Ada Aku Kisah!


Manuskrip Ada Aku Kisah!

DI LARANG COPY PASTE!

HAK TERPELIHARA

TEKAN 'SIGN IN' ANDA DI DALAM LIST KESAYANGAN SAYA EKK...

Thursday, September 20, 2012

Ada Aku Kisah! BAB 16


Ada Aku Kisah!


Hak Cipta Terpelihara. 
Jadi sebarang Copy paste ADALAH DILARANG SAMA SEKALI!
Jika ada kesilapan ejaan atau pun ayat, harap maklum manuskrip Ada Aku Kisah! belum lagi di edit oleh pihak EDITOR.
*photos credit to googles*



BAB 16

“Tak boleh ke tolak aje tawaran ke Paris tu Sue?”
Bestnya! Kali ni mak tak halau aku masuk dalam bilik. Kami bertiga di meja dapur sedang menikmati pengat pisang yang mak baru sahaja masak. Mak dan Kak Long berbual aku leka hirup kuah pengat kesukaan aku!
“Tak boleh mak. Ini urusan kerja bukan bercuti.”
Kak Long asyik mengais-ngais pisang dalam mangkuk. Kalau tak nak, bagi kat aku! Aku nak tambah lagi takut pulak mak berleter. Aku tenung aje pisang dalam mangkuk Kak Long.
“Habis tu? Kau pergi ke Paris dengan Dato tu aje? Seminggu lepas tu? Bertahun tinggal di Paris dengan Dato tu jugak? Mak tak izinkan. Berhenti ajelah Sue, banyak lagi kerja di Johor ni hah! Kita orang perempuan ni nak kena jaga maruah kita. Nanti macam-macam hal tak elok berlaku nanti. Mak tak izinkan.”
Aku sokong apa mak cakap. Walaupun aku memang tak nak Kak Long nikah dengan Abang Kamal, tapi aku tak sanggup berjauhan dengan Kak Long. Aku sayang sangat kat Kak Long aku.
“Mak janganlah cakap macam tu. Ini soal kerja bukan soal main-main. Lumayan gaji yang di tawarkan bila di tugaskan di sana tu nanti, mak. Sue tahulah jaga diri Sue. 5 tahun Sue belajar di luar Negara dulu mak tengok ada ke yang luak kat Sue? Sue dah dewasa mak. Mak janganlah risau.”
Kak Long bercakap dengan nada sebak. Aku pulak yang nak melalak!
“Soal gaji tu perkara kedua, Sue. Yang mak bimbangkan sekarang ni, kau tu hah! Kau tu anak dara lagi ke Paris dengan suami orang! Nanti apa-apa hal terjadi kat sana tu, siapa yang susah? Dulu masa belajar lain sekarang lain.”
Serius betul muka mak. Kening bercantum! Dahi berpeluh-peluh. Sampai macam tu sekali! First time aku tengok mak macam tu.
“Err.. Dato Borhan tu duda. Isteri dia meninggal dunia 3 tahun lepas.”
“Hah! Duda?? Lagi payah! Duda dengan anak dara kalau dah sekapal.. hadoiii.. pening kepala mak! Pening Sue.. pening!”
Mak memicit-micit dahinya yang berpeluh. Aku panik jugak kang ada mak naik angin. Habis aku di suruhnya mop satu rumah! Tak nak aku!
“Mak...”
Kak Long merayu memanggil nama mak.
“Mak tetap tak izinkan kau ke sana.”
Mak dah menonong meninggalkan aku dan Kak Long di dapur.
Kak Long menangis teresak-esak. Akhirnya aku pun menangis sama. Kesian Kak Long, aku faham apa yang dia rasakan saat ini.
“Kak Long, sabar ya, janganlah nangis.”
Aku lap airmata Kak Long dengan tisu. Aku peluk Kak Long. Terhinjut-hinjut bahu Kak Long. Tiba-tiba aku terasa betapa besarnya aku! Sebelah tangan aje aku peluk Kak Long dah cukup muat dalam dakapan aku!
“Kak Long tak nak bertunang dengan Abang Kamal. Kak Long dah anggap Abang Kamal macam abang Kak Long sendiri.”
Aku usap rambut Kak Long. Betul juga kata Kak Long. Dari kecik kami membesar bersama. Hurmmm.. tapi aku tak pernah anggap Abang Kamal macam abang aku, sebab aku minat giler kat dia kot?
“Siah faham, Siah faham...”
Yang aku faham, Kak Long tak nak bertunang dengan Abang Kamal. Dan Kak Long nak ke Paris sebab dia sukakan Dato Borhan. Lebih dari itu aku belum berapa faham. Faham?

......................

“Alaa... Kak Long janganlah balik KL. Siah tak ada kawan.”
Aku merayu dan menangis teresak-esak.
Laju aje tangan Kak Long masukkan kain baju dalam beg berlereng. Aku tak sanggup berpisah dengan Kak Long. Mak pun satu, cubalah faham perasaan Kak Long, ni tidak dia berleter 24 jam! Aku yang tak kena leter ni pun naik pekak dah telinga tau!
“Akak balik KL sebab banyak urusan dik. Nanti Akak balik lagi ya.”
Sayunya hati aku bila Kak Long tetap dengan pendiriannya nak balik ke KL petang tu jugak! Alaa.. mana mak ni? Pujuklah Kak Long cepat! Tak pun tegah dan marah Kak Long jangan bagi dia balik ke KL! Kalau degil sangatlah kan..ikat aje kaki dan tangan Kak Long. Aku tak nak Kak Long balik ke KL dengan keadaan macam ni.
“Alaa... Kak Long please... janganlah balik ke KL. Nanti Siah pujuk mak yaa.. Kak Long tunggu.”
Aku terus berjalan ke pintu. Aku nak pujuk mak agar pujuk Kak Long jangan balik ke KL.
“Siah! Jangan!”
Sorry aku lebih bertenaga dari Kak Long. Aku tepis tangan Kak Long. Aku tinggalkan Kak Long dalam bilik. Aku akan paksa mak pujuk Kak Long! Aku tak peduli! Ada aku kisah!

........................

Dari tadi aku mengunyah tak berhenti!
 Aku stress sangat!
Aku bosan!
Aku sedih!
Semenjak Kak Long kembali semula ke KL, hidup aku terasa sepi sangat! Aku rindukan Kak Long lebih dari segala-galanya.
Tumpuan terhadap pelajaran aku pun agak terganggu. Aku takut Kak Long lari dan nikah di Thailand bersama Dato Borhan yang tua beruban tu! Aku takut! Aku takut Kak Long tak akan kembali semula ke rumah beraya bersama kami seperti selalu.  Air mata menitis lagi. Aku biarkan airmata itu menitis. Biar kering sendiri. Aku capai lagi sebungkus biskut oreo, aku bukak. Aku masukkan dalam mulut. Aku ambil pulak biskut kacang yang aku beli banyak dari kantin sekolah. Aku kunyah banyak-banyak.
“Uhukk!”
Aku tersedak!
Cepat-cepat aku togok air mineral dalam botol. Sekali togok setengah liter habis!
Aku bosan!!!! Aku nak Kak Long ada dekat dengan aku. Aku nak Kak Long sentiasa ada bersama aku setiap masa!
TET! TIT! TOT!
Aku dail no handset Kak Long. Tak dapat di hubungi!
Aku gigit bibir. Jari-jemari menggigil, aku dail lagi no handset Kak Long. Tak dapat dihubungi lagi!
Aku bimbang! Aku risau! Aku takut Kak Long lari dan nikah ke Thailand!
“Hello. Boleh saya bercakap dengan Sueriyati Binti Sulaiman?”
Aku tergagap-gagap bercakap. Pertama kali aku telefon Kak Long di pejabatnya.
“Hello?”
Alahai apasal pulak ada bunyi muzik pulak ni! Aku mendengus geram.
“Maaf, cik. Cik Sue sedang meeting. Boleh tinggalkan pesanan?”
Ohhh.. meeting! Lega aku! Aku tinggalkan pesanan yang ringkas.
“Suruh Kak Long telefon Samsiah. Adik kandung dia. Tahulah dia.”
Terus aku matikan talian.
Aku tersandar atas kerusi. Mata aku terkebil-kebil. Mesti receptionist tu membayangkan aku kurus macam Kak Long! Ada aku kisah! Aku melepaskan sebuah keluhan.
Aku berpusing-pusing di atas kerusi. Nak sms Olia pun aku malas. Nak keluar duduk atas buaian lagilah aku malas! Sebab takut terserempak dengan mak nanti macam-macam dia soal aku. Aku takut terlepas cakap, habis semua rahsia Kak Long terbongkar.
TRITT!! TRITT!!
Mujur aku tak terbalik dari atas kerusi. Cepat-cepat aku tekan handset aku yang sedang berbunyi. Mesti Kak Long!
“Hello! Kak Long ya?”
Suara aku ceria bercampur cemas!
“Ya, Kak Long ni. Siah called akak? Kenapa dik?”
Pheww lega! Kak Long selamat dan masih berada di KL dan bukan Thailand.
“Kak Long, Siah rindu sangat dekat Kak Long. Siah risaukan Kak Long.”
Aku bercakap dengan nada sebak.
“Akak pun rindukan Siah. Risau pasal apa? Kak Long okay je ni. Nak cakap tu je ke?”
“Haahlah. Siah takut Kak Long lari ke Thailand.”
“Thailand? Bukan Thailand lah Paris.”
Kak Long tergelak di hujung talian. Aku tergelak sama, Kak Long tak faham agaknya apa yang aku maksudkan.
“Mak dan ayah sihat dik? Kirim salam dengan mak dan ayah ya.”
Aku mengangguk. Semakin sebak aku bila Kak Long tanyakan khabar mak dan ayah.
“Mak sihat. Ayah pun sihat. Kak Long bila nak balik?”
“Syukur Alhamdulillah. Kak Long akan balik hujung bulan ni. Kirim salam dengan mak dan ayah ya. Okaylah nanti Kak Long called adik malam ni. Bye!”
KLIK!
Kak Long nak balik hujung bulan ni? Aku silap dengar ke? Bukan ke Kak Long akan ke Paris? Tak jadi ke? Kalau tak jadi kenapa? Kak Long terima lamaran Abang Kamal?
Aku panik!
Aku stress!
Ambil biskut oreo aku kunyah lagi!



*Nama dan watak di atas tiada berkenaan dengan yang hidup atau pun yang mati*

Nantikan BAB...17 ;)

No comments: