Ada Aku Kisah!
Hak Cipta Terpelihara.
Jadi sebarang Copy paste ADALAH DILARANG SAMA SEKALI!
Jika ada kesilapan ejaan atau pun ayat, harap maklum manuskrip Ada Aku Kisah! belum lagi di edit oleh pihak EDITOR.
Bab 9
Hari Ahad, aku cuti. Aku cadang nak bagun lewat. Tapi hari ini aku bangun ‘terawal’. Aku
cadang nak kemas bilik aku. Sebelum mak berleter lebih baik aku kemas.
Kadang-kadang tu mood rajin aku akan datang tanpa di undang. Bila tiba angin
rajin aku tu kan, satu rumah aku mop. Kadang-kadang aje. Boleh di kira dengan
sebelah tapak tangan aku.
“Tilam ni nak jemur ke tak? Kalau aku jemur nanti apa pulak mak kata.”
Aku berkira-kira. Arghh.. tak payahlah. Nanti bukannya di puji kena
leter dengan mak adalah. Jadi tak payahlah aku jemur tilam ni? Tak payah Siah
nahas nanti! Okay aku ikut kata hati aku.
TOK! TOK! TOK!
Alahhh.. tu mesti mak. Nak bukak ke tak payah? Tak payah Siah! Okay
tak perlu bukak, aku ikut lagi kata hati aku.
“Siah! Siah! Bukak pintu ni sekejap! Ada benda yang mak nak tanya
ni.”
Alaaah mak tu bukannya nak bertanya, tapi nak berleter. Bangun awal
salah. Bangun lewat lagilah!
“Jap! Mak! Siah nak mandi jap!”
Tipu sunat aku!
“Bukak kejap aje! Siah!”
Kali ni mak tak ketuk lagi dah, dia gendang pintu bilik aku. Bingit
telinga aku! Hadoii... kenalah bukak pintu nampaknya. Siap sedialah aku dengan
leteran mak sekejap aje lagi. Tak pe Siah. Kau bukak sikit aje pintu tu!
“Ya, mak ada apa?”
Aku terselit balik daun pintu. Kepala aku aje yang tersembul. Aku
tahan daun pintu dengan peha aku yang besar. Kiranya aku sendal! Jangan sampai
mak dapat masuk! Parah jadinya.
“Apa kau buat Siah? Awal bangun pagi ni?”
“Err.. Siah memang nak bangun awal. Kenapa mak?”
Lagi kuat aku sendal peha aku kat daun pintu. Kalau mak tolak
memang tak boleh terbukak punyalah!
“Kenapa Bobo basah kuyup?”
“Bobo? Basah kuyup? Errr...”
Aku garu-garu kulit kepala aku yang gatal. Aku tarik kepala aku
sikit ke dalam, agar jauh sedikit dari muka mak. Kes berat ni!
“Haah, Bobo. Dia tidur dengan kau kan malam tadi?”
“Entah, Siah manalah perasan mak. Mak macam tak tahu aje Siah kalau
tidur mana ingat apa. Letak kepala terus tidur. Bobo basah sebab kena hujan
kot? Errr tak pun.. errr.. jatuh.. ya! Jatuh longkang!”
Bobo basah kuyup pun mak cari aku. Kalau aku basah kuyup kena hujan
balik dari sekolah mak tak pulak risau. Bobo kucing yang tak tahu apa tu yang
mak sibukkan.
“Hujan apanya Siah. Kau bukak tingkap bilik kau tu, selak langsir
bilik kau tu. Tengok tak ada setitis pun air hujan kat luar tau tak! Sekarang
ni musim kemarau kau tak ingat ke? Yang kau tak bagi mak masuk bilik kau ni
kenapa?”
Aku sendal kuat-kuat. Mak pulak cuba tolak dari luar. Ala mak ni,
tak hormati privacy aku langsung!
“Mak nak masuk buat apa? Nanti Siah bukaklah tingkap tu. Siah
tengah nak mengemas bilik ni. Tengah bersepah bilik Siah. Nanti mak membebel.
Nantilah lepas kemas semua tu, Siah tolong mak mop lantai rumah. Satu rumah
Siah mop! Termasuk bilik mak. Ya, mak ya...Siah janji.”
Aku mula merayu. Terpaksa! Sebelum mak berkeras nak masuk bilik aku
yang sedang tonggang- langgang!
“Bau apa ni? Hangit semacam aje ni?”
Muncung mak ternaik-naik. Hidung mak kembang-kempis. Aku pulak
asyik gosok hidung dari tadi.
“Bau apa? Mana ada? Mak ni ada-ada je lah.”
Pintu semakin sempit. Kali ni mak cuma boleh tengok sipi-sipi muka
aku.
“Bau hancing!”
Gulp! Aduhaiiiiii habislah aku lepas ni!
“Bau Bobo lah mak. Bobo kan selalu kencing bersepah!”
“Bobo? Bau kencing manusia dengan kucing aku ni dapat bezakan Siah!
Kau bukak pintu bilik kau ni Siah! Bukak!”
Aku cepat-cepat tutup pintu dan kunci. Mak berleter depan pintu aku
tak dengar apa mak berleter. Aku cepat-cepat bukak cadar, campakkan dalam
baldi. Sekejap lagi aku nak kemas dan cuci seluruh bilik aku. Biar bersih! Mood
mengemas aku memang lain macam benar dah ni!
............................
“Sedap goreng keladi. Lama dah Lan tak makan.”
“Makanlah, mak goreng banyak tu.”
“Mana Siah mak? Tidur lagi ke?”
Azlan mengunyah goreng keladi sambil matanya melingas mencari
kelibat adik bungsu kesayangannya.
“Ada memerap kat dalam bilik tu hah! Lepas makan apa lagi.
Mentelaah selebihnya makan sambil tidur atas katil! Apalah agaknya nak jadi dengan
adik kau tu Lan. Cuba kau nasihatkan sikit. Berbuih dah mulut mak ni bercakap.
Dia buat tak tahu aje.”
Mak Jah mengadu panjang lebar. Sambil mengunyah keladi goreng
kepalanya tergeleng-geleng.
“Lan call handset Siah dari pagi tadi tak dapat. Lan sms dia tak
balas. Selalunya dia pantang kalau Lan telefon. Kalau sms sepatah, 10 baris
Siah balas. Ni tak senyap aje. Dia merajuk dengan mak ke?”
Mak Jah terkekeh gelihati. Merah padam mukanya menahan ketawa.
Nyaris tersembur goreng keladi dari mulutnya.
“Kenapa mak gelak?”
Azlan menghulurkan segelas air masak kepada mak. Berkerut keningnya
melihat mak yang hampir tersedak.
“Kau tahu tak Lan. Hari ni taman kita ni hujan ribut.”
Mak Jah bercakap sambil ketawa tak sudah. Malah kian gamat tawanya.
“Hujan ribut? Kat luar tu kering aje jalan raya. Musim kemarau
sekarang ni kan. Peliklah Lan tengok mak ni. Mak asyik ketawa dari tadi. Kenapa
mak? Apa yang kelakar sangat?”
“Gini, Lan... hadoi mak nak cerita pun tak boleh. Mak nak gelak aje
ni.”
Mak Jah ketawa lagi, sambil mengusap perutnya yang senak kerana
banyak sangat ketawa. Airmata yang terbit di tubir mata dia kesat dengan lengan
baju kurung kedah yang tersarung di tubuhnya.
“Pagi tadi hujan ribut Lan. Bobo basah kuyup tak pasal-pasal!”
Mak Jah ketawa lagi. Kepalanya asyik tergeleng-geleng.
“Bang Ngah! Bila Bang Ngah sampai?”
Aku terus menerpa Bang Ngah di meja makan. Aku tunduk dan bersalam.
Seronok betul bila Bang Ngah ada. Adalah aku teman berbual. Bang Ngahlah tempat
aku bercerita dan mengadu.
“Dah nak balik pun!”
“Hah? Dah nak balik? Alaa Bang Ngah ni.. tak bestlah! Tidurlah
sini. Hari ni Siah tak sekolah, bawaklah Siah pergi Mc Donald.”
Aku tarik kerusi sebelah Bang Ngah. Aku hempaskan punggung aku yang
lebar. Kusyen yang empuk terus kempis mengeluarkan angin.
“Mc Donald tak habis-habis kau ni Siah. Dah tak payah keluar. Makan
aje keladi goreng ni banyak ni hah.”
Aku tarik muka. Muncung aku panjangkan seinci lebih dari biasa.
Keladi dan Mc Donald mana sama.
“Mulalah nak merajuk tu.”
Aku senyum semula. Bagi Bang Ngah ubah fikiran agar tidur di rumah
malam ni. Bang Ngah semenjak dah kerja ni, suka tinggal di rumah bujang.
Bukannya jauh naa pun. Tapi susah nak jumpa Bang Ngah sekarang. Agaknya Bang
Ngah pun jemu nak dengar mak berleter 24jam! Tapi aku memang tak ada niat
langsung kalau dah kerja nak tinggal rumah bujang! Aku tak sampai hati nak
tinggalkan mak dan ayah.
“Kenapa Bang Ngah call handset Siah tak dapat? Rosak ke?”
Aku jeling muka mak. Mak dah merah padam mukanya. Nak ketawalah tu!
Tengoklah sekejap lagi mesti mak akan bukak rahsia!
“Mak nak ke bilik air. Solat Asar sekejap.”
Lega aku, mak macam bagi aku ruang aje nak bercakap dengan Bang
Ngah. Bestlah macam ni.
“Haahlah Bang Ngah. Handset Siah rosak!”
Aku jeling-jeling kalau mak masih ada mengintai kami berbual.
“Macam mana boleh rosak? Kan baru baiki hari tu.”
“Dah, nak rosak Bang Ngah. Nak buat macam mana.”
Aku ambil sekeping keladi goreng. Aku cicah atas gula pasir. Aku
tenyeh-tenyeh keladi goreng. Penuh dengan gula baru aku masukkan dalam mulut. Aku
pejamkan mata aku, menikmati kesedapan keladi goreng dan gula!
“Bang belikan Siah Handset baru Bang. Yang lama tu tak bestlah!
Problem aje.. bateri pun dah kong. Baru cas dah low bat! Beli baru eh bang?”
Masa mak tak adalah aku nak mintak apa pun pada Bang Ngah. Kalau
mak ada jangan haraplah!
“Pergi tukar baju sekarang. Kita cari handset baru. Kebetulan kawan
bang Ngah baru bukak kedai Handset. Cepat!”
“Betul ke ni Bang Ngah? Sayang sangat kat Bang Ngah! Okay Siah
pergi tukar baju. Bang Ngah tunggu tau!”
Aku rasa buat pertama kalinya aku boleh bangun dan berjalan secepat
kilat! Orang mengantuk disorongkan bantallah katakan!
“Mana Siah?”
Mak Jah muncul dengan sehelai kain pelikat. Lalu di hulurkan kepada
Azlan anak lelaki tunggalnya itu.
“Tukar baju. Lepas solat ni ingat nak bawak Siah ke kedai Handset.
Belikan dia yang baru. Yang lama tu selalu problem.”
“Belilah canggih macam mana pun Lan. Kalau dah selalu hujan ribut petir. Banjir pulak tu. Tak ada maknanya Lan.”
Mak Jah terkekeh gelihati.
“Hah! Pasal hujan ribut petir tadi tak habis mak cerita.”
Azlan tak jadi ambil wudhu dia duduk semula.
“Kau tahu Lan kenapa handset Siah tu rosak?”
Azlan angkat bahu tanda tak berapa pasti.
“Siah terkencing atas tilam pagi tadi! Bukan handset dia aje yang
tenggelam dek banjir kilat tu. Dengan si Bobo pun basah kuyup!”
Mak Jah ketawa bagai nak rak!
“Lahhh... ya ke mak? Ha! Ha! Ha!”
Arghhhhhhhhh.... nak keluar ke tak ni? Mak dah cerita pada Bang
Ngah. Menyampahlah macam ni! Baik kau keluar Siah! Nanti tak dapat handset baru!
Keluar cepat! Tebalkan aje muka kau tu. Macam tak biasa? Ya, aku keluar! Kaki
melangkah dengan begitu berat sekali. Awal-awal aku dah tebalkan muka. Apa mak
dan Bang Ngah nak cakap, cakaplah. Ada Aku Kisah!
Yang penting handset aku
yang dah basah kuyup aku jemur atas bumbung kandang Bobo dah boleh aku
campakkan ke dalam tong sampah!
*Nama dan watak di atas tiada berkenaan dengan yang hidup atau pun yang mati.*
Bersambung....
Nantikan Bab 10...
No comments:
Post a Comment