Ada Aku Kisah!


Manuskrip Ada Aku Kisah!

DI LARANG COPY PASTE!

HAK TERPELIHARA

TEKAN 'SIGN IN' ANDA DI DALAM LIST KESAYANGAN SAYA EKK...

Showing posts with label SAJIAN ISTIMEWA SHAHRIAH ABDULLAH BAHAGIAN 1. Show all posts
Showing posts with label SAJIAN ISTIMEWA SHAHRIAH ABDULLAH BAHAGIAN 1. Show all posts

Wednesday, October 31, 2012

LEBIH 70 Resipi Sajian Istimewa Shahriah Abdullah


Assalammualaikum... :)

Buku Resipi Sajian Istimewa Shahriah Abdullah

Terbit : 2012

Halaman : 167 m/s

Harga : Semenanjung Malaysia RM25

Harga : Sabah & Sarawak RM28

TELAH BERADA DI PASARAN!!

ANTARA YANG TERLARIS!!



MENU UTAMA :

  1. Asam Rebus Nenas Ikan Kerisi 
  2. Asam Rebus Kacang Bendi 
  3. Ayam Masak Berempah 
  4. Ayam Panggang Rosemarie
  5. Bening Pucuk Manis
  6. Cencaru Panggang
  7. Dalca Daging
  8. Gulai Lada Hidup
  9. Gulai Ikan Semilang
  10. Gulai Lemak Labu
  11. Gulai Perah Ikan Tenggiri
  12. Ikan Bawal Masam Manis Nanas
  13. Kari Kepala Ikan
  14. Kari Telur
  15. Kerang Rebus
  16. Ketam Lada Hitam
  17. Telur Dadar Cendawan
  18. Lemak Cili Padi Tempoyak
  19. Mi Goreng Daging
  20. Nasi Goreng Ayam
  21. Nasi Goreng Sotong
  22. Nasi Lemak
  23. Peria Goreng Udang
  24. Sambal Tempe
  25. Sambal Tumis Sotong
  26. Sambal Tumis Telur Puyuh
  27. Rendang Daging
  28. Sambal Tumis Udang & Petai
  29. Soto
  30. Sotong Masak Hitam
  31. Stew Kambing
  32. Sup Gear Box Setitis Kasih
  33. Sup Gear Box
  34. Sup Ikan Merah
  35. Sup Labu Air Dengan Tulang Ikan Kurau
  36. Sup Makaroni Daging
  37. Tauge Goreng Udang Kering
  38. Tempe & Tahu Goreng
  39. Terung Goreng Berlada


Ayam Panggang Rosemarie


Stew Kambing


Terung Goreng Berlada

SEDAP & ENAK


  1. Karipap Keledek Udang Kering
  2. Karipap Telur Gergasi
  3. Kuih Bahulu
  4. Bubur Sum-Sum
  5. Lempeng Bonda
  6. Lempeng Pisang Gula Melaka
  7. Penkek Tauhu
  8. Puding Roti
  9. Ban Sosej
  10. Kek Cawan Vanilla Kelapa
  11. Kek Coklat Seribu Rindu
  12. Kek Lobak Bermadu
  13. Kek Yougurt Oren
  14. Krim Brulee
  15. Pai Epal
  16. Pavlova
  17. Biskut Pavlova Bluberi
  18. Oren Karamel
  19. Puding Coklat Pic
  20. Roti Bijan
  21. Roti Manis
  22. Biskut Tart Nenas
  23. Apam Dot-Dot
  24. Ban Jagung
  25. Biskut Coklat Truffle
  26. Biskut Red Velvet Coklat Cip
  27. Biskut Walnut



Roti Manis


Biskut Coklat Truffle


Biskut Tart Nanas


Biskut Red Velvet Coklat Cip


Apam Dot-Dot
Kek Lobak Bermadu
Puding Coklat Pic


Ban Sosej


TERDAPAT JUGA MASAKAN SECARA LANGKAH DEMI LANGKAH :

  1. Cempedak Goreng Nestum
  2. Kupang Goreng Serai
  3. Popia Isi Ketam
  4. Sambal Tahi Minyak Ikan Bilis
  5. Spageti Olio Udang
  6. Tom Yum Udang Secalit Sayang



Popia Isi Ketam


Tom Yum Udang Secalit Sayang


Resipi yang telah di cuba berulang kali dari dapur Shahriah Abdullah

Gerenti Jadi!!

Dapatkan DI PASARAN SEKARANG JUGA!!

Nantikan kemunculan Buku Resipi Kedua Shahriah Abdullah!

Assalammualaikum..

TERIMA KASIH :)


Monday, July 16, 2012

Buku Resipi Sajian Istimewa Shahriah Abdullah Bukan Sekadar Sajian Biasa


Assalammualaikum... :D

Bertemu kembali setelah sepi beberapa hari kerana melunaskan tanggungjawab di luar sana :)

Apa Khabar semua? :) Syukur Alhamdulillah.. beberapa hari sahaja lagi kita semua sebagai umat Islam akan menjalani ibadah berpuasa, Bulan Ramadhan yang Barakah.

Pasti Ramai yang tercari-cari dan mula tergaru-garu kepala memikirkan apakah agaknya juadah yang bakal di sediakan bagi menjalani ibadah yang WAJIB bagi semua umat Islam.

Memasak dan menyediakan hidangan tiap kali tiba bulan Ramadhan adalah hari yang di tunggu-tunggu, kerana hidangan yang di sediakan semestinya lain dari hidangan hari biasa. Dan semestinya banyak resipi keluarga sejak turun-temurun bakal di masak ketika berbuka itu nanti.

Jika rutin harian kita seperti biasa kita akan menyediakan juadah makan tengahari, minum petang dan makan malam.

Tiba bulan Ramdhan rutin kita semua akan berubah.

Bangun awal pagi sebelum Subuh, menyediakan juadah buat bersahur.
Petangnya pula kita akan bergegas menyediakan juadah untuk berbuka...

Dan semestinya minum petang tidak akan terhidang bila tiba Ramadhan tetapi penyediaan lebih padat, dan penuh satu meja, apa taknya bazaar Ramadhan pastinya akan menjual pelbagai juadah untuk umat Islam berbuka puasa, ye tak?


Bagi surirumah yang tidak bekerja dan perlu memasak tiap hari akan mula buntu dan kekeringan idea.
Tak tahu apa yang bakal mereka sediakan apabila berbuka tu nanti, samalah kita ;)

Jemu asyik beli di bazaar Ramadhan bagi yang bekerja pula akan mula terfikir apakah yang bakal mereka masak setiap kali pulang dari kerja, dengan waktu yang terhad dan badan letih lesu setelah bekerja dan berpuasa seharian.

Di sini Shahriah ingin mencadangkan kepada semua adik-adik, kakak-kakak, Puan dan Tuan yang kebuntuan idea tu.. bolehlah dapatkan...

SAJIAN ISTIMEWA SHAHRIAH ABDULLAH
BUKAN SEKADAR SAJIAN BIASA


Sebulan kita berpuasa.. maka sebulan jugalah kita akan menyediakan juadah untuk Iftar dan berbuka di bulan Ramadhan. Belum lagi tiba nak dekat raya, kek biskut dan kuih muih yang bakal di sediakan di atas meja tu nanti :D

Jawapannya ada di sini :

SAJIAN ISTIMEWA SHAHRIAH ABDULLAH
BUKAN SEKADAR SAJIAN BIASA



Ada lebih 70 resipi ringkas, mudah dan enak yang terdapat di dalam buku resipi

SAJIAN ISTIMEWA SHAHRIAH ABDULLAH
BUKAN SEKADAR SAJIAN BIASA



tempoh penyediaan amat singkat dan bahan-bahan juga mudah di dapati :)


Hidangan ringkas 3 dalam 1 juga ada, jika tak kesuntukan masa :D
jimat masa dan tenaga :)


Pelbagai jenis resipi sayur-sayuran ala kampung yang enak dan ringkas :)


Juadah istimewa di pagi Syawal juga ada :) 


Pencuci mulut, kuih tempatan juga ada :) 


Dessert Barat juga ada, malah lebih mudah dan ringkas cara dan penyediaannya :D


Teringin nak makan roti dan juga bun? 
manis dan savouri semestinya ada di dalam buku resipi...

SAJIAN ISTIMEWA SHAHRIAH ABDULLAH
BUKAN SEKADAR SAJIAN BIASA 


Biskut raya? semestinya ada di dalam buku resipi...

SAJIAN ISTIMEWA SHAHRIAH ABDULLAH
BUKAN SEKADAR SAJIAN BIASA




Dan bermacam-macam lagi resipi dan menu lazat yang ada di dalam buku resipi...

SAJIAN ISTIMEWA SHAHRIAH ABDULLAH
BUKAN SEKADAR SAJIAN BIASA


Telah berada di pasaran!!
dan juga..

SAJIAN ISTIMEWA SHAHRIAH ABDULLAH
BUKAN SEKADAR SAJIAN BIASA

TELAH DI ULANG CETAK DAN LAKU MACAM GORENG PISANG PANAS!



Dapatkan di kedai-kedai buku berdekatan!
Semestinya ada diskaun hebat!

Assalammualaikum..




Tuesday, June 5, 2012

Sajian Istimewa Shahriah Abdullah dan Kerana Sebiji Epal antara yang TERLARIS!!

Assalammualaikum...

Syukur Alhamdulillah... Terima Kasih Ya! ALLAH..


Sajian Istimewa Shahriah Abdullah 

dan

 Kerana Sebiji Epal 

antara yang TERLARIS!!

**sumber dari Grup Buku Karangkraf**

Syukur Alhamdulillah... Terima Kasih ALLAH... Kerana Sebiji Epal dan Sajian Istimewa Shahriah Abdullah adalah antara yang terlaris.. terima kasih semua yang telah mendapatkan Karya-karya Shahriah... terima kasih :))http://shahriahnovelis.blogspot.com/
Order Terlaris Minggu Ini:

1. Kejora Di Langit Cinta – Anis Ayuni
2. Seindah Sakura – Liza Zahira
3. Miss Pisau Cukur – Siti Nur Dhuha
4. Tuhan Sedang Menguji Kita – Ustaz Kazim Elias
5. Kerana Sebiji Epal – Shahriah Abdullah
6. Penawar Duka Pengubat Sengsara – Prof. Madya Dr. Mohd Asri Zainul Abidin
7. Sajian Istimewa Shahriah Abdullah – Shahriah Abdullah
8. Variasi Hidangan Berkeju – Noraini Zakaria
9. Kuasai Ilmu Tajwid Cara Mudah – Ustazah Niraida Md Noor
10. Antologi Cerpen – Pemenang Pertandingan Jom Tulis Cerpen PROSTAR Malaysia
5 ·  · 

Sunday, May 20, 2012

Sajian Istimewa Shahriah Abdullah... Kini Berada Di Pasaran!



Info Terkini!! Telah Berada di Pasaran! Jangan lupa dapatkan... yaa.. Terima Kasih... :))




Penulis: Shahriah Abdullah
Harga: RM25.00
Halaman: 168
ISBN: 978-967-0342-62-7

Sinopsis: Seorang novelis juga mampu menyediakan hidangan sepakar chef. Ini terbukti apabila Shahriah Abdullah handal menunjukkan bakat di dalam rancangan MasterChef Malaysia untuk musim pertama. Berdasarkan kehebatannya itu lalu terinspirasilah buku Sajian Istimewa Shahriah Abdullah. Terdapat lebih 70 masakan disajikan untuk anda hidangkan resipi istimewa ini buat keluarga dan tetamu. Keunikan yang ada pada setiap resipinya ialah menu tersebut merupakan resipi turun-temurun ahli keluarganya. Hidangkan 
hasil air tangan anda untuk menambat selera keluarga.




Nantikan kisah di sebalik tabir....
SAJIAN ISTIMEWA SHAHRIAH ABDULLAH...

sedikit masa sahaja lagi... semestinya akan kukongsikan kepada semua... :))

Bukan semudah seperti yang di sangkakan.. ishh.. ishhh...

TungguUUuu.... :))

Assalammmualaikum.. Jumpa nanti!

TATA!!


Monday, April 23, 2012

Sajian Istimewa Shahriah Abdullah


Assalammualaikum... Dan salam sejahtera buat semua teman dan peminat yang selama ini menyokong setiap karya dan penulisanku....

Syukur Alhamdulillah... Terima Kasih ALLAH...

Pada mulanya....
Dengan hanya berbekalkan minat yang terlampau mendalam di dalam dunia kulinari... mulalah menyimpan angan-angan dan impian.... impian yang pada mulanya ku sangkakan tidak mungkin akan berjaya ku realisasikan secara nyata... mana mungkin! Aku hanya seorang wanita biasa... Belajar pun tidak setinggi mana... Sibuk dengan pelbagai urusan... mana nak menguruskan hal dan urusan rumahtangga... tanggungjawab sebagai hamba ALLAH... belum lagi di campur dengan kerja penulisan yang terlalu aku minati.... maka ianya hanya menjadi impian sahaja... biarlah esok lusa akan ku fikirkan boleh atau pun tidak?


Memasak setiap hari buat keluarga tersayang dan ku kongsikan resipi masakan harianku di dalam blogs Masakan ku ini >>> The Writer's Is CooKING! 

Memasak...
Menghidang...
Ambil Gambar...
Edit gambar dan resipi...
Kongsikan di Laman Facebook >> Fan Page Shahriah Abdullah
Kemudian masukkan pula di dalam BLOGS MASAKANKU

Semuanya ku lakukan sendiri dengan niat ikhlas dan semata-mata hanya ingin berkongsi ilmu yang tidak seberapa itu buat keluarga dan teman-teman... dan tidak lebih dari itu.. pada awalnya...:)))



Ramai juga ahli keluarga dan sahabat di laman Facebook menyuarakan "Kenapa tidak di jadikan buku resipi?"
Bila dah ramai yang berbunyi... mulalah menyimpan angan-angan... mulalah memandang ke langit.. jari menongkat dagu... mata terkebil-kebil... senyuman meleret di bibir... 

Kenapa tidak?! dan semenjak itu.. masakan dan hidangan harian buat keluarga yang ku masak.. mulai ku kumpul satu-persatu... dari 1 sehinggalah beratus resipi hidangan harian telah berjaya ku taip dan ku jadikan manuskrip lalu ku simpan.

Sehinggalah satu hari, telah ku serahkan manuskrip resipi ku itu kepada pihak editor. Setelah bertemu dan berbincang, maka pihak editor bersetuju untuk menerbitkan manuskrip masakan ku itu...

Kita sebagai manusia hanya bisa merancang.. ALLAH MAHA BESAR... ALLAH JUA yang menentukan SEGALANYA... apa yang kurancangkan akhirnya 'TERTUNDA' dek kerana....


Senyuman menyenget tu yaa... Syukur Alhamdulillah.. dengan niat hanya sekadar ingin mencuba nasib di dalam sesi uji bakat MasterChef Malaysia *itu pun setelah di paksa oleh ahli keluarga* Uji bakat itu telah di adakan di salah sebuah Hotel terkemuka di seluruh Negeri dan aku telah memilih lokasi Johor Baharu.... dengan di hadiri beribu peserta.. terasa nasib diri memanglah tipis... Tapi akhirnya... berjaya juga terpilih dari beribu peserta di seluruh Malaysia.. dan aku telah berjaya untuk ke peringkat TOP 40! Syukur Alhamdulillah...


Setelah berperang bagai nak rak! di dapur MasterChef Malaysia... akhirnya... Berjaya ke peringkat TOP 24! bertarung punya bertarung! masa tuu.... panjangnya kalau nak di cerita panjang berjela.. tak sudah sebulan dua kalau nak di ceritakan pengalaman sepanjang berperang kat MasterChef Kitchen tu yaa.... Kisah pahit dan manis sepanjang di MCM.. telah ku abadikan di blogs yang satu lagi.. i ni biasa aje orangnya.. sederhana dari segi rupa dan harta... tapi bab BLOGS i memang kaya! heehehhe... >>> KENANGAN MANIS SEPANJANG DI MCM dan akhirnya....


Syukur Alhamdulillah.. aku hanya berjaya sehingga ke peringkat TOP 10! MasterChef Malaysia.... Pengalaman yang cukup indah dan tidak mungkin akan dapat di mana-mana pun. Ilmu yang di raih dari Pakar-pakar Chef terkemuka di Malaysia.. menambahkan ilmu dan semangat yang semakin berkobar-kobar. Jika dulu memasak hanya main pakai hidang begitu sahaja, ala-ala ceduk kuah dan bubuh dalam mangkuk, tabur bawang goreng... dahhh.. itu dulu... kini tidak lagi..:)) 


Segala masakanku di rumah berhidang ala-ala hotel bertaraf lima bintang! cewahhh.... semuanya dek pengalaman yang cukup Besar Nilainya.. tidak boleh di beli dengan wang dan apa jua.. segalanya hanya bermodalkan keyakinan diri yang cukup maksimum.. kekuatan fizikal dan mental dan selebihnya ku berserah kepada YANG MAHA ESA.... TERIMA KASIH ALLAH...

Syukur Alhamdulillah selepas sahaja bebas dari Berperang di Dapur MasterChef Malaysia.... satu lagi pertemuan dan perbincangan mengenai 'Projek Buku Resipi' yang tertunda sekian lama bersama pihak Buku Prima @ Grup Buku Karangkraf... Pertemuan dan perbincangan MUKTAMAD mengenai buku resipi yang bakal di terebitkan itu nanti.. antara kami bertiga....

Jutaan Terima Kasih buat Pengurus Besar Editorial: Sri Diah (sridiah@karangkraf..com.my)


Ucapan khas buat Puan Hjh Sri Diah.. *yang lain nak baca pun boleh* mintak ampun sangat kerana telah 'mengambil' foto Hjh yang sungguh ayu dan berseri itu dari FB yaa... kerana tiada gambar Hjh dalam folder Sha.. jangan marah tau.. nanti sha belanja kopi O panas seteko... muahhh.....

Dan Jutaan terima kasih juga khas buat... biasalah.. tak buh gambar pun semua dah kenal sifu tersohor i ni kan kan... tak lain tak bukan.. Tn Haji Mohd Ali....


Salam Tn Hj... pun mintak ampun... gambar tn haji yang cukup bergaya telah ku ambil dari FB... nampak begitu kacak dan bergaya! pun sama... nanti sha belanja Teh Peng satu teko! ampun sangat....:))

Jutaan terima kasih buat kesemua warga yang terlibat sehinggalah terbitnya SAJIAN ISTIMEWA SHAHRIAH ABDULLAH... terima kasih, hanya ALLAH SWT sahaja yang dapat membalasnya.. Aminnn....

Pengurus Besar Editorial: Sri Diah (sridiah@karangkraf..com.my)
Editor Kanan : Intan Zabidin (intan.zabidin@karangkraf.com.my)
Editor: Noorshawati Che Razali (noorshawati@karangkraf.com.my)
Pengarah Kreatif :Nor Azam Syah Bin Razmi (azam.syah@karangkraf.com.my)
Pereka Kreatif Kanan : Ahmad Firdaus Bin Abdul Razak (ahmad.firdaus@bukuprima.com.my)
Grafik :SharifahHazleza S.M.Halidi (sharifah.hazleza@karangkraf.com)
Zulkarnain Maula Ahmat (zukamaula@gmail.com)
Jurugambar : Jasmi Baba (jasmi.baba@karangkraf.com.my)

Dan Jutaan Terima Kasih buat insan yang cukup banyak membantuku sepanjang 'shooting SAJIAN ISTIMEWA SHAHRIAH ABDULLAH' dan insan istimewa itu ialah..... beri tepukan gemuruh berserta guruh!!!!


Jutaan terima kasih juga ingin ku ucapkan buat adik kesayanganku... selaku editor sepanjang pengambaran buku resipi ku itu.. adik kesayangan i yang satu inilah yang paling banyak membantu... terutama jadi tukang gelak bila i dok berceloteh dan memberikan 'petua' sambil memasak di dapur ku itu... hehhe.....


Editor: Noorshawati Che Razali (noorshawati@karangkraf.com.my) orangnya cukup manis... jelingan cukup manja sekali.. *lihat gambar atas* hehhe.. masih singgle tetapi sudah ada yang cop! hehhe.. Tie cayangg.. Kak Sha nak mintak ampun juga yaa.. terpaksa 'cilok' gambar Tie dari FB... hadoii... dah berapa keping yang ku 'cilok' tu ekk... nanti kak sha belanja Tie Paplova << ini hanya dia sahaja yang tahu hehhee....

Jutaan terima kasih juga buat... hah! yang ni.. memang special... masa mula-mula jumpa dulu.. banyak kali i gosok mata.. ingatkan Mr K heheee.. 


Jurugambar : Jasmi Baba (jasmi.baba@karangkraf.com.my)
Selaku jurufoto yang cukup profesional... kacak, bergaya.. steady aje ekk.. bang Mie ni.. terima kasih Bang Mie.. dan sama juga seperti di atas.... mintak ampun sangat sebab 'cilok' gambar Abang Mie yang segak bergaya tu yaa... nanti sha belanja Sup Gear Box 1 mangkuk besar naa... tq Bang Mie.. masih ku ingat kenangan lalu bersamamu.... cewahhh...:))

Dan Syukur Alhamdulillah.... setelah bertungkus lumus menyedia, memasak, menghidang selama beberapa hari di kediamanku yang tidak seberapa itu.. akhirnya.. selang beberapa bulan.. dulunya impian, angan-angan yang tidak mungkin menjadi kenyataan dan akhirnya... dengan berkat doa dan usaha yang gigih.. maka lahirlah...
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:

 :
:
:
:
:
:
:
:
:

Kisah bersambung..... 
'The Making Of Sajian Istimewa Shahriah Abdullah'
 'Di Sebalik Tabir Sajian Istimewa Shahriah Abdullah'
:
:
:
:
:



:

tunggu yaaa.. banyak lagi yang ingin ku kongsikan... :)))
:
:
:
:
:

TATA!!