Ada Aku Kisah!


Manuskrip Ada Aku Kisah!

DI LARANG COPY PASTE!

HAK TERPELIHARA

TEKAN 'SIGN IN' ANDA DI DALAM LIST KESAYANGAN SAYA EKK...

Wednesday, October 10, 2012

Ada Aku Kisah! BAB 26


Ada Aku Kisah!


Hak Cipta Terpelihara. 
Jadi sebarang Copy paste ADALAH DILARANG SAMA SEKALI!
Jika ada kesilapan ejaan atau pun ayat, harap maklum manuskrip Ada Aku Kisah! belum lagi di edit oleh pihak EDITOR.

Bab 26

Panjang leher aku. Terasa urat di leher tegang. Dahi berkerut dan muka aku cuak tak sudah!
Tekak kering asyik ku telan. Dahi berpeluh macam berlari 100 meter! Macam-macam yang aku fikirkan. Aku cuba mengintai dari celah langsir dapur, telinga aku halakan ke arah ruang tamu. Hampa tiada satu pun biji butir yang aku faham. Bunyi macam nyamuk adalah!
Kedatangan tetamu yang tercongol depan pintu amatlah mengejutkan aku, mak dan ayah! Tak sangka Kak Long pulang secara mengejut bersama Dato Borhan yang usianya sebaya ayah tetapi wajah tampan cukup untuk menutup segala rambutnya yang putih beruban!
Jadi itulah kekasih hati Kak Long yang rajin berbalas twitter? Memang kacak! Tapi sayang dah tua! Kalau tanya aku? Sorry itu bukan pilihan aku!
“Apa tercegat lagi tu Siah? Dah siap bancuh air?”
Terkejut aku! Mak entah bila tiba-tiba muncul aje di dapur. Aku terkial-kial mencurah air teh ke dalam cawan berbunga. Terketar-ketar tangan aku! Sampai tumpah air yang ku tuang.
“Cuba buat kerja tu hati-hati sikit Siah!”
Amboi! Mak aku garangnya. Semakin tumpah air yang aku curah! Terkejut dengan suara mak yang marah benar nampaknya.
Pasal apa mak marah agaknya ya? Pasal Kak Long pulang mengejut bersama ‘hadiah’ yang tidak mak dan ayah jangkakan? Aku dah agak dah.. mak mesti terkejut beruk!
“Mak, macam mana?”
Wah! Aku bagai mencurah minyak ke api yang sedang marak menyala!
Lepas tu terkulat-kulat aku perhatikan wajah mak yang masam mencuka. Kenapalah soalan itu yang terkeluar dari bibir aku! Kes naya!
“Macam mana apa?!”
Suara mak separuh menengking, tapi tetap terkawal. Aku rasa kalau tak ada Dato Borhan gerenti aku dah lama makan penyepak sulong mak.
Aku telan air liur. Terasa kering di tekak.
“Err.. ni.. ni air ni macam mana? Takkan Siah yang nak hantar.”
Wah! Pandai betul aku. Phew... lega!
“Kau pergilah hantar! Tak kuasa mak!”
Amboi! Sombongnya mak aku!
“Alaa.. tak naklah! Siah segan laa... mak.”
Aku muncungkan mulut aku. Segan aku nak keluar dengan keadaan aku sekarang ni. Dengan T-shirt besar yang gedoboh! Seluar panjang dah terkoyak sikit di hujungnya. Malu ah!
“Suruh Kak Long kau yang hidangkan untuk si tua tu!”
Mak menghenyakkan punggungnya di atas kerusi. Tangannya pantas mencapai sekeping kuih bingka ubi yang mak buat tengahari tadi. Dengan rakus mak kunyah. Muka keruh langsung tak berseri macam selalu.
“Alaa.. mak ni.. tu kan bos Kak Long. Tak baik mak cakap macam tu. Mak tak ingat ke? Oven mak yang baru tu siapa yang belikan?”
Aku menyeringai.
“Boleh tak kau jangan cakap macam tu Siah! Kau tahu tak hati mak ni tengah mendidih macam minyak panas! Jangan sampai mak sumbatkan bingka ubi ni ke mulut kau tu!”
GULP!!!
Wah! Memang kes berat! Nampaknya mak memang benci betul dengan Dato Borhan!
Kenapa? Pasal Dato tu tua dan rambutnya beruban? Kalau Dato Borhan tu muda belia mesti mak suka dah tentu! Sampaikan mulut aku pun mak nak sumbatkan dengan bingka ubi! Mak kan tahu aku memang sukakan bingka ubi. Setalam tu aku boleh habiskan!
Aku mengomel dalam hati.
“Dik. Mak. Dato Borhan nak balik.”
Kak Long tiba-tiba muncul dari luar. Aku terpinga-pinga. Seram sejuk tapak tangan aku. Kak Long tak tahu agaknya mak tengah panas hati tu! Jangan dekat Kak Long bahaya! Aku menjerit dalam hati.
“Baguslah! Cepat berambus lagi aku suka!”
Mak menjeling geram. Muka masam mencuka. Sikit pun mak tak pandang muka Kak Long yang keruh sahaja air mukanya.
“Mak.. janganlah cakap macam tu. Niat kami berdua baik mak.. mak..”
Suara Kak Long sebak.. sedih benar nampaknya bila mak cakap ikut sedap mulut.
“Baik konon! Buat malu keluarga adalah! Ni semua pasal si tua tak sedar diri tu.. apa ingat dia ada harta dia boleh beli anak dara orang?”
“Mak! Sampai hati mak..”
Kak Long menangis teresak-esak. Perghh.. pedas gila mak melazer! Aku yang jadi pemerhati ni pun kecut perut!
Janganlah mak dan Kak Long bertengkar. Aku ni bukan boleh tengok orang bertengkar hah! Nanti aku yang melalak tak sudah.
“Kau suruh dia berambus! Aku tak nak tengok muka si tua tu lagi! Dan jangan sekali-kali jejakkan kaki ke rumah aku! Aku tak suka!”
Mak menjerit! Aku terkujat! Kak Long sudah berlari ke depan. Ke bilik atau ruang tamu? Entah aku tak berani nak angkat muka. Aku yang menggigil macam orang demam kura-kura hanya terkulat-kulat. Nak bergerak seinci pun aku tak berani. Perasan aku macam mak nak terkam Dato Borhan tu. Seram betullah!

......................

“Ayah.. mana Kak Long, Yah?”
Aku menengur ayah yang sedang duduk termenung di sofa ruang tamu. Suara aku perlahan berbisik. Mak dah lama menghilangkan diri dalam bilik tidur. Takkan mak tidur ya tak?
Senyap sepi rumah aku, yang tadinya bukan main tegang dan berbahang.
“Kak Long dah balik semula ke KL.”
HUH???
Terkejut aku bila ayah cakap Kak Long dah balik semula ke KL dengan Dato Borhan? Eh! Mestilah dengan Dato Borhan, takkan dengan Abang Kamal ya tak?
Aku semakin resah dan gelisah. Rumah aku sepi macam di langgar garuda!
“Kak Long nak putuskan majlis pertunangan dia dengan Kamal.”
Aku terkejut! Kali ini lebih hebat kejutan yang baru aku dengar.
Mustahil Kak Long tolak pinangan Abang Kamal? Majlis pertunangan tak lama lagi. Apa kata Acik Munah? Bagaimana pula reaksi Abang Kamal? Kesian Abang Kamal. Serta-merta perasaaan sebak dan sayu bertandang tanpa di undang.
“Mak macam mana?”
Aku menyoal lagi. Entah kenapa tiba-tiba aku rasa seperti dah dewasa benar, ikut campur urusan orang tua aku. Aku berani sebab mak tak ada!
Ayah angkat bahu. Wajah ayah tetap tenang cuma aku perhatikan ayah macam tak berapa gembira. Aku faham, orang tua mana yang suka dan gembira terima berita yang mengejutkan macam ni kan?
“Ayah nak mandi. Nak bersiap ke surau. Jangan ganggu mak.”
Aku akur. Aku anggukkan kepala aku. Tiba-tiba sahaja air mata menitis di pipi.
Salah aku ke? Silap aku ke sebab tiap hari berharap Abang Kamal dan Kak Long tidak akan bersatu?
Perlahan-lahan aku menapak ke dapur. Tutup tingkap dan mandi.
Wajah mak, ayah, Kak Long, Acik Munah dan Abang Kamal berlegar-legar di mataku.
Air mata semakin deras mengalir.
Kesian mak...
Kesian ayah...
Kesian Kak Long...
Kesian Acik Munah...
Dan Abang Kamal... hmm.. entahlah.. aku tak mahu fikirkan semua itu. Fikiran aku bercelaru. Aku sedih dan hampa! Malah lebih parah lagi selepas dapat tahu, Kak Long sanggup buat keputusan yang boleh melukakan hati mak dan ayah.
 Aku tak akan sekali-kali sakiti hati mak dan ayah!
Aku janji! Itu tekad aku.....


*Nama dan watak di atas tiada berkenaan dengan yang hidup atau pun yang mati*

Nantikan BAB...27 ;)

2 comments:

Amie said...

Idea Sha mencurah2 macam air terjun yang mengalir....

Shahriah Abdullah Novelis said...

Tq so much Kak Amie... heee...:))