Ada Aku Kisah!


Manuskrip Ada Aku Kisah!

DI LARANG COPY PASTE!

HAK TERPELIHARA

TEKAN 'SIGN IN' ANDA DI DALAM LIST KESAYANGAN SAYA EKK...

Wednesday, September 12, 2012

Ada Aku Kisah! BAB 7


Ada Aku Kisah!


Hak Cipta Terpelihara. 
Jadi sebarang Copy paste ADALAH DILARANG SAMA SEKALI!
Jika ada kesilapan ejaan atau pun ayat, harap maklum manuskrip Ada Aku Kisah! belum lagi di edit oleh pihak EDITOR.


*photos credit to googles*


Bab 7

“Cubalah kau bangun Siah. Jangan asyik berlengkar aje atas katil. Tak jemu ke asyik terbaring dan berkurung dalam bilik? Dengan langsir dan tingkap tak di buka. Siah.. Siah..”
Mak Jah berleterkan anak bungsunya sambil menyelak langsir tingkap bilik Samsiah. 
Samsiah menguap sambil mendepangkan kedua-dua tangannya. Terus segar biji mata aku dengar mak berleter.
“Macam mana Siah nak bangun mak. Badan Siah ni masih sakit. Kaki Siah sengal dan berdenyut-denyut. Kalau mak berada di tempat Siah, mak tahulah macam mana seksanya.”
Aku mempertahankan diri aku. Semenjak larian amal aku terlantar atas katil. Tiga hari dah aku tak datang ke sekolah. Bukan aku sengaja ponteng tetapi doktor yang bagi aku cuti. Sebab kaki aku bengkak dan tak boleh berdiri lama. Berdiri aje aku rasa macam nak pitam!
“Sebab tulah nak kena bangun. Buat berjalan biar urat sendi kau yang ketat tu longgar sikit. Orang lain berlari jugak! Semua lepas berlari esok naik ke pentas ambil sijil. Kau pulak terlantar atas katil! Siah.. Siah...”
Ala mak ni dah mulalah tu nak berleter panjang. Mak tak penat agaknya asyik berleter bila tengok muka aku. Aku jemulah. Sakit telinga aku.
“Bangun! Mak ada masakkan kau nasi goreng kampong.”
“Nasi goreng kampong? Mak ada goreng ikan masin tak?”
Aku yang tadi tarik muka 14! Terus ceria dan bertenaga. Hilang segala sengal seluruh otot aku. Inilah yang buat aku semakin sayangkan mak.
“Ada. Kalau nak makan cepat bangun, mandi dulu baru makan.”
Aku tahu mak memang sayangkan aku. Hehehhh.
“Hah! Nak kemana pulak tu?”
 “Makanlah, takkan nak ke sekolah pulak mak ni pun.”
Aku cuba berdiri dengan payah. Setapak aku berjalan.
“Mandi dulu mak cakap. Kalau tak mandi jangan makan!”
Mandi dulu? Alaa ni yang aku lemah. Aku dah lapar sangat dah ni bila mak sebut ada nasi goreng kampong dan ikan masin kesukaan aku perut aku teruslah berkeroncong.
“Makan dulu baru mandi. Siah dah kelaparan sangat ni mak. Siah tak tipu!”
“Mandi dulu! Cuba jangan malas Siah.”
 “Ya, lah...ya, lah.”
Akhirnya aku mengalah. Lemah sahaja suara aku. Terpaksalah aku menukar haluan dari ke menuju ke pintu keluar aku ke pintu tandas!
“Miauww...”
Bobo mengiau, sambil menggeselkan badannya di kaki aku. Kesian Bobo semenjak kaki aku sakit, jarang aku dapat bergumpal dengan Bobo. Lepas makan nanti aku nak ajak Bobo duduk di buai luar sana. Sambil berbuai aku akan suapkan Bobo keropok ikan kesukaan kami berdua.
“Bobo pun rimas agaknya tengok kau Siah. Belengkar 24 jam!”
Mak aku ni kan, kucing mengiau pun dia pandai-pandai aje cakap si Bobo bosan dengan aku.
“Ya, lah mak. Siah, bergerak dah ni. Nak mandi dulu lepas tu baru makan.”
Setapak-setapak aku berjalan mengalahkan budak kecik baru belajar bertatih.
Bobo mengiau lagi entah apa pulak lepas ni mak cakap.

....................................

Selepas mandi aku terus makan nasi goreng. Banyak aku makan. Aku habiskan kesemuanya setelah mak cakap ayah dah makan lebih awal.
“Bobo... sayang akak tak?”
Aku mengelus bulu Bobo yang tebal macam permaidani Iran. Gebu dan halus bulunya.
“Miauwww...”
“Alolooo... sayang akak ya. Akak pun sayangkan Bobo.”
Aku usap-usap bulu Bobo. Itulah buah hati pengarang jantung aku di kala aku keseorangan di rumah. Kak Long jauh di KL, Bang Ngah pulak kekadang aje balik. Itu pun cuma cuti hujung minggu. Sunyi rumah ni tanpa mereka. Aku cium Bobo dengan penuh kasih sayang.
“Nak keropok ikan?”
Aku suakan keropok ikan ke mulut Bobo yang manja terbaring di atas riba. Bobo makan dengan lahap. Sama macam tuannya. Akulah siapa lagi!
“Lama tak nampak Siah. Siah sihat?”
Terkejut aku! Abang Kamal anak Acik Munah sudah tercongol tepi pagar rumah. Aku yang tadinya menyuap Bobo dengan keropok ikan, cepat-cepat aku tolak Bobo ke lantai. Mengiau Bobo tanda geram sebab aku tak endahkan dia lagi.
“Err.. Sihat Alhamdulillah. Abang tak kerja ke hari ni?”
Entah kenapa bila aku bercakap dengan Abang Kamal anak jiran sebelah, aku mesti menggelabah! Malu pun ya. Aku kebas-kebas bulu Bobo yang melekat di atas t-shirt aku. Aku betulkan kedudukan aku yang hamper melorot di atas buaian.
“Kerja. Kerja malam. Mak mana?”
Aku mengangguk laju. Ooo... kerja malam patutlah ada di rumah, selalunya susah nak nampak kelibat Abang Kamal. Sebab aku selalu mengendap!
“Mak ada kat dalam, lipat baju.”
Alamak! Mesti Abang Kamal cakap aku anak dara pemalas sebab tak tolong mak. Ada aku kisah! Suara mak yang berleter tiap hari setaman boleh dengar. Mesti Abang Kamal dah tahu yang aku ni memang selalu kena leter dengan mak. Hurmmm.. aku mengeluh dalam hati.
“Mak Jah cakap Siah tak berapa sihat, nampak Siah macam dah okay, dah boleh main dengan Bobo dah tu.”
Alamak! Handsomenya Abang Kamal bila dia senyum. Rata aje gigi dia, putih dan berseri, bukan gigi palsu! Aku yakin sangat. Dari kecik memang gigi Abang Kamal dah macam tu.
“Err... dah sihat dah. Baru hari ni dapat bangun. Alah sakit sikit aje.”
Aku tersipu-sipu malu. Tak sangka Abang Kamal prihatin orangnya. Lebih-lebih lagi orang yang macam aku ni. Aku betulkan T-shirt besar aku agar tegang dan tidak menampakkan lelemak yang terbonjol di celah baju. Aku nampak sedikit kurus dari mula-mula tadi.
“Kenapa Abang cuci kereta kat rumah? Tak hantar ke car wash macam selalu?”
Peluang keemasan! Masa inilah nak berbual dengan Abang Kamal. Kalau tidak ada aje Acik Munah interframe!
“Rugi hantar car-wash musim panas macam ni, cuci kat rumah, best.”
Aku mengangguk. Jam tu jugak aku rasa macam nak tolong cuci kereta ayah. Jadi dapatlah aku tatap wajah tampan Abang Kamal lama sikit.
“Siah... lama Acik tak nampak Siah. Siah dah sihat?”
Kan aku dah cakap. Acik Munah, mak kepada Abang Kamal mesti akan interframe punyalah! Angan-angan nak tolong cuci kereta ayah terbantut!
“Err... Siah dah sihat Acik. Baru hari ni dapat bangun.”
Nak aje aku masuk ke dalam. Aku memang kurang geng sikit dengan Acik Munah. Dia selalu tegur aku kalau tengah mengunyah dekat buaian. Cepat-cepat aku sembunyikan botol keropok ikan.
“Mak kau mana Siah? Tak nampak dari tadi? Kak Long kau tak balik? Lama tak nampak Sue. Sibuk sangat agaknya di KL tu. Semakin cantik agaknya si Sue tu. Kau bila lagi nak kurus Siah? Tengok kak long kau tu.. cantik aje bila berkebaya. Suka Acik tengok. Ayu.”
“Sekejap biar Siah panggilkan mak di dalam.”
Aku cepat-cepat angkat punggung. Tak sanggup lagi aku nak dengar Acik Munah bercakap. Sakit telinga aku bila Acik Munah mula memuji Kak Long, aku tak jeles pun cuma aku tak suka sikap Acik Munah yang suka membeza-bezakan keadaan fizikal aku dengan Kak Long. Nanti aku  nak mengadu dengan Kak Long! Aku jadi sebak tiba-tiba.
“Tak payah! Acik memang nak kerumah kau lah ni. Lama tak masuk rumah Siah. Agaknya dah pasang langsir baru. Ya, lah tak lama lagikan nak puasa.”
Apa kena-mengena puasa dengan langsir baru? Cakap ajelah nak ajak mak aku bergosip tentang aku. Huh! Aku cepat-cepat buka pagar dan terus menonong masuk rumah mendapatkan mak.
“Mak. Acik Munah nak datang. Jap lagi dia masuk. Dia cakap nak tengok langsir baru!”
Wajah mak terpinga-pinga.
Muka aku masam mencuka aku masih tersinggung dengan kata-kata Acik Munah tadi. Besar dan buruk sangat ke aku ni?
“Masak air tu Siah. Nanti biar mak yang bancuh. Kemas sikit meja makan tu. Pinggan dalam sinki cuci!”
Arghhh... balik-balik itu aje yang mak ulang. Aku dah bosanlah!
Aku terus meluru ke dapur dan masak air. Sebelum Acik Munah mengata aku anak dara tak pandai buat air. Memang tak pandai pun, aku cuma panaskan air dan nanti mak yang akan bancuh! Selesai kerja aku.
“Masuk Munah. Lama kau tak ke sini, tak pun kita hanya berbual tepi pagar aje tu kan. Masuk! Masuk! Kita berbual di dalam aje.”
Mak dan Acik Munah duduk di tengah ruang tamu.
Aku serba salah nak masuk dalam bilik berkurung atau tunggu sehingga air mendidih? Hati aku memang tengah mendidih sekarang ni. Eee.. apalah nasib aku petang ni. Mana Bobo? Aku nak mengadu dengan Bobo. Menyesal pulak aku halau si Bobo tadi.
“Siah buat apa tu?”
Aku macam nak pengsan! Tak sangka Abang Kamal akan ke dapur mencari aku. Oh! Emm.. Gee..!
“Err... Siah.. Siah tengah tunggu air masak kat dapur. Nak buat air!”
Alamak! Air apa aku nak bancuh? Mana aku tahu ni! Mak tolong!!!
“Kita berbual di dapur ajelah Munah, Kamal. Kebetulan Jah ada buat kek buah kukus pagi tadi. Belum pun berpotong, memang rezeki kamu berdualah ni.”
Fuh! Lega! Mak dah terkesing-kesing ke dapur.
“Mak ada buat kek buah kukus ya? Kenapa mak tak bagitahu Siah?”
Sedih aku, sampai hati mak... air mata dah bertakung di tubir mata.
 Sempat lagi mak jeling aku. Ehh.. apasal pulak mak nak jeling aku? Salah ke aku tanya? Aku macam nak menangis. Aku tahan! Takut nanti Acik Munah dan Abang Kamal kata aku cengeng! Tak dapat kek buah kukus dah nak melalak! Aku memang suka kek buah kukus dan kalau mak tak tegah, aku boleh habiskan sebuku kek kukus yang enak dan lazat tu! Ada aku kisah!
“Dah, Siah. Kau masuk ke dalam sana. Pergi belajar.”
Huh? Masuk dalam? Bilik tidur? Bila aku mengurung mak berleter. Aku malu! Mak buat aku macam budak kecik! Sampai hati mak, malu aku dengan Acik Munah dan Abang Kamal.
“Siah masuk dulu ya Acik Munah, Abang Kamal.”
Aku salam dan cium tangan Acik Munah (kerana terpaksa sebab mak dah jeling). Abang Kamal aku cuma hadiahkan sebuah senyuman yang cukup manis. Pada akulah kan. Ikutkan aku nak melalak di bahu Abang Kamal! Ohhh tidakkkkk!!!
Aku masuk dalam bilik. Aku tak kunci pintu cuma rapatkan sahaja. Aku nak dengar apa yang mereka bertiga bualkan di dapur. Manalah tahu Acik Munah ada mengumpat pasal aku. Atau memuji Kak Long setinggi gunung Everest!
“Lama dah Sue tak balik. Rindu pulak aku nak tengok si Sue tu Jah.”
“Haah dah dekat dua bulan Sue tak balik. Baru tukar tempat kerja baru di Sungai Besi. Rumah sewa pun baru. Insya~ALLAH kalau tak ada aral hujung bulan ni baliklah Sue. Ingatkan Jah nak buat kenduri doa selamat sikit. Alah hantar surau aje Munah.”
Aku mendengar dengan asyik. Baru masuk bab Kak Long, sekejap lagi mesti masuk bab Bang Ngah dan lepas tu bab paling panjang pasal aku! Ni yang aku lemah. Janganlah aku terlelap balik pintu ni sudah! Aku bukak luas-luas biji mata aku, telinga aku pasang setajam yang mungkin.
“Err.. sebenarnya macam ni Jah. Ya, lah aku datang ni ada hajat. Hajat tak rasmilah ni. Kalau dah kau setuju tu nanti barulah aku datang secara beradat.”
“Ehh.. hajat apa pulak tu Munah? Nampak besar aje hajat kau tu.”
Aku intip dari celah pintu bilik. Aku dengar apa yang mereka bualkan. Hati aku berdegup kencang. Tak mungkin.... aku telan air liur.
“Gini.. aku ni memang dah lama berkenankan si Sue tu. Aku ingat nak ambil Sue tu sebagai menantu aku... itu pun kalau tuan empunya badan setuju. Ya, lah semenjak Sue dah bekerja di KL tu manalah tahu dia dah ada pilihan sendiri.”
GULP! Apa???!!!! Acik Munah nak pinang Kak Long?
Aku tersandar di balik pintu. Aku yang tadinya terhendap-hendap. Terus tubuh aku yang besar melorot sehingga terjelepuk atas lantai. Tak mungkin! Tak mungkin!
Aku rapatkan pintu. Aku kunci dari dalam. Air mata menitis. Wajah Abang Kamal dan Kak Long bersilih ganti. Aku capai balang berisi biskut oreo. Aku ambil 4 keping, aku masukkan kesemuaya dalam mulut aku.
 Aku kunyah dengan rakus!
Kemudian aku telan!
 Aku geram!
 Aku frust!
Aku campakkan balang ke dinding, biskut oreo berterabur di atas lantai. Dengan mulut yang penuh aku terus hempaskan badan aku di atas tilam lapuk aku. Dan lepas tu aku tak ingat apa dah!



*Nama dan watak di atas tiada berkenaan dengan yang hidup atau pun yang mati.*

Bersambung....

Nantikan Bab 8... ;) 


1 comment:

AIN NAZRI said...

syiok baca citer ni kak.. mungkin sbb siah tu gemok macam ain.. hehehe tu yg feel lebih tu.. huhu