Ada Aku Kisah!


Manuskrip Ada Aku Kisah!

DI LARANG COPY PASTE!

HAK TERPELIHARA

TEKAN 'SIGN IN' ANDA DI DALAM LIST KESAYANGAN SAYA EKK...

Thursday, September 27, 2012

Ada Aku Kisah! BAB 22


Ada Aku Kisah!


Hak Cipta Terpelihara. 
Jadi sebarang Copy paste ADALAH DILARANG SAMA SEKALI!
Jika ada kesilapan ejaan atau pun ayat, harap maklum manuskrip Ada Aku Kisah! belum lagi di edit oleh pihak EDITOR.

Bab 22


Aku ke pasar dengan mak. Banyak yang mak borong. Aku cuma jadi peneman mak dan tukang angkut barang. Senarai barang yang aku tulis ada dalam genggaman. Adalah dalam 7-8 barang, tapi mak borong lebih dari 28 jenis! Naik senget bahu aku menjinjing beg plastik. Mak pulak naik syeh dok mengambil entah-entah apa baranglah agaknya tu.
Aku memang malas nak ikut, pakkal aje mak dah berleter suruh aku ikut dia ke pasar. Siapa lagi yang nak mak harap selain aku!
“Bawang besar tu timbang 5 kilo. Bawang putih satu kilo.”
Aku mengetap gigi. Geram betullah! Mak ingat aku ni trolley ke? Kita di pasar ni mak, bukan di pasaraya Tesco atau pun Giant! Huh! Aku mendengus geram.
“Angkat tu Siah.”
Aku angkat. Muncung aku panjang berdepa.
“Mak, dah lah mak. Cukuplah. Berat ni. Siah tak larat nak angkat lagi dah.”
Aku merungut. Sampai merah jari-jemari aku angkat barang-barang yang berat. Mak menonong tinggalkan aku.
“Sikit aje lagi. Banyak barang yang mak nak beli. Lusa Kak Long kau balik. Minggu depan dah ada kenduri. Kenalah beli banyak barang. Kau ni pun, Siah.. Siah..”
Aku terkejut! Kak Long nak balik? Tapi kenapa mak tak bagitahu aku awal-awal? Aku tarik nafas dalam-dalam. Sampai hati mak, terasa aku seperti di pinggirkan.
“Kenapa mak tak bagitahu Siah, Kak Long nak balik?”
Aku menyoal dengan nada merajuk.
“Baru sekejap Kak Long kau telefon. Kau tak dengar ke?”
Bila masa pulak mak ada jawab panggilan telefon? Aku kehairanan.
“Kenduri apa mak?”
“Insya-ALLAH kalau tak ada aral. Acik Munah dan keluarganya akan datang merisik Kak Long kau. Mak ingat nak buat kenduri kesyukuran sikit. Kali ni mak nak buat kat rumah. Jemput orang surau aje.”
Aku terkedu! Jadi betullah sangkaan aku, Kak Long dan Abang Kamal akan di satukan? Aku sebak! Aku sayu! Macam nak menangis dan meraung pun ada jugak!
“Dah! Jom! Kita balik.”
Aku lesu, langsung tak bermaya. Benarlah sangkaan aku selama ini. Kak Long dan Abang Kamal bakal di satukan.
“Nak ke mana pulak tu?”
Aku tinggalkan barang-barang yang berat di atas bonet kereta. Biar mak masukkan. Aku dah tak dapat tahan airmata aku dari mengalir! Aku frust sangat!
“Nak ke tandas sekejap. Mak tunggu Siah.”
Aku terus lari dan lari. Air mata mengalir jua. Aku sedih! Hati aku parah!

.....................

“Siah, aku tengok sejak dua menjak ni kau muram aje. Kau ada problem ke? Ceritalah kat aku.”
Aku diam. Mata aku jauh ku lemparkan di tengah padang sekolah. Sepi. Tanpa sesiapa pun yang berada di situ. Yang ada cuma aku dan Olia. Semua pelajar dah lama pulang kerumah.
Aku menggelengkan kepala aku. Olia merenung tepat ke mukaku.
“Cakaplah. Kau risau pasal pertandingan memasak tu ya?”
Aku melepaskan sebuah keluhan. Fikiran aku berserabut. Serabut sejak tahu Acik Munah akan masuk merisik Kak Long minggu depan dan selepas tu meminang. Dan aku juga risaukan tentang pertandingan memasak. aku pening!
“Aku ingat nak tarik diri. Aku tak buat persiapan apa pun Olia.”
Akhirnya itu yang aku luahkan. Tidak lebih dari itu. Biarlah aku simpan dan rahsiakan dulu.
“Janganlah macam tu Siah. Cikgu dan kawan-kawan semua sokong kau tau. Semua nak kau menang.”
Sorry kata-kata semangat dari Olia langsung tidak membakar sekuman pun semangat aku. Tidak seperti selalu semangat aku akan membara apabila Olia memberikan perangsang. Serius aku memang tengah stress.
“Aku tak buat persiapan satu pun Olia. Aku belum sempat lagi nak praktis di rumah. Gerenti aku akan gagal. Aku tension!”
“Aku tolong kau. Petang nanti aku ke rumah kau dan kita cuba resipi cekodok special kau tu. Kita cuba banyak kali. Practice make perfect!”
Aku menggeleng. Olia tak akan faham masaalah aku. Dan aku tak perlu berterus-terang. Buat apa? Aku yang angaukan Abang Kamal. Kak Long juga pilihan Abang Kamal dan bukan aku!
Aku macam nak menangis. Tapi aku tahan.
“Tak boleh. Mak aku tengah sibuk nak buat persiapan untuk kenduri. Banyak barang kat dapur mak aku. Bersepah dan sesak. Nak lalu pun susah.”
Aku memberikan alasan.
“Kenduri apa? Kau tak beritahu aku pun.”
Aku melepaskan sebuah keluhan. Aku memang tak ceritakan satu pun pada Olia. Aku sedih. Aku stress.
“Acik Munah nak datang merisik Kak Long aku tak lama lagi.”
Aku menjawab perlahan. Wajah muram dan sugul.
“Wah! Jadi Kak Long akan bertunang dengan Abang Kamallah tak lama lagi? Bestnya!!!”
Olia bersorak riang. Aku tunduk tak angkat muka. Semua orang gembira. Cuma aku seorang sahaja yang berduka.
“Erkk... kenapa kau diam aje Siah? Kau tak suka ke Abang Kamal dan Kak Long kau bertunang? Kan kau minat sangat dengan Abang Kamal. Sikit.. sikit, AbangKamal.”
Aku angkat bahu. Mungkin Olia tak faham apa perasaan aku. Memang aku minat giler dengan Abang Kamal. Tetapi aku kurang berminat dia jadi abang ipar aku, sebab aku sukakan Abang Kamal! Aku ada menyimpan perasaan dalam diam terhadap Abang Kamal selama ini. Dan Olia tak tahu tentang itu.
“Entahlah. Agaknya aku risaukan tentang pertandingan memasak tu agaknya.”
Aku tipu!
“Ohh.. patutlah kau murung dan banyak diam sejak kebelakangan ini. Tak pe.. apa kata kita buat kat rumah aku? Macam mana?”
Aku renung muka Olia. Olia bersungguh-sungguh nak bantu aku. Aku sebak. Sayu hati aku ada sahabat sebaik Olia.
“Hari ni?”
Aku menyoal. Mungkin itu cadangan yang baik. Jadi aku bolehlah lupakan stress yang sedang melanda.
“Petang ini? Rumah aku, jadi!”
Olia peluk badan aku yang besar. Aku halakan pandangan aku ke tengah padang. Sepi. Sunyi. Aku sebak dan sayu! Bukan itu yang aku mahukan sebenarnya....

................

Aku berdiri dengan tangan aku bersilang ke belakang. Dada menanti dengan penuh debaran. Ala-ala macam dalam rancangan MasterChef dan sedang di uji masakan aku, oleh Chef Joe!
“Masin! Lemak dah ada cuma tergaring sangat. Manis dah okay. Boleh perbaiki lagi.”
Aku terangguk-angguk. Telan air liur aku. Masin ke tidak tu belakang kira. Aku dari tadi berpeluh sakan menggoreng cekodok kat dapur rumah Olia. Aku nak makan Olia tak bagi! Alasannya aku perlu berdiet! Peh!
“Saya akan perbaiki lagi. Terima kasih.”
Aku terangguk-angguk. Nak aje aku tonyoh mulut Olia yang kembung kunyah cekodok pisang special air hasil tangan aku.
“Agak-agaklah! Janganlah habiskan!”
Aku tarik piring cekodok. Berebut aku dan Olia.
TRITTTTTT!!
Aku dan Olia terkejut. Bunyi handset aku!
“Angkatlah!”
Aku diam. Nak angkat ke tidak? Itu mesti mak. Sejak balik sekolah aku terus ke rumah Olia. Cuma tinggalkan pesan pada mak aje.
“Mak kau eh?”
Aku menggeleng. Aku jeling tertera nama Abang Kamal. Kenapa cari aku? Aku tertanya-tanya.
TRITTTTT!
Berbunyi lagi. Aku jeling lagi. Kali ini panggilan dari mak.
Teragak-angak aku tekan punat jawab.
“Mak?”
“Siah kat mana?”
Suara mak tenang macam biasa cuma aku yang agak menggelabah sedikit.
“Rumah Olia. Jap lagi Siah balik. Kenapa mak?”
Alah, rumah Olia dekat sangat dengan rumah aku, setaman cuma lain lorong.
“Balik cepat. Jangan lambat dah petang dah ni. Abang Kamal ada belikan Siah pisang lemak manis, dia teringin nak makan cekodok pisang.”
Aku pejamkan mata.
“Ya, sekejap lagi Siah balik.”
Aku matikan talian. Aku tarik nafas dalam-dalam. Patutlah Abang Kamal call aku tadi.
Terus aku hilang semangat! Impian aku kian hancur!
“Kau nak balik ke? Hari pun dah petang ni, patutlah mak kau called kau tadi. Marilah aku temankan kau balik.”
Lama aku diam. Aku termenung.
Akhirnya aku menggelengkan kepala. Perlahan kemudian laju.
“Aku nak tidur rumah kau. Esokkan tak sekolah.”
“Betul ke Siah?”
Aku mengangguk laju. Bibir aku lebarkan. Senyuman penuh kesengsaraan!


*Nama dan watak di atas tiada berkenaan dengan yang hidup atau pun yang mati*

Nantikan BAB...23 ;)