Ada Aku Kisah!


Manuskrip Ada Aku Kisah!

DI LARANG COPY PASTE!

HAK TERPELIHARA

TEKAN 'SIGN IN' ANDA DI DALAM LIST KESAYANGAN SAYA EKK...

Showing posts with label UNTUKMU YUNA KARYA KE ~ 7 SHAHRIAH ABDULLAH. Show all posts
Showing posts with label UNTUKMU YUNA KARYA KE ~ 7 SHAHRIAH ABDULLAH. Show all posts

Thursday, May 5, 2011

UNTUKMU YUNA KARYA KE ~ 7 SHAHRIAH ABDULLAH


UNTUKMU YUNA KARYA KE ~ 7 SHAHRIAH ABDULLAH

♥ KARYA SHAHRIAH ABDULLAH YANG KE~7 ♥

♥ UNTUKMU YUNA ♥♥ BAB 20 ♥......MUKA SURAT ~117~

    "Tapi ibu dah tiada Mak Ngah. Ibu dah meninggal, maafkanlah ibu. Ana tak tahu apa-apa. Bukan salah kami, ampunkan kami Mak Ngah. Kalau Mak Ngah tak nak jaga kami, biar kami tinggal sahaja di pondok buruk kami. Kami pun tak nak menyusahkan Mak Ngah."

    "Amboi, amboi, Ana tak salah. Kami tak salah. Apa dosa kami? Nak balik ke pondok buruk konon! Kau tahu tak. tanah tu pusaka nenek moyang aku! Bukan harta mak bapak kau yang dah mati tu. Tak sedar diri! Mengaku tanah orang macam tanah dia. Kau tak ada apa-apa pun tahu tak! Yang kau ada hanyalah membawa malang dalam keluarga aku.
    Oh... dah pandai cakap nak balik pondok buruk tu ya. Nanti bila ayah kau balik dari Sabah, kau mengadu aku seksa dan halau kau. Kau memang licik! Dasar keturunan haram! Perampas harta orang! Hah! Nanti! tunggu... kau tunggu sekejap ya. Nak duduk pondok buruk ya."

♥ BAB 21 ♥

MUKA SURAT ~ 120~

    TERKIAL-kial jari-jemari Jannah cuba membuka tali yang diikat mati oleh Mak Ngah Munah. Tali nylon sebesar tali kapal begitu utuh diikat di pintu kayu kandang kambing. Sampai luka dan berdarah jarinya, semakin dia cuba untuk meleraikan ikatan tali nylon, semakin kuat dan utuh ikatan itu.

    "Aduh..."
    Jannah mengeluh seperti kehabisan tenaga dan kehabisan ikhtiar. Tubuhnya lemah terjelepok di atas lantai yang beralaskan tanah hitam. Kotor dan dipenuhi dengan najis kambing. Loya dan mual tekaknya terpaksa menghidu bau jijik itu selama dia dikurung dalam kandang kambing.
    
    "Dah satu, dua hari aku dikurung. Tiada siapa yang datang selamatkan aku. Azabnya apa yang aku rasakan sekarang. Ya TUHAN tolonglah aku. Tak tertanggung rasanya, aku haus, aku lapar."
    Jannah mencongak dengan jari-jemarinya yang dipenuhi tanah hitam. Air mata berlinangan, ingatannya segera kepada arwah ibu yang telah pergi. Jannah menangis teresak-esak, suaranya serak, kerongkongnya sakit dan perit, tubuhnya terasa bisa mencucuk-cucuk.
 
UNTUKMU YUNA
HARGA RM19.90
 
TERIMA KASIH DI ATAS SOKONGAN ANDA SEMUA... JANGAN LUPA DAPATKAN DI PASARAN YAA...:):)

Wednesday, April 20, 2011

UNTUKMU YUNA KARYA KE ~ 7 SHAHRIAH ABDULLAH

 
♥ UNTUKMU YUNA ♥
 ♥ KARYA SHAHRIAH ABDULLAH YANG KETUJUH BERSAMA BUKU PRIMA AKAN BERTEMU DENGAN ANDA SEMUA DI PWTC! JANGAN LUPA DAPATKAN!!! JUMPA SAYA SHAHRIAH ABDULLAH DI PWTC PADA 30HB APRIL 2011, HARI SABTU JAM 10 PAGI... SLOT KHAS BERAMAH MESRA DENGAN SAYA!!! JUMPA SAYA TAUU!!! ADA CENDERAHATI BUAT SEMUA TANPA HAD!!! SIAPA CEPAT D...IA... DAPAT!!! ♥

MUKA SURAT 114... 115...

     "Hoi! Nak ke mana pulak tu?"
    Langkah kakinya yang lemah terhenti. Juliana tidak jadi masuk ke dalam bilik. Dia tahu tugasnya, tetapi dia perlu salin pakaian sekolah dan solat dahulu, kerana waktu Zohor hanya tinggal sedikit sahaja lagi.
    "Sa...saya nak tukar baju dan solat dulu Mak Ngah."
  Tergagap-gagap suara Juliana bercakap. Tubuhnya menggeletar, bibirnya yang kering mengelupas terketar-ketar bila bercakap. Dia takut!
   "Amboi, amboi, dah pandai nak buat suka hati kau aje ya. Mari sini! Nah! ambik ni!"
   Mak Ngah Munah terus memulas lengan Juliana. Kemudian digonyohnya muka Juliana yang pucat lesi dengan bungkusan ubat-ubatan yang dihulurkan Cikgu Rahmat tadi. Berterabur pil-pil di atas lantai. Tak puas dengan itu, dia sentap tudung Juliana sehingga terburai rambut. Sakit betul hatinya.
   "Kau ni kan, nak kena ajar cukup-cukup. Sakit konon. Kau ni memang nak menggatal dengan cikgu kau tu, kan!
Nak minta simpati. Kau nak goda cikgu kau, lepas tu bila dia kahwin dengan kau, kau pulak kikis harta dia, kan?"
Mak Ngah Munah menampar-nampar pipi Juliana. Kanan dan kiri pipi itu ditamparnya sekuat hati.
   "Lepas ni, kau nak buat apa lagi? Pergi balai polis? nak adu apa aku buat kat kau. Berani kau mengadu. Mampus aku kerjakan, Eee...aku geram betul! Benci aku tengok muka kau tahu tak!"
  Ngah Munah menunjal-nunjal dahi Juliana bertubi-tubi. Kemudian dia meludah ke lantai. Bertepek air liurnya. Lalu dia genyeh muka Juliana ke atas lantai, biar muka Juliana berlendir dan penuh dengan ludahnya.
  "Kau dengan adik kau sama aje! Menyusahkan hidup aku! Menambahkan malang kau tahu tak! Aku benci dengan kau!!!"
KARYA KETUJUH SHAHRIAH ABDULLAH BERSAMA BUKU PRIMA... ♥ UNTUKMU YUNA

Monday, April 11, 2011

UNTUKMU YUNA KARYA KE ~ 7 SHAHRIAH ABDULLAH


UNTUKMU YUNA KARYA KE ~ 7 SHAHRIAH ABDULLAH

UNTUKMU YUNA............

SINOPSIS UNTUKMU YUNA.....

Juliana dan Jannah dibela oleh Encik Bashir dan Puan Kamsah yang tidak mempunyai anak. Setelah kematian Puan Kasmah, kehidupan Encik Bashir dan kedua-dua anak angkatnya kian terhimpit. Encik Bashir terpaksa menyerahkan Juliana dan Jannah di bawah jagaan Mak Ngah Munah.Semenjak itu, kehidupan Juliana dan Jannah umpama neraka. Mereka kerap didera oleh Mak Ngah Munah. Hasmudi, pelajar yang baru berpindah ke kampung itu telah menaruh hati dengan Juliana. Hubungan mereka terputus begitu sahaja setelah Mak Ngah Munah mendera Juliana dengan hebatnya. Setelah kematian Mak Ngah Munah dan Jannah, Encik Bashir telah menjodohkan Juliana dengan seorang duda bernama Dato’ Darwish. Semenjak itu, jiwa Juliana sepi, kosong walaupun harta menggunung di depan mata. Hasmudi hadir semula di dalam hidup Juliana. Menagih cinta yang terputus di tengah jalan. Konflik apakah yang berlaku seterusnya?
 JUMPA KITA DI DEWAN KARANGKRAF....
PADA 30HB APRIL 2011
HARI SABTU
JAM 10 PAGI *TEPAT!*
PELBAGAI CENDERAHATI ISTIMEWA DARIKU.... UNTUK SEMUA....
JUMPA DI SANA!!! DI SANA!!!!
akan sentiasa... UPDATE apa jua terkini tentang dunia penulisanku.... bersambung...:)