Ada Aku Kisah!
Hak Cipta Terpelihara.
Jadi sebarang Copy paste ADALAH DILARANG SAMA SEKALI!
Jika ada kesilapan ejaan atau pun ayat, harap maklum manuskrip Ada Aku Kisah! belum lagi di edit oleh pihak EDITOR.
Ada Aku Kisah!
Bab 3
“Mak...”
Lunak manja suara aku menyapa. Mak dari tadi sibuk melipat pakaian
dalam bakul. Tak jemu jelak agaknya mak aku ni setiap hari itu aje kerja yang
di buatnya bila ada kelapangan.
“Pinggan tu dah kau cuci? Cuba lepas makan tu teruslah cuci. Jangan
main tinggal aje kat dalam sinki. Jadi perempuan ni nak kena rajin Siah. Esok
bila dah berlaki kau jugak nak kena buat semua tu. Kalau laki kau tu kaya anak
dato ke dato ke tak apa. Bolehlah laki kau sediakan amah.”
Ini yang aku malas nak bercakap dengan mak. Aku baru sebut MAK, dia
dah mula berleter panjang berjela. Aku paling tak suka kalau mak sebut pasal
laki! Eee... aku tak nak kahwinlah mak!
Nak tak nak, aku labuhkan
juga punggung dekat tepi mak. Aku capai sehelai kain batik. Apa, ingat aku
rajin nak bantu melipat kain? Bukan hobi aku! Sebelum mak berleter panjang
lebar tentang laki, baik aku tolong.
“Cuba kebas dulu kain tu, baru di lipat. Lipat tu lurutkan dulu
jadi tidaklah kain tu berkedut bila nak di pakai nanti. Tu lah bila mak ajak
melipat kain baju yang bertimbun ni kau tak nak. Kau cakap bukan hobi kau. Hah!
Dah 17 tahun pun tak pandai lagi nak melipat kain..”
Boleh tak mak senyap? Sesaat pun jadilah mak. Tiba-tiba perut aku
berbunyi! Aku lapar!
“Mak ni.. Siah baru nak cakap mak dah membebel. Siah tahulah nak
lipat baju macam mana. Bila Siah lipat mak cakap tak elok. Lepas tu kain baju
yang dah Siah lipat semua mak kembur dan lipat semula. Tu yang Siah malas nak
tolong mak lipat baju.”
Macam nak tercabut telinga aku dengar mak berleter. Baik aku angkat
kaki! Lari Siah! Lari!
“Cakap sikit dah nak merajuk. Lepas tu duduk berkurung dalam bilik.
Tidur 24jam! Apa nak jadilah dengan kau Siah.. Siah.. tu, tingkap bilik tu
cubalah di buka. Berkempap aje macam tu! Bau masam tahu tak.. eee.. berjuta
kali mak dah cakap. Siah.. Siah....”
Siah! Siah! Aku dah hafal dah, ayat akhir mak akan sebut mesti ada
nama aku dua kali ulang. Bunyinya macam aku ni teruk betul!
Kali ni aku tak masuk bilik dan mengurung. Aku Cuma berdiri aje
dulu, luruskan kaki aku yang sengal sebab bersimpuh sekejap tadi. Aku mesti
cakapkan pada mak apa yang aku nak beli di Bandar tu nanti. Esok Olia dah janji
nak teman aku. Tepat pukul 11 pagi kami akan naik bas dan turun ke Bandar.
“Mak.. penting ni. Siah nak cakap dengan mak sesuatu. Bolehkan
mak?”
Lembut aje suara aku. Bersusah-payah aku kawal suara aku tu tau!
“Lembut suara? Ni adalah yang nak di mintak ni. Kalau tidak bila
mak bukak aje mulut sikit kau dah hempas pintu tu hah! Hah! Cakap cepat nak
apa?”
Wah! akhirnya mak tanya jugak apa yang aku nak. Sayang mak!
“Mak... minggu depan sekolah Siah ada Larian Amal. Errr...”
Gulp! Kenapa suara aku tersekat ni? Takut mak berleter lagi
panjang? Aku dah biasa dah semua tu.. kuatkan semangat Siah.. kuatkan semangat
Siah...teruskan... teruskan...
“Tiada yang terkecuali kata Cikgu.”
Cepat-cepat aku sambung ayat terakhir. Mak tolonglah jangan
berleter... tolonglah.. aku pejamkan mata aku. Berdoa dalam hati.
“Huh! Dah nak kena berlari pulak? Agaknya Siah cikgu kau tu nak
suruh kau sorang aje yang eksesais.
Lepas tu dia ajaknya kawan-kawan kau turut serta. Alasan aje tu agaknya.
Patutnya dari dulu kau tu nak kena bersenam. Tidaklah badan tu semakin membesar
tiap hari. Balik sekolah aje tidur! Bangun tidur, makan! Mana badan tu tak
besar! Siah... Siah...”
“Alahh... mak ni!”
Aku dah malas nak dengar leteran mak, semakin lama aku berdiri kat
situ semakin sakit dada aku tahan geram. Tak apalah aku tunggu Ayah balik.
Nanti aku cakap dengan ayah sendiri. Harap-harap mak tak jadi batu api pulak
nanti.
“Hah! Mulalah tu merajuk. Cakaplah nak apa? Mak ni bukan
mengata kau Siah. Tapi mak nasihatkan
kau tu cuba eksesais sikit. Tu yang nak buat apa kerja pun susah. Lemah aje
badan tu. Nak bergerak sana-sini pun lambat.”
Hadoi! Berleter lagi! Mak ni agaknya kalau tak berleter tak sah!
Aku berjalan meninggalkan mak yang kian galak nampaknya berleter. Manalah aku
tak kuat makan! Bila mak berleter aje perut aku mulalah lapar! Aku ingat nak
terus mengurung dalam bilik. Tak jadi! aku terus meluru ke dapur! Di dapur
macam-macam ada untuk redakan rasa bengang aku yang tak sudah!
“Makan lagi? Apa nak jadi dengan kau ni Siah? Baru 20 minit tadi
kau makan Siah, ni kau makan lagi? Hmm... Siah... Siah...”
Kisahnya mak dah tercegat berdiri tepi meja makan. Aku dah tak
peduli. Duduk aku atas kerusi makan. Nasi putih aku bubuh 3 senduk. Ikan goreng
aku ambil 2 ekor. Kuah sup sayur aku tuang sampai nasi tenggelam dek kuah sup.
Sambal belacan aku ambil 2 sudu besar. Aku capai sepotong timun muda, aku
kunyah. Makan aku dengan berselera.
“Makan! Makan! Makan! Itu ajelah kerja kau Siah. Jangan kau
habiskan pulak ikan goreng dalam piring tu. Ayah belum makan lagi!”
Gulp! Alamak! Aku baru habiskan ikan goreng. Sedap sangat! Terkebil-kebil
aku pandang ikan goreng yang tinggal kepala.
“Mak.. ikan yang belum goreng ada lagi tak dalam peti sejuk?”
Aku telan air liur. Kalau mak nak berleter, berleterlah aku dah tak
kisah! Nasi dah jadi bubur.
“Ada! Mak dah agak, kau memang akan habiskan ikan goreng tu.
Awal-awal mak dah tepikan untuk ayah.”
Wahh mak aku kan.. semenjak dua menjak ni dah pandai buat drama
suspen. Senyum aku jadinya. Tak sia-sia aku habiskan ikan goreng tu. Tak apa
bahagian ayah nanti aku akan tolong gorengkan selepas aku selesai makan.
“Mak, Siah habiskan ajelah ikan goreng yang tinggal sekor ni ya
mak?”
Eh! Mana pulak mak aku pergi? Senyaplah pulak, heheheee....
...........
Malam aku sama-sama menonton tv bersama ayah di ruang tamu. Peluang
keemasan ni! mak pulak di dapur memasak. Masa inilah aku nak bercakap dengan
ayah tanpa selingan leteran mak.
“Ayah...”
Aku memang manja dengan ayah. Ayah aku tegas tetapi baik hati. Jauh
sekali suka berleter. Tetapi jangan kau periksa nombor corot, tahulah apa nasib
kau tu nanti.
“Santai aje hari ni? Tak ada kerja sekolah ke?”
Ayah aku ni kan memang tak banyak bercakap. Dia kalau bercakap
mesti pasal kerja sekolah. Bukan baru sebulan dua, semenjak aku tadika lagi.
Memang itulah dialog ayah setiap kali memulakan bicara.
“Dah ayah. Petang tadi lagi Siah dah siapkan kerja sekolah.”
Lembutnya suara kau Samsiah! Hehehe.. aku gelak sendiri.
“Mak kata kau ada Larian Amal di sekolah? Bila?”
Oh! Mak! Aku sayang sangat kat mak! Tak sangka mak dah sampaikan
pada ayah. Tulah yang aku selalu rasa bersalah pada mak. Tak apa lepas aku
bercakap dengan ayah aku akan tolong mak di dapur. Mak berleter pun berleterlah
aku sanggup pekakkan telinga.
“Minggu depan. Hari Sabtu. Semua wajib turut serta ayah. Err..
ayah..”
Semakin lembut suara aku, semakin berdebar-debar dada aku. Hanya
bila bercakap dengan ayah dengan mak tak pulak!
“Siah nak beli kasut jogginglah yah. Mana boleh pakai kasut
sekolah.”
Lega betul! Lepas jugak hajat aku.
“Kasut jogging? Siah nak beli bila?”
Itu pasallah aku sayang sangat kat ayah. Tak banyak cerita. Tak
banyak bertanya. Straight to the point!
“Err.. esok pagi. Siah nak ke bandar dengan Olia. Lepas beli kasut
jogging Siah terus balik. Ayah janganlah risau ya.”
Sejak bila pulak aku begitu bersopan santun bila bercakap? Mesti kalau
mak dengar dia bangga dengan perubahan aku! Hari ini sahaja!
“Berapa harga kasut jogging tu?”
“Err.. Siah tak survey lagi yah. Mungkin bawah RM50 kot?”
“Kaki kau tu besar Siah! Mana ada kasut murah kalau saiz besar!
Paling tidak pun RM80 ke RM100 tak pun lebih!”
Aku tarik muka masam. Bila pulak mak boleh menyelit celah ayah!
Molek aje dia duduk sebelah ayah. Haduii ini yang aku lemah ni. Mulalah ada
ceramah tentang kaki pulak ni!
“Ayah bagi Siah, RM150. Cari kasut yang bagus. Baki tu buat beli
Kentucky dengan Olia nanti.”
Yahoo! Ayah memang terbaik! Tak banyak soal. Tak banyak cerita. Siap
bagi duit lebih untuk belanja Olia Kentucky. Berleter lagilah tak pernah. Tup!
Tap! Terus hulur duit. Aku memang sayang ayah aku sangat! Mak aku pun aku
sayang.
“Jimat duit tu. Jangan asyik habiskan kat pemakan aje. Nanti dah
makan ayam berketul-ketul. Kasut lupa nak beli! Berat badan bertambah hah!
Nanti tak muat pulak kasut yang baru di beli tu nanti!”
Sebelum mak bagi aku ceramah bebas secara percuma. Mula-mula bab
kaki kang ada terus ke bab hidung ke pipi ke. Baik aku ke dapur. Jengah lauk
apa agaknya yang mak masak malam ni.
“Makan tunggu kami! Jangan makan lepas tu tidur berdengkur tak
ingat apa. Tolong cucikan apa yang ada dalam sinki tu!”
Cakaplah apa pun mak, aku akan buat apa sahaja kerja yang mak
suruh. Duit RM150 dalam genggaman aku cium banyak kali! Teringat pulak mak
cakap kat aku dulu...
“Jangan cium duit! Tak baik!”
Dah tercium nak buat macam mana!
Bersambung....
Nantikan BAB 4.... ;)
No comments:
Post a Comment