Ada Aku Kisah!


Manuskrip Ada Aku Kisah!

DI LARANG COPY PASTE!

HAK TERPELIHARA

TEKAN 'SIGN IN' ANDA DI DALAM LIST KESAYANGAN SAYA EKK...

Sunday, October 7, 2012

Ada Aku Kisah! BAB 25


Ada Aku Kisah!


Hak Cipta Terpelihara. 
Jadi sebarang Copy paste ADALAH DILARANG SAMA SEKALI!
Jika ada kesilapan ejaan atau pun ayat, harap maklum manuskrip Ada Aku Kisah! belum lagi di edit oleh pihak EDITOR.

Bab 25

Suasana di dalam bilik pejabat Dato Borhan yang luas terasa sempit. Duan insan saling berpandangan. Yang Seorang tunduk dan seorang lagi tajam merenung tanpa berkelip. Masing-masing dengan mood yang bercelaru. Keruh dan hampa!
“Kita perlu bercakap.”
Sueriati berhenti dari melangkah keluar. Lama dia terpaku di situ.
“Duduk dulu, Sue.”
Teragak-agak Sueriati, ikut arahan atau terus sahaja keluar.
“Kenapa Sue buat keputusan tergesa-gesa?”
Dato Borhan menyoal dengan nada serius. Matanya tepat di wajah Sueriati yang tunduk sejak tadi masuk ke bilik pejabatnya.
“Tak perlu persoalkan lagi. Segalanya dah tertulis.”
Sueriati menjawab dengan nada sebak. Tak mampu dia tenung wajah lelaki yang dia hormat dan juga pernah menjadi kekasih hatinya. Segalanya sudah berlalu dan tiada apa yang perlu di ungkaikan lagi.
“I love you Sue.”
Airmata meleleh di pipi. Sakitnya hati apabila lelaki di hadapannya mengucapkan kata-kata indah.
“Please Dato. Segalanya dah tamat. Dah selesai!”
“Jangan panggil i Dato!”
Dato Borhan meninggikan suaranya. Biji matanya mencerlang. Merah menyala. Tercabar egonya apabila kekasih yang dia cintai telah berubah laku.
“You boss i! Dan bukan kekasih atau isteri you, Dato.”
Sueriati bingkas berdiri. Tak sanggup rasanya berlama-lama di situ. Hancur punah hatinya.
“Sue! Nanti dulu! Jangan pergi. Please...”
Dato Borhan lebih pantas menghalang Sueriati untuk pergi. Sueriati memalingkan wajahnya. Tak sanggup dia tatap wajah Dato Borhan.
“Sue. Jangan buat macam ni pada i, Sue. I’m sorry... Please...”
Dato Borhan merayu. Dia tarik tangan Sueriati. Di kucupnya tapak tangan Sueriati yang teresak-esak menangis.
“Dato, tolonglah! Jangan buat Sue macam ni. Sue tak sanggup!”
Sueriati menarik tangannya. Dia semakin galak menangis.
“Tapi kenapa Sue? Why?”
Dato Borhan terus mendesak dan merayu.
“Percayalah... segalanya dah tertulis dan semuanya dah berakhir. Lupakan Sue, Han.”
Kali ini dia tiada lagi perkataan dato.
Sueriati mengalihkan padangannya tepat ke arah Dato Borhan yang kusut masai keadaannya. Di pejamkan matanya, tak sanggup melihat wajah sugul Dato Borhan. Pedih matanya, luluh hatinya.
“I benar-benar sayang dan cintakan you, Sue. Jangan buat macam ni pada i.”
Dato Borhan tarik bahu Sueriati. Di tariknya dagu Sueriati yang bujur sirih. Air mata merembes laju di pipi itu.
“Sue tak boleh buat apa-apa Han. Semua ini mak dan ayah dah rancangkan. Sue hanya menurut sahaja. Sue tak nak jadi anak derhaka.”
Sueriati menangis lagi. Semakin laju airmata merembes di pipinya yang licin.
“Sue cintakan dia?”
Sueriati tunduk. Memang Kamal bukan pilihannya, tetapi pilihan kedua orang tua yang membesar dan mendidik dia selama ini. Tidak salah kalau dia berkorban demi membalas jasa orang tua yang dia sayangi.
“I tahu you tak cintakan dia, tetapi you cintakan I. Jawablah ya, Sue.”
Sueriati angkat wajahnya yang basah dek airmata. Lama wajah tampan di hadapannya di tenung. Ya! Memang aku cintakan kau, Borhan! Tetapi itu dulu. Aku kini bukan Sueriati yang kau kenal dulu. Aku bakal menjadi tunangan orang tidak lama lagi.
“Setiap insan yang bercinta tidak semestinya berakhir sehingga ke jinjang pelamin. Mungkin jodoh bukan milik kita. Kalau Han, sayang dan cintakan Sue, tolonglah lupakan Sue. Demi kebahagian Sue juga.”
Tangan Sueriati memutar tombol pintu. Dengan sekali putar pintu terbuka. Dia sempat berpaling sebelum keluar, tubuh Dato Borhan kaku berdiri dengan wajah sugul dan muram. Sueriati menapak perlahan. Air mata merembes laju menuruni lurah pipinya yang gebu. Dan kemudian pandangan sayu dari Dato Borhan lenyap di matanya.

.....................

“Ya, ALLAH, Ya, Tuhanku. Kau kuatkanlah imanku, kau kuatkanlah semangatku. Aku tidak mampu menanggung penderitaan ini, Ya, ALLAH. Aku tak mampu! Amin...”
Selesai berdoa dia berdiri dan lipat tikar sejadah. Dia bingkas berdiri dan duduk di hujung katil. Lama dia termenung. Wajah Dato Borhan dan Kamal bersilih ganti. Dia pejamkan matanya. Air mata menitis lagi.
TRITTTT!!!
Pesanan sms masuk bertubi-tubi. Dari petang tadi sehinggalah dia selesai solat Isyak. Tak berhenti handsetnya berbunyi.
Sueriati tekan kotak peti masuk. Ada 49 pesanan! Dari Dato Borhan. Dia pejamkan matanya, air mata mengalir lagi. Di sembamkan wajahnya di atas bantal. Terhingut-hingut bahunya menangis.
TOK! TOK!
Pintu biliknya di ketuk. Sueriati mengelap airmata yang basah di pipi. Kain telekung yang tersangkut di kepala dia buka. Hanya tinggal kain sembahyang dia sengseng ke atas sedikit. Dengan langkah yang malas dia buka pintu.
“Sue, are you okay?”
Emma teman serumah menyoal. Dengan dahinya berkerut, wajah penuh terkejut.
Sueriati mengangguk perlahan. Air mata mengalir lagi. Dia seka dengan lengan baju tidur.
“Kenapa Sue? Cakaplah dengan Emma.”
Emma memimpin Sueriati duduk di ruang tamu yang sederhana besar tetapi lengkap serba-serbi.
“Entahlah Emma, Sue pun tak tahu nak cakap macam mana. Susah..”
Sueriati seka airmatanya. Lega sedikit dadanya, mungkin ada orang yang ambil berat tentang dirinya.
“Ini tentu pasal lamaran tu kan?”
Sueriati mengangguk perlahan. Dia dah ceritakan segalanya pada Emma.
“Kenapa Sue tak berterus-terang aje dengan kedua orang tua Sue? Bukankah itu lebih baik dari menangis makan hati. Susah Sue terusan macam ni.”
“Sue tak nak jadi anak derhaka Emma. Mak dan Ayah selama ini banyak berkorban demi Sue. Dan Sue tak nak hampakan harapan mereka. Sue tak menyesal Cuma.. Cuma..”
Sueriati tak mampu meneruskan ayatnya, dia benar-benar sedih.
“Sue, tidak semestinya bila kita menolak cadangan orang tua kita, kita anak derhaka. Zaman sekarang dah moden. Mana ada lagi perkahwinan yang di aturkan oleh orang tua? Lainlah kalau kita tiada pilihan.  Kita sebagai wanita berhak memilih siapa bakal suami kita. Sue kena ingat.. syurga terletak di bawah kaki suami apabila kita bernikah nanti. Dan bukan ibu. Sue nak derhaka pada suami selepas bernikah nanti? tak cinta dan segalanya atas dasar terpaksa?”
Sueriati pantas menggelengkan kepala.
“Sue buntu, Emma. Sue tak tahu nak buat macam mana? Sue tak tahu.”
Sueriati mengongoi macam anak kecil kematian ibu.
Emma mengusap-usap belakang Sueriati. Dia turut bersedih melihat penderitaan yang sedang di tanggung oleh rakan serumahnya.
“Sue tak tahu apa yang perlu Sue lakukan Emma. Sue dah terima lamaran mereka. Hujung bulan kami akan bertunang. Macam mana Emma? Sue pening memikirkan semua ni. Sue rasa macam nak lari jauh!”
“Jangan lari Sue. Itu bukan cara untuk menyelesaikan masaalah. Apa yang perlu Sue lakukan adalah. Sue berterus-terang sahaja dengan kedua orang tua Sue. Terangkan baik-baik dan jelaskan dengan terperinci. Emma rasa mereka akan terima keputusan dan pandangan Sue. Yang nak bernikah bukan mereka tetapi Sue. Kalau selepas bernikah Sue tak bahagia rumahtangga kacau-bilau siapa yang susah?”
Betul apa yang dikatakan oleh Emma. Tapi apa yang harus aku lakukan? Aku buntu!
“Macam mana Sue nak jelaskan pada mereka? Mesti mak sedih. Sue tak sanggup lihat mak kecewa, tolong Sue, Emma. Tolong, Sue.”
Sueriati mengoncang-goncang bahu Emma.
“Macam ni. Ada satu sahaja cara. Ajak Dato Borhan berjumpa dengan kedua orang tua Sue. Sue ikut sekali. Terang dan jelaskan hubungan Sue dan Dato.”
“Nanti apa kata Acik Munah? Kamal? Sue takut!”
Sueriati cemas. Berlegar-legar wajah mak, ayah, Acik Munah dan Kamal.
“Jangan membuat sebarang andaian Sue. Cuba dulu, tengok apa kata dan reaksi mereka. Apa jua keputusannya hanya Sue yang boleh putuskan dan bukan kedua orang tua Sue. Sue kena ingat orang tua mana yang nak anaknya merana dan tak bahagia bila berumahtangga nanti?”
Sueriati terangguk-angguk. Ada benarnya apa yang Emma cakapkan. Kebahagian aku adalah kebahagiaan buat mak dan juga ayah.
“Bila rombongan akan datang meminang?”
“Hujung bulan ini.”
“Bila pula bernikah?”
“Hujung tahun ini juga.”
“Lebih baik Sue bertindak segera. Sebelum kedua keluarga buat segala persiapan pertunangan.”
“Err.. habis tu macam mana? Bila Sue perlu berdepan dengan mak dan ayah?”
“Esok!”
“Esok??! Sue.. Sue takut, Emma.”
Sueriati terkejut. Secepat itu, tidak mungkin. Dia belum sempat lagi berbincang dengan Dato Borhan.
“Sebaiknya esok. Sebab esok cuti. Lagi cepat lagi bagus. Jadi taklah serabut mata Emma tengok Sue asyik menangis dan muram macam ni.”
Emma tersenyum manis. Sueriati terangguk-angguk. Handset di capai dan terus mendail no handset Dato Borhan. Sekali dering sahaja, panggilannya terus bersambut. Sueriati telan air liur. Dia kumpul segala kekuatan yang ada.
“Han, kita perlu berjumpa.”
“Jumpa? Sure! When?”
“Now!”
KLIK!
Talian di matikan. Dia melepaskan sebuah keluhan yang amat berat. Terasa ringan sedikit dadanya. Namun hatinya gementar hanya Tuhan sahaja yang tahu.
Mampukah Sueriati menghadapi semua dugaan itu?


*Nama dan watak di atas tiada berkenaan dengan yang hidup atau pun yang mati*

Nantikan BAB...26 ;)

2 comments:

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

hangat!!!

Kak Sha, sy rindu Siah :-(

emma marini said...

Iskkkk episod ni ada watak nama Emma pulak yer..ni bertambah semangat nak baca...kih kih kih, cepat ler masukkan bab seterusnya....