Ada Aku Kisah!
Hak Cipta Terpelihara.
Jadi sebarang Copy paste ADALAH DILARANG SAMA SEKALI!
Jika ada kesilapan ejaan atau pun ayat, harap maklum manuskrip Ada Aku Kisah! belum lagi di edit oleh pihak EDITOR.
Bab 20
Mulut
aku terkumat-kamit mengaminkan bacaan doa ayah yang menjadi imam setiap malam.
Hati aku tenang. Setenang air di sungai yang mengalir jernih. Doa selesai di
baca. Aku tunduk mencium tangan ayah kemudian mak. Aku kucup pipi mak dengan
penuh kasih sayang.
Tiba-tiba
hati aku sayu. Sepi rumah, hanya kami bertiga sahaja yang ada. Kak Long bilalah
agaknya nak balik? Bang Ngah tiap minggu balik tapi jarang menginap, orang
bujanglah katakan.
“Ayah
nak makan? Nanti Siah siapkan meja.”
“Lepas
berita nanti ayah makan. Kau dan mak makanlah dulu.”
Aku
menganggukkan kepala. Terkial-kial aku berdiri berpaut pada lengan kerusi rotan
yang ada di tepi aku.
“Kenapa
dengan kaki kau tu Siah?”
Aku
meringis menahan geli. Kaki aku sesemut!
“Darah
kau tu tak berjalan lancar. Cubalah bersenam Siah.”
Mak
mulalah tu dah nak start berleter. Baru sekejap tadi aminkan doa ayah.
“Siah
bersenam tiap hari, mak mana nampak.”
Aku mana
nak mengalah. Asyik kena leter aje. Patutlah Bang Ngah duduk rumah bujang!
“Mak
tengok dah seminggu lebih kau puasa. Tak lapar pulak perut kau Siah kat sekolah
tu?”
Hah!
Tiba bab ni yang aku lemah. Kang dari nak berbual biasa dah jadi kes lain pulak
nanti.
“Taklah.
Puasakan tujuannya menahan lapar dan dahaga. Kalau puasa boleh makan dan minum
tu dah bukan puasa namanya tu mak.”
Aku
menjawab geram. Tapi suara aku buat macam biasa. Jangan main-main dengan mak,
sekali kau melawan alamatnya terimalah hujah-hujah mak secara percuma! Tak
sanggup aku!
“Tiba-tiba
aje mak tengok kau rajin puasa, kenapa? Siah diet ya? Mak tahu.. tapi Siah tak
nak mengaku.”
Mak
terkekeh ketawa. Aku gigit bibir aku. Sindiran mak tu memang buat aku panas
telinga.
“Puasa
sunat. Puasa salah, tak puasa salah. Makan salah, tak makan pun salah!”
Aku
menjawab dengan nada merajuk. Pantas aje tangan aku menyusun pinggan untuk ayah
dan mak. Aku tak makan malam. Dah dekat seminggu aku tak makan malam. Tapi
dalam bilik banyak juga biskut oreo yang aku kunyah. Yang tu Mak tak tahu.
“Baguslah
tu Siah. SPM dah nak dekat. Esok lepas sekolah kau tu dah nak ke U. Baguslah
kalau badan kau tu kurus sikit. Taklah penat nak naik turun tangga nanti.”
“Mak...
kenapa dalam keluarga Siah aje sorang yang besar?”
Aku tak
jadi mengurung dalam bilik. Dah lama sebenarnya aku nak tanyakan soalan tu pada
mak. Agaknya sebab aku dah cukup dewasa tu yang aku berani tanya. Sebelum ni
aku langsung tak ambil kisah.
“Baru
sekarang kau nak tanya pada mak?”
Mak
terkekeh ketawa. Mak ni kan semenjak Kak Long tak jadi ke Paris. Ceria aje muka
mak. Aku tumpang bahagia dalam diam aku sedih juga sebab rancangan mak nak
satukan Kak Long dengan Abang Kamal macam jadi aje nampaknya. Macam aje.. aku
Cuma teka.. tak tahu jadi ke tidak.. entahlah.. aku dalam dilemma sebenarnya.
“Dulu
masa mak lahirkan Siah kan tak cukup bulan. Mak susukan Siah tiap masa. Siah
tak nangis nak susu pun mak bagi jugak Siah susu. Sampailah Siah jadi macam ni.
Besar dan bulat!”
Aku
tersengih-sengih. Kalau kisah yang itu aku dah tahu. Mak selalu ceritakan kat
aku.
“Lepas
tu Siah memang kuat makan ya mak? Dari kecik?”
Mak menganggukkan
kepalanya.
“Ayah
kaulah Siah. Kalau boleh kau tu nak di sumbatnya dengan pemakan setiap saat. Alasan
ayah sebab kau lahir tak cukup bulan. Marah ayah kalau mak tegah kau makan. Tu
yang sampai sekarang kau tak perasan ke Siah? Ayahkan selalu beli lauk di rumah
ni semua ikut tekak kau aje.”
Aku
tergelak manja. Sayang betul mak dan ayah pada aku kan. Aku tunduk, sayu hati
aku. Bersyukur aku dapat ayah dan mak yang selalu menjaga dan mendidik aku
dengan penuh kasih sayang.
“Agaknya
pasal tu lah Siah besarkan mak?”
Sebak
dada aku. Aku sering menjadi bahan ejekan dan gurauan di sekolah. Acik Munah pun
selalu sindir aku. Agaknya sebab badan aku besar? Aku tak slim forever macam Kak
Long?
Aku diam.
Lama aku termenung.
“Silap
mak jugak. Suapkan kau makan sampai kau jadi besar macam ni.”
Aku macam
nak nangis, aku tahankan.
“Terima
kasih mak. Siah tak menyesal pun. Siah tahu mak dan ayah ambil berat pasal
Siah.”
Air mata
mula bertakung di tubir mata. Aku tahankan jangan sampai menangis depan mak. Kalau
aku kurus macam Kak Long agaknya Abang Kamal jatuh hati tak pada aku? Acik Munah
mesti tak akan sindir aku kan. Aku melepaskan sebuah keluhan yang berat.
“Asalkan
kau sihat dah Siah. Orang kurus pun berpenyakit jugak. Tapi takkanlah kau nak
besar dan terus membesar. Esok lusa kau dah nak kena uruskan diri sendiri bila
ke U nanti. Kalau keadaan Siah terus macam ni, mak susah hati. Terlarat ke kau
nak berlari naik turun anak tangga U tu nanti Siah.”
Aku
tunduk. Sebak dan sayu hati aku bila mak cakap macam tu. Betul apa yang mak cakapkan.
Aku kian hari kian ‘membesar. Kaki aku sakit dan lenguh bila berdiri lama. Turun
naik tangga usahlah cerita. Tercungap-cungap nafas aku. Aku mengeluh lagi.
“Siah
tak nak ke mana-mana. Siah nak jaga mak dan ayah sampai ke tua!”
Aku tak
tahan lagi, sikit lagi aku nak menangis dah ni!
“Jaga
mak dan ayah sampai ke tua? Tak kahwin ke kau Siah?”
Mak
terkekeh gelihati dengan kata-kata aku.
Aku
serius! Bukan main-main. Aku sanggup tak kahwin sebab aku terlalu sayangkan mak
dan ayah.
Wajah Abang Kamal berlegar-legar di mataku.
Aku pandang wajah mak yang sedang leka menyuap nasi.
Demi
kebahagian mak, aku akan cuba lupakan Abang Kamal. Insya~ALLAH itu tekad aku.
Satukan Kak Long dan Abang Kamal. Walaupun ianya amat payah untuk aku telan.
“Mak hulurkan
nasi tu mak.”
Mak
tercengang-cengang. Aku buat dek aje. Buat tak nampak.
“Laa..
baru tadi cakap tak nak makan? Sekarang nak makan pulak?”
“Tak
apalah mak.. kalau Siah tak makan nanti apa pulak kata ayah. Kesian ayah
susah-payah cari rezeki nak besarkan Siah. Mak pulak susah-payah masak lauk
sedap-sedap untuk kami. Kalau Siah tak makan nanti mak risau kan mak kan?”
Aku
mengenyit nakal! Mak tergeleng-geleng.
Aku
makan dengan penuh berselera. Aku tambah nasi 3 kali! Mak jeling aku buat tak
nampak! Ada aku kisah!
....................
“Woi!
Nak ke mana?”
Aku
heret lengan Olia.
“Mana
lagi kantinlah!”
Aku
beratur. Olia belakang aku. Kalau pandang dari depan memang orang tak akan
nampak Olia yang terselit belakang aku. Aku kan besar! Ada aku kisah!
“Kau tak
puasa ke hari ni?”
Aku
menggelengkan kepala aku. Mata tepat menjeling biskut kacang mak cik kantin nun
jauh di sana.
“Period
eh?”
Aku
mengangguk laju. Aku tipu!
Aku
angkat balang biskut kacang mak cik kantin. Aku letakkan di kaunter bayaran.
“Nak
berapa dik?”
Pekerja
mak cik kantin menyoal aku dengan dahi berkerut.
“Kira
semua. Satu balang tu berapa?”
Olia
cuit bahu aku. Aku buat tak tahu. Aku tahu apa yang Olia nak cakap sekejap
lagi.
“Balas
dendam eh?”
Aku
anggukkan kepala. Toleh pun tidak.
“Kau
memang keles Siah!”
Aku
angkat kening. Baru kau tahu Olia!
Aku
peluk balang biskut kacang mak cik kantin. Ramai pelajar yang pandang-pandang,
jeling-jeling. Ada juga yang berbisik-bisik. Aku buat dek aje. Aku menonong
berjalan.
Semenjak
tak berpuasa ni kan badan aku rasa ringan sangat! Agaknya tak perlu berlapar
lagi.
Aku lalu
tepi Halim dan kawan-kawannya yang samseng. Tak ada seorang pun yang berani
angkat muka! Bagus!
“Siah!
Kau tak malu ke?”
“Nak
malu buat apa? Bukan aku curi, aku beli okeh!”
Aku
menjawab selamba.
“Belilah
sikit-sikit. Ni tak sebalang terus kau borong. Malu ler sikit. Siah.. Siah..”
Ehh..
ehh.. Olia ni dah macam mak aku pulak ya. Siah.. Siah.. tak sudah!
“Kau nak
ke tidak?”
Pantas
Olia mengangguk-anggukkan kepalanya.
“Kalau
nak jangan banyak cakap. Jom kita ke bawah pokok sana tu.”
Aku
menonong meninggalkan Olia.
Bawah
pokok redup. Tak ada sesiapa pun di sana. Jadi amanlah aku nak menikmati biskut
kacang mak cik kantin tanpa gangguan.
“Sedapkan...”
Aku
mengunyah biskut kacang mak cik kantin dengan rakusnya. Olia hanya memerhati dari tadi. Ada aku kisah!
“Hari tu
kau cakap dengan aku, kau target nak turunkan 5 KG! Ni apa dah jadi?”
Olia
duduk sebelah aku sambil mengunyah biskut kacang yang ranggup, lemak dan enak.
“Esok
kan boleh? Hari ini aku nak makan puas-puas. Salah ke?”
Aku
menjeling geram. Bosanlah Olia asyik persoalkan tentang berat badan aku.
“Salah
tu memanglah tidak. Tapi agak-agaklah. Makan sekeping dulu, satu-satu. Ni tak,
kau raup satu genggam lepas tu kau sumbat dalam mulut. Selekehlah kau ni Siah.”
“Di meja
makan kita kena bersopan-santun bila makan. Bawah pokok tak ada undang-undang
pun yang mengatakan kena makan dengan sopan! Kau faham ke tak ni?”
Olia
menggeleng-gelengkan kepalanya.
“Tak nak
ke?”
Aku
menyoal Olia yang asyik terkulat-kulat dari tadi.
Olia
menggelengkan kepalanya.
“Laa...
kenapa pulak? Kata lapar tadi?”
“Kenyang!
Sebab tengok kau makan gelojoh!”
Aku
angkat kening. Mulut aku penuh dengan biskut kacang mak cik kantin yang dah
seminggu aku tak jamah. Rindu betullah!
“Tak nak
sudah! Ada aku kisah!”
Aku
makan! Dan makan lagi! Sehingga loceng berbunyi.
BURPPP!!
Aku
sendawa bau kacang. Olia tonjol kepala aku.
“Selekeh!”
“Dah
cukup baik aku tak sendawa dan kentut sekaligus!”
Aku
ketawa terkekeh-kekeh. Aku jeling balang biskut kacang mak cik kantin hanya
tinggal separuh. Esok memang nak kena borong lagi ni!
*Nama dan watak di atas tiada berkenaan dengan yang hidup atau pun yang mati*
Nantikan BAB...21 ;)
1 comment:
kesiannya Siah ni... isk isk isk!!
Post a Comment