Ada Aku Kisah!


Manuskrip Ada Aku Kisah!

DI LARANG COPY PASTE!

HAK TERPELIHARA

TEKAN 'SIGN IN' ANDA DI DALAM LIST KESAYANGAN SAYA EKK...

Monday, September 3, 2012

Terima Kasih Khas Buat Peminat-Peminat Karya Shahriah Abdullah


Assalammualaikum...:)

Selamat Hari Raya Aidilfitri...
Khas buat semua peminat-peminat karya Shahriah Abdullah..

Untungnya kita sebagai rakyat Malaysia..
Sebulan berpuasa menahan lapar dan dahaga..
Sebulan juga kita meraikan Aidilfitri..
Indahnya... setahun hanya sekali..
setiap tahun kita meraikannya..
namun begitu setiap Aidilfitri tetap tak sama...


Tiap tahun meraikan Aidilfitri..
Aidilfitri 2012 begitu bermakna sekali buat kami sekeluarga.. :)
Apa taknya jika raya yang lepas-lepas kami tak pernah dapat berkumpul 6 beradik...
ada sahaja yang beraya di rumah mertua dan bertugas di hari raya..
tetapi tahun ini.. 2012 Syukur Alhamdulillah..
kesemua adik-beradik kesayangan Shahriah semuanya berkumpul di bawah satu bumbung...


Paling ketara sekali Bonda tersayang Hajah Salmah yang begitu ceria di kelilingi anak-anaknda tersayang..
senyuman sentiasa terpalit di bibirnya..
walaupun sudah 4 tahun kami beraya tanpa Arwah Ayah tersayang.. kami sekeluarga memastikan Bonda tidak keseorangan setiap masa dan ketika..


Sukanya cucu-cucu Bonda menerima sampul hijau di pagi raya...
tahun ini dua kali ganda duit raya bonda khaskan buat cucu-cucu kesayangannya yang 17 orang itu..
Bahagian bonda tetap kami tak lupa.. dulu masa kecil kami salam dan cium tangan Ayah dan Bonda..
sampul raya bertukar tangan.. kali ini giliran bonda menerima sedikit imbuhan ikhlas dari kami semua..
bukan tunggu raya sahaja.. tiap masa dan ketika yaa... :)
Kasih ibu sampai ke Syurga..
sayangi ibu dan ayah anda selagi hayatnya ada..
duit, emas dan intan permata bukan ukuran..
kasih sayang dan perhatian dari kita anak-anak itu lebih penting buat mereka..
tanpa mereka tiadalah kita di dunia ini...
sayang Ayah Dan Bonda selamanya... :)


Terfikir-fikir mana nak ku selitkan gambar kami sekeluarga.... 
maklumlah ada 5 blogs.. setelah lama berfikir..
dan demi berterima kasih khas buat semua peminat-peminat karya Shahriah Abdullah
yang selama ini tidak pernah putus-putus menyokong dan memberikan kata semangat buat Shahriah..
maka telah ku putuskan kenapa tidak kongsikan sahaja di blogs Karyaku ini... :)

Sebelum ini tidak pernah langsung ku kongsikan gambar-gambar bersama keluarga *secara penuh*
sehinggakan ramai yang tertanya-tanya.. dan ada yang mengatakan i ini anak sulong..ada pula yang mengatakan i anak tunggal wah giteew sekali tekaan mereka yaa.. :))

So... di kesempatan yang ada ini.. Shahriah akan kongsikan kepada semua peminat.. dengan tanpa ada niat riak atau pun ingin menunjuk-nunjuk.. jauh sekali eksen! ya giteewww :D

Dengan tujuan ingin merapatkan silaturahim di alam maya untuk peminat-peminat yang selama ini menyokong Shahriah agar lebih mengenali diri ini..
walaupun banyak kekurangannya.. jadilah yaa..
i hanya manusia biasa sahaja.. kurang rupa dan harta..
KEBAHAGIAAN KELUARGA LEBIH UTAMA..
itu motto yang kupegang selama ini... :D

*di bawah ini Shahriah sertakan gambar-gambar keluarga Shahriah sepanjang hari raya Aidilfitri yang pertama 2012* 


Inilah keluarga Kakak Sulong Shahriah... (Shahriza)... suami dan anak-anaknya...


Anak-anak Kakak sulong... ada baby baru tahun ni tau.. :D


Keluarga Abang Shahriah..(Azman Shah) isteri dan anak-anaknya... setakat ini Abang Shahriah pemenang bagi pengeluaran kilang cucu buat bonda tersayang :D meriah you!


Anak-anak Abang.. siapa yang mengenali Aliff Bom! Bom! hah!
inilah adik-beradik Aliff... besar, kecik, besar dan kecik... :D
balanced giteewww kan... ;))

Wahhh.. tak perlulah di kenalkan yaa...
me and my beloved family...
kami sahaja yang tak ada tema tahun ini..
mana taknya.. baru nak pilih kaler ini.. dah ada yang cop!'
hah! tu yang jadi giteeww.. :) jadilah dari tak ada langsung kan kan ;))


Anak-anak kesayangan Shahriah..
Abang Amin Mustaqiim Shah(18), Abang Aemir Muhammed Shah (16++) dan  Azellea Nellysha...(9)


Adik lelaki kesayangan Shahriah... (Azrin Shah) isteri dan anak-anaknya..
kami paling rapat masa zaman kanak-kanak dulu..
dalam kurungan teman berkubang tepi parit! ;))


Anak-anak Azrin... 3 orang lelaki.. hadoii.. mereka bertiga nilah yang buat riuh rendah rumah..
tahun ini awal-awal memang Shahriah dah simpan semua perhiasan.. demi kesejahteraan bersama..
langsir ala-ala tali berjurai tu pun awal-awal dah tanggalkan..
tak nak terjadi macam tahun sebelumnya.. sama naik kekanak 3 orang tu bergulung dan terbelit celah langsir... :))
pastu mak bapak sibuk meleraikan dari celah langsir yang berjurai tu :)) tahun ini alhamdulillah tak berlaku lagi insiden mencabar iteeww... ;))


Adik  perempuan Shahriah... (Shahrina) suami dan anak-anaknya.. dia sekeluarga sahaja yang bergambar sambil duduk..
sebab anak-anak dia tak nak di dukung!
bila di dukung asyik melorot kebawah! :))
hadoii haru betul masa tu hehehee :D
Dengan Shahrina i boleh berbual dari pagi sehingga ke pagi esoknya.. memacam yang kami bualkan..
cakap sikit ketawa.. cakap sikit ketawa..
esoknya i tetap bangun awal.. Shahrina macam biasa..
paling lewat bangun :))


Anak-anak Shahrina... semua perempuan.. cute dan mereka berdualah yang jadi penawar i sekeluarga sepanjang raya... i memang suka kekanak perempuan.. dok ler dukung dan cium sampai lebam budak tu! :))


Adik bungsu kesayangan i.. (Shahliza) suami dan anak-anaknya..
i paling rapat dengan Shahliza sebab dia sorang aje yang tinggal berdekatan dengan rumah i..
yang lain semuanya jauh berdengung...
psstt.. dia ni ler yang selalu temankan i bershopping..
wahhh dah lama tak shopping ni.. :D


Anak-anak Shahliza... lelaki semuanya.. pstt tak lama lagi nak tambah satu lagi tau.. Insya~ALLAH bertigalah bujang tu bergambar tahun depan :)


Aidilfitri 2012..
berkumpul kami 6 beradik..
tahun depan??
semestinya berkurangan sebab masing-masing akan beraya bersama keluarga sebelah mertua..


Pak Habibi dan biras-birasnya.. :D


Okay rasanya setakat ini dahulu... secara eksklusif i paparkan semua ahli keluarga kesayangan i khas buat tatapan semua peminat-peminat karya Shahriah Abdullah..
andalah sumber inspirasiku untuk terus berkarya..
sekarang ini juga sedang sibuk menyiapkan beberapa manuskrip..
Insya~ALLAH adalah karya terbaru Shahriah buat semua pembaca dan peminat yang selama ini tidak putus-putus memberikan sokongan padu buat Shahriah untuk menghasilkan karya-karya yang lebih mantap dan enak di baca... :)

Selamat Berhari Raya...
dan..
Berhati-hati di Jalan Raya..
Pandu Cermat Insya~ALLAH Selamat..
~Wallahualam~


Bila dah dapat berkumpul...6 beradik!
mau tak haru biru..
seronok youUUuu...
sekarang dah sunyi sepi..
yang tinggal hanya gambar sebagai penawar di kala rindu..
cecewaahh jiwang tewwww...

Assalammualaikum..

TATA!!

3 comments:

Qasey Honey said...

asslm Kak Sha cyggg...wah meriah gitewwww...biase la kak...bile bkumpul ni mmg riuh rendah n gamat suasana dbuatnya...bile masing dh wt haluan...gambr tu je la yg mnjdi pghibur...mesti gelak sorg2 kalau tgk gambr2 tu semulakan...

Shahriah Abdullah Novelis said...

Wsalam Qh Cayanggggggggg... kan kan.. dah sepi dunia ni... gambar aje sebagai kenangan dik...:)

Puan Hazel said...

salam k.sha..santek rumah akak esp the curtain, berkenan ai...:) ipar2 akak muka iras2 akak adik beradik kan, serasi gitew.. semoga akak sekeluarga bahagia & ceria selalu..