Ada Aku Kisah!
Hak Cipta Terpelihara.
Jadi sebarang Copy paste ADALAH DILARANG SAMA SEKALI!
Jika ada kesilapan ejaan atau pun ayat, harap maklum manuskrip Ada Aku Kisah! belum lagi di edit oleh pihak EDITOR.
Bab 26
Panjang
leher aku. Terasa urat di leher tegang. Dahi
berkerut dan muka aku cuak tak sudah!
Tekak
kering asyik ku telan. Dahi berpeluh macam berlari 100 meter! Macam-macam yang
aku fikirkan. Aku cuba mengintai dari celah langsir dapur, telinga aku halakan
ke arah ruang tamu. Hampa tiada satu pun biji butir yang aku faham. Bunyi macam
nyamuk adalah!
Kedatangan
tetamu yang tercongol depan pintu amatlah mengejutkan aku, mak dan ayah! Tak
sangka Kak Long pulang secara mengejut bersama Dato Borhan yang usianya sebaya
ayah tetapi wajah tampan cukup untuk menutup segala rambutnya yang putih
beruban!
Jadi
itulah kekasih hati Kak Long yang rajin berbalas twitter? Memang kacak! Tapi
sayang dah tua! Kalau tanya aku? Sorry itu bukan pilihan aku!
“Apa
tercegat lagi tu Siah? Dah siap bancuh air?”
Terkejut
aku! Mak entah bila tiba-tiba muncul aje di dapur. Aku terkial-kial mencurah
air teh ke dalam cawan berbunga. Terketar-ketar tangan aku! Sampai tumpah air
yang ku tuang.
“Cuba
buat kerja tu hati-hati sikit Siah!”
Amboi!
Mak aku garangnya. Semakin tumpah air yang aku curah! Terkejut dengan suara mak
yang marah benar nampaknya.
Pasal
apa mak marah agaknya ya? Pasal Kak Long pulang mengejut bersama ‘hadiah’ yang
tidak mak dan ayah jangkakan? Aku dah agak dah.. mak mesti terkejut beruk!
“Mak,
macam mana?”
Wah! Aku
bagai mencurah minyak ke api yang sedang marak menyala!
Lepas tu
terkulat-kulat aku perhatikan wajah mak yang masam mencuka. Kenapalah soalan
itu yang terkeluar dari bibir aku! Kes naya!
“Macam
mana apa?!”
Suara
mak separuh menengking, tapi tetap terkawal. Aku rasa kalau tak ada Dato Borhan
gerenti aku dah lama makan penyepak sulong mak.
Aku
telan air liur. Terasa kering di tekak.
“Err..
ni.. ni air ni macam mana? Takkan Siah yang nak hantar.”
Wah!
Pandai betul aku. Phew... lega!
“Kau
pergilah hantar! Tak kuasa mak!”
Amboi!
Sombongnya mak aku!
“Alaa..
tak naklah! Siah segan laa... mak.”
Aku
muncungkan mulut aku. Segan aku nak keluar dengan keadaan aku sekarang ni.
Dengan T-shirt besar yang gedoboh! Seluar panjang dah terkoyak sikit di
hujungnya. Malu ah!
“Suruh
Kak Long kau yang hidangkan untuk si tua tu!”
Mak
menghenyakkan punggungnya di atas kerusi. Tangannya pantas mencapai sekeping
kuih bingka ubi yang mak buat tengahari tadi. Dengan rakus mak kunyah. Muka
keruh langsung tak berseri macam selalu.
“Alaa..
mak ni.. tu kan bos Kak Long. Tak baik mak cakap macam tu. Mak tak ingat ke?
Oven mak yang baru tu siapa yang belikan?”
Aku
menyeringai.
“Boleh
tak kau jangan cakap macam tu Siah! Kau tahu tak hati mak ni tengah mendidih
macam minyak panas! Jangan sampai mak sumbatkan bingka ubi ni ke mulut kau tu!”
GULP!!!
Wah!
Memang kes berat! Nampaknya mak memang benci betul dengan Dato Borhan!
Kenapa?
Pasal Dato tu tua dan rambutnya beruban? Kalau Dato Borhan tu muda belia mesti
mak suka dah tentu! Sampaikan mulut aku pun mak nak sumbatkan dengan bingka
ubi! Mak kan tahu aku memang sukakan bingka ubi. Setalam tu aku boleh habiskan!
Aku
mengomel dalam hati.
“Dik.
Mak. Dato Borhan nak balik.”
Kak Long
tiba-tiba muncul dari luar. Aku terpinga-pinga. Seram sejuk tapak tangan aku.
Kak Long tak tahu agaknya mak tengah panas hati tu! Jangan dekat Kak Long
bahaya! Aku menjerit dalam hati.
“Baguslah!
Cepat berambus lagi aku suka!”
Mak
menjeling geram. Muka masam mencuka. Sikit pun mak tak pandang muka Kak Long
yang keruh sahaja air mukanya.
“Mak..
janganlah cakap macam tu. Niat kami berdua baik mak.. mak..”
Suara
Kak Long sebak.. sedih benar nampaknya bila mak cakap ikut sedap mulut.
“Baik
konon! Buat malu keluarga adalah! Ni semua pasal si tua tak sedar diri tu.. apa
ingat dia ada harta dia boleh beli anak dara orang?”
“Mak!
Sampai hati mak..”
Kak Long
menangis teresak-esak. Perghh.. pedas gila mak melazer! Aku yang jadi pemerhati
ni pun kecut perut!
Janganlah
mak dan Kak Long bertengkar. Aku ni bukan boleh tengok orang bertengkar hah!
Nanti aku yang melalak tak sudah.
“Kau
suruh dia berambus! Aku tak nak tengok muka si tua tu lagi! Dan jangan
sekali-kali jejakkan kaki ke rumah aku! Aku tak suka!”
Mak
menjerit! Aku terkujat! Kak Long sudah berlari ke depan. Ke bilik atau ruang
tamu? Entah aku tak berani nak angkat muka. Aku yang menggigil macam orang
demam kura-kura hanya terkulat-kulat. Nak bergerak seinci pun aku tak berani.
Perasan aku macam mak nak terkam Dato Borhan tu. Seram betullah!
......................
“Ayah..
mana Kak Long, Yah?”
Aku
menengur ayah yang sedang duduk termenung di sofa ruang tamu. Suara aku
perlahan berbisik. Mak dah lama menghilangkan diri dalam bilik tidur. Takkan
mak tidur ya tak?
Senyap
sepi rumah aku, yang tadinya bukan main tegang dan berbahang.
“Kak
Long dah balik semula ke KL.”
HUH???
Terkejut
aku bila ayah cakap Kak Long dah balik semula ke KL dengan Dato Borhan? Eh!
Mestilah dengan Dato Borhan, takkan dengan Abang Kamal ya tak?
Aku
semakin resah dan gelisah. Rumah aku sepi macam di langgar garuda!
“Kak
Long nak putuskan majlis pertunangan dia dengan Kamal.”
Aku
terkejut! Kali ini lebih hebat kejutan yang baru aku dengar.
Mustahil
Kak Long tolak pinangan Abang Kamal? Majlis pertunangan tak lama lagi. Apa kata
Acik Munah? Bagaimana pula reaksi Abang Kamal? Kesian Abang Kamal. Serta-merta
perasaaan sebak dan sayu bertandang tanpa di undang.
“Mak
macam mana?”
Aku
menyoal lagi. Entah kenapa tiba-tiba aku rasa seperti dah dewasa benar, ikut
campur urusan orang tua aku. Aku berani sebab mak tak ada!
Ayah
angkat bahu. Wajah ayah tetap tenang cuma aku perhatikan ayah macam tak berapa
gembira. Aku faham, orang tua mana yang suka dan gembira terima berita yang
mengejutkan macam ni kan?
“Ayah
nak mandi. Nak bersiap ke surau. Jangan ganggu mak.”
Aku
akur. Aku anggukkan kepala aku. Tiba-tiba sahaja air mata menitis di pipi.
Salah
aku ke? Silap aku ke sebab tiap hari berharap Abang Kamal dan Kak Long tidak
akan bersatu?
Perlahan-lahan
aku menapak ke dapur. Tutup tingkap dan mandi.
Wajah
mak, ayah, Kak Long, Acik Munah dan Abang Kamal berlegar-legar di mataku.
Air mata
semakin deras mengalir.
Kesian
mak...
Kesian
ayah...
Kesian
Kak Long...
Kesian
Acik Munah...
Dan
Abang Kamal... hmm.. entahlah.. aku tak mahu fikirkan semua itu. Fikiran aku
bercelaru. Aku sedih dan hampa! Malah lebih parah lagi selepas dapat tahu, Kak
Long sanggup buat keputusan yang boleh melukakan hati mak dan ayah.
Aku tak akan sekali-kali sakiti hati mak dan
ayah!
Aku
janji! Itu tekad aku.....
*Nama dan watak di atas tiada berkenaan dengan yang hidup atau pun yang mati*
Nantikan BAB...27 ;)
2 comments:
Idea Sha mencurah2 macam air terjun yang mengalir....
Tq so much Kak Amie... heee...:))
Post a Comment