Ada Aku Kisah!
Hak Cipta Terpelihara.
Jadi sebarang Copy paste ADALAH DILARANG SAMA SEKALI!
Jika ada kesilapan ejaan atau pun ayat, harap maklum manuskrip Ada Aku Kisah! belum lagi di edit oleh pihak EDITOR.
Bab 24
Kain
baju bertimbun-timbun dalam bakul. Mak
semenjak terima rombongan merisik dari Acik Munah asyiklah mencuci itu dan ini.
Cuci kain langsirlah, tukar langsir barulah. Cuci alas meja, lepas tu gantikan
dengan alas meja baru. Pendek kata serba-serbi semuanya baru! Padahal puasa pun
belum.
“Siah. Mak tengok semenjak kebelakangan ni
Siah diam aje. Macam tak ceria, kenapa Siah? Cakaplah dengan mak.”
Aku
bantu mak melipat pakaian. Duduk kami berdua di ruang menonton tv. Mata aku
melekat di tv, telinga aku dengar apa yang mak cakapkan.
“Siah biasa
ajelah mak. Cuma badan ni rasa tak selesa agaknya sebab cuaca panas sangat
kot.”
Aku
memberikan alasan. Hati di dalam tiada siapa pun yang tahu. Antara aku dengan
Tuhan sahaja yang tahu bagaimana perasaan aku kini kian parah.
“Banyakkan
minum air masak. tak lama lagi kita dah nak puasa. Cuaca pulak semakin panas.”
Aku
mengangguk. Laju sahaja tangan aku melipat pakaian di dalam bakul. Tinggal
sedikit, cepatlah siap aku rasa macam nak tidur! Hanya tidur sahaja yang dapat
melenyapkan stress aku.
“Mak ingat
masa majlis bertunang Kak Long kau tu nanti. Mak nak buat pulut kuning sebagai
cenderahati buat tetamu yang datang. Okay tak Siah? Rendang daging mak bungkus
sekali dalam bekas kecik. Mesti jiran-jiran kita suka.”
Ceria
dan gembira sahaja suara mak bercakap. Aku yang jadi tukang dengar menjeruk
hati!
“Kau
ajak sekali Olia, jangan lupa datang bantu apa yang patut. Kita kekurangan
orang Siah. Ada dua tiga tempat jiran kita buat kenduri pada hari Kak Long kau
bertunang tu nanti. Tak pun ajak aje Olia tidur rumah kita.”
Urghhh...
mak boleh pulak ajak berbual topik majlis pertunangan Kak Long dan Abang Kamal.
Aku malas nak ikut campur! Aku bosan!
“Buatlah
apa yang mak rasa patut. Siah no komen. Asalkan Abang Kamal tu jadi menantu mak
dan jadi abang ipar Siah. Siah okay.”
Aku
bohong! Setiap kali menyebut nama Abang Kamal hati aku bagai di robek!
“Nak ke
mana tu Siah?”
Aku
sudah berdiri tegak. Sengal segala urat kaki aku lama duduk bersimpuh di
lantai.
“Dapur.”
Aku
menjawab pendek.
“Makan
lagilah tu?”
Aku
sebak. Mak selalu cakap macam tu, apa mak ingat aku ni kalau ke dapur aje mesti
nak selongkar bawah tudung saji atas meja tu ke? Sedihnya aku.
“Siah ke
dapur sebab nak tutup tingkap, kan dah nak senja.”
Aku
berjalan dengan airmata meleleh di pipiku. Ya! Tuhan! Kenapa dengan aku?
Airmata mudah benar mengalir.
Alang-alang
mak dah tuduh aku ke dapur sebab nak makan. Aku singkap tudung saji. Ada peha
ayam goreng sisa makan tengahari tadi. Aku capai seketul. Aku berjalan menuju
ke bilik. Aku patah balik semula ke dapur. Aku ambil seketul lagi peha ayam
goreng. Kanan kiri tangan aku genggam
peha ayam goreng. Cepat-cepat aku bawak masuk ke bilik. Sebelum mak ternampak!
Ada aku kisah!
.......................
“Siram
pokok bunga, lepas tu jangan lupa aturkan pasu bunga tu biar elok sikit,
tidaklah bersepah aje macam tu, susah nak keluar masuk kereta.”
Mak
berleter di pagi hari. Aku yang tadinya bukan main nyenyak berselubung dalam
selimut mak kerah suruh bangun awal.
“Majlis
dah nak dekat ni Siah. Rumah kita masih bersepah tak berkemas. Nanti orang
datang apa kata mereka? Ada anak dara tapi pemalas!”
Mak
mulalah tu. Mulalah nak ungkit, itu yang aku paling angin!
Muncung
aku panjang sedepa. Mak dah masuk semula ke dapur. Senyap-sepi tanpa suara mak
berleter. Tenang sikit otak aku. Kalau tidak serabut!
“Siram
pokok, Siah.”
Aku
terus menyiram pokok-pokok bunga mak yang segar dan menghijau di dalam pasu. HAti
aku merungut geram tak sudah! Lepas Mak pergi, sorang lagi muncul! Lemah betul!
Apalah nasib aku pagi ini.
“Ohh... Siah..
siram pokok bunga ke?”
Lembut
benar suara Acik Munah menegur. Lain benar nampaknya. Baik ada makna ke? Sebab
anak tunggalnya tu nak jadi Abang ipar aku? Huh! Aku mendengus dalam hati. Kalau
ikutkan hati aku malas aku nak layan Acik Munah.
“Haah,
siram pokok.”
Aku
menjawab sambil lewa.
“Baguslah
tu Siah. Jadi anak dara kenalah pandai buat kerja.. serba-serbi nak kena ambil
tahu. Jangan tahu nak makan aje.”
Ewah!
Lancang betul mulut Acik Munah. Sekejap aje memuji lepas tu di sindirnya aku.
Aku cebikkan mulut. Menyampah aku!
“Dah
tempah baju ke? Tak lama lagikan Kak Long nak bertunang dengan Abang Kamal kau
tu. Warna apa agaknya Siah?’
Acik
Munah terkekeh ketawa. Apa yang kelakar? Aku mencebikkan bibir. Tapi Acik Munah
tak nampak.
“Tak ada
tema.”
Aku
menjawab pendek. Muka aku serius langsung tiada secalit pun senyuman.
“Majlis
bertunang tu nanti, mak kau masak apa agaknya Siah? Acik buat simple aje..
jiran yang datang sama juga. Lepas makan minum rumah Acik terus ke rumah kau
pulak.”
“Mak!
Acik Munah tanya mak masak apa untuk kenduri tu nanti?”
Aku
melaung macam nak apa, sengaja aku jerit kuat-kuat. Aku malas nak dengar apa
yang Acik Munah membebel. Macam langau!
Mak
keluar terkesing-kesing sambil melipat lengan baju kurung kedahnya.
Aku
terus meluru masuk ke dalam. Malas aku nak masuk campur! Makan dan tidur lagi
bagus! Ada aku kisah!
"Laa... Munah rupanya.. ingatkan kenapalah Siah terjerit-pekik. Siah.. Siah.. kau ni buat mak terkejut aje tau."
Aku tak nak dengar apa yang mak dan Acik Munah bualkan. semuanya serba membosankan! menjemukan! aku menjerit di dalam hati.
Akhirnya aku menangis di dalam bilik.
....................
Akhirnya yang meluncur sebuah keluhan yang amat berat dari bibirku.
Aku mengeliat. Berderap-derup bunyi tulang-temulang aku yang besar. Aku menguap.
“Nah!
Cuba muat ke tidak. Kalau tak muat mak sempat lagi nak hantar ke kedai tailor
suruh betulkan.”
Mak
menyuakan sebungkus beg kertas kepada aku. Langsung tak pedulikan aku yang sedang masam mencuka.
“Apa ni
mak?”
Aku
menyoal. Bungkusan plastik tidak kusambut. Aku kebosanan ya amat!
“Jubah.
Mak tempah di kedai tailor. Kita pakai sedondon masa Kak Long kau bertunang tu
nanti, biar nampak senada aje.”
Ceria
betul mak. Aku yang makan hati! Pendek kata hati aku tu kalau di makan memang
dah hancur dah sekarang ni!
“Nanti
Siah cuba.”
Aku
menjawab sambil lewa. Beg plastic yang berisi jubah langsung tak ku jengah.
Aku malas! Tak ada mood langsung!
“Cuba
sekarang. Takut kalau hantar lambat, nanti tailor tu tak nak terima.”
Suara
mak yang tadinya ceria, tegas dan garang.
Akhirnya
aku cuba juga. Malas nak dengar mak berleter.
“Alaa.. mak
ni, Siah mana suka pakai jubah! Meleret-leret kat lantai. Lecehlah.”
Aku merungut.
"Cubalah cepat!"
Mak memaksa. Dan aku terpaksa juga menyarung jubah berwarna ungu muda. Warna kesukaan Kak Long. Dulu aku suka, sekarang tidak lagi!
“Cantik
pun!”
Mak
memuji. Aku tetap toya tak berseri.
“Mujur
muat. Kalau tak, satu hal nak kena tetas kain tu.”
Aku
tarik muka masam. Aku tak suka mak cakap macam tu kat aku. Aku ni dah besar!
Dah dewasa, mak buat aku macam aku ni masih 7 tahun! Kecik hati aku.
“Nak ke
mana pulak tu?”
Mak
tercengang-cenggang. Tak ada hujan ribut aku dengan jubah panjang meleret ke
lantai terus aje menonong ke dapur. Aku nak makan! Aku lapar! Lepas tu aku nak tidur! Ada aku kisah!
*Nama dan watak di atas tiada berkenaan dengan yang hidup atau pun yang mati*
Nantikan BAB...25 ;)
2 comments:
lama tak dengar & sebut perkataan 'TOYA' hehehehe..
kesian Siah.. :-(
Kak Sha, cepatlah sambungggggg
Post a Comment