Ada Aku Kisah!


Manuskrip Ada Aku Kisah!

DI LARANG COPY PASTE!

HAK TERPELIHARA

TEKAN 'SIGN IN' ANDA DI DALAM LIST KESAYANGAN SAYA EKK...

Tuesday, September 11, 2012

Ada Aku Kisah BAB 6


Ada Aku Kisah!


Hak Cipta Terpelihara. 
Jadi sebarang Copy paste ADALAH DILARANG SAMA SEKALI!
Jika ada kesilapan ejaan atau pun ayat, harap maklum manuskrip Ada Aku Kisah! belum lagi di edit oleh pihak EDITOR.

*photos credit to googles*



Bab 6
Aku genggam tapak tangan Olia. Berkerut-kerut dahi Olia. Aku longgarkan genggaman. Aku halakan pandangan aku jauh ke hadapan sana. Ramainya orang! Aku mula seram-sejuk. Mulalah perut aku buat hal, macam biasa menggelodak macam nak terkucil.
“Kau okay tak Siah?”
Aku mengangguk lambat. Muka aku memang jelas nampak cuak. Tiba-tiba perut aku memulas macam ada kipas angin dalam perut aku. Aku tunduk sambil menahan sakit.
“Siah! Kau jangan ‘meletup’ kat sini! Naya! Kang ada ramai pelajar yang pengsan.”
Aku ‘TAHAN’ tak jadi lepaskan ‘letupan’ aku yang cukup luar biasa aromanya kalau sekali terlepas!
“Aku sakit perut Olia. Macam mana ni?”
Aku mengharapkan simpati dari Olia agar temankan aku ke tandas untuk yang ke Sembilan kali!
“Cukuplah tu Siah. Sambung nanti je, tahan sikit. Sekejap lagi larian dah nak mula. Sabar yaa..cuba kau bersenam sikit hilangkan stress kau tu.”
Boleh ke aku tahan? Nanti nak berlari 5 kilo meter! Tak kan aku nak terkucil tengah jalan! Naya!
“Bersenam apa lagi? Sekejap aje lagi kita dah nak kena berlari! Aku nak angkat kaki aku ni pun macam dah tak larat. Aku berdebar! Aku takutlah Olia.”
“Dah.. dah.. jangan stress dan jangan takut lagi. Kau kena yakin Siah. Kalau kau yakin semuanya akan berjalan dengan lancar. Tu tali kasut kau tu ikat, nanti tersembam aku jugak yang susah!”
Leceh betullah! Tali kasut aku ni pun satu. Dalam aku resah-gelisah masa tulah tali ni nak terbukak. Kalau aku tahu, aku beli yang tak bertali. Sarung aje dah selesai.
“Olia kau tolong angkatkan beg galas aku ni sekejap. Aku nak betulkan tali kasut aku.”
Beg galas bertukar tangan.
“Apa yang kau bawak ni Siah? Berat macam batu!”
“Mak aku yang bekalkan untuk aku. Dia takut aku pengsan kehausan tengah jalan nanti.”
“Berapa botol air mineral kau bawak? Berat sangat ni Siah. Larat ke kau nak berlari dengan beg galas yang berat ni, dengan berat kau lagi tu. Jangan suruh aku dahlah ya. Aku ni tak sanggup!”
“Aku akan bawak sendiri. Ada 6 botol air mineral, 6 peket coklat Hershey’s dan 2 peket biskut oreo. Nanti kau haus atau lapar, mintak kat aku. Kita share.”
“Gilalah kau ni Siah! Nak berlari ke nak piknik?”
Olia merungut. Aku terkial-kial simpul tali kasut yang asyik tercabut dari tadi. Susah betullah nak ikat! Sikit lagi aku hilang sabar!
“Bersedia....”
Bergema suara cikgu Jumaat dari atas podium. Kecik aje aku tengok Cikgu Jumaat yang telah menjadi idola aku sejak kejadian timbang menimbang.
“Olia! Aku takut!”
Aku genggam tapak tangan Olia. Olia menjerit. Aku buat tak dengar. Serius aku memang takut sangat masa tu! Boleh ke aku berlari nanti? Aku macam nak terkucil sangat dah ni! Mak tolong! Aku menjerit dalam hati. Aku nampak bayangan mak angkat ibu jari tanda sokongan pada aku.
“Satu.. Dua.. Mula!!!”
“Siah! Cepat! Lari! Lari!”
Aku macam di kejar anjing gila macam nak rak berlari. Habis semua pelajar kanan, kiri, depan aku, semua aku rempuh! Aku langgar tak ingat apa dah!
“Wei! Janganlah tolak!”
“Hoi! Nak ajak gaduh ke apa?!”
“Hoi! Janganlah sondol!”
“Siah kau ganas!”
“Bergegar jalan raya ni lah weh!”
“Go! Siah! Go!”
“Siah pengelat!”
“Nanti kau Siah!”
Aku tak peduli, aku lari macam nak apa dah ni!
“Siah! Tunggu Siah! Jangan tinggalkan aku!”
Laa.. kisahnya Olia ketinggalan jauh di belakang sana. Aku perlahankan larian. Nafas aku tercungap-cungap. Olia berjaya mendapatkan aku yang telah jauh di hadapan.
“Woi! Agak-agaklah! Kau lari macam kena kejar hantu!”
Olia tercungap-cungap, aku lagilah bukan lagi tercungap macam nak pengsan pun ada.
“Sorry aku tak perasan! Aku ni nervous Olia! Aku ingat kau dah tinggalkan aku! Tu yang aku lari macam nak rak! Aku ingat kau dah tinggalkan aku tu yang aku pecut separuh nyawa!”
Aku berlari tetapi tidak selaju mula-mula tadi. Semakin ramai pelajar yang memotong kami. Ada juga yang sempat menjeling aku dan Olia. Ada juga yang sempat angkat tangan tanda tak puas hati. Ada juga yang menyindir. Ramai juga yang bersorak bagi semangat kat aku. Ada aku kisah!
“Aduh! Olia jauh lagi ke nak kena berlari? Aku dah tak larat dah ni!”
“Jauh lagi Siah. Tu kau nampak papan tanda tu, ada lagi 4 kilo meter!”
“Hah??? Matilah aku macam ni Olia. Aku dah macam nak pengsan dah ni!”
“Jangan! Jangan Siah! Jangan pengsan. Jauh lagi. Tak pe kita lari pelan sikit. Janji sampai.”

..........................

“Siah... Siahhh...”
Sayup-sayup aku dengar nama aku di panggil. Aku cuba buka mata aku. Bermimpikah aku?
“Siah... bangun Siah..”
Mak ke yang panggil aku? Aku paksa mata aku yang beratnya macam di timpa batu. Akhirnya terbuka. Berbalam-balam pandangan aku. Tak berapa jelas!
“Siah... kau dengar tak aku panggil kau ni.”
Olia rupanya yang panggil aku. Aku di mana? Atas katil lapuk aku ke? Atau aku sebenarnya berada dalam mimpi. Olia ada sama dalam mimpi aku.
“Siah.. minum sikit air ni.. baca Bismillah...”
Cikgu Suhailin pun ada? Siap suapkan aku air oren lagi! Aku minum dengan rakus. Sedap! Manis dan sejuk tekak aku.
“Saya di mana ni cikgu?”
“Awak berada di atas katil, bilik rehat. Siah... tahniah! Awak berjaya menghabiskan larian amal sekolah kita. Cikgu bangga dengan kamu.”
Errkk.. aku di sekolahlah ni ya? Aku berjaya selesaikan larian amal? Biar betul! 5 kilometer beb! Wahh! Sepantas kilat aku melompat. Bergegar katil bilik rehat. Cikgu Suhailin dan Olia tersandar tepi katil. Terkejut agaknya!
“Saya berjaya habiskan larian amal sekolah kita ya cikgu? Olia betul ke ni?”
Aku tarik Olia dan aku peluk Olia yang kecik melidi. Olia terkapai-kapai kelemasan.
“Lepaskan aku Siah! Lemas aku!”
“Mak dan Ayah saya mesti bangga dengan saya, cikgu!”
“Ya, betul kamu dah berjaya selesaikan larian amal sejauh 5 kilo meter. Bukan mak awak sahaja yang bangga dengan kejayaan awak Siah, kami semua bangga dengan pencapaian kamu. Tahniah!”
Cikgu Suhailin melemparkan sebuah senyuman manis kearahku.
“Tetapi kenapa saya ada di sini? Bukan di padang?”
Aku tercengang-cengang. Tiba-tiba aku rasa seluruh urat sendi aku sengal dan kaki aku mula terasa kebas!
“Sebaik sahaja awak sampai ke garisan penamat. Awak terus pengsan! Dahi awak luka sikit mungkin tersembam di atas jalanraya. Tak usah risau cikgu dah sapukan antiseptic.”
“Hah? Luka?”
Aku jeling dahi aku di celah cermin besar yang ada di dalam bilik rehat. Ada kesan calar dan luka sedikit.
Kepala aku pening tiba-tiba, pandangan aku yang tadinya terang-benderang kini kabur dan selepas itu aku tak ingat apa!
“Cikgu! Siah pengsan lagi!”
“Olia pergi panggil 5-6 orang pelajar untuk angkat Siah. Kita kena bawa Siah ke hospital sekarang jugak!"

*photos credit to googles*

*Nama dan watak di atas tiada berkenaan dengan yang hidup atau pun yang mati.*

Bersambung....

Nantikan Bab 7... ;)


No comments: