Ada Aku Kisah!
Hak Cipta Terpelihara.
Jadi sebarang Copy paste ADALAH DILARANG SAMA SEKALI!
Jika ada kesilapan ejaan atau pun ayat, harap maklum manuskrip Ada Aku Kisah! belum lagi di edit oleh pihak EDITOR.
*photos credit to googles*
Bab 8
Semenjak peristiwa Acik
Munah dan Abang Kamal bertandang di rumah. Aku semakin kerap mengurungkan diri.
Bila mak tanya sepatah, aku jawab sepatah. Bila mak suruh itu dan
ini, aku akan buat lepas tu aku lesap berkurung dalam bilik. Aku pun tak tahu
kenapa aku jadi sensitif sejak kebelakangan ini. Adakah di sebabkan kata-kata
Acik Munah? Atau kerana Abang Kamal ingin meminang Kak Long?
Arghhh.. Ada aku kisah! Aku masih belajar, sekolah pun belum tamat.
Siapalah aku di mata Abang Kamal, Acik Munak lagilah dari dulu memang tak
berapa suka dengan aku. Sebab aku besar? Huh! Apa ingat orang berbadan besar
tak cantik ke? Ramai cikgu kat sekolah cakap aku cute! Mak cik kantin pun cakap
aku comel!
Yang aku pelik tu.. aku ada
hati dengan Abang Kamal ke? Mustahil. Kami sama-sama membesar dan sejak lahir
kami dah berjiran. Bukan jauh pun sebelah pagar aje tu. Hmmm.. mungkin aku
syiok sendiri! Ehh.. siapa kata aku syiok sendiri?
Abang Kamal selalu tegur
aku, selalu belikan aku jajan twisties perisa tomato! Dan Abang Kamal selalu
belikan aku ais-krim bila ada orang jual ais-krim lalu-lalang depan rumah aku.
Aku tak pernah mintak pun, Abang Kamal yang belanja. Abang Kamal selalu hantar
aku ke sekolah kalau terserempak tepi jalan. Aku tak mintak pun dia tumpangkan
aku. Kalau ke tempat tusyen pun macam tu. Abang Kamal selalu hantar aku bila
dia tak kerja. Aku tak suruh, dia yang murah hati nak hantar aku. Sekarang aku
nak tanya.. siapa suka siapa sebenarnya? Ada aku kisah! Malaslah aku nak fikir
semua tu. Baik aku tumpukan pada SPM aku yang bakal menjelang. Tahu tak pe!
“Bilik kau ni tak ada cermin besar ke Siah?”
Olia yang baru sahaja selesai solat Asar mengirai-girai rambutnya
depan cermin kecil. Adalah besar dua tapak tangan aku. Dah cukup besarlah tu!
Pada akulah.
“Kenapa kau nak sikat rambut ke kau nak jadi model sambilan? Kan ke
dah cukup besar cermin aku tu! Nak besar macam mana lagi?”
Aku menyoal sambil mencebikkan bibir.
“Hello! cik Siah oii.. cermin besar tapak tangan ni kau kata dah
cukup besar? Kat bilik aku separuh dinding semuanya cermin!”
“Itu bilik kau, ini bilik aku. Nak cermin besar pergi tumpang bilik
Kak Long aku! Ada 2 buah cermin besar! Kalau nak, aku bawak kau ke sana, nak?”
Aku tarik lengan Olia. Olia tepis tangan aku. Aku terkekeh gelihati.
Tau kau takut!
“Ehh.. Kak Long kau tak balik ke? Lama tak nampak Kak Long, rindu
betul aku kat dia.”
“Insya~ALLAH minggu depan Kak Long balik. Aku pun rindukan Kak
Long.”
Aku menjawab dengan nada sayu. Teringat aku perbualan Acik Munah
dan Mak di dapur beberapa minggu yang lalu.
Sampai sekarang, bila tidur aku selalu mengigau yang bukan-bukan.
“Kak Long kau tu cantik kan, macam model! Aku suka sangat tengok
Kak Long bila dia pakai baju kebaya. Nampak macam wanita anggun gitu. Macam
model dalam majalah tu hah.”
Aku angkat kening. Olia ni dah kenapa? Mulut bercakap, muka
tersengih-sengih sambil pandang cermin aku yang besar tapak tangan. Berangan
nak jadi macam Kak Long akulah tu.
“Tengoklah akak siapa.”
Cewah aku dengan bangganya tumpang glamour Kak Long.
“Kak Long kau bijakkan. Periksa semua lulus. Siap dapat belajar
luar negara lagi. Lepas tu dapat kerja pun bagus. Kau tak teringin ke nak jadi
macam Akak kau Siah?”
Aku terdiam. Aku pun bijak macam Kak Long dan Bang Ngah. Mungkin
sebab aku ‘besar’ orang Cuma nampak kelibahan aku kat situ. Kat lelemak aku
yang bertimbun! Hmmm... aku sedih sangat bila aku ingatkan semua tu.
“Err.. Siah.. kenapa kau sedih? Aku ada salah cakap ke? Aku mintak
maaf ehh..”
Aku menggelengkan kepala. Entahlah semenjak kebelakangan ini aku
memang selalu mengeluh. Aku macam putus asa! Apa yang aku keluhkan aku sendiri
kurang pasti.
“Tak lah.. kau mana ada salah dengan aku. Cuma aku ni kan Olia.
Semenjak kebelakangan ni aku macam rasa lain macam sikitlah.. aku pun tak pasti
kenapa aku boleh jadi macam ni. Aku jadi semakin pemalas! Lebih malas dari
biasa.”
Aku meluahkan apa yang menyesakkan aku sejak beberapa hari ini.
“Alah.. agaknya kau risaukan tentang peperiksaan kot? Tak ada
apalah. Kau janganlah macam ni, tak bestlah. Bila kau tak ceria aku pun jadi
tak ceria.”
Olia melentukkan kepalanya di atas bahu aku yang lebar.
“Ya, lah agaknya betul apa yang kau kata tu. Aku risau pasal SPM.
Dahlah mari kita ulang kaji. Lepas ni kita dah boleh ke kedai Pak Lah.”
“Buat apa ke kedai Pak Lah? Hari ni kan kedai Pak Lah tutup. Hari
minggu.”
“Haahlah. Alah aku baru cadang nak beli kuaci. Makan kuaci kat
taman permainan depan sana tu kan best!”
Rumah aku dengan Olia tidaklah jauh. Kami setaman cuma berlainan
lorong sahaja. Jumpa rumah aku dulu baru jumpa lorong rumah Olia.
“Ni.. aku ada bekalkan kuaci untuk kau. Aku tahu kau suka kuaci.
Tapi perisa mentega. Tak pe kan?”
“Tak pe janji kuaci! Dan aku ada Oreo! Nanti kita kunyah sama-sama
eh.”
Itu pasallah aku sayang sangat kat Olia. Dia faham apa kehendak dan
keperluan aku yang berbadan besar. Kalau tak kuaci ada biskut oreo pun jadilah!
............................
“Lari! Lari! Gergasi dah sampai!”
Lintang pukang kanak-kanak kecil bertempiaran lari. Aku tercegat
berdiri macam tiang bendera. Olia yang berdiri sebelah aku mulut melopong, mata
terkebil-kebil.
“Kurang ajar punya budak!”
Olia melepaskan geramnya sambil menunjukkan sebiji penumbuk ke arah
kanak-kanak nakal yang asyik menjelir-jelirkan lidah kearah kami berdua. Aku
buat dek aje! Ada aku kisah!
“Yang kau layan budak-budak kecik tak berakal tu kenapa? Lagilah
bagus. Kita boleh duduk dekat taman ni dengan amannya. Aku nak duduk atas buai
sana tu hah! Jom!”
Aku tetap mengunyah kuaci. Sesekali aku meludah kerana kulit kuaci
termasuk dalam mulut. Banyak kali jugak aku tertelan kulit kuaci. Ada aku
kisah!
“Kurang ajar betul budak-budak tu. Tak ada adab langsung!”
“Nama pun budak! Dulu kita macam tu jugak. Kau tak ingat kita
selalu ejek Manaf anak Mak Long Kintan?”
Aku terkekeh gelihati. Wajah Abang Manaf berlegar-legar. Aku duduk
atas buaian terasa melendut ke bawah. Aku hayun laju-laju. Ada aku kisah!
“Abang Manaf yang lembut tu? Yang kalau berjalan tangan sampai dulu
baru kaki?”
“Haahlah siapa lagi. Amboi kurang ajar kau masa tu, kau tak ingat?
Kau asyik ejek Abang Manaf berjalan lepas tu kau kejar dia sampai Abang Manaf
lari lintang pukang! Ha! Ha! Ha!”
Aku ketawa bagai nak rak. Buai yang terhayun pun bersimpang siur
jadinya.
“Ya! Aku ingat. Aku selalu ejek dia Abang Manaf lenggang kangkung!
Badan macam jerangkung! Ha! Ha! Ha!”
Aku dan Olia ketawa berdekah-dekah! Tak ingat apa dah!
“Haah laa... Mana Abang
Manaf tu sekarang kan? Lama tak nampak dia. Rindu pulak aku nak tengok dia
berjalan ala lenggang kangkung. Alahaii Abang Manaf.”
“Aku tak dapat bayangkan kalau Abang Manaf tu jodoh kau sebenarnya
Olia!”
Olia ketawa sampai berguling-guling atas rumput. Aku hampir nak
terkentut!
“Gila! Kalau aku terdesak pun, tak mungkin Abang Manaf akan menjadi
calon suami aku! Please lah! Aku sanggup mendara sampai ke tua!”
“Ehh.. tolong sikit ya, cik adik Olia. Abang Manaf tu sekarang dah
ada isteri! Ada anak 6 orang sekarang kau tahu tak! Sangat produktif. Isteri
dia cantik macam model. Mak aku yang cerita kat aku. Hebatkan. Kau ada?”
“Ish! Tak sangka. Kahwin jugak Abang Manaf tu kan. Kita berdua ni
tak tahulah agaknya apa kesudahan nasib kita berdua ni nanti. Ehh.. Siah esok
kalau dah besar. Kau nak suami yang macam mana?”
Aku terdiam. Buai yang sedang laju berhayun aku tahan dengan kaki.
Buaian berhenti serta-merta. Lama aku termenung.
Wajah Abang Kamal bersilih ganti dengan wajah Kak Long.
“Aku tak nak kahwin!”
Aku menjawab dengan tegas. Nekad! Aku memang tak nak kahwin.
“Mengada! Tak nak kahwin konon! Tu muka Aaron Aziz yang penuh kau
tampal dalam bulu skrap kau tu apa?”
Olia mencubit peha aku yang lebar. Aku menjerit menahan geli dan
bukan sakit.
“Itu pasal aku minat bukan aku nak kahwin pun dengan Aaron Aziz tu.
Kau ingat Aaron pandang ke aku yang besar macam ni? Dia nampak aku gerenti lari
lintang pukang!”
Aku tergelak. Gelak yang sengaja aku buat-buat. Kiranya macam cover
line gitu!
“Kau tak nak kahwin sudah! Aku nak!”
Olia tersengih-sengih. Eee.. meluat pulak aku tengok muka Olia.
Gedik!
“Kau memang gatal, aku tahu.”
Aku ketawa terbahak-bahak. Kali ini ketawa aku memang jujur.
“Aku nak lelaki yang kacak. Gagah dan kuat agama. Aku nak ramai anak.
Tak nak macam aku ni tak ada adik-beradik, tunggal. Bosan kau tahu tak.”
Aku mengangguk-anggukkan kepala aku. Nasib aku lebih baik kerana
aku ada Kak Long dan Bang Ngah yang sentiasa sayang dan ambil berat tentang
aku.
“Amin... aku doakan kau dapat anak 10 orang! Dapat kembar bagi kat
aku sepasang ya.”
Aku gelak lagi. Olia menjeling nakal. Kalau cerita bab kahwin Olia
memang menjadi-jadi gatalnya.
“Siah kau kan kalau kahwin ada anak. Anak-anak kau mesti cute macam
kau. Putih, gebu, comel dan bijak. Baik kau kahwin! Rugi kalau kau tak kahwin.”
“Ewahh memandai pulak kau ya. Tengok pulak siapa bakal suami aku
tu, comel ke tidak!”
Aku ketawa terbahak-bahak. Tiba-tiba wajah Abang Kamal muncul di
hadapan mataku. Aku terdiam.
“Wei! Apasal kau diam ni? Tiba-tiba aje... macam nampak hantu!
Menyeramkanlah perangai kau ni Siah.”
Olia menarik hujung seluar panjang aku. Aku angkat-angkat kening
aku. Bagi hint kat Olia.
“Apalah?”
Olia mengangkat kening dan bahu.
“Tu! Tu! Sana tu! Kau nampak tak apa yang aku nampak sana tu! Cepat
sebelum hilang!”
Aku tolak muka Olia. Sekali tolak aje muka Olia dah terteleng
kearah yang aku maksudkan.
“Huuahhh!!”
Kali ini lebih besar mulut Olia melopong!.
“Abang Manaf! Abang Manaf!”
Aku mengangguk laju. Betul Abang Manaf sedang memandu sebuah kereta
BMW 5 series warna kuning! Pakai cermin mata hitam ala belalang gitu! Hebat tak
hebat kau Manaf!
“Menyesal sekarang, Manaf bukan jodoh kau Olia? Kau ada!”
Aku ketawa terbahak-bahak! Olia yang tadinya begitu terkejut
bercampur teruja tak percaya apa yang kami lihat sebentar tadi. Turut sama
ketawa terbahak-bahak.
“Oh! Abang Manaf!”
Aku dan Olia ketawa lagi, kali ini aku tak dapat tahan. ‘Letupan’
gas beracun aku terlepas tanpa sengaja! Kuat pulak tu! Bau jangan cerita. Peh!
“Selekeh! Busuklah!”
Olia tolak aku dari buaian. Aku yang tadinya berhayun atas buaian
sekuat tenaga menahan dari terjatuh atas tanah.
PRAPPP!!! BERDEBUBB!!
“Adehhh.... sakitnya.”
“Alamak! Si... Siahhh... buai tu patahlah!”
“Kau punya pasallah Olia. Aduhhh.. tolong angkat aku Olia. Aku tak
boleh bangun dah ni. Tolong!”
Tangan aku tergapai-gapai meminta bantuan dari Olia yang tadinya
berguling ketawa bagai nak rak kini senyap tak berbunyi. Pengsan ke Olia?
“Siah! Siah! Seluar kau koyak! Ha! Ha! Ha!”
Olia berguling lagi atas rumput. Aku teraba-raba mencari tempat
yang koyak. Alamak! Bukan sikit, besar!
*Nama dan watak di atas tiada berkenaan dengan yang hidup atau pun yang mati.*
Bersambung....
Nantikan Bab 9... ;)
No comments:
Post a Comment