Ada Aku Kisah!


Manuskrip Ada Aku Kisah!

DI LARANG COPY PASTE!

HAK TERPELIHARA

TEKAN 'SIGN IN' ANDA DI DALAM LIST KESAYANGAN SAYA EKK...

Saturday, January 16, 2010

Cinta Najla

CINTA NAJLA
Karya kedua Shahriah Abdullah

CINTA NAJLA
Kisah ini sambungan dari Novel KAU MAWARKU...

Najla sedang hamilkan anak sulong Herman, hasil perkahwinannya yang kedua. Najla begitu bahagia, buah epal merah dan segar adalah makanan yang dia paling suka, sepanjang dia hamilkan anak sulong yang mereka impikan selama ini. Herman juga begitu bahagia dan dia tidak sabar-sabar menantikan kelahiran anak mereka. Ernita muncul setelah Khairy bekas suaminya di tahan polis. Dia kembali kerana ingin membalas dendam. Dia cemburu melihat kebahagiaan yang sedang di kecapi oleh Najla dan Herman, sedangkan dia miskin dan melarat. Kerana Najla juga hidupnya terumbang ambing. Langsung tidak di pedulikan oleh Khairy. Ernita bercadang ingin meruntuhkan rumahtangga Najla yang sedang bahagia itu... kasih dan cinta Herman terhadap Najla mulai pudar setelah Ernita hadir di dalam hidupnya. Najla di biarkan terkapai-kapai menanggung perasaan sedih di atas kematian anak yang sedang dikandungnya itu. Herman semenjak bernikah dengan Ernita langsung tidak pernah menjengah... Ernita hamil! Herman adalah insan yang paling bahagia sekali. Tetapi di mana Ernita sepanjang kehamilannya? Kepulangan Ernita bersama bayi yang bernama Sabrina benar-benar menjadi tanda tanya Herman...
Bagaimana dengan Najla? setelah dua tahun di gantung tak bertali, adakah dia sanggup berdiam diri sahaja? Kenapa Herman mulai benci dan muak dengan Ernita? Siapa Sabrina sebenarnya? Siapa pula Zanariah, kenapa dia yang beria-ia benar ingin menjaga Sabrina?? Ikmal hadir di dalam hidup Najla setelah jiwanya menderita selama ini.... Ikmal teringatkan Arwah Isterinya.. wajahnya persis Najla... Apakah kesudahan kisah yang sarat dengan pelbagai konflik dan dendam ini????

~Jawapannya ada di Novel CINTA NAJLA... jangan lupa dapatkan jawapannya disana... boleh tempah terus dari Shahriah Abdullah atau Buku Prima... terima kasih! ~shahriah Abdullah novelis~

No comments: