Aku Kisah!


Manuskrip Ada Aku Kisah!

DI LARANG COPY PASTE!

HAK TERPELIHARA

TEKAN 'SIGN IN' ANDA DI DALAM LIST KESAYANGAN SAYA EKK...

Showing posts with label KUPASAN.... UNTUKMU YUNA. Show all posts
Showing posts with label KUPASAN.... UNTUKMU YUNA. Show all posts

Thursday, February 21, 2013

Sinopsis Untukmu Yuna


♥ Untukmu Yuna ♥

Terbitan Buku Prima ~ Tahun 2011

Muka Surat ~ 460

Harga ~ RM19.90

Sinopsis ♥ Untukmu Yuna ♥


Juliana (Yuna) dan Jannah (Ana) adalah dua beradik yatim piatu yang dipelihara oleh Pak Bashir dan Puan Kasmah semenjak mereka kecil lagi. Kehidupan mereka sangat daif. Tinggal di pondok buruk umpama menanti rebah. Dengan kehidupan kais pagi makan pagi. Kerana kemiskinan Yuna dan Ana sentiasa menjadi bahan cemuhan dan cacian di sekolah dan juga penduduk kampung. Terutama sekali Mak Ngah Munah yang sememangnya tidak sukakan Yuna, Ana dan Puan Kasmah yang dia anggap sebagai perampas harta pusaka peninggalan Arwah Neneknya.

Walaupun kesekolah jarang bersarapan, pakaian buruk dan kasut lusuh. Yuna dan Ana sangat bijak dan sentiasa menjadi contoh kepada pelajar-pelajar yang lain. Ramai pelajar yang cemburukan Yuna. Sehinggalah suatu hari Hasmudi pelajar dari bandar yang baru sahaja berpindah ke kampung telah menaruh hati terhadap Yuna. Yuna sedar siapa dirinya, insan miskin yang tak punya apa-apa. Tanggungjawabnya terhadap ibu angkat yang terlantar sakit lebih di utamakan.

Demi mengubah nasib keluarga, Pak Bashir sangup bekerja ke Sabah meninggalkan keluarganya yang daif. Mak Ngah Munah mengambil kesempatan yang ada. Dia yang menyebabkan Puan Kasmah meninggal dunia. Semenjak itu Yuna dan Ana di jaga oleh Mak Ngah Munah.

Bermulalah episod hitam dua beradik yang di dera dengan kejam setiap hari oleh Mak Ngah Munah. Mereka tidak di beri makan dan minum. Di pukul dan di terajang. Di kurung di kandang kambing. Malah di ugut jika rahsia jahat Mak Ngah Munah terbongkar, dia akan bunuh Pak Bashir. Akhirnya dua nyawa terkorban dengan tragis. Mak Ngah Munah mati di tusuk parang tajam oleh Ana. Dan akhirnya Ana juga menemui ajalnya. Berakhir sudah satu seksaan yang Maha kejam.

Mendung baru sahaja berarak pergi. Satu lagi kisah yang mengejutkan. Apabila Pak Bashir telah menerima lamaran seorang lelaki hartawan untuk di jodohkan dengan Yuna. Lelaki yang lebih tua dari Yuna dan sesuai di panggil bapa. Demi menutup buah mulut orang kampung dan membalas jasa baik bapa angkatnya, akhirnya Yuna telah di nikahkan dengan Dato Darwish.

Nama sahaja isteri kepada hartawan, sepanjang bergelar isteri Yuna tidak pernah di sentuh oleh Dato Darwish. Dato Darwish masih tidak dapat melupakan Arwah isterinya. Tekanan mulai di rasai oleh Yuna yang setia dan sentiasa mengharapkan cahayamata menghiasi kehidupannya yang umpama permaisuri di istana besar.

Yuna di sahkan hamil dari benih Dato Darwis suami yang dia cintai. Kehidupannya mulai berubah dan bahagia. Sedang enak mengecapi kebahagiaan, Hasmudi muncul di tengah-tengah kebahagiaan mereka berdua setelah Dato Darwish menemui kecelakaan. Bermulalah satu lagi dugaan yang hebat buat Yuna. Apabila Dato Darwish cemburukan dan membenci dirinya. Yuna di cemuh dan di caci.

Datin Rokiah ibu kepada Hasmudi terbau bahawa Hasmudi anaknya sukakan Yuna kekasih hatinya semasa di kampung dulu. Dia mengatur rancangan untuk menghapuskan Yuna, demi kebahagiaan Hasmudi yang akan bernikah bersama menantu pilihan hatinya. Sejak itu Yuna menjadi mangsa dengki dan tamak Datin Rokiah.

Akhirnya mendung berarak pergi, Dato Darwish telah menyesali perbuatannya. Datin Rokiah telah menemui ajalnya. Hasmudi akhirnya bernikah juga dengan pilihan orang tuanya. Dan Yuna hidup bahagia bersama Dato Darwish.


Akan di bentangkan semasa di ASWARA Finas Malaysia..2hb Mac Nanti... doakan yang terbaik Untukmu Yuna.. Amin...
 
 

Thursday, June 28, 2012

Untukmu Yuna


Yuna dan adiknya Ana adalah anak angkat kepada Encik Bashir dan Puan Kasmah. Walaupun kehidupan mereka sekeluarga 'Umpama kais pagi makan pagi, kais petang makan petang'. Kemiskinan bukan penghalang buat mereka untuk meneruskan kehidupan seharian walaupun tiap hari makan nasi seorang sesenduk dan sering tidak berlauk walaupun hanya ikan bilis secubit. Namun begitu kehidupan mereka di pondok buruk sangat bahagia, umpama tinggal di singgahsana yang cukup indah.

Kehidupan Yuna dan Ana mulai berubah.. setelah kematian Puan Kasmah ibu angkat yang mereka kasihi. Encik Bashir terpaksa  meninggalkan mereka berdua di bawah jagaan Mak Ngah Munah kerana bekerja jauh dari kampung halaman demi mengubah nasib mereka bertiga.

Yuna dan Ana teruk di dera Mak Ngah Munah yang cemburu dan tamakkan harta Encik Bashir yang hanya sekangkang kera. Yuna di pukul, di caci di kurung dan tidak di beri makan begitu juga dengan Ana. Kehidupan mereka berdua semenjak itu umpama neraka dunia! Kekejaman Mak Ngah Munah membuatkan Ana bercadang untuk lari dari cengkaman manusia bertopengkan Syaitan. Mak Ngah Munah berang lalu mengurung Ana berhari-hari tanpa di beri makan dan diseksa umpama hamba abdi. Yuna tidak mampu berbuat apa-apa kerana Mak Ngah Munah mengugut untuk membunuh Ayah angkat mereka seperti Mak Ngah Munah membunuh ibu angkat mereka.

Kekejaman Mak Ngah Munah berakhir dengan sebuah tragedi yang sungguh menyayat hati. Ana mati di tangan Mak Ngah Munah. Walaupun segala penderitaan telah berakhir dan tiada lagi penderaan dan cacian dari Mak Ngah Munah, namun jiwanya terseksa, kerna adik kesayangannya telah pergi buat selama-lamanya.

Perkahwinan yang di aturkan oleh Encik Bashir untuk Yuna, dengan seorang lelaki tua dan tidak pernah Yuna kenali seumur hidupnya. Demi membalas jasa baik Encik Bashir yang selama ini mendidik dan menjaganya sejak kecil Yuna pasrah... berubahkah kehidupan Yuna yang serba daif itu??? kenapa dia terpaksa berkahwin dengan lelaki tua yang usianya bagai langit dengan bumi?? dapatkah Yuna menerima lelaki itu????

Segalanya terjawab di dalam....



>>> Antara petikan yang terdapat di dalam dialog UNTUKMU YUNA <<<

"Tadi ayah ambil upah tebas lalang di kebun Pak Imam. Lepas tebas, dia suruh ayah turunkan kelapa. Hah, tu yang dia sedekah kat ayah. Err... cuba kau kira berapa biji yang ada. Boleh beli beras dan gula nanti. Kalau ada lebih, boleh ayah beli anak-anak ikan." Encik Bashir


"Mampus kau! kau dan kakak kau tu menyusahkan hidup aku. Kalau bukan kerana ibu kau, aku dah lama bernikah dengan Bashir, kau tahu tak!" Mak Ngah Munah


Kelahiran Untukmu Yuna karya ke~7, sungguh bererti buat saya. Pertama kali menulis kisah penuh tragis, bermain dengan emosi, penderaan dan pencarian kasih sayang yang sukar untuk dikecapi. Apatah lagi menghayati watak Yuna dan Ana yang cukup terdera dan terseksa hidupnya, seolah-olah diri ini adalah Yuna dan Ana. Segalanya kuluahkan di dalam Untukmu Yuna, khas buat peminat semua. Shahriah Abdullah... :)

Tunggu sinopsis Karya-karyaku yang seterusnya.. Jangan lupa dapatkan di pasaran!! Terima Kasih... :) Assalammualaikum...



TATA!!



Monday, April 18, 2011

UNTUKMU YUNA KARYA KE ~ 7 SHAHRIAH ABDULLAH

UNTUKMU YUNA 
KARYA KE ~ 7 SHAHRIAH ABDULLAH
 
♥ UNTUKMU YUNA ♥

MUKA SURAT 31.... 32.....

     "Kak..." bisik Jannah perlahan.                  
 Juliana leka membuat kerja sekolah. Banyak lagi yang harus disiapkan. Mengerling pun tidak. Dia tahu apa yang bakal meluncur dari mulut Jannah sekejap lagi. Pasti tentang duit. Apalagi masaalah yang mereka berdua hadapi sejak di lahirkan ke dunia ini, selain duit dan sering kelaparan ke sekolah setiap hari.
     "Kak! Ana nak cakap ni. Akak dengar tak?"
      Jannah mencuit lengan Juliana yang leka menulis di buku nota. Dia tahu Juliana dengar tetapi pura-pura buat tak dengar. Dia dah masak dengan sikap Juliana. Lebih banyak berdiam diri dari bercakap.
     "Kalau nak cakap tentang duit yuran pengawas tu, nanti dulu Ana. Sabar, insya-ALLAH dalam bulan ni jugak akak akan cuba sediakan ya."
     "ALah akak ni! Dari tahun lepas akak cakap macam tu. Dari esok ke minggu depan, sekarang dah hampir hujung tahu, dah nak masuk dua tahun ni hah! Kak, cikgu asyik mintak aje. Ana malulah Kak. Mana Ana nak letakkan muka Ana ni. Tolonglah kak, tolong desak ayah cari duit bayar yuran pengawas tu. Atau biar Ana pinjam duit dari Umai?"
      Jannah merengek manja. Air mata sudah mengalir di pipi.
Juliana terdiam, sebak dan pilu mendengar kata-akat adiknya itu. Kalaulah Jannah tahu yang dia juga sering didenda dan dijemur di luar kelas kerana gagal membayar duit buku latihan, apa nanti reaksi Jannah.
   Juliana menarik nafas dalam-dalam lalu dilepaskannya perlahan-lahan. Air mata sudah bertakung di tubir mata. Sempat dia melingas melihat jika kelibat Encik Bashir ada di ruang tamu yang sempit itu.
     "Syy... jangan cakap kuat-kuat, nanti ibu dan ayah dengar. Jangan sesekali pinjam duit dari orang Ana. Ingat apa pesanan ayah dan ibu. Kalau pinjam pun, Ana nak bayar pakai apa?
Kesian ibu dan ayah. Sabarlah, kalau Ayah tak boleh bagi, nanti akak cuba usahakan ya. Berapa ringgit semua yuran pengawas yang perlu di bayar?"
     Tanya Juliana sambil mengusap-usap rambut Jannah dengan penuh rasa simpati.
    "Semua sekali, yuran pengawas RM25. Tolonglah kak, tolong adakan dlam minggu depan paling lewat. Ana malu kak. Rasa macam nak berhenti sekolah aje. Kasut tu pun dah koyak. Berjalan atas padang sekolah tadi pun, habis lencun stokin Ana.
     Sampai bila kita nak susah macam ni kak? Sampai bila? kenapa hidup kita tak senang macam orang lain? Tak perlulah ada rumah besar dan kereta besar. Ada duit yang cukup buat bayar yuran sekolah dan duit belanja sesen dua pun jadilah."
♥ UNTUKMU YUNA ♥ KARYA KETUJUH SHAHRIAH ABDULLAH BERSAMA BUKU PRIMA ♥

UNTUKMU YUNA KARYA KE ~ 7 SHAHRIAH ABDULLAH

UNTUKMU YUNA 
KARYA KE ~ 7 SHAHRIAH ABDULLAH

♥ UNTUKMU YUNA ♥

MUKA SURAT 29.....
    "Alhamdulillah, kau tengok ni Yuna, hari ini rezeki ayah. Pak Imam ajak makan di rumahnya tadi, ayah tolak. Ayah segan nak masuk rumah Pak Imam, baju ayah kotor dan koyak macam kain buruk. Nah! AMbil lauk-pauk dalam plastik ni, jangan lupa tanak nasi lebih sikit tau, Yuna. Lapar perut ayah ni dari pagi tak makan apa-apa pun."
    "Baik ayah."
Juliana cepat-cepat melangkah pergi. Tak sanggup lagi memandang wajah tua ayah. Dia meluru ke dapur. Ditariknya tong beras. Ringan! Juliana memutar penutupnya.
   "Ya ALLAH! Beras habis!"
Juliana tidak mampu lagi membendung air matanya. Kali ini dia tewas. Air mata mengalir deras. Dia meraba-raba duit di dalam kocek baju kurung sekolahnya. Ada RM 2, duit yang Cikgu Alissa sedekahkan padanya kerana tolong angkat buku sehingga ke dalam kereta. Air mata diseka dengan lengan baju kurung sekolah yang lusuh itu.
Juliana berdiri. Masih ada masa lagi untuk dia berlari ke kedai hujung simpang. Beli beras RM2 buat mereka makan malam nanti berlaukkan sedekah Pak Imam...
♥ UNTUKMU YUNA ♥ KARYA KETUJUH SHAHRIAH ABDULLAH BERSAMA BUKU PRIMA ♥ SILA LAYARI BLOGS PENULISAN SHAHRIAH ABDULLAH >>> http://shahriahnovelis.blogspot.com/