Ada Aku Kisah!


Manuskrip Ada Aku Kisah!

DI LARANG COPY PASTE!

HAK TERPELIHARA

TEKAN 'SIGN IN' ANDA DI DALAM LIST KESAYANGAN SAYA EKK...

Showing posts with label B KARYA KE 2~CINTA NAJLA~shahriah abdullah~. Show all posts
Showing posts with label B KARYA KE 2~CINTA NAJLA~shahriah abdullah~. Show all posts

Friday, May 20, 2011

CINTA NAJLA


CINTA NAJLA
♥ KARYA KEDUA SHAHRIAH ABDULLAH BERSAMA BUKU PRIMA ♥
♥ TERBIT PADA TAHUN 2006 ♥
♥ CINTA NAJLA ♥ 
***SAMBUNGAN KEPADA NOVEL PERTAMA... KAU MAWARKU ♥
♥ BAB ~ 6 ~ MUKASURAT 44 ♥

"Nak suruh i picit?"
Tangan Ernita mula melingkar di tengkuk Herman. Ernita bangga dan puas Herman sudah masuk ke dalam perangkap. Herman sudah menjadi miliknya, Najla boleh berambus! Ernita puas dengan apa yang telah dilakukan. Dendamnya selama ini terhadap Khairy dan Najla sudah berbalas. Ernita mahu Herman menjadi miliknya yang kekal. Dia tidak mahu bermadu. Ernita tahu, Herman sudah melupakan Najla.....

......................................

Benci dan meluat! Semuanya untuk Sabrina! Sabrina! Sabrina! Ernita merenung tajam ke arah Sabrina yang sejak tadi menangis dan merengek di sudut bilik. Pandai pula menutup muka dengan tapak tangan. Takut agaknya melihat wajah Ernita yang bengis umpama harimau betina yang mahu menerkam bila-bila masa sahaja.

"Hei sini, sini! Aku kata sini!" Jerit Ernita sekuat hati.
Geram benar hati Ernita. Sabrina degil tidak mahu mendengar kata. Ernita mencampak beruang sebesar pemeluk ke arah Sabrina yang menggigil ketakutan kerana ditengking Ernita. Tiada lagi tangisan dan rengekan kedengaran.................

♥ BAB ~ 29 ~ ♥

"Kau! Kau hamil? Hamilkan anak aku?" Abu terkejut. Benarkah apa yang di cakapkan oleh Ernita?
Kalaulah dia tahu Ernita di jangkiti AIDS, sumpah dia tidak akan melayan................
 JANGAN LUPA DAPATKAN CINTA NAJLA KARYA KEDUA SHAHRIAH ABDULLAH BERSAMA BUKU PRIMA... KISAH SAMBUNGAN DARI KAU MAWARKU....:):)
:
 
:
:
:
TERBAIK!!!

Saturday, January 16, 2010

Cinta Najla

CINTA NAJLA
Karya kedua Shahriah Abdullah

CINTA NAJLA
Kisah ini sambungan dari Novel KAU MAWARKU...

Najla sedang hamilkan anak sulong Herman, hasil perkahwinannya yang kedua. Najla begitu bahagia, buah epal merah dan segar adalah makanan yang dia paling suka, sepanjang dia hamilkan anak sulong yang mereka impikan selama ini. Herman juga begitu bahagia dan dia tidak sabar-sabar menantikan kelahiran anak mereka. Ernita muncul setelah Khairy bekas suaminya di tahan polis. Dia kembali kerana ingin membalas dendam. Dia cemburu melihat kebahagiaan yang sedang di kecapi oleh Najla dan Herman, sedangkan dia miskin dan melarat. Kerana Najla juga hidupnya terumbang ambing. Langsung tidak di pedulikan oleh Khairy. Ernita bercadang ingin meruntuhkan rumahtangga Najla yang sedang bahagia itu... kasih dan cinta Herman terhadap Najla mulai pudar setelah Ernita hadir di dalam hidupnya. Najla di biarkan terkapai-kapai menanggung perasaan sedih di atas kematian anak yang sedang dikandungnya itu. Herman semenjak bernikah dengan Ernita langsung tidak pernah menjengah... Ernita hamil! Herman adalah insan yang paling bahagia sekali. Tetapi di mana Ernita sepanjang kehamilannya? Kepulangan Ernita bersama bayi yang bernama Sabrina benar-benar menjadi tanda tanya Herman...
Bagaimana dengan Najla? setelah dua tahun di gantung tak bertali, adakah dia sanggup berdiam diri sahaja? Kenapa Herman mulai benci dan muak dengan Ernita? Siapa Sabrina sebenarnya? Siapa pula Zanariah, kenapa dia yang beria-ia benar ingin menjaga Sabrina?? Ikmal hadir di dalam hidup Najla setelah jiwanya menderita selama ini.... Ikmal teringatkan Arwah Isterinya.. wajahnya persis Najla... Apakah kesudahan kisah yang sarat dengan pelbagai konflik dan dendam ini????

~Jawapannya ada di Novel CINTA NAJLA... jangan lupa dapatkan jawapannya disana... boleh tempah terus dari Shahriah Abdullah atau Buku Prima... terima kasih! ~shahriah Abdullah novelis~