Ada Aku Kisah!


Manuskrip Ada Aku Kisah!

DI LARANG COPY PASTE!

HAK TERPELIHARA

TEKAN 'SIGN IN' ANDA DI DALAM LIST KESAYANGAN SAYA EKK...

Saturday, January 16, 2010

Setitis Kasih

Setitis Kasih
Karya Ketiga Shahriah Abdullah

Setitis Kasih


Mengisahkan tentang seorang wanita yang bernama Mariah. Seorang anak angkat yang telah di pelihara oleh keluarga Pak Sarip. Kasih sayang yang dicurahkan kepada Mariah langsung tidak di bezakan. Malah Mariah sangat dikasihi oleh Pak Sarip dan isterinya. Namun pengorbanan Mariah tidak di sukai oleh Mariani anak sulong Pak Sarip. Dia berdendam dan cemburukan Mariah. Mariah tidak pernah ambil hati, dia terlalu sayangkan adik-adik angkatnya seperti adik kandungnya sendiri. Setelah mereka semua dewasa, tinggallah Mariah duduk di kampung menjaga rumah pusaka peninggalan Arwah Pak Sarip. Mariani, Mikail semuanya sudah berkerja di Kuala Lumpur dan berkeluarga. Sedangkan Mariah masih belum mendirikan rumahtangga, dia anak dara tua. Demi kasih sayangnya terhadap Ibu angkat dia sanggup menolak pinangan lebih dari 4. Mariani dan Mikail bercadang untuk melenyapkan Mariah di dalam hidup keluarga mereka. Mereka berpakat ingin menjual tanah pusaka demi melunaskan hutang piutang yang berkepuk. Mariah di halau dari rumah. Mariah terpaksa memendam perasaan, berpisah dari Ibu angkatnya, dia diugut oleh Mariani. Semenjak dari itu, kehidupan Mariah berubah. Mariah telah di terima berkerja sebagai pereka fesyen dengan kebolehan semulajadi yang dia ada. Dia bertemu dengan jejaka yang bernama Imran. Cinta mula berputik... Mukriz suami kepada Mariani datang kepadanya, berterus-terang bahawa dia cintakan Mariah selama ini dan bukan Mariani... Amir juga datang menagih cinta darinya... semua cinta itu di tolak oleh Maria... Disaat dia di tumpukkan dengan pelbagai masaalah... di kejutkan pula dengan berita bahawa dia masih lagi ada keluarga kandung... bertemukah Mariah dengan keluarga kandungnya itu? Bagaimana dengan Imran? kenapa surat sahaja yang menjadi pengganti, kemana ia pergi??? siapa pula Iman??? betulkah Iman itu Imran?? atau.... bagaimana pula dengan Ibu angkat Mariah? Apakah terjadi kepada Mariani dan Mikail???

~Segala persoalan itu akan terjawab di dalam 'SETITIS KASIH'... jangan lupa dapatkan di pasaran sekarang juga! pesan terus dari Shahriah Abdullah atau Buku Prima.... selamat membaca! ~shahriah Abdullah Novelis~

No comments: