Ada Aku Kisah!
Hak Cipta Terpelihara.
Jadi sebarang Copy paste ADALAH DILARANG SAMA SEKALI!
Jika ada kesilapan ejaan atau pun ayat, harap maklum manuskrip Ada Aku Kisah! belum lagi di edit oleh pihak EDITOR.
BAB 21
Peperiksaan
SPM semakin hampir. Aku pulak sekarang semakin sibuk mengulangkaji pelajaran. Walaupun di dalam kelas aku tergolong di dalam
pelajar top 10 terbaik, aku tak pernah bersenang-lenang dengan pencapaian yang
aku raih selama ini. Aku nak berjaya macam Kak Long dan Bang Ngah. Belajar dan
berjaya.
Cita-cita
setinggi gunung?
Aku tak
pernah pun teringin nak jadi doktor. Pada aku pekerjaan sebagai seorang doktor
adalah pekerjaan yang cukup mulia dan terlalu mencabar. Tak sanggup nak menatap
tiap wajah pesakit yang datang dengan wajah sugul dan muram. Nanti mood aku
yang sentiasa ceria dan cool akan terganggu. Lagi satu, aku ni bukan kuat
semangat, nampak darah aje pitam! Kan ke kes naya namanya tu.
Mak
suruh aku jadi cikgu. Lagilah aku tak nak! Nak tahu kenapa? Aku ni kan besar.
Aku takut bila aku mengajar nanti murid-murid aku tak nampak apa yang aku tulis
kat papan hitam tu nanti. So lupakan ajelah ya, mak. Hasrat mak nak Siah jadi
cikgu tidak mungkin akan terjadi.
Ayah
cadangkan aku jadi pensyarah. Sebab aku selalu mewakili sekolah berpidato.
Selalu juara pulak tu. Dan aku tidak pernah berangan-angan pun untuk menjadi pensyarah
apalagi ahli politik? Lagilah aku tak nak! Aku ni kan besar, manalah boleh
berdiri lama. Berdiri lama sikit aje kaki aku dah sengal. Belum cukup seminggu
jadi pensyarah dah kena ambil cuti kecemasan! Kaki tergantung aje atas katil
hospital! Tak nak aku!
Aku
sebenarnya nak jadi seorang yang biasa-biasa sahaja. Seorang yang berpelajaran
tetapi pangkat aku tak nak yang tinggi, biasa-biasa aje dah okay pada aku. Aku
tak suka pening-pening kepala memikirkan hal kerja pejabat yang bertimbun.
Dengan aktivi luar lagi.
Ish! Tak
nak aku weh! Paling tidak pun aku cuma nak jadi kerani tak pun UP sikit
Setiausaha! Dengan badan aku yang ‘comel’ ni? Boleh ke? Ada aku kisah!
Sebab bagi aku kerja sebagai kerani atau setiausaha
ni kan pada akulah. Tak perlu banyak bergerak. Hanya duduk aje kat meja dan
menaip. Telefon berbunyi angkat. Boss datang bancuhkan kopi. Lepas tu bila boss
meeting kau sama naik duduk sebelah boss lepas tu, catat aje apa yang boss kau
cakap masa meeting tu. Lepas tu bila bos kau cuti, kau sama naik cuti!
Berlengkar atas tilam! Kan ke best tu namanya...
Macam
mana aku tahu? Sebab aku selalu tengok drama melayu di tv.
Aku
sebenar-benarnya teringin sangat nak jadi pramugari.Nak kata aku berangan
setinggi gunung everest, tak juga. Sebab aku memang suka! Suka aku tengok
pramugari pakai baju kebaya, bersanggul dan jalan terkedek-kedek heret beg
berlereng. Lepas tu terbang sana, terbang sini. Layan makan minum penumpang
atas kapal terbang, tu aje. Kan ke best tu namanya! Pasal tu aku teringin
sangat nak jadi pramugari. Walaupun aku sedar dengan keadaan aku yang ‘comel
loteh’ ni kan manalah impian aku yang satu tu akan tercapai. Tak mungkin
terjadi sampai bila-bila pun! Ada aku kisah!
Tak pun
aku teringin benar nak jadi tukang masak professional. Yang ini pun tak mungkin
akan menjadi kenyataan. Apa taknya, mak bukannya benarkan aku duduk di dapur,
dia bimbang aku akan bakar dan letupkan segala yang ada. Kesian aku kan? Bila
aku tak jengah ke dapur mak pulak bising! Serba-salah aku jadinya.
Entahlah,
sampai sekarang ni, SPM dah semakin hampir. Aku tak tahu selepas ini apalah
agaknya nasib aku? Aku berserah sahaja pada Tuhan. Aku terima dengan hati yang
terbuka. Tak pun aku jaga mak dan ayah sampai ke tua! Ada aku kisah!
“Hoi!
Berangan eh?”
Aku
terkejut. Aku urut dada aku yang berdegup kencang. Olia sergah aku, nyaris tak
pengsan!
“Aku
bosan! Lama sangat tunggu cikgu masuk kelas. Aku mengantuk laaa...”
Aku
menguap. Mulut aku terbuka luas macam pintu gua.
“Cikgu
mesyuaratlah! Aku baru balik dari bilik guru tadi.”
Olia
menghulurkan buku latihan Sains kepada aku. Aku selak. Semuanya cikgu tanda
betul. Lega hati aku.
“Olia
jom! Kita cabut ke kantin jap.”
Aku
usap-usap perut aku yang berbunyi minta di isi.
“Aik?
Baru sekejap tadi makan dah lapar lagi?”
Aku
menjeling geram. Aku cuma minta Olia temankan, bukan nak dengar dia membebel.
“Kelas
bangun! Selamat tengahari Cikgu!”
“Alaa....”
Aku
mengeluh, kesal tak sudah!
Cikgu
Suhailin mengangguk sambil melemparkan senyuman manisnya ke arah kami semua.
“Cikgu
baru sahaja habis mesyuarat tadi. Ada berita gembira. Cikgu tahu ada di antara
kamu memang suka apa yang bakal cikgu cakapkan sekejap aje lagi.”
Semua
senyap. Aku asyik menguap dari tadi. Dalam hati aku berbunyi.. cakap ajelah cikgu
kami dah mengantuk dah ni menunggu cikgu tak masuk mengajar. Aku menguap lagi,
kali ini Olia tolak lengan aku yang tersangkut atas meja.
“Tutup
sikit mulut tu.”
Olia
sempat berbisik. Aku tunjuk muka toya.
“Ada
sesiapa di sini yang minat memasak?”
Semua senyap.
Aku pun senyap, kali ni tak menguap takut Olia siku aku lagi.
“Tak ada
sesiapa yang minat memasak? Atau tak ada yang tahu memasak?”
Cikgu
Suhailin menyoal sambil mata melingas. Tiada seorang pun yang berdecit,
termasuklah Halim dan kawan-kawannya yang samseng.
“Angkatlah
tangan.”
Olia tolak
lengan aku dengan sikunya runcing.
“Kau apasal?”
Aku besarkan
biji mata aku yang bulat. Hidung aku kembang-kempiskan. Geram aku dengan Olia!
Olia
angkat-angkat kening, sambil tersengih-sengih. Aku jeling Olia.
“Siah!
Siah! Cikgu, dia pandai masak! Selalu dia bawak cekodok bagi kami makan. Sedap
cikgu...”
Mujur
bukan si Halim. Aku rasa Halim semenjak kena jemur dan makan penumbuk aku sejak
tu nampak aku selalu mengelak! Takutlah tu agaknya.
“Ish!
Mana ada.”
Aku
menjawab pendek. Hidung aku kembang-kempis. Malu aku!
“Okay,
siapa setuju Siah, mewakili kelas kita untuk masuk pertandingan memasak? Cepatlah
sekejap lagi cikgu ada mesyuarat lagi.”
GULP!
Semua
angkat tangan serentak! Termasuklah Olia. Aku tarik-tarik lengan baju kurung
Olia. Olia tepis tangan aku. Amboi!
“Nampaknya
semua dah setuju. Siah mari ke depan. Ambil borang ini dan isi.”
Yek ele,
apa ni? Aku? Mana aku pandai masak! aku gelisah tak menentu.
“Bangun
ajelah! Dah bagi peluang tak nak! Jual mahal konon! Porah!”
Halim!
Wah! Kau berbunyi juga akhirnya ya. Nanti kau! Aku mendengus geram dalam hati.
“Siah!
Siah! Siah!”
Nama aku
di laung pelajar-pelajar. Aku nak tak nak bangun juga akhirnya.
Terasa
berat kaki aku melangkah. Borang telah berada dalam tangan aku.
Lama aku
tenung. Boleh ke aku masuk pertanding memasak? Apa yang aku nak masak nanti?
Aku
semakin gerun. Tiba-tiba perut aku berbunyi minta di isi.
“Siah,
jangan hampakan harapan kawan-kawan awak dan juga cikgu. Cikgu yakin kamu boleh
lakukannya.”
Senangnya
cakap! Aku terkulat-kulat depan kelas. Semua mata memandang ke arah aku dan
cikgu Suhailin.
“Ta..kkk
naklah... Sa..saya tak pandai masak cikgu. Serius ni cikgu.. saya mana pandai
memasak.”
Aku
tergagap-gagap bercakap. Tapak tangan aku basah dek peluh. Aku panik tak sudah!
“Siah
tak pandai masak! dia cuma pandai makan biskut mak cik kantin cikgu!”
Oh!
Halim kau lagi ya.. nanti kau! Aku mengetap gigi. Halim tak serik lagi
nampaknya.
“Sa..
saya tak nak cikgu.”
Aku
tergagap bercakap. Pelajar riuh-rendah. Ada yang ketawa. Ada yang berbisik. Ada
yang tunjuk ibu jari menjunam ke bawah. Aku buat tak nampak! Ada Aku kisah!
“Senang
aje Siah. Hanya sejenis hidangan pencuci mulut. Tak kan awak tak tahu? Awakkan
pandai buat cekodok. Hah! Buat aje cekodok awak yang sedap tu. Betul tak kelas
semua?”
“Betul!
Betul! Betul!”
Semua
pelajar bersorak. Dah macam dalam kelas Upin dan Ipin.
“Tapi
cikgu.. saya memang tak pandai. Saya tak pernah masuk pertandingan memasak,
serius ni cikgu.”
Aku
beria-ia. Aku takut sangat! Aku bukan dalam aliran katering, cikgu lupa agaknya
aku dalam aliran sains!
“Sebab
tulah cikgu pilih kamu. Sebab pertandingan ini bukan untuk pelajar yang
mengambil aliran Katering. Hadiahnya lumayan tau Siah. Rugi kalau awak tak
bertanding.”
“Apa hadiahnya
cikgu? Kereta? Handphone? Top-Up?”
Ramai
murid menyoal, riuh-rendah kelas jadinya. Aku semakin gementar.
“Entah-entah
biskut kacang mak cik kantin! Ha! Ha! Ha!”
Halim ketawa
berdekah-dekah. Aku genggam tapak tangan aku. Nanti kau Halim! Tak serik lagi kau
ya! Aku mendengus dalam hati.
“Hadiah
utama, wang tunai RM300, kedua RM200 dan ketiga RM100. Saguhati RM50 setiap
seorang. Setiap peserta juga akan menerima sebuah hamper.”
“WoHooOoooo...
lumayan tu! Siah! Masuk Siah! Rugi tak masuk. Kalah pun dapat duit dan hamper lah
weh!”
Ramai
yang menyokong dan memberikan aku semangat. Walaupun aku yakin, saguhati memang
dalam tangan aku.
“Eleh!
Gerenti Siah kalah!”
Halim
lagi! Terjuih bibirnya yang tebal. Geram aku kian membara. Grrr....
“Siah,
macam mana setuju? Kawan-kawan awak sokong kamu tu, jangan hampakan harapan
mereka.”
Aku
menggeleng perlahan. Serba salah aku jadinya.
“Cikgu
akan support awak Siah. Jangan risau cuma pertandingan biasa sahaja. Dan
awaklah calon yang paling sesuai. Lagi pun awak dah biasa masuk pertandingan di
sekolah ni kan.”
Amboi!
Cikgu Suhailin. Yang aku masuk selalu tu pertandingan berpidato dan bercerita.
Ni pertandingan memasak! Masak aku!
“Siah..
jadi ya?”
Cikgu
Suhailin lembut memujuk. Aku jadi serba salah. Aku memang kalah betul dengan
Cikgu Suhailin.
Akhirnya
aku mengangguk.
“Baiklah.
Demi kawan-kawan, saya akan bertanding.”
Perlahan
suara aku. Langsung tak bersemangat.
“YahOoo!
Siah hebat!”
“Siah
Masterchef!”
“Siah
Boleh!”
“Siah
akan menang!”
“Siah
terbaik!”
“BOoo!
Siah pasti kalah!”
Aku
kenal suara siapa yang ‘Boo’ kan aku, semestinya Halim dan kawan-kawannya yang
samseng. Tak serik lagi kau ya!
“Siah.
Tahniah! Kerana awak sudi sahut cabaran cikgu dan kawan-kawan awak. Cikgu yakin
kamu boleh lakukan yang terbaik! Buktikan kepada kami semua yang awak boleh!
Terutama sekali Halim”
Aku
mengangguk dan melemparkan sebuah senyuman sinis ke arah Halim.
Kepala
otak aku berputar ligat. Balik nanti aku nak minta mak ajar aku macam mana nak
buat cekodok pisang yang enak dan luar biasa dari biasa! Kes berat nampaknya ni!
*Nama dan watak di atas tiada berkenaan dengan yang hidup atau pun yang mati*
Nantikan BAB...22 ;)
1 comment:
alaaaaaaa... takmohlah cekodok Siah...
Post a Comment