Ada Aku Kisah!


Manuskrip Ada Aku Kisah!

DI LARANG COPY PASTE!

HAK TERPELIHARA

TEKAN 'SIGN IN' ANDA DI DALAM LIST KESAYANGAN SAYA EKK...

Monday, April 18, 2011

UNTUKMU YUNA KARYA KE ~ 7 SHAHRIAH ABDULLAH

UNTUKMU YUNA 
KARYA KE ~ 7 SHAHRIAH ABDULLAH
 
♥ UNTUKMU YUNA ♥

MUKA SURAT 31.... 32.....

     "Kak..." bisik Jannah perlahan.                  
 Juliana leka membuat kerja sekolah. Banyak lagi yang harus disiapkan. Mengerling pun tidak. Dia tahu apa yang bakal meluncur dari mulut Jannah sekejap lagi. Pasti tentang duit. Apalagi masaalah yang mereka berdua hadapi sejak di lahirkan ke dunia ini, selain duit dan sering kelaparan ke sekolah setiap hari.
     "Kak! Ana nak cakap ni. Akak dengar tak?"
      Jannah mencuit lengan Juliana yang leka menulis di buku nota. Dia tahu Juliana dengar tetapi pura-pura buat tak dengar. Dia dah masak dengan sikap Juliana. Lebih banyak berdiam diri dari bercakap.
     "Kalau nak cakap tentang duit yuran pengawas tu, nanti dulu Ana. Sabar, insya-ALLAH dalam bulan ni jugak akak akan cuba sediakan ya."
     "ALah akak ni! Dari tahun lepas akak cakap macam tu. Dari esok ke minggu depan, sekarang dah hampir hujung tahu, dah nak masuk dua tahun ni hah! Kak, cikgu asyik mintak aje. Ana malulah Kak. Mana Ana nak letakkan muka Ana ni. Tolonglah kak, tolong desak ayah cari duit bayar yuran pengawas tu. Atau biar Ana pinjam duit dari Umai?"
      Jannah merengek manja. Air mata sudah mengalir di pipi.
Juliana terdiam, sebak dan pilu mendengar kata-akat adiknya itu. Kalaulah Jannah tahu yang dia juga sering didenda dan dijemur di luar kelas kerana gagal membayar duit buku latihan, apa nanti reaksi Jannah.
   Juliana menarik nafas dalam-dalam lalu dilepaskannya perlahan-lahan. Air mata sudah bertakung di tubir mata. Sempat dia melingas melihat jika kelibat Encik Bashir ada di ruang tamu yang sempit itu.
     "Syy... jangan cakap kuat-kuat, nanti ibu dan ayah dengar. Jangan sesekali pinjam duit dari orang Ana. Ingat apa pesanan ayah dan ibu. Kalau pinjam pun, Ana nak bayar pakai apa?
Kesian ibu dan ayah. Sabarlah, kalau Ayah tak boleh bagi, nanti akak cuba usahakan ya. Berapa ringgit semua yuran pengawas yang perlu di bayar?"
     Tanya Juliana sambil mengusap-usap rambut Jannah dengan penuh rasa simpati.
    "Semua sekali, yuran pengawas RM25. Tolonglah kak, tolong adakan dlam minggu depan paling lewat. Ana malu kak. Rasa macam nak berhenti sekolah aje. Kasut tu pun dah koyak. Berjalan atas padang sekolah tadi pun, habis lencun stokin Ana.
     Sampai bila kita nak susah macam ni kak? Sampai bila? kenapa hidup kita tak senang macam orang lain? Tak perlulah ada rumah besar dan kereta besar. Ada duit yang cukup buat bayar yuran sekolah dan duit belanja sesen dua pun jadilah."
♥ UNTUKMU YUNA ♥ KARYA KETUJUH SHAHRIAH ABDULLAH BERSAMA BUKU PRIMA ♥

No comments: