Ada Aku Kisah!
Hak Cipta Terpelihara.
Jadi sebarang Copy paste ADALAH DILARANG SAMA SEKALI!
Jika ada kesilapan ejaan atau pun ayat, harap maklum manuskrip Ada Aku Kisah! belum lagi di edit oleh pihak EDITOR.
Ada Aku Kisah!
*photos credit to googles*
Bab 2
“Siah lepas SPM ni kau nak buat apa?”
Olia menyoal sambil mulutnya penuh dengan biskut kacang. Matanya
terpejam celik menikmati kesedapan biskut kacang yang baru sahaja mereka beli
di kantin sekolah.
“Buat apa? Soalan tu ko tanyakan pada aku? Engkau dah kenapa Olia?”
Aku jeling Olia dengan satu jelingan maut! Tak reti-reti lagi si
Olia ni kan. Tak kenal lagi siapa aku?
“Ya lah. Aku tanya engkau.. manalah tahu lepas peperiksaan SPM ni
kau dah ada cadangan lain, selain duduk berlengkar atas tilam lapuk kau tu!
Dari pagi santak ke petang! Dari tak ada buat apa, baik kita kerja. Salah ke
aku tanya?”
Olia membalas jelingan Samsiah. Geram dengan sikap Samsiah yang tak
boleh di tanya.
“Hah! Tau pun! Kau kan dah tahu apa hobi masa lapang aku. Jadi buat
apa kau soal aku lagi? Ni.. ni.. biskut kacang ni sedap sangat! Aku tak tahulah
lepas tamat SPM ni manalah aku nak dapatkan biskut kacang yang lazat ni. Aku
ingat nak mintak resipi biskut kacang ni dari Mak cik kantin tu lah. Kau doakanlah mak cik kantin tu tak lokek bagi resipi kat aku Olia. Hadoiii
sedap sungguh!”
Sambil makan biskut kacang aku cium-cium biskut kacang yang harum
lemak dan berkrim. Tempat lain memang tak jual cuma kantin sekolah aku
aje yang ada. Memang sengaja aku keluarkan bunyi macam lebah. Mengunyah sambil
berdengung gitu bunyinya. Aku tahu Olia jeling aku. Ada Aku kisah!
“Eh! Kau tak bosan ke Siah? Takkan selama 3 bulan lebih kita nak
tunggu keputusan SPM tu kau nak berlengkar aje atas tilam? Tak ada plan lain
ke? Tak mencabar betullah kau ni Siah.. yang kau sibukkan pasal biskut kacang
tu je!”
Aku tengokkan semenjak dua menjak nak tamat sekolah si Olia ni bukan main berlagak lagi! Cara dia tu kan macam nak tunjuk yang dia dah matang benar! Cakap macam orang dah dapat tawaran kerja di kilang aku tengokkan! SPM pun tak tamat lagi dia dah sibuk! Huh!
Aku tengokkan semenjak dua menjak nak tamat sekolah si Olia ni bukan main berlagak lagi! Cara dia tu kan macam nak tunjuk yang dia dah matang benar! Cakap macam orang dah dapat tawaran kerja di kilang aku tengokkan! SPM pun tak tamat lagi dia dah sibuk! Huh!
“Engkau yang bosan. Aku tak. Suka aku berlengkar atas tilam lapuk
aku tu. Yang penting aku tak jaga tepi kain orang dan aku tak ambil kisah pasal
orang lain. Aku tetap dengan cara aku. Ada aku kisah!”
Bila sebut perkataan ‘Ada aku Kisah!’ aku memang bangga tidak
bertahap lagi dah! Itulah ayat power aku kalau bercakap dengan orang yang selalu
mempertikaikan tentang aku!
“Ya, aku tahulah kau tak suka jaga tepi kain orang. Aku pun tahu
hobi kau tu. Jomlah! Kita kerja Siah. Dapat jugak wang saku. Manalah tahu bila
dah dapat keputusan SPM nanti kita dapat
terpilih ke Universiti. Dapat jugak buat tokok tambah wang belanja bila kat U
tu nanti. Manalah tahu ada rezeki kita, ya tak?. Jomlah kita kerja Siah.. kita
kerja ya?”
Eh..eh.. Apa pasal Olia boleh merayu macam tu sekali pada aku? Tak
pernah dia macam ni. Macam terdesak sangat nak kerja. SPM lama lagi tapi dia
dah sibuk nak cari kerja? Dah tak berduit sangat ke dia ni? Terdesak sangat
nampaknya.
“Ehhh engkau ni Olia sibuk sangat nak kerja! SPM pun belum lepas
lagi. Siapa yang paksa kau kerja? Beritahu aku!”
Sengaja aku jengilkan biji mata aku yang bulat! Aku kembang
kempiskan lubang hidung aku yang sedia besar, kononnya marah benor ler tu!
“Tak ada sesiapalah yang paksa aku! Engkau ni kan eee... malas aku
nak cakap lagilah! Pemalas!”
Aku mencebikkan bibir. Olia yang masam mencuka aku buat dek aje.
Malas aku nak layan. Serpihan biskut kacang yang jatuh atas riba aku kutip dan
masukkan dalam mulut. Tak perlu kunyah telan sahaja.
“Cakaplah aku pemalas ke, lembap ke... ada aku kisah!”
Aku kepit biskut kacang dengan dua jari aku. Dua keping biskut kacang yang enak
berkrim terus aku masukkan semua ke dalam mulut aku yang tergangga luas. Mata
aku pejamkan, menikmati kelazatan biskut kacang mak cik kantin. Sedap betullah!
“Aku kan Siah. Tiap hari selepas balik sekolah aje aku mesti baca
paper. Aku selalu bukak bahagian iklan kerja kosong. Ehh Siah, banyak tau
rupanya kilang baru bukak kat Taman kita ni. Hah! Kau cakap aje nak kerja
kilang apa semua ada! Jomlah Siah kita kerja.”
Olia merayu sambil mengoncang-goncang lengan Samsiah. Tak bergerak
seinci pun badan Samsiah. Jari-jemari Olia tu halus benar langsung tak berasa
di lengan Samsiah yang besar dan lebar!
“Hoii! Janganlah ambik semua biskut kacang aku yang sedap tu!”
Ini yang aku geram. Bila aku buat tak endah mulalah Olia cari pasal
dengan aku. Ambiklah kasut aku ke, beg sekolah aku ke, buku aku ke... aku tak kisah! Asal jangan ambik biskut
kacang mak cik kantin! Aku memang kisah!
“Janji dulu dengan aku kau akan cari kerja dengan aku lepas SPM.
Cepat cakap dengan aku, janji?”
Amboi! Sejak bila pulak Olia dah berani mengugut segala? Semenjak
dah terdesak nak cari kerjalah ni!
“Aku tengok dululah. Aku takut penatlah Olia. Bukan tak nak. Kau
kan tahu aku mana boleh berdiri lama sangat. Kaki aku ni mulalah bengkak!
Sakitnya berdenyut-denyut kau mana tahu. Kau tak kesian ke kat aku Olia?
Bagilah balik biskut kacang tu Olia.. please...”
Terpaksa aku merayu. Ikutkan hati nak aje aku jotos kepala Olia!
“Aku akan bagi biskut kacang ni, tapi janji dulu kau nak kerja
lepas SPM nanti!”
“Ehhh berapa kali engkau nak ulang Olia? Kau ingat aku ni pekak ke.
Okaylah aku janji, lepas SPM nanti kita cari kerja! Puas hati kau kan? Bak!
balik biskut kacang yang sedap tu!”
Akhirnya terpaksa aku mengalah. Alahh mengalah bukan bererti aku
kalah. Aku nakkan biskut kacang yang sedap tu je!
“Yahoo! Macam tulah Siah. Itulah tandanya kau sahabat aku. Ini yang
aku sayang sangat kat kau Siah. Nah! Ambik balik biskut kacang.”
Aku rampas plastik berisi biskut kacang. Aku hitung.. 1..2..3..4..5...6...7....8... Alaa.. tinggal lapan keping je? Esok sekolah dah cuti. Hmm...
“Ni.. betis aku ni sakit kalau berdiri lama. Duduk lama pun sakit
kau tahu tak. Aku kalau boleh nak baring aje sepanjang masa, barulah hilang
rasa sengal kat seluruh sendi aku ni Olia. Nak, nak kalau tiba waktu malam..
hadoii macam nak menangis aku tau.”
Aku picit-picit betis sehingga ke urat keting. Memang sengal aje
rasanya. Mak aku cakap sebab aku kurang eksesais. Aku rasa bukan pasal tulah.
Aku rasalah kan betis aku sakit sebab terpaksa berjalan kaki 500 meter bila nak
ke sekolah dan 500 meter bila pulang dari sekolah. Penat berjalan sebab tulah
betis dan seluruh kaki aku sengal!
Loceng sekolah berbunyi. Tanda kami kena masuk semula ke dalam
kelas. Kalau ikutkan hati aku, nak aje aku ke kantin! borong biskut kacang banyak-banyak!
.............
“Pelajar-pelajar semua sila ambil perhatian!”
Alaa.. kenapa cikgu cepat masuk ke kelas? selalunya lambat. Apa pun aku lega sangat sebab, dapat juga aku borong biskut kacang mak cik kantin sebelum masuk semula ke kelas.
"Dengar sini semua. Duduk dan jangan bising!
Wah! cikgu dah marah nampaknya. Cepat-cepat aku sembunyikan biskut kacang bawah meja.
Janganlah kau bersemut biskut! Sekejap aje lagi aku akan uruskan kau!
“Minggu depan ada larian amal! Semua pelajar wajib turut serta.
Tiada yang terkecuali.”
Aduhh lemah betullah! Apa hal nak kena berlari pulak ni? Mana ada
termasuk dalam soalan SPM pun nanti. Ini yang aku lemah! Aku tak suka!
“Cikgu! Saya nak tanya sikit boleh tak?”
Halim berdiri sambil tapak tangannya terlambai-lambai.
“Cikgu, kalau ada penyakit kronik pun kena turut serta jugak ke?”
Halim menyoal sambil tergelak nakal. Matanya sekilas menjeling
Samsiah yang mulutnya terlopong.
“Penyakit? Penyakit macam mana tu? Cikgu tak di beritahu pun dalam
kelas ni ada yang berpenyakit?”
Melingas mata Cikgu Suhailin ke setiap ceruk kelas yang hinggar
bingar tiba-tiba. Berkerut dahinya. Ada ke pelajar aku yang tak sihat?
“Errr.. maksud saya kalau yang berbadan besar dan tak mampu
berlari. Kalau berlari aje dia boleh kena semput! Tak pun pengsan! Ha! Ha! Ha!”
Halim gelak bagai nak rak! Pelajar yang lain turut sama gelak
sakan! Riuh rendah satu kelas. Samsiah mengetap gigi. Halim ni mesti dia nak
cakap akulah ni! Mana ada lagi pelajar yang ‘besar’ dalam kelas ni selain dari
aku? Geramnya aku! Berkeriut giginya berlaga atas dan bawah. Ini tak boleh
jadi. Halim memang nak kena ajar! Getus Samsiah di dalam hati.
Sepantas kilat aku berdiri dengan muka merah padam menahan geram!
“Saya akan turut serta cikgu!”
Aku dengan lantangnya bersuara sambil mataku merenung tajam ke arah
Halim dan kawan-kawannya yang masih ketawa terbahak-bahak. Aku jeling sampai tenggelam biji mata aku. Nanti kau Halim!
“Bagus Samsiah. Sikap dan semangat yang macam ni yang cikgu nak
tengok. Berikan tepukan gemuruh buat Samsiah. Ini adalah contoh terbaik buat
semua. Walaupun secara fizikal Samsiah agak besar tetapi dia bersemangat kental
untuk sama-sama menjayakan Larian Amal anjuran sekolah kita. Tepukan untuk
Samsiah!”
Bergema bunyi tepukan dan sorakan. Eh! Halim dan kawan-kawannya pun
bertepuk sama? Hairan... Hairan... seehlah tu! Padan muka kau Halim!
“Pstt... Eh! Siah. Engkau biar betul Siah?”
Olia menghimpit tubuhnya dan berbisik dengan muka penuh cuak.
“Apa yang betul? Apa yang tak betul?”
Aku sengaja buat tak faham. Olia ni pun sama sahaja dengan Halim
dan kawan-kawannya yang samseng tu.
“Betul ke kau nak turut serta dalam acara Larian Amal tu? Kau dah
fikir panjang ke Siah? sempat lagi nak tarik diri. Kau kan erkkk...”
Olia.. Olia.. kau tak kenal siapa aku Olia. Aku ni pantang di cabar
tau! Larat atau tidak aku berlari nanti itu perkara kedua. Yang penting aku
mesti sahut cabaran Halim dan kawan-kawannya yang lain tu! Ada aku kisah?
“Tarik diri? buat APA?"
Aku jengilkan biji mata aku, macam biasa lepas tu aku bagi jelingan maut!
"Err... sorry... sorry...Siah."
"Dah aku tak nak kau pun sama macam si samseng tu semua. Cuma aku nak mintak tolong dengan kau Olia. Boleh ke tak ni?”
Aku dah tekad! Mulai hari ini aku akan mula berlatih berlari. Mula
berlari dalam rumah aku dulu. Pusing-pusing dekat ruang tamu dulu. Lepas tu, bila
aku dah terbiasa baru aku akan cuba berlari dekat padang Taman rumah aku.
“Olia kau memang nak kena tolong aku!”
Aku goncang-goncang bahu Olia yang kurus melidi.
“Tolong apa? Perhatikan kau berlari dari belakang? Kalau kau
pengsan.. aku kena tahan guna tapak tangan aku yang tinggal kulit ni aje? atau aku kena tolong angkat kau? Aduh! Siah aku pulak yang seram sejuk dah ni.”
Olia urut dadanya. Istaghfar dalam hati. Tak dapat dia bayangkan
bagaimana keadaaan Samsiah kalau pengsan dan dia yang melidi terpaksa
mengangkat tubuh Samsiah yang besar dari guni tepung! Takkan aku nak heret?
“Jaga mulut kau Olia. Jangan sampai pelempang sulong aku tebal kat
pipi cengkung kau tu! Aku nak mintak kau tolong aku teman ke Bandar. Esok hari
minggukan. Aku nak cari kasut sukan, kasut jogging.”
“Ohh... kasut jogging. Boleh! Boleh! Heheeee.. Syukur Alhamdulillah..
barulah lega hati aku ni Siah.”
Olia ketawa bagai nak rak! Bersemangat betul kawannya yang sorang
ini. Kalau tidak nak di ajak berjalan 50 meter pun susah!
“Sekarang kau gelaklah Olia. Ada aku kisah! Yang penting aku nak
buktikan pada Halim dan kawan-kawannya yang samseng tu aku yang berbadan besar
ni mampu berlari sama macam mereka semua! Tunggu kau Halim! Kau belum kenal
siapa Samsiah Sulaiman!
“Ya, Ya. Aku akan sentiasa sokong dan sokong kau Siah. Yang penting
kita cari dulu kasut kau tu. Lepas ni baru kita fikirkan apa yang bakal berlaku
nanti.”
Olia telan air liur dengan payah. Kes berat ni!
Bersambung....
Nantikan BAB 3.... ;)
No comments:
Post a Comment