Ada Aku Kisah!


Manuskrip Ada Aku Kisah!

DI LARANG COPY PASTE!

HAK TERPELIHARA

TEKAN 'SIGN IN' ANDA DI DALAM LIST KESAYANGAN SAYA EKK...

Tuesday, September 18, 2012

Ada Aku Kisah! BAB 13


Ada Aku Kisah!


Hak Cipta Terpelihara. 
Jadi sebarang Copy paste ADALAH DILARANG SAMA SEKALI!
Jika ada kesilapan ejaan atau pun ayat, harap maklum manuskrip Ada Aku Kisah! belum lagi di edit oleh pihak EDITOR.


*photos credit to googles*


Bab 13

Gembira betul aku hari ini. Hari yang cukup berbeza dari hari-hari yang aku lalui sebelum ini. Pada pendapat akulah. Nak tahu pasal apa? Pasal Kak Long ada di rumah. Lama Kak Long cuti, kata Kak Long dia ambil cuti seminggu. Mak, Ayah, Bang Ngah semua gembira, aku lagilah.
 Setiap saat dan waktu yang ada aku sentiasa berkepit dengan Kak Long. Tidur aku di bilik Kak Long, makan pun sepinggan dengan Kak Long. Kak Long rajin melayan aku, makan Kak Long suapkan. Lepas mandi Kak Long tolong sikatkan rambut aku dan buatkan sanggul ala-nyonya.
Mak pun sejak Kak Long ada di rumah kurang berleter, nak tahu sebab apa? Sebab bila mak berleter aja Kak Long akan baking aku! Cayalah Kak Long. Tunggu pulak nasib aku lepas Kak Long pulang semula ke KL. Siaplah telinga aku panas kena leter dengan mak. Ada aku kisah!
“Kak Long, jadi ke kita nak buat muffin pisang petang nanti?”
Aku menyapa Kak Long yang leka menghadap skrin i-padnya. Aku henyakkan punggung aku yang besar sebelah Kak Long. Tubuh Kak Long yang slim forever tu terangkat sedikit.
“Jadi. Adik dah ready ke belum?”
“Dah. Sentiasa bersedia membantu Kak Long di dapur.”
Adik itulah panggilan manja yang Kak Long selalu panggil aku. Aku memang manja dengan Kak Long. Ya, lah dialah satu-satunya Kakak yang aku ada di dunia ini.
“Okay, lepas ni kita ke dapur. Bagi Kak Long balas dulu twitter dari kawan Kak Long.”
Aku mengangguk, sambil mata aku curi-curi membaca apa yang Kak Long tulis dalam skrin i-pad. Kak Long tak lokek, dia bagi aku baca sekali. Sporting betullah Kak Long.
“Boy friend Kak Long eh?”
Aku kenyitkan mata aku. Bukan sebelah kedua-dua belah mata aku terkenyit-kenyit.
“Syy... nanti mak dengar. Haah. Kawan Kak Long, bukan boy friend.”
Kak Long tergelak manja. Cantik Kak Long bila dia senyum. Ada lesung pipit. Tak macam aku harap pipi aje tembam! Hidung pun rata aje di tarik dek pipi aku. Mak aku cakaplah sebab itu hidung aku penyek! Tak macam Kak Long hidung mancung. Jam tu jugak aku terus raba-raba hidung aku yang tak mancung.
“Kak Long, best tak ada BF?”
Aku guna ayat singkat, takut mak pasang telinga.
“Okaylah...”
Kak Long laju membalas twitter yang bertubi-tubi masuk. Aku yang menyelit sebelah Kak Long sama syiok pulak. Bestlah pulak tengok orang bercinta berbalas-balas msg.
 Eh! Ya ke mereka bercinta? Gasaklah yang penting aku tumpang bahagia.
 Aku ada jugak twitter tapi yang selalu twit aku cuma Olia aje. Tu pun cuma twit tanya aku buat apa. Atau pun twit aku esok sekolah ke tidak? Bosanlah.
“Okay dah selesai. Jom kita baking!”
Seronoknya dapat belajar buat muffin dengan Kak Long. Mak selalu jugak buat muffin, tapi bila aku tolong mak, dia cuma suruh aku jaga kek tepi oven. Aku selalu tertidur tepi oven, tu yang kek mak selalu rentong aku kerjakan!
Kak Long selak-selak buku resipi yang ada di atas meja dapur. Aku yang sedia menjadi pembantu hanya jadi pemerhati. Aku suka lihat cara Kak Long, rileks dan cool aje bila buat sesuatu kerja, tak macam aku, gelabah setiap masa.
“Adik tolong akak lenyekkan pisang ni dulu. Sementara Kak Long ayak tepung.”
Aku menurut arahan Kak Long. Sambil lenyek pisang aku baca resipi yang Kak Long akan buat sebentar sahaja lagi.
Aku baca satu-persatu.
Banana And Chocolate Muffin
BAHAN A :

2 cawan pisang lemak manis *lecek*
3 biji telur
1 cawan minyak jagung
3 sudu besar susu pekat manis
1/2 cawan gula perang *brown sugar

BAHAN B :

2 cawan tepung kek + 1 sudu teh baking powder + 1/2 sudu teh baking soda + 1 sudu teh garam halus
*ayak bersama*

BAHAN C :

2 sudu besar serbuk koko *van hauten
1/2 cawan chocolate rice

CARA :

Campurkan *BAHAN A*
Dan putarkan sehingga sebati atau gula larut.

Campurkan *BAHAN B* & *BAHAN A*
sehingga sebati.
Bahagikan kepada dua bahagian.
Dan campurkan satu adunan bersama *BAHAN C* gaul sebati.
Setelah itu masukkan adunan secara berselang-seli di dalam cup cakes. Lakukan sehingga selesai.

Panaskan ketuhar dengan suhu 160'C selama 10 minit dan bakar adunan selama 10-15 minit.
Angkat dan sejukkan.
Sedia di hidang bersama kopi panas!

Selesai aje aku baca, terus aku kecur. Perut aku pulak berbunyi tiba-tiba. Mesti sedap muffin pisang yang Kak Long nak buat.
Berbeza betul dengan resipi biskut kacang mak cik kantin. Patutlah cair dan lepas tu rentong aku kerjakan! Sampai laa aku serik!
“Kak Long, pisang dah hancur. Nak buat apa lagi?”
Tiba-tiba aku dapat satu semangat baru. Aku nak belajar memasak sementara Kak Long ada di rumah. Bekerja dengan Kak Long best! Aku yang tak minat membuat kek ni pun jadi bersemangat.
“Okay lepas ni adik tolong Kak Long panaskan ketuhar. Ikut bacaan yang ada dalam buku resipi tu. Macam nilah cara nak belajar buat kek atau biskut. Semuanya nak kena teliti dan ikut arahan Insya~ALLAH menjadi.”
Aku mengangguk-anggukkan kepala. Terbayang-bayang wajah mak cik kantin. Terngiang-ngiang apa yang mak cik kantin cakap dulu.
“Gerenti jadi!”
Gerenti jadi konon! Hampeh! Aku tergelak sendiri.


..........................

“Assalammualaikum! Acik Munah! Cik!”
Aku terjerit pekit di luar pagar. Cuaca panas terik pulak tu.
Sepi. Salam aku tidak bersahut. Urghhh... ni yang aku lemah!
Biasalah mak punya arahan. Kalau ikutkan Kak Long yang nak hantar tapi mak tak bagi! Kenapa? Jangan tanya aku kenapa. Mesti alasan mak sebab aku perlu eksesais 24 jam!
“Waalaikumsalam. Siah. Masuklah dulu, Acik ada kat belakang. Nanti Abang panggilkan.”
“Errr.. tak pe Bang, Siah cuma nak hantar muffin ni aje.”
Aku terus hulurkan muffin pisang yang masih panas kepada Abang Kamal. Handsomenya dia! Aku telan air liur. Bukan pasal Abang Kamal tetapi pasal muffin pisang yang sempat aku kunyah 2 biji dan mak dah bising suruh aku hantarkan kerumah jiran. Takut aku habiskanlah tu.
“Wow! Nampak sedap. Siapa buat?”
Aku teragak-agak nak menjawab.
“Err.. Kak Long yang buat.”
Aku tak sebut nama aku, mana ada orang percaya kalau aku cakap aku yang banyak membantu Kak Long di dapur tadi. Kak Long Cuma arahkan aku sahaja. Serius muffin tu 70% dari hasil tangan aku.
“Kak Long buat? Kak Long ada di rumah? Bila Kak Long balik?”
“Semalam petang.”
Aku menjawab pendek. Bibir aku lebarkan. Senyum dalam keterpaksaan gituh!
Jauh di sudut hati aku sayu dan sebak. Sebab wajah tampan Abang Kamal nampak bercahaya bila aku sebut nama Kak Long.
“Kirim salam Kak Long. Errr... mak dan ayah juga.”
Aku mengangguk lagi. Aku berpaling untuk pergi.
“Siah. Belajarlah buat muffin dengan Kak Long nanti lepas ni Abang selalulah dapat makan muffin.”
Eh! Betul ke apa yang aku dengar? Aku senyum sampai ke telinga. Lesap semua perasaaan sayu dan sebak! Terbayang wajah nakal Olia. Patutlah kau gedik bila bercakap dengan lelaki!
“Insya~ALLAH.. Siah balik dulu Bang. Kirim salam Acik Munah. Assalammualaikum.”
Wahh! Bukan main lagi kau Siah! Lembut gigi dari lidah! Sebut nama Acik Munah pun bukan main manisss... lagi ya! Ada aku kisah!




*Nama dan watak di atas tiada berkenaan dengan yang hidup atau pun yang mati*

Nantikan BAB...14 ;)

1 comment:

AIN NAZRI said...

berbunga2 laa hati siah bila abg kamal bagi positive word.. hehehe kiutt