Ada Aku Kisah!
Hak Cipta Terpelihara.
Jadi sebarang Copy paste ADALAH DILARANG SAMA SEKALI!
Jika ada kesilapan ejaan atau pun ayat, harap maklum manuskrip Ada Aku Kisah! belum lagi di edit oleh pihak EDITOR.
*photos credit to googles*
Bab 12
Semenjak kejadian dapur rumah aku nyaris terbakar. Aku tak berani nak ke dapur. Fobia betul aku. Mak aku lagilah,
nampak aje kelibat aku di dapur hah! Mulalah berteler panjang. Semenjak itu
kalau aku haus ke, lapar ke, aku akan pastikan mak tak ada di dapur baru aku
terjengkit-jengkit ke dapur. Macam tu punya fobia!
Oven buruk mak mujur tak terbakar dan rosak! Cuma berkerak aje
sikit. Tombol pemutar tercabut hilang lesap entah ke mana, puas aku cari tak
jumpa. Kalau nak di putar terpaksa mak gunakan garfu. Hah! Siaplah lepas tu
mak mesti akan berleter dan ungkit kejadian biskut kacang mak cik kantin
gerenti jadi! Tapi hapah! rentong adalah! Eee.. serik aku sampai laa ni.
“Amboi sedapnya makan biskut kacang. Buat ke beli?”
Olia terkekeh gelihati. Aku yang tadinya mengunyah biskut sedap mak
cik kantin tersenyum sumbing. Menyindir akulah tu.
“Tak ada maknanya!”
Aku menjawab selamba. Langsung tak terasa apa pun. Malu, marah, langsung tak ada! Ada aku kisah!
“Kan aku dah kata, mak cik kantin tu tak ikhlas bagi kau resipi
biskut yang kau makan tu. Mana ada orang buat biskut main pakai campak tebar
aje Siah? Kau tu over confident sangat! Kan dah terbakar oven mak kau tu!”
Olia ketawa terkekeh-kekeh. Aku macam nak sekeh aje dahi luas Olia.
“Nak sikit!”
Aku tepis tangan Olia. Tadi bukan main menyindir aku, ni nak
mengecek aku pulak. Tak dapat jack!
“Psstt.... Halim! Halim, datang dengan kawan-kawannya yang samseng
tu. Kau jangan layan dia Siah. buat tak tahu aje tau.”
Olia berbisik di telinga aku. Aku yang tadinya sedap mengunyah
terus berhenti. Mata aku bulat dan muka aku terus merah padam! Memang aku bengang
tak sudah kalau nampak Halim dengan kawan-kawannya. Aku rasa macam nak tumbuk
aje muka Halim. Meluat dan benci betul aku!
“Pramugari tak bertugas ke hari ni? Tayar kapal terbang pancit ke?”
Halim ketawa berdekah-dekah, kawan-kawannya pun sama naik! Kuat
betul pengaruh Halim di sekolah. Pasal mak bapak dia orang senang? Huh! Meluat
aku.
“Hei! Halim! Kau ni kan, tak ganggu Siah tak sah ke?”
Olia sudah berdiri sambil bercekak pinggang. Kecik pinggang Olia. Amboi! Olia, sesaat tadi bisik kat telinga aku jangan layan si Halim tu, sekarang dia pulak yang over nampaknya.
“Eh! Olia yang kau menyampuk kenapa? Kau suka jadi babu Siah? Ikut
aje ke mana dia pergi! Berapa gaji dia bayar pada kau hah? sorang beruang panda, sorang lagi cicak koben!”
Halim ketawa lagi. Kali ini kawan-kawan Halim yang samseng sudah
berputar mengelilingi Olia lagak macam ikan jerung lagaknya!
Aku diam membatu. Gigi aku dah berketap atas bawah. Tapak tangan
aku kepalkan bulat-bulat. Sikit masa sahaja lagi aku memang akan lepaskan
penumbuk sulong aku ke muka Halim.
“Aku dan Siah memang kawan rapat. Kau tu pulak, berapa gaji kau
bayar kawan-kawan kau yang samseng tu? Busuk!”
Olia menutup hidungnya. Aku tersengih. Boleh tahan garang juga si
Olia ni ya. Dari kecik sampai ke besar memang tak pernah nak kalah.
“Kau tu takut dengan Siah! Kau takut Siah picit kau sampai kempis!”
Halim ketawa berdekah-dekah. Aku dah mula hilang sabar. Halim
memang nak kena kali ini. Aku memang dah tak tahan dengan perangainya yang
macam setan!
BUKK!!!
“Arghhhh..... sakit!”
Halim mengaduh kesakitan. Kawan-kawan Halim bertempiaran lari lintang-pukang! Tahu kau takut ya!
“Amacam? Sedap kena penumbuk sulong aku? Nak lagi?”
Aku menepis-nepis bahu aku. Seolah-olah ada habuk.
“Kau gemuk!”
“Apa kau cakap?!”
Aku mengetap gigi. Pantang aku kalau orang kata aku gemuk! Cakaplah
aku montel ke, besar ke aku tak kisah! Jangan cakap aku gemuk, aje memang nyawa
ikanlah nyawa kau tu aku kerjakan Halim!
“Aku cakap kau gemuk! Gemuk macam badak sumbu!”
BUKK!! BUKK!!
Dua kali aku tumbuk muka Halim. Tumbukan yang ketiga Halim
terjelepuk di atas lantai.
“Siah! Dahlah tu Siah!”
Olia menjerit ketakutan.
Nafas aku turun naik! Baru puas hati aku!
“Aku beritahu bapak aku!”
Halim menangis sambil terkial-kial berdiri.
Nampak jelas kedua-dua matanya lebam
kena penumbuk aku! Aku nak tergelak pun ada sebab Halim nampak macam beruang
panda! tadi mengata aku kan! hah! sekarang siapa yang beruang panda sebenarnya? aku ke dia!
“Beritahulah mak bapak kau! Ada aku kisah!”
Aku jelirkan lidah aku. Aku tak puas hati lagi. Aku datang dekat
Halim. Aku jerut leher kemeja sekolah. Dengan hanya sekali genggaman sahaja.
Tubuh Halim terangkat ke atas. Ringanlah
pulak!
“Nak aku tumbuk mulut kau! Biar bersepai gigi kau tu Halim! Kau
sebut lagi aku gemuk, tahulah nasib kau!”
Sepantas kilat aku lepaskan cengkaman aku di leher baju Halim.
Halim terjelepuk di atas lantai simen. Dia menangis macam nak rak! Cengeng
rupanya! Aku ingat macholah sangat.
“Siah! Halim! Kenapa dengan awak berdua ni? Bergaduh tak sudah?”
Cikgu Suhailin sudah berlari mendapatkan aku dan Halim. Olia aku
tengok sembunyi belakang tiang bendera!
“Dia tumbuk muka saya cikgu! Sakit sangat!”
Halim menangis macam bayi kelaparan. sambil menunjukkan kesan lebam bekas kena penumbuk aku.
“Siah! Kenapa awak tumbuk Halim sampai macam tu sekali?”
Aku tunduk.
“Err.. Halim yang mulakan cikgu. Dia cakap saya gemuk macam badak
sumbu! Tu yang saya tumbuk muka dia.”
“Ikut saya ke bilik cikgu disiplin!”
Habislah aku lepas ni.
Hati aku berdebar-debar,
mesti lepas ni kami berdua akan menerima hukuman yang berat. Aku jeling muka
Halim. Lebam kau mata dia! Hebat tak hebat penumbuk aku tu kan. Padan muka kau
Halim. Rasakan!
.....................................
“Kami tidak akan bergaduh lagi. Kami akan berbaik-baik. Kami akan
belajar bersunguh-sungguh!”
Suara aku dan Halim berselang-seli.
Aku menghadap muka Halim. Halim menghadap muka aku. Tegak berdiri
macam tiang bendera kami berdua.
Dah hampir setengah jam kami di jemur tengah padang. Panas terik
pulak tu!
Kering tekak aku asyik mengulang-ulang perkataan yang mungkin tidak
akan kami laksanakan! Huh!
“Kuat sikit! Tadi bergaduh bukan main bertenaga lagi kamu berdua!”
Cikgu Samad, guru disiplin melibaskan rotan besarnya di atas rumput
padang.
Terpejam celik biji mata aku. Halim pulak sampai terangkat-angkat
kaki dan bahu! Pengecut rupanya! Eksen aje lebih.
“Kami tidak akan bergaduh lagi. Kami akan berbaik-baik. Kami akan
belajar bersungguh-sungguh!”
Perghhh... suruhlah aku jerit sekuat hati, aku memang tak kisah!
Jemur satu hari tengah padang aku memang tak ada hal!
Tapi yang aku tak sanggup nak menatap muka Halim yang macam beruang
panda. Lebam mata kiri dan kanan. Nak aje aku gelak kuat-kuat.
Padan muka kau Halim! Padan muka! Heehehe... aku ketawa dalam hati.
Cikgu Samad entah ke mana. Peluang keemasan!
“Amacam best makan penumbuk aku?”
Aku sempat menyelit. Halim terkulat-kulat. Aku tahu dia takut
dengan aku sekarang. Nak tahu sebab apa? Sebab bila cikgu Samad tak ada dia
tunduk dan tak berani pandang muka aku!
Ada aku kisah!
*Nama dan watak di atas tiada berkenaan dengan yang hidup atau pun yang mati*
Nantikan BAB...13 ;)
3 comments:
muahahahaha!!
Padan muka ko Halim!!
Bravo Siah!!!
kelez ko Siah!!!! hahhahahahaaa
waaa best best.. dulu masa ain sekolah rendah budak jantan ejek ain gemok gemok.. ain x tumbuk.. tapi ain spare cili padi dalam kocek beg.. dia ejek je.. ain amek cili padi tonyoh kat molot dia.. hahahaha.. masa tu mak ayah nak marah pon x guna.. ekekekeke
Post a Comment