Ada Aku Kisah!
Hak Cipta Terpelihara.
Jadi sebarang Copy paste ADALAH DILARANG SAMA SEKALI!
Jika ada kesilapan ejaan atau pun ayat, harap maklum manuskrip Ada Aku Kisah! belum lagi di edit oleh pihak EDITOR.
*photos credit to googles*
Bab 11
Aku catit apa yang mak cik kantin tu cakap. Laju aje tangan aku
menulis. Olia dari tadi asyiklah menguap! Tak
boleh harap!
“Mak cik tak ada ke sukatan yang tepat cik?”
Aku macam ya, tak ya, aje menyalin resipi biskut kacang mak cik
kantin yang sedap dan lazat aku kunyah tiap hari.
“Ehh.. memang mak cik kalau buat macam tulah! Nak macam mana lagi?
Mak cik buat pakai agak-agak aje. Gerenti jadi!”
Amboi! Garangnya. Tanya pun tak boleh ke? Aku tersengih-sengih.
Syukur Alhamdulillah mak cik kantin tu tak lokek bagi aku resipi. Aku ingat
esok aku nak cuba.
“Err.. gerenti jadi ni ya cik? Confirm ekk? Jangan jadi lempeng dah
lah!”
Mak cik kantin mengangguk laju. Muka serius macam tak puashati
dengan aku. Apasal? Arghh ada aku kisah!
“Dah, jom!”
Aku menolak tubuh Olia yang kurus melidi. Selesai ucap terima kasih
pada mak cik kantin aku dan Olia terus berangkat pulang ke rumah.
“Jadi ke? Aku macam tak yakin aje dengan resipi yang mak cik tu
bagi. Bagi pun macam tak ikhlas aje aku tengok tadi. Langsung tak ada sukatan! Gerenti
tak jadi punyalah! Percayalah cakap aku ni Siah.”
“Ehh! Olia tak baik tau buruk sangka. ALLAH tak suka!”
Aku menolak tubuh Olia. Melayang tubuhnya ke belakang. Cepat-cepat
aku tarik!
“Macam kertaslah kau ni! Tolak sikit dah melayang!”
Aku terkekeh gelihati. Olia jeling aku sambil berjalan jauh sedikit
dari tadi. Agaknya takut tersungkur kena tolak dengan aku yang ‘comel’.
“Okay! Aku nak tengok, jadi ke tidak kau buat biskut kacang mak cik
kantin. Lepas buat jangan lupa bagi aku rasa, sekeping pun jadilah. Kalau sedap
banyak keping ehh..”
Olia mengenyit nakal. Aku cium kertas yang berisi resipi biskut
kacang mak cik kantin.
“Gerenti jadi!”
Aku ulang-ulang banyak kali. Sebab aku yakin, biskut yang bakal aku
buat nanti akan jadi sama macam yang mak cik tu buat! Mungkin juga lebih hebat!
Tak percaya tengoklah nanti!
....................................
Tepung
gandum
Kacang
tanah di tumbuk halus atau di kisar
Gula
aising
Sedikit
mentega
Sedikit
garam
Laju tangan aku masukkan bahan-bahan ke dalam mangkuk adunan.
Tenang aje aku duduk di meja dapur. Kebetulan mak tak ada! Peluang keemasan! Aku
main pakai campak aje! Gerenti jadi punyalah! Hati aku kian berbunga-bunga. Bangga
aku hanya Tuhan sahaja yang tahu.
“Ehh... berapa banyak tepung nak aku sukat ni? Mak cik kantin
cakap. Agak-agak aje bahan-bahan tu semua.”
Memanglah aku agak-agak pun. Aku tergaru-garu. Macam salah aje aku
tengok! Bila aku masukkan tepung aje terus semua bahan-bahan yang lain tu tak
nampak dah!
“Mungkin kena lebihkan mentega? Atau campurkan air sikit barulah
cair, ya tak? Tapi kat nota aku ni tak ada pulak mak cik kantin cakap letak
air? Mungkin aku terlupa nak tulis?”
Sendiri soal, sendiri jawab! Aku toleh ke kanan dan ke kiri. Yang
ada Cuma Bobo yang bosan di hujung kaki aku.
“Hurmm... nampak keras! Campurkan air lebih sikit agaknya.”
Purrrr...
Aku tuang air. Adalah dalam anggaran segelas penuh.
“Eh! Cairlah pulak!”
Aku tergaru-garu kepala. Lama aku termenung. Biskut mestilah cair
ya tak? Nanti bila dah di bakar barulah mengeras! Aku ni apalah! Hishh....
Mak cik kantin tak ada pulak beritahu aku macam mana nak cetak?
Guna penerap atau hanya gentel-gentel aje dengan jari?
Bentuk biskut tu kan bulat dan leper Siah! Kau lupa? Haah ekk..
leper dan bulat... aku bulatkan adunan.. tapi terlalu cair. Terasa melekit atas
tapak tangan aku. Eeee.. kembang-kempis hidung aku. Gelilah pulak. Lama aku termenung.
Cair macam lempeng kelapa yang biasa mak buat.
“Ahhh.. tuang aje atas dulang! Lepas dah bakar dan dah masak nanti,
baru aku terap.”
Pandai tak aku? Hehehee.. bukan main berbunga-bunga lagi hati aku.
Bukan susah sangat rupanya nak buat biskut kacang mak cik kantin. Kacang aje...lepas
ni jangan haraplah aku nak beli lagi di kantin. Aku nak buat banyak-banyak dan
stok dalam balang susun kat dalam bilik aku tu nanti. Bila aku lapar tengah malam,
aku tinggal ngap!
Sambil buat biskut aku menyanyi. Tak kuat aku nyanyi takut Abang
Kamal terdengar, malu aku.
“Hah! Lepas tu bakar! Ehh.. berapa lama pulak nak di bakar? Set
ajelah satu jam. Adunan yang cair memakan masa yang lama untuk mengeras!”
Aku set satu jam. Kalau tak keras aku tambahkan lagi masa membakar!
Cepat-cepat aku kemas meja yang bersepah! Cepat Siah! Cepat!
Sebelum mak balik. Semakin laju aku mengemas. Segalanya aku cuci. Aku lap dan
terus kembalikan ke rak pinggan-mangkuk. Mesti mak bangga dengan aku kan.
Selesai!
Tinggal tunggu biskut kacang
aku masak!
Lepas ni kalau berjayalah aku buat biskut kacang mak cik kantin
yang sedap tu aku ingat bulan puasa yang bakal tiba tak lama lagi aku nak buat
banyak-banyak. Bukan susah pun, sukatan pun main pakai agak-agak aje, kan ke
mudah sangat tu namanya.
Kalau sedap aku nak hadiahkan sebalang besar ke rumah Acik Munah.
Biar dia respect sikit kat aku, jangan ingat aku ni pemalas! Aku
terangguk-angguk.
Lama lagi nak tunggu biskut aku tu masak. Ada lagi 45 minit!
Aku jeling biskut dari celah pintu oven. Wah! Dah ada baulah. Nampak
berbuih-buih. Harummmmm....baunya. kembang kempis hidung aku mengambil bau.
Aku duduk. Aku bangun. Resah aje aku menanti biskut kacang mak cik
kantin untuk siap. Tak sabar nak rasa. Tak sabar aku nak menunggu celah oven.
Kerja yang aku paling tak suka! Apa kata aku baring sekejap kat bilik luruskan
betis aku yang sengal asyik berdiri lama.
BUNGG!! BUNGGG!!!
Aku melompat dari atas katil! Aku terkulat-kulat! Aku di mana?
Rumah? Bilik perpustakaan? Atau kantin sekolah??
BUNGGG!!! BUNGGG!!
Pintu bilik aku semakin kuat di gendang! Aku jadi panik!
“Siah! Siah! Cepat keluar!”
Eh! Suara mak aku!
Cepat-cepat aku meluru ke pintu, aku tahu mak mesti risaukan aku.
Satu hari aku tak bermesra dengan mak yang aku sayangi.
“Mak cari Siah ya?”
Aku melemparkan sebuah senyuman yang cukup manis buat mak
tersayang. Suara aku manjakan lebih dari selalu.
“Siah... Siah... apalah nak jadi dengan kau ni Siah.. mak tak tahu
nak cakap apalagi dah dengan kau ni tau!”
Eh.. ehh.. mak aku ni. Nampak aje muka aku terus mengeluh. Apasal?
Takkan pelik tengok aku bangun dari tidur? Itukan hobi aku masa lapang. Mak
siap bercekak pinggang lagi, garang betul mak aku!
“Apa yang jadi tak jadinya ni mak? Siah buat salah apa lagi pulak
kali ni? Pinggan-mangkuk semua Siah dah cuci. Bobo Siah dah bagi makan. Kain baju
di ampaian Siah dah angkat dah pun. Apa yang Siah tak buat lagi ni mak...”
Aku kadang-kadang memang kecik hati dengan mak aku tau. Apa yang
aku buat semuanya tak betul! Ada aje yang salah! Kecik hati aku.
Mak dari tadi tak berhenti tergeleng-geleng. Muka merah padam macam
menahan geram. Apa salah aku?
“Kau bakar apa dalam oven tu Siah? Kau nak bakar rumah ya?”
Mak menengking. Aku terpinga-pinga.
Bakar apa pulaknya? Mak selalu aje cari salah aku tau.
“Siah tak faham? Siah kan tidur. Tadi Siah buat kerja sekolah bukan
bakar rumah ke apa ke!”
Sikit lagi aku nak merajuk. Tak pun aku dah nak melalak dah ni!
Tahan Siah! Tahan! Aku tahankan...
“Lempeng apa yang kau bakar dalam oven tu?”
Aku terkejut!
“Lempeng?!”
ALamak!
GULP!
GULP!
“Si... Siahhh... errr..errr....”
Biskut kacang mak cik kantin! Gerenti jadi! Mesti dah rentong!
*nama dan watak di atas tiada berkaitan dengan yang hidup atau mati*
Nantikan BAB 12... ;)
5 comments:
Ha ha ha... bau hangit hangusnya biskut tu sampai ke Lahad datu Sha...ha ha ha hah
hehehe... wahh jauh sampainya tu kak Amie hehehe
kau memang tak kisah, kan Siah!!
Alahai Siah, ada saja kau nih...
Siah tak kisah you! hehehee... tq kerana meninggalkan komen..:) muahzz
Post a Comment