Ada Aku Kisah!


Manuskrip Ada Aku Kisah!

DI LARANG COPY PASTE!

HAK TERPELIHARA

TEKAN 'SIGN IN' ANDA DI DALAM LIST KESAYANGAN SAYA EKK...

Showing posts with label Di Sebalik Tabir SAJIAN ISTIMEWA SHAHRIAH ABDULLAH. Show all posts
Showing posts with label Di Sebalik Tabir SAJIAN ISTIMEWA SHAHRIAH ABDULLAH. Show all posts

Wednesday, June 27, 2012

Sajian Istimewa Shahriah Abdullah Telah Di Ulang Cetak!


Assalammualaikum...

Syukur Alhamdulillah... dengan limpah kurnia YANG MAHA ESA... petang tadi, menerima panggilan dari Editor @ Grup Buku Karangkraf... Cik Adik cantik manis.. Cik Noor Shawati Che Razali telah menyampaikan khabar gembira... :)

Syukur Alhamdulillah... Buku Resipi Sajian Istimewa Shahriah Abdullah.. yang di terbitkan pada bulan Mei 2012 telah di ulang cetakan yang KEDUA! Syukur Alhamdulillah... Terima Kasih Ya, ALLAH!

Jutaan terima kasih juga ingin kuucapkan buat semua peminat Karya Shahriah Abdullah yang selama ini menyokong Karya-karyaku yang 8-buah itu. Hanya  ALLAH SWT sahaja yang dapat membalasnya.. Amin.. Yarabbalamin... :)


Di kesempatan ini juga inginku kongsikan RASA TERIMA KASIH YANG TIDAK TERHINGGA... buat semua rakan-rakan jauh dan dekat, kepada yang mengenali diri ini walaupun hanya di alam maya ini... walaupun tidak pernah bersua.. namun anda semua tetap dekat di hati ini... cecewaahhh TERIMA KASIH.. :)

TERIMA KASIH BUAT BLOGGER KESAYANGANKU JUGA.. KERANA TELAH BERSUSAH PAYAH MEMBUAT N3 KHAS BUAT SAJIAN ISTIMEWA SHAHRIAH ABDULLAH :)
iaitu....

Nuffnang Ads


dan juga seorang lagi blogger kesayangan i... 

 



dan seorang lagi blogger cun melecun....

MAMA Erin & IFA




Beliau adalah antara blogger yang i kenal di alam maya ini yang telah membuat N3 khas tentang Sajian Istimewa Shahriah Abdullah.. ada lagi beberapa kawan blogger tetapi i terlepas pandang.. jika ada silalah inbox i yaa.. sukacita penuh berbunga-bunga :) Semestinya ingin ku abadikan di dalam blogs penulisanku ini.. terima kasih semua.. sayang sangat kat you all semua tau.. muahzzz :)


Dan untuk makluman semua.. sekarang ini Shahriah sedang giat menyiapkan sebuah lagi manuskrip buku resipi yang lebih mantap lagi! lebih mencabar! dan yang penting.. segala masakan yang bakal ku sajikan nanti itu MUDAH, RINGKAS, CEPAT, JIMAT BELANJA DAN LAZAT!

Insya-ALLAH... dengan berkat usahaku yang tidak pernah kenal erti jemu... semestinya.. anda semua adalah nadi buatku untuk terus maju kehadapan dengan resipi yang lebih mantap khas buat semua yang cintakan dunia kulinari... :)


Jangan lupa dapatkan Karya-Karya Shahriah yang lain tu ya!

Assalammualaikum.. jumpa di lain N3 ya...
Terima Kasih.. salam sayang dariku..
Shahriah Abdullah

TATA!!



Tuesday, May 22, 2012

Di Sebalik Tabir Sajian Istimewa Bahagian 2


Assalammualaikum... selamat sejahtera kepada semua teman-teman dan peminat karya Shahriah Abdullah

Wahh! dah masuk Bahagian 2 laaa... bukan main cepat lagi mengedit ni yaa.. curi masa aje ni..
ada kelapangan terus edit gambar dan masukkan sedikit cerita sepanjang shooting untuk buku resipi

SAJIAN ISTIMEWA SHAHRIAH ABDULLAH

Setelah beberapa kali bebincang dan meeting.. maka telah di putuskan tarikh yang paling sesuai untuk menyiapkan shooting untuk buku resipi 

SAJIAN ISTIMEWA SHAHRIAH ABDULLAH



Bukannya mudah... Shahriah menetap di Johor, jauh dari Shah Alam pulak tu. Puas mencari lokasi untuk shooting.
Sepatutnya setiap shooting untuk buku resipi ianya akan mengambil masa dalam tempoh SEBULAN.

Akhirnya kedua-dua pihak bersetuju.. Shooting akan di lakukan di kediaman Shahriah.. Syukur Alhamdulillah.. taklah perlu nak menghangkut segala bahan dan peralatan ke KL.
Mujur juga Shahriah tak cari rumah di KL hehehe.. hampir sahaja tau.. dapat rumah tapi tarikh masuk lewat.. so shooting sahaja di rumah ni hah! seronok Youu! ya, lah rumah sendirilah katakan.. dapur sendiri.. wahh suka dan teruja sangat masa tu tau!

Nak tahu berapa hari Shahriah menyudahkan untuk satu buku resipi yang sepatutnya mengambil masa SEBULAN?

SAJIAN ISTIMEWA SHAHRIAH ABDULLAH

yaaa... 

HANYA 4 HARI SAHAJA!!!!!!!
HANYA 4 HARI SAHAJA!!!!!!!
HANYA 4 HARI SAHAJA!!!!!!!

Pengsannnn hokeyYYY!!


bayangkan! dalam tempoh 4 hari sahaja yang di berikan...
Shahriah terpaksa menyiapkan lebih 70 resipi!
penyediaan, memasak, plating, segala props semuanya Shahriah yang siapkan!
mengemaslah rumah bagai nak rak!


cuci dan kumpul segala peralatan dalam almari tu hah!
yang selama ini terperap tak bercuit.. ya lah kalau bercuit pun apa yang di masak jam tu lah kan..
pulak Bibik tak ada.. masa tu lah tak ada Bibik! hadoii..
buatlah sesorang.. kais sana, kais sini... pendek kata semuanya di cuitlah!


lap dan kumpul bahan-bahan membuat kek dan biskut.. yang mana tamat tempoh, humban!
hahahaa... itu baru bahan-bahan buat kuih-muih....
sebahagian aje dalam gambar tu.. ada 2 almari besor!! yang perlu di kemas dan kais.. hadoiii...
*bukan mengeluh... berpeluh sambil teruja* 
hhehehhehhhhhh

bahan basah???? tu nanti i cerita yaa.. next N3 nanti...


KARIPAP UDANG KERING...

 kesukaan Pak Habibi *my hubby*

antara resipi yang ada di dalam buku resipi..

SAJIAN ISTIMEWA SHAHRIAH ABDULLAH


LEMPENG GULA MELAKA...

 kesukaan Arwah Ayah

antara resipi yang ada di dalam buku resipi..

SAJIAN ISTIMEWA SHAHRIAH ABDULLAH

Dalam tempoh 4 hari menyudahkan lebih 70 resipi pilihan yang setiap resipi itu ada kisah di sebalik kenangan manis buat keluarga Shahriah.

Bukan mudah yaa... nak menyiapkan semua hidangan itu.. walaupun kuantiti tiap hidangan hanya sedikit tetapi langkah dan penyediaannya sama macam untuk hidangan 4 orang!

Dari memotong bawang, kisar cili, potong sayur, potong kentang ke apa ke.. semuanya Shahriah lakukan sendiri.

Suami dan anak-anak juga turut sama membantu.. hanya membantu apa tau.. jadi peneman di kala malam bila sesorang menyiapkan setiap bahan untuk shooting keesokkan harinya.

SAJIAN ISTIMEWA SHAHRIAH ABDULLAH


4 hari lebih 70 hidangan!!



SAJIAN ISTIMEWA SHAHRIAH ABDULLAH


sampai laa.. terasa-rasa penatnya hehehheee  tapi sukaaaaa sangat!!! hilang segala penat lelah, tidur cuma 2 jam selama 4 hari berjalannya shooting.. wahh semuanya kenangan manis..
pulak krew yang sama turun padang semuanya sporting memang best giler! heeheheh


 Okay nanti sambung lagi yaa... Insyallah ada masa yang terluang akan Shahriah masukkan lagi kisah di sebalik tabir...

SAJIAN ISTIMEWA SHAHRIAH ABDULLAH



Jangan lupa dapatkan KERANA SEBIJI EPAL karya Shahriah yang ke 8 baru sahaja di terbitkan pada bulan Mei...
 terima kasih semua... muahzzzz


Assalammualaikum... jumpa nanti!

TATA!!

Sunday, May 20, 2012

Di Sebalik Tabir Sajian Istimewa Shahriah Abdullah


Assalammualaikum... dan selamat sejahtera buat semua peminat Karya Shahriah Abdullah... Syukur Ke hadrat Ilahi.. dengan limpah kurni dari Yang MAHA ESA.. syukurlah.. apa yang kuimpikan selama ini akhirnya berjaya juga ku realisasikan sebuah buku resipi SAJIAN ISTIMEWA SHAHRIAH ABDULLAH... khas buat semua peminat yang selama ini mengikuti perkembangan Karya Shahriah Abdullah... terima kasih teman.. Hanya ALLAH SWT sahaja yang dapat membalas segalanya... Amin... :)

Dah lama sebenarnya ingin berkongsi serba sedikit tentang kisah di sebalik tabir pembikinan buku resipi SAJIAN ISTIMEWA SHAHRIAH ABDULLAH kepada semua.. dek kerana kesibukan maka terlewat hendah kukongsikan... harap maaf yaa...

Namun hati ini terpanggil untuk berkongsi setelah meruangkan sedikit masa yang terlalu padat itu untuk ku kongsikan buat semua peminat Karya Shahriah Abdullah...


SAJIAN ISTIMEWA SHAHRIAH ABDULLAH

Apa yang istimewanya??

Yaa.. semua sajian yang ada di dalam buku resipi 

SAJIAN ISTIMEWA SHAHRIAH ABDULLAH

adalah... sajian istimewa yang sering Shahriah hidangkan buat keluarga tersayang di rumah dan juga buat semua keluarga jika berkumpul.

Bukan sahaja hidangan dari resipi Bonda dan keluarga yang Shahriah muatkan di dalam buku SAJIAN ISTIMEWA SHAHRIAH ABDULLAH

resipi barat juga ada... kek, biskut, roti, kuih tempatan dan bermacam-macam jenis lagi. Semuanya adalah sajian yang cukup ringkas dan istimewa buat keluarga tersayang. Resipi yang ringkas dan langkahnya juga mudah untuk semua rakan mencubanya.
Antara hidangan yang ada di dalam buku resipi... 

SAJIAN ISTIMEWA SHAHRIAH ABDULLAH


Ayam Panggang Rosemarie.. kesukaan anak-anak di rumah...
bahan dan langkah penyediaannya juga cukup ringkas untuk di cuba.. :)


Ban Jagung kesukaan Bonda....


Stew Kambing kesukaan suami dan anak-anak


Terung Goreng Berlada kesukaan Bonda dan Shahriah juga..:))


Creme Brulee..

 antara dessert barat yang menjadi kesukaan Shahriah dan keluarga..
inspirasi selepas bertarung di gelanggang MasterChef Malaysia...
dan semenjak mencuba di dapur MasterChef hati ini terus meminati dessert mat salleh ni ekk..
terus ler membeli alatan blow-torch khas untuk membuat dessert Creme Brulee.. dan Syukur Alhamdulillah kini telah ada di dalam buku resipi SAJIAN ISTIMEWA SHAHRIAH ABDULLAH


Biskut Coklat Truffle... 

memang fav di rumah bila tiba musim hari raya..
biskut ini wajib ada dalam balang kuih sewaktu raya hehehee..
dan kini telah ku abadikan di dalam.. buku resipi.
SAJIAN ISTIMEWA SHAHRIAH ABDULLAH


Tart Nenas Sepit..

 ini adalah kuih WAJIB ada setiapkali musim raya..
dulu siap berniaga dan tempahan beribu botol.. dapat tempahan dari seorang artis terkenal tanah air.. siapakah insan bertuah itu??? biarlah ianya menjadi RAHSIA...
juga telah ku kongsikan di dalam buku resipi...
SAJIAN ISTIMEWA SHAHRIAH ABDULLAH


Okay.. cukup setakat ini dahulu shahriah kongsikan sedikit info buat semua... Insyallah akan Shahriah updatekan kisah di sebalik tabir SAJIAN ISTIMEWA SHAHRIAH ABDULLAH lebih kerap lagi.. hehehhee... jika tak sibuk yaa...

Jangan lupa dapatkan buku resipi SAJIAN ISTIMEWA SHAHRIAH ABDULLAH telah berada di pasaran!!!

Sesuai untuk apa jua majlis.. Hidangan harian, kenduri-kendara, hari raya dan juga sebagai cenderahati buat keluarga tersayang.... resipi mudah, ringkas dan enak...:))

 Jangan lupa singgah ke dapur masakan harianku.. di sini setiap hari bermacam jenis hidangan ku sediakan khas buat keluarga tersayang... dan resipi khas buat semua.. THE WRITER'S COOKING

Assalammualaikum.. jumpa lagi... 

TATA!!