Ada Aku Kisah!


Manuskrip Ada Aku Kisah!

DI LARANG COPY PASTE!

HAK TERPELIHARA

TEKAN 'SIGN IN' ANDA DI DALAM LIST KESAYANGAN SAYA EKK...

Monday, September 10, 2012

Ada Aku Kisah! BAB 5


Ada Aku Kisah!


Hak Cipta Terpelihara. 
Jadi sebarang Copy paste ADALAH DILARANG SAMA SEKALI!
Jika ada kesilapan ejaan atau pun ayat, harap maklum manuskrip Ada Aku Kisah! belum lagi di edit oleh pihak EDITOR.

BAB 5
Bab 5
Tak tentu arah aku dibuatnya. Berdiri salah, duduk pun salah. Peluh yang merenik di dahi aku seka dengan tuala good morning. Air liur aku telan dengan payah. Aku togok air mineral, sekali togok aje dah selesai 1 litre. Aku haus! Aku lapar!
“Rileks laa Siah. Kau janganlah gelisah, aku yang cool ni pun sama naik berdebar dah ni. Istaghfar banyak-banyak. Doa mintak ALLAH SWT permudahkan urusan kau sekejap lagi.”
Apa yang Olia cakap aku tak dengar. Yang aku dengar macam bunyi langau berdengung! Serius aku memang cuak giler!
“Siah! Apasal kau ni? Rileks laa... ala apa yang kau nak takutkan. Bukan kena pumping 100 kali pun. Cuma.. Cuma..”
Olia berbisik. Aku pulak dengar macam Olia menjerit dan semua orang boleh dengar!
“Cuma apa?! Kau diam boleh tak Olia! Aku ni macam-macam rasa ada ni tau! Nak terkucil pun ada! Olia teman aku pergi tandas sekejap!”
Aku tarik lengan Olia sekali cekak aje, seluruh tubuh Olia yang kurus melidi dah terhoyong-hayang.
“Kau ni Siah. Masuk ni dah tujuh kali kau ke tandas! Lepas ni dah! Aku malas nak teman kau lagi tau. Nanti giliran kita lambat, balik lewat aku tak nak!”
Olia menjeling aku dengan penuh geram. Aku buat tak tahu. Dalam saat genting macam ni aku lebih suka berdiam diri. Itu lebih menenangkan aku.
“Olia aku risaulah! Aku ni tak senang hati betul. Kalau aku tak beratur sama kat tengah padang tu boleh tak? Cikgu marah tak? Aku sakit perut ni.”
Perut aku memulas dah berapa kali aku rasa nak terkucil, tapi bila masuk tandas tak nak pulak dia terkucil! Nak buat macam mana ni? Aku semakin resah. Jam di dalam poket baju kurung sekolah aku seluk. Dah pukul 11:30 pagi! Aduhhh masih awal lagi. Lambat laun giliran aku pasti akan tiba juga.
“Alah, Siah kau tahanlah perut kau tu jangan buat perangai masa sekarang ni. Bukannya susah pun.. kau Cuma.. Cuma...”
“STOP! Dah kau jangan sebut lagi tentang tu. Aku macam nak pitam dah ni. Tolong aku Olia. Aku tak nak.. aku takut.”
Aku terbongkok-bongkok menahan perut aku yang memulas tak sudah.
PROOT!
“Eee... selekehlah kau ni Siah! Busuk!”
“Err.. sorry.. sorry aku tak sengaja! Serius perut aku memang sakit sangat ni. Macam nak pecah pun ada. Tolong aku Olia.. please..”
Olia menutup hidung dan mulutnya. Yang Nampak hanya dua biji matanya yang sepet. Memandang penuh geram kerana terpaksa menghidu bau ‘letupan’ aku sebentar tadi.
“Siah. Kau dengar sini. Apa yang kau nak risaukan? Kau takut apa? Kau malu dengan semua orang? Bukan kau sorang aje yang berbadan besar Siah. Ramai lagi. Apa yang kau nak malu? Dah! Jom! Aku janji aku tak akan tinggalkan kau walau seinci pun.”
“Janji jangan berenggang dengan aku walaupun sekuman?”
Aku renung mata Olia. Hanya itu sahaja yang nampak, Olia masih tutup hidung dan mulutnya.
Olia mengangguk laju. Teragak-agak aku ikut dia keluar dari bilik tandas yang kosong. Yang tertinggal hanya bau yang masih segar!

........................

“Zalia Binti Cik Mat!”
“Saya, cikgu!”
Olia memotong barisan hadapan.
“Aku pergi dulu, kau rileks aku tunggu kau kat depan sana. Istaghfar dalam hati.”
Aku yang tadinya asyik berselindung di balik Olia yang kering macam papan kini tinggal keseorangan terkulat-kulat. Olia dah berada di kelompok pelajar dan guru-guru di hadapan sana.
Aku menggeletar satu badan. Dalam hati aku berdoa, moga ALLAH SWT permudahkan segala urusan. Air liur kering asyik ku telan.
“Siah, kau tak takut ke?”
Aku langsung tak toleh ke belakang. Aku kenal suara siapa yang mencuit bahu aku. Aku buat tak dengar.
“Siah! Tak dengar ke aku tanya ni, tak takut ke? Heheee”
Aku pejamkan mata rapat-rapat. Kalau ikutkan hati aku yang berdebar macam nak tercabut jantung aku. Nak aje aku pusing dan libas dengan tapak tangan aku yang lebar ni ke mulut perempuan gedik yang aku paling meluat di sekolah.
“Takut apasal pulak?”
Aku menjawab tetap tak menoleh ke belakang. Tak kuasa aku nak tengok muka gedik!
“Berlagak! Konon tak takut. Dari tadi aku tengok kan kau. Menggeletar satu badan! Semua bergegar! Ha! Ha! Ha!”
Semakin galak nampaknya musuh ketat aku ni ketawakan aku ya!
“Kalau aku takut, aku tak beratur sama okay! Kau jeleslah tu.”
Aku mula hilang sabar. Tak pasal-pasal ada pulak adegan wrestling kat tengah padang sekolah. Sabar Siah! Sabar!
“Amboi! Garangnya. Aku tahu kau memang tak takut. Soalan aku salah. Aku tanya sekali lagi yaa.. kau tak malu ke Siah? Nanti jarum...”
“Hei! Kau dengar sini ya, Kiah! Sekali lagi kau bukak mulut kau yang jongang tu.. aku libas mulut kau dengan tapak tangan aku yang lebar ni! Nak?!”
Aku tarik tudung Kiah dengan sekali genggam. Aku tengok muka Kiah kecik aje.. eeeiii...pakkal aje ramai orang kalau tidak... Tubuh Kiah yang genit terangkat-angkat, tangan Kiah tergapai-gapai, kalau aku lepaskan genggaman tangan aku ditudungnya pasti Kiah akan terjelepok jatuh ke tanah!
“A...Aku mintak maaf Siah. Sorry.. Sorry..”
Tahu kau takut! Genggaman aku longgarkan. Kawan-kawan Kiah yang tadi bukan main ketawakan aku semua senyap sepi. Muka masing-masing pucat lesi! Baru kau tahu siapa aku. Selepas adegan spontan itu aku seperti mendapat satu kuasa yang luar biasa! Hilang segala sakit memulas. Hilang segala gementar!
“Samsiah Binti Sulaiman!”
“WooOOoooo....”
Semua pelajar-pelajar bersorak! Aku yang baru nak tarik nafas terus rasa nak pitam bila nama aku cikgu panggil!
“Buka kasut awak. Dan berdiri tegak.”
Aku tercegat macam patung Barbie! Muka aku pucat lesi. Tubuh aku tiba-tiba menggeletar dari atas ke bawah. Kaki terasa kebas! Aku nak pitam ke? Tolonglah jangan pitam!
“Naik atas. Kenapa awak tercegat aje kat situ Siah? Cepat ramai lagi yang beratur.”
Naik? Atau buat-buat pengsan? Naik Siah! Naik! Nanti Kiah dan kawan-kawannya ketawakan kau lagi! Cepat naik!
“Cikgu lepas Siah naik atas penimbang tu cikgu kena gantikan dengan penimbang yang baru!”
Halim dari barisan belakang menjerit bukan main lantang lagi. Nanti kau Halim! Tunggu kau lepas aku naik atas penimbang! Tahulah nasib kau!
“Habislah tercabut jarum penimbang tu cikgu!”
Cikgu yang tadinya terpinga-pinga nampaknya macam menahan ketawa. Aku yang teragak-agak nak naik atas penimbang masih termanggu-manggu. Sampai hati mereka semua ketawakan aku. Tuhan sahaja yang tahu betapa malunya aku di tengah-tengah kelompok pelajar yang ramai sedang tertumpu pada aku. Nak aje aku lari dari situ.
“Naik Siah! Buktikan pada mereka, kau normal!”
Aku dengar suara Olia dari celah-celah pelajar yang ramai berkerumun mengelilingi aku.
“Naik Siah. Apa nak bimbang? Cikgu lebih besar dari kamu. Tengok cikgu naik. Tak tercabut pun jarum tu.”
Cikgu Jumaat naik di atas papan penimbang. Aku jeling jarum penimbang. Amboi! 132 kilogram! berat badan Cikgu Jumaat. Cikgu Jumaat mengenyitkan matanya, aku tersipu-sipu malu gitu! Ya! Kalau Cikgu Jumaat 3 kali ganda dari aku boleh berdiri atas penimbang tu kenapa tidak aku? Perlahan-lahan aku naik di atas papan penimbang. Terketar-ketar lutut aku. Aku pejamkan mata, sementara cikgu mengambil bacaan.
Tiba-tiba...
“91 kilogram! Okay awak boleh turun Siah. Terima kasih.”
Gulp! Aku telan air liur. 91 kilogram?! Syukur Alhamdulillah aku ingatkan berat badan aku dah mencecah ke 100 kilogram! Maknanya selama ini aku tidak sebesar yang aku sangkakan! Leganya aku!!!
“Turun Siah! Tadi nak naik teragak-agak, sekarang dah tak nak turun pulak.”
Cikgu Suhailin terkekeh gelihati. Aku menyengih sampai ke telinga!
“Ingat semua.. berat badan bukan ukuran. Budi dan pekerti yang mulia itu lebih penting. Beri sokongan buat Samsiah kerana semangat beliau untuk turut serta dalam larian amal kita tidak lama lagi!”
Selesai Cikgu Jumaat beri ucapan kontot. Aku tertunduk malu, sebaknya hati aku hanya Tuhan sahaja yang tahu. Padang yang tadinya sunyi sepi kini gemuruh dek tepukan yang tidak henti-henti. Aku tak pasti tepukan itu untuk aku atau pun cikgu Jumaat.
“Terima kasih cikgu!”
Semangat aku lain macam benar. Sekuat hati aku ucapkan terima kasih kepada semua cikgu-cikgu yang bertugas tengah padang. Terutama sekali ucapan terima kasih itu aku tujukan khas  buat cikgu Jumaat . Dialah sumber inspirasiku mulai saat ini. Walaupun dia lebih besar dari aku tetapi berat badan bukan ukuran! Cayalah cikgu Jumaat!
“Baik-baik nak naik atas papan penimbang tu, Kiah. Aku rasa kau naik jarum penimbang tu tak akan bergerak! Sebab kau kurus macam cicak koben! Ha! Ha! Ha!”
Sempat aku melazer sebelum aku tinggalkan Kiah dan kawan-kawannya.
“Tahniah Siah!”
“Good luck Siah!”
“Cayalah Siah!”
“Go! Siah! Go!”
“Siah gadis normal!”
“Siah cute!”
“Siah idola kami!”
“Siah! Nak tanda tangan boleh?”
“Pheewwwitt..”
“Siah Nampak kurus!”
Wahhh! Tiba-tiba pagi itu aku popular bagaikan atlit Negara. Kalah Pandalela atlit perenang olimpik! Ramai yang bersalaman dengan aku, dah macam YB pun ada! Ramai juga yang minta tanda tangan aku, layankan aje nanti kata sombong pulak ya tak? Olia sentiasa ada di sisi aku, tolong tolak pelajar-pelajar yang cuba nak kerumun aku. Kalau aku pengsan nanti lagi haru!
 Dari jauh aku jeling Halim, dia mencebik tanda tak puas hati dengan aku. Tunggu aku di larian amal tu nanti! Ini Samsiah! Berat badan bukan ukuran! Ingat tu!


Bersambung...

Nantikan... BAB 6 ;)



No comments: