Ada Aku Kisah!
Hak Cipta Terpelihara.
Jadi sebarang Copy paste ADALAH DILARANG SAMA SEKALI!
Jika ada kesilapan ejaan atau pun ayat, harap maklum manuskrip Ada Aku Kisah! belum lagi di edit oleh pihak EDITOR.
BAB 19
Aku baca
dengan teliti, satu persatu.
Resipi
diet. Kacang bendir 6 biji. 1 pelepah daun selasih.
Bahan tumbuk : Bawang
merah 2 ulas. Bawang putih 1 ulas. Ikan bilis 2 sudu besar. 6 biji lada hitam.
Tumbuk semua bahan sehingga hancur dan masukkan air. Didihkan dan setelah itu
masukkan kacang bendir. Angkat dan hidangkan!
“Nampak
mudah aje resipi diet ni. Aku nak masak sekejap lagi.”
Air liur
bertakung di dalam mulut, aku telan. Slurppp. Kecur!
Aku
bergegas ke dapur. Mak tak ada ke Bandar dengan ayah, bayar bil api dan air.
Sebelum mak balik, lebih baik aku cepat-cepat masak. Kalau mak ada leceh!
Semuanya tak betul. Lepas tu aku cadang nak buat ayam panggang. Bila mak dan
ayah balik nanti, mesti mak dan ayah terkejut! Terutama sekali dah tentulah mak
aku!
“Kacang
bendir. Hah! Ada pun!”
Aku kais
dalam tempat menyimpan sayur di peti sejuk. Nampaknya hasrat aku nak masak
kacang bendir masak bening tercapai juga.
Aku
kupas kulit bawang. Meleleh air mata aku. Bukan mudah nak memasak rupanya ya. Aku terkial-kial menyukat ikan
bilis dalam sudu besar.
“Kalau
nak masak sedap dan menjadi, ikut resipi. Sukatan biar tepat. Nanti bila dah
pakar, campak apa pun jadi!”
Aku
ingat nasihat Kak Long. Aku terangguk-angguk macam Kak Long ada depan aku.
“Assalammualaikum!”
Aku
berhenti dari menumbuk rencah di dalam lesung batu. Berdentam-dentum bunyi
lesung, badan aku yang besar ni pun sama naik bergegar. Tak pe senaman jugak tu
namanya.
“Assalammualaikum!”
Semakin
kuat suara orang memberi salam.
Betul
ke? Atau aku aje yang tersilap dengar? Aku berkata-kata di dalam hati.
“Jah!
Ohh! Siah! Ada di rumah ke?”
Alamak!
Suara Acik Munah. Aduh! Leceh! Mak pulak tak ada. Aku mendengus geram. Jawab
salam atau diamkan aje? Aku berkira-kira. Aku jawab salam Acik Munah dalam
hati.
“Siah!
Ohh! Siah!”
Urghh...
kuat suara Acik Munah melaungkan nama aku. Penting sangat ke? Terjerit-pekik!
“Waalaikumsalam
Acik.”
Akhirnya
aku menyahut juga. Aku bukan tak suka Cuma tak gemar dengan cara Acik Munah tu
je.
“Ke mana
kau Siah? Lama Acik bagi salam kau tak menyahut? Tidurlah agaknya tu. Baru
bangun ya?”
Aku
kesat peluh di dahi. Suka hati dia aje cakap aku tidur! Geramnya aku.. main tuduh
melulu aje. Memang tak sesuai jadi mak mertua Kak Long.
“Siah,
ada di dapur. Tengah masak.”
Aku
menjawab sambil lewa. Nak bukak pintu pagar ke tak payah? Biar aje bercakap
celah pagar! Mak pun bukannya ada.
“Bukaklah
pagar ni Siah. Acik nak bagi kau buah kedondong ni hah.”
Kedondong?!
Terus air liur aku cair. Pintu pagar aku buka. Sengaja aku bukak lambat-lambat.
“Banyaknya
kedondong, Acik. Mana dapat?”
Bulat
biji mata aku. Buah kedondong dalam raga bertukar tangan. Aku langsung tak
jeling pun muka Acik Munah.
“Abang
Kamal kau, kawan dia bagi pagi tadi. Banyak sangat tak termakan tu yang
hantarkan ke sini. Mak tak ada?”
Aku
mengganguk. Kemudian menggeleng.
“Mak dan
ayah ke Bandar.”
Aku
menjawab pendek, langsung tak mesra alam. Pintu pagar aku bukak sikit aje,
sengaja biar Acik Munah tahu aku tak mengalu-alukan kedatangan dia.
“Apa
yang kau masak Siah? Lentang-lentung bunyi lesung batu, Acik ingat mak kau tadi.
Kau buat sambal belacan ke? Itulah yang paling mudah. Tak payah nak tumis.”
Ewahh..
jangan pandang aku sebelah mata okay! Apa ingat aku tak pandai masak ke? Huh!
Aku tarik muka masam. Geram betul dengan Acik Munah. Selalu pandang rendah pada
aku.
“Masak
lauk bening kacang bendir.”
Aku
menjawab dengan nada bengang!
“Eh!
Sedap tu Siah. Masakan kesukaan Abang Kamal kau.”
“Abang
Kamal suka kacang bendir masak bening ke Acik?”
Amboii!
terus hilang bengang. Berbunga-bunga hati aku dengar nama Abang Kamal. Aku
terjingkit sedikit mencari kelibat Abang Kamal.
“Mau
taknya. Kacang bendir tu lah yang Abang Kamal kau ratah tiap hari. Tak pernah
jemu.”
Aku
mengangguk laju. Lapang dada aku, tak sia-sia aku berpeluh menumbuk tadi. Rupanya lauk kesukaan Abang Kamal, jejaka
idaman aku!
“Nanti
Siah hantarkan semangkuk. Siah baru nak masak. masuklah dulu Acik.”
Aku
bersopan-santunlah pulak. Kalau tidak tadi amboi! Bukan main lagi aku.
“Eh! Tak
payah susah-susah. Kau makan ajelah sendiri Siah. Terima kasih banyak-banyak
nanti Acik boleh masakkan Abang Kamal kau tu.”
Acik
Munah bercakap sambil mencebikkan bibirnya.
Kecik
hati aku. Sampai hati Acik Munah tolak macam tu aje. Aku bukan nak bagi dia
pun, aku cuma nak bagi Abang Kamal rasa lauk masakan aku.
“Kau dah
dewasa Siah. Belajar masak tu betul-betul. Biar cukup rasa garam dan gula.
kalau tak pandai masak, mak mertua pun tak suka! Laki pun boleh lari!”
Ewahhh...
kau tahu tak Acik Munah aku ni dah lama ada hati dengan anak bujang kau tu.
Silap hari bulan kau tu jadi mertua aku. Baru padan muka kau! Lauk bening
bendir aku hidangkan tiap hari.
“Siah
tak cakap pun nak kahwin.”
Aku
menjawab dengan nada merajuk. Acik Munah memang selalu cari pasal dengan aku.
Tak suka aku dahlah! Tak perlu nak sindir aku.
“Lepas
tu kau nak jadi anak dara tua? Siah... kau ni kan berbeza betul dengan Kak Long
kau. Cantik, pandai memasak, bersopan-santun....”
Aku
tunduk. Sayu dan sebak hati aku. Tiap kali terserempak dengan Acik Munah itu
aje yang dia cakap. Aku tahulah aku ni besar! Tapi hati aku kecik!
“Dah,
Acik nak balik. Hah! Kau yang tunduk aje tu kenapa? Pergilah sambung memasak
sana tu. Jangan kau bakar dapur mak kau tu dahlah Siah.”
Acik
Munah sudah pergi. Aku berlari masuk ke dalam. Air mata menitis. Sampai hati
Acik Munah. Aku menangis teresak-esak.
Perlahan-lahan
aku menapak ke bilik tidur. Aku capai cermin kecil. Cermin yang menjadi peneman
aku di kala aku berduka.
“Cermin...
aku ni buruk sangat ke di mata Acik Munah?”
Lama aku
tenung cermin kecil. Airmata merembes laju. Aku halakan cermin ke arah lengan
aku. Nampak besar dan berketul-ketul daging di bawah lengan aku. Aku pandang
pula muka aku. Tak muat cermin!
Huaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa....
aku menangis sepuas hati.
.................
“Satu..
dua.. satu.. dua.. arghhhhh...”
Aku
bersenam. Senaman kecil aje. Aku angkat kaki aku yang lebar dan aku tolakkan ke
atas. Tak sampai 5 saat kaki aku jatuh semula ke bawah. Aku cuba lagi!
Perghhh... Berat! Aku ulang dua, tiga kali. Ikut macam dalam tv. Akhirnya aku
terlantar di atas lantai. Nafas tercungap-cungap, peluh merembes keluar.
“Penatnya!”
Aku
mengeluh. Bobo dari tadi asyik memerhatikan aku bersenam dalam bilik. Molek aje
dia duduk bawah katil. Mata kuyu menongkat dagu. Agaknya bosan tengok aku dari
tadi asyik bersenam!
“Bobo
kau kena sokong akak tau. Nanti kalau akak dah kurus. Kau jugak yang tumpang
bangga.”
Aku
tarik kaki Bobo dari bawah katil. Bobo mengiau. Tak suka agaknya aku ganggu dia
yang sedang bersantai. Aku usap bulu Bobo yang gebu. Aku cium.
Aku
melamun jauh...
“Kalau
kau kurus Siah. Aku rasa kaulah gadis yang akan menjadi kegilaan ramai pelajar
lelaki di sekolah kita. Percayalah apa yang aku cakap.”
“Aku
bukan tak nak turunkan berat badan aku Olia. Tapi aku pelik. Semakin aku
bersemangat nak turunkan berat badan aku. Semakin naik badan aku macam roti!
Susahlah.. aku dah banyak kali cuba, puasa dan bersenam. Langsung tak berkesan!
Makin naik adalah. Bosanlah aku.”
Aku
melepaskan sebuah keluhan yang panjang.
“Kau
jangan putus asa. Kau kena teruskan semangat kau tu. Memanglah mula-mula macam
tu nanti lama-lama bila kau banyak berpuasa dan bersenam. Lelemak kau yang
berketul tu akan terbakar. Kenalah banyak bersabar.”
Olia tak
pernah putus asa memberikan aku semangat. Aku aje yang mudah mengalah dan mudah
benar putus asa.
“Aku
tengah cubalah ni.”
“Kau dah
cuba timbang? Setakat seminggu lebih kau berpuasa, berapa banyak KG yang dah
turun? Banyak tak? Sebab aku tengok kau dah susut sikit.”
Aku
mengeluh lagi. Kali ini lebih panjang.
“Kau
mesti tak percaya.”
Aku
mengeluh lagi. Wajah Olia langsung aku tak pandang. Aku sedih.
“500 gm!
Tak sampai sekilo pun. Huh!”
Biji
mata Olia terbeliak. Kenapa tak percaya?
“Tipulah!
Aku tengok badan kau nampak dah susut sangat. Aku ingat dalam 5 kg ada.”
Aku
tergelak kecil. Gelak makan hati!
“Sekilo
pun aku bersoraklah Olia, tak payah 5 kilo. Tak ada maknanya!”
Aku
tunduk. Terbayang-bayang wajah Abang Kamal, Kak Long dan Acik Munah bersilih
ganti. Mereka bertiga itulah insan yang bertanggungjawab menyebabkan aku
berhempas-pulas nak turunkan berat badan!
“Siah!”
Aku terkejut.
Lama rupanya aku melamun. Peluh yang meleleh dah kering! Lama aku melamun rupanya.
“Ada kuih
apam balik kat bawah tudung saji. Kau makanlah mak dan ayah dah makan dalam kereta
tadi.”
“Apam balik?!”
Sedap tu!
Makan ke tidak ek?
Makan je
Siah! Sedap apam balik tu!
Jangan makan
Siah! Kau kan diet!
Makan ke
tak? Makan ke tak? Aku berkira-kira.
“Makan ajelah
Siah. Mak tinggalkan kau sepotong aje bukannya banyak pun. Mak tahu kau diet kan?”
“Mak ni!
Siah tak dietlah!”
Aku menonong
meninggalkan mak yang terkekeh ketawa.
“Hah! Nak
ke mana tu?”
Mak sergah
aku.
“Dapurlah
cari apam balik! Mak ni pun.”
*Nama dan watak di atas tiada berkenaan dengan yang hidup atau pun yang mati*
Nantikan BAB...20 ;)
No comments:
Post a Comment