Ada Aku Kisah!


Manuskrip Ada Aku Kisah!

DI LARANG COPY PASTE!

HAK TERPELIHARA

TEKAN 'SIGN IN' ANDA DI DALAM LIST KESAYANGAN SAYA EKK...

Thursday, July 12, 2012

Sinopsis Kerana Sebiji Epal ~ Karya ke~8 akan di paparkan di Akhbar Sinar Harian Ahad 15hb Julai 2012


Kerana Sebiji Epal ~ Karya ke~8 akan di paparkan di Akhbar Sinar Harian Ahad 15hb Julai 2012




KERANA SEBIJI EPAL

Mengisahkan tentang kisah benar, seorang gadis yang hartawan, bijak dan cantik. bergelar seorang arkitek muda yang amat di segani. Permulaan kisah, dia ingin di jodohkan dengan Herman, iaitu sepupunya sendiri oleh kedua belah pihak keluarga Najla, dengan niat mahukan harta yang menggunung itu tidak mengalir kepada orang lain. Najla menolak pada awalnya kerana dia menganggap Herman seperti Abangnya sendiri.

Kita merancang dan TUHAN yang menentukan segalanya. Di saat Najla mulai menerima Herman, muncul Khairy sebagai pemandu teksi yang mulai menagih cinta dari Najla. Najla seperti di pukau dan mendambakan Khairy tiap saat bagai pungguk rindukan bulan. Nasi Lemak Buah Bidara.. kerana kasih Najla hanyut kepada pujuk dan rayuan Khairy. Mereka di tangkap basah, mulai sejak itu Najla seperti hilang akal dan sering teringatkan Khairy. Mereka hampir bernikah secara sembunyi. Mujur keluarga Najla dapat menghalang mereka.

Najla bernikah juga dengan Khairy setelah dia lari pada malam pernikahan antara dia dan Herman. Bermulalah episod kisah hidup Najla yang penuh dengan bahagia pada awalnya sehinggalah.. suatu hari Khairy tertangkap polis. Kepayahan lalu hanya sebentar sahaja, mendung berarak pergi. Akhirnya Herman dan Najla di satukan sebagai pasangan suami dan isteri.

Najla mula hamil dan dia mengidamkan 'EPAL' tiap hari hanya buah 'EPAL' yang di idamkannya. Kasih sayang Herman terhadap dirinya memang tiada tolok bandingan. Sehingga suatu hari muncul Ernita dan bermulalah kisah tragis tentang KERANA SEBIJI EPAL.. Kisah selanjutnya dapatkan pasaran Kerana Sebiji Epal.. boleh di dapati di kedai Buku MPH, Popular dan lain-lain lagi.

Kerana Sebiji Epal ~ Karya ke~8 akan di paparkan di Akhbar Sinar Harian Ahad 15hb Julai 2012


Jangan lupa yaa.. nak tahu macam mana Shahriah menulis dan kisah sepanjang bergelar penulis, dan cara bekerja, idea dan macam-macam lagi yang kukongsikan buat semua pembaca di luar sana :D jangan lupa dapatkan..

SINAR HARIAN HARI AHAD,

15HB Julai 2012


Jangan lupa juga.. jumpa saya di Bukit Jalil!!

bersempena :

HARI KOPERASI NEGARA 'Malaysia'

Bertempat di : Stadium Bukit Jalil 
(kawasan parking BOOTH KARANGKRAF)

Tarikh : 15hb Julai (AHAD)

Tepat Jam : 2-3 Petang

Demo Masakan dari buku resipi :

SAJIAN ISTIMEWA SHAHRIAH ABDULLAH



masuk adalah percuma :)

Assammualaikum... :)

TATA!!

No comments: