Ada Aku Kisah!


Manuskrip Ada Aku Kisah!

DI LARANG COPY PASTE!

HAK TERPELIHARA

TEKAN 'SIGN IN' ANDA DI DALAM LIST KESAYANGAN SAYA EKK...

Thursday, September 20, 2012

Ada Aku Kisah! BAB 18


Ada Aku Kisah!


Hak Cipta Terpelihara. 
Jadi sebarang Copy paste ADALAH DILARANG SAMA SEKALI!
Jika ada kesilapan ejaan atau pun ayat, harap maklum manuskrip Ada Aku Kisah! belum lagi di edit oleh pihak EDITOR.


Bab 18

Badan aku terhoyong-hayang. Mata aku berpinar-pinar. Cepat-cepat aku duduk atas bangku. Aku picit-picit dahi aku yang berpeluh. Airliur aku telan. Terasa kering tekak aku. Bibir aku yang kering dan mengelupas aku raba-raba dan kemudian aku kutis-kutis kulit kering. Aku tengok lepas tu aku buang.
Seksa betullah! Aku merungut dalam hati. Cuaca pulak panas terik. Ada orang jual air tebu tepi jalan, lama aku tenung. Olia ada di situ, beli air tebu lah tu! Perghh kau kan Olia!
Slurppp.. sedapnya air tebu.......
 Lepas tu aku pejamkan mata. Kalau dapat sesedut air tebu, hadoii sedapnya! Aku mula membayangkan air tebu yang kehijauan dengan ais batu.
“Hoi! Berangan ya!”
Aku terkejut. Olia sudah berdiri tegak depan mata aku. Tengah sedut air tebu pulak tu! Perghhh...
“Sibuklah kau.”
Aku menjawab geram. Aku palingkan muka aku ke tengah jalan. Ada banyak kenderaan yang lalu-lalang. Mana pulak bas ni? Aku dah tak larat nak duduk atas bangku, terasa sengal sangat punggung aku. Aku rasa macam nak berlengkar atas katil. Bukak kipas kanan-kiri lepas tu tidur! Terbayang-bayang tilam aku yang hapak.
“Orang puasa tak boleh marah, nanti pahala kurang.”
Olia terkekeh gelihati. Sakit hati aku!
“Dah tahu aku puasa, yang kau tu bukan main sedap menyedut air tebu depan aku tu kenapa? Pergi sanalah!”
Aku tolak tubuh Olia yang kurus melidi. Olia menjerit kecil. Sikit lagi dia nak termasuk dalam longkang. Aku jelirkan lidah aku. Padan muka kau!
“Engkau semenjak puasa sunat ni kan Siah. Bukan main garang lagi muka kau aku tengok. Tengok aku macam apa!”
Memang aku serius! Aku geram, Olia suka sangat makan dan minum depan aku. Aku kecur tahu tak! Aku mendengus geram.
“Dah seminggu kau berpuasa. Tahan betul kau Siah. Aku respect kat kau. Tak rindu ke, dengan biskut kacang mak cik kantin?”
“Srotttttt...”
Bunyi air tebu Olia sedut.
Slurpppp....
Aku jilat bibir aku yang kering. Air liur aku telan sehingga perit tekak aku. Olia memang dah melampau!
“Ada aku kisah!”
Aku menjawab dengan nada geram.
“Aku puasa, aku punya sukalah. Kau tu janganlah makan dan minum depan aku. Tak hormat langsung!”
Cepat-cepat Olia sembunyikan air tebu di belakang badannya yang sekeping. Aku jeling bagai nak apa. Dah selesai baru nak sembunyikan dari aku? Cett!!
“Kau puasa sebab kau nak dietkan? Kan?”
Aku  buat tak dengar. Olia ni memang nak kena  dengan aku.
“Diet sebab kau nak tambat hati Abang Kamal kau tu ya? Atau Aaron Aziz?”
Aku tahankan aje ni. Siap kau Olia. Kejap aje lagi kalau kau tak berhenti bercakap aku tarik tudung kau!
“Aku ni kan Olia. Puasa sunat. Tak lama lagikan bulan Ramadhan. So, salah ke aku nak puasa?”
Aku cuba untuk berdiri. Kalau badan aku terasa macam nak melayang, terpaksalah aku duduk dulu. Bas tiba nanti baru aku bergerak ke luar pagar sekolah sana tu.
“Seminggu kau berpuasa kan Siah, aku tengok kau macam dah susut sikit.”
“Serius ke ni? Betul ke Olia aku dah nampak susut sikit?”
Olia mengangguk laju. Nampak ikhlas. Aku terus tarik tangan Olia duduk sebelah aku.
“Betul jugaklah apa kau cakap tu Olia. Kain aku ni pun macam dah longgar sikit. Tak sia-sia aku diet.. erkkk puasa sunat.”
“Berapa target kau?”
Aku tak faham soalan Olia.
“Target apa? Exam SPM ke?”
“Bukan exam. Berapa kau target nak turunkan berat badan kau tu?”
Ohh.. aku terangguk-angguk. Ingatkan apalah yang Olia maksudkan.
“Aku cuba nak turunkan berat badan aku dalam 5 KG dulu. Aku rasa selesai bulan puasa nanti Insya~ALLAH berat aku turun banyak.”
Olia terangguk-angguk. Aku jeling baki air tebu yang Olia sembunyikan di belakang. Aku telan air liur. Kecur aku tengok ais mencair kat celah plastik! Aku nak beli jugaklah sebungkus bawak balik untuk berbuka.
“Kalau kau kuruskan Siah. Mesti si Halim tu bengang kat kau! Ya, lah kau kalau kurus cantik tau! Kalah Kak Long kau tu.”
Berseri-seri muka aku.
“Betul ke Olia? Betul ke?”
Aku goncang-goncang tubuh Olia yang melidi.
“Eh! Janganlah! Bergegar otak aku kau goncang tau!”
Olia menepis tangan aku. Aku tersipu-sipu.
Aku percaya pujian Olia tu memang ikhlas. Aku kenal siapa Olia. Cewah!
“Ya, betul! Aku tak tipu. Kau akan nampak cantik dan anggun! Bukan cute!”
Olia mengenyit nakal.
Aku terasa macam nak melayang. Ringan aje tubuh aku yang besar. Hati aku berbunga-bunga. Semakin bersemangat aku nak berpuasa!
“Bas dah sampai! Jom!”
Olia tarik tangan aku. Aku berdiri dengan payah. Janganlah aku pengsan. Kesian Olia nak kena angkat aku yang besar.
“Pasal Kak Long slim? Cantik pakai kebaya?”
Terngiang-giang perbualan aku dengan Abang Kamal di warung tempohari. Aku gagahkan diri untuk berjalan, walaupun aku terasa macam nak tumbang!
“Laju kau berjalan semenjak kau berpuasa ni Siah!”
Olia berlari mengejar aku yang sudah menonong berjalan ke arah bas sekolah.
“Aku kan dah susut. Mestilah laju!”
Cewah dengan bangganya aku melangkah dengan penuh yakin!

.......................

“Sedapnya mak masak! perut Siah dah lapar sangat dah ni mak.”
Mak sendukkan nasi di atas pinggan aku. Membukit tingginya. Aku senyum.
“Cukup?”
Aku tenung peha ayam goreng 3 ketul dalam pinggan aku. Aku alihkan pandangan aku ke arah mak. Aku menggeleng.
“Cukup?’
Aku menyeringai macam Bobo. Aku mengangguk laju. Mak tambah lagi 2 ketul peha ayam goreng. Dah jadi 5 ketul peha ayam goreng. Penuh pinggan aku. Aku tahu mak sayangkan aku.
“Sayur?”
Aku mengangguk lagi. Kali ini senyuman manja aku hadiahkan untuk mak.
“Kuah lebih sikit mak.”
Manja suara aku. Mata aku terkebil-kebil melihat nasi dan lauk-pauk yang dah membumbung di hadapan mata aku.
“Apa lagi? Makanlah.”
Aku apa lagi suap, suap, suap. Berselang-seli nasi, peha ayam goreng dan sayur lemak labu. Penuh mulut aku. Aku makan penuh selera.
“Sedap tak mak masak Siah?”
“SEDAPPPP!!!”
Aku memuji dengan ibu jari aku terjojol ke atas. Sedap sangat mak masak!
Mak tak marah dan berleter macam selalu. Itu yang aku pelik bin ajaib! Arghh.. ada aku kisah!
“Siah! Siah!”
Aku tak peduli. Aku honges peha ayam. Aku hirup pulak kuah lemak labu yang pekat.
“SLURPPP... sedapnya mak! Pandai mak masak!”
“Siah!!!!”
Aku tak peduli mak panggil nama aku, aku suap, kunyah sikit dan telan.
“Siahhhh!!!!!!!!”
Aku terkejut!
Aku bingkas berdiri.
Mak bercekak pinggang dengan muka garang.
“Dah kenapa dengan kau ni Siah? Mengigau agaknya ya?”
Aku terkulat-kulat sambil garu ketiak aku yang gatal. Aku garu-garu kepala aku, rambut aku kusut masai.
“Tambah nasi lagi mak?”
Aku angkat pinggan nasi aku yang telah kosong! Aku lapar!
“Nasi? Nasi apanya Siah! Kau kan puasa! Hesshh.. budak Siah ni kan.. apalah agaknya nak jadi! Jejalu agaknya!”
Mengigau? Aku terpinga-pinga.
“Tidur lagi! Dah nak dekat maghrib pun tak bangun mandi. Sekejap lagi nak berbuka. Kau puasa ke tidak ni?”
Aku terangguk-angguk kemudian menggelengkan kepala aku.
Aku mengigau? Jadi peha ayam goreng 5 ketul dengan nasi penuh membukit dan lauk lemak labu tu semuanya hanya mimpi aku jelah ya?
Urghhhhhhhhhhhhhhh.. aku mengeluh geram!
“Ya, lah. Ya, lah. Siah mandilah ni.”
Aku capai tuala yang tersangkut belakang pintu bilik air.
“Mak. Mak goreng peha ayam tak?”
Terbayang-bayang peha ayam goreng yang lazat dalam mimpi aku  tu tadi.
“Ayam apanya! Mak goreng telur aje hari ni. Kau lupa malam ni mak dan ayah akan ke surau ada yasin! Peha ayam! Siah.. Siah...”
Terus bahu aku jatuh.
 Aku menapak ke bilik air dengan muka frust menonggeng!



*Nama dan watak di atas tiada berkenaan dengan yang hidup atau pun yang mati*

Nantikan BAB...19 ;)

2 comments:

Sari Yusa Ibrahim said...

sama lak Siah ni ngan i, pantang tido time puasa mesti mimpi makan!

Shahriah Abdullah Novelis said...

nanti akak cakap dengan Siah ekk ada beregu nampaknya hahaha :))