Ada Aku Kisah!
Hak Cipta Terpelihara.
Jadi sebarang Copy paste ADALAH DILARANG SAMA SEKALI!
Jika ada kesilapan ejaan atau pun ayat, harap maklum manuskrip Ada Aku Kisah! belum lagi di edit oleh pihak EDITOR.
Bab 25
Suasana di
dalam bilik pejabat Dato Borhan yang luas terasa sempit. Duan insan saling berpandangan.
Yang Seorang tunduk dan seorang lagi tajam merenung tanpa berkelip. Masing-masing
dengan mood yang bercelaru. Keruh dan hampa!
“Kita
perlu bercakap.”
Sueriati
berhenti dari melangkah keluar. Lama dia terpaku di situ.
“Duduk
dulu, Sue.”
Teragak-agak
Sueriati, ikut arahan atau terus sahaja keluar.
“Kenapa
Sue buat keputusan tergesa-gesa?”
Dato
Borhan menyoal dengan nada serius. Matanya tepat di wajah Sueriati yang tunduk
sejak tadi masuk ke bilik pejabatnya.
“Tak
perlu persoalkan lagi. Segalanya dah tertulis.”
Sueriati
menjawab dengan nada sebak. Tak mampu dia tenung wajah lelaki yang dia hormat
dan juga pernah menjadi kekasih hatinya. Segalanya sudah berlalu dan tiada apa
yang perlu di ungkaikan lagi.
“I love
you Sue.”
Airmata
meleleh di pipi. Sakitnya hati apabila lelaki di hadapannya mengucapkan
kata-kata indah.
“Please
Dato. Segalanya dah tamat. Dah selesai!”
“Jangan
panggil i Dato!”
Dato
Borhan meninggikan suaranya. Biji matanya mencerlang. Merah menyala. Tercabar
egonya apabila kekasih yang dia cintai telah berubah laku.
“You
boss i! Dan bukan kekasih atau isteri you, Dato.”
Sueriati
bingkas berdiri. Tak sanggup rasanya berlama-lama di situ. Hancur punah hatinya.
“Sue!
Nanti dulu! Jangan pergi. Please...”
Dato
Borhan lebih pantas menghalang Sueriati untuk pergi. Sueriati memalingkan
wajahnya. Tak sanggup dia tatap wajah Dato Borhan.
“Sue.
Jangan buat macam ni pada i, Sue. I’m sorry... Please...”
Dato
Borhan merayu. Dia tarik tangan Sueriati. Di kucupnya tapak tangan Sueriati
yang teresak-esak menangis.
“Dato,
tolonglah! Jangan buat Sue macam ni. Sue tak sanggup!”
Sueriati
menarik tangannya. Dia semakin galak menangis.
“Tapi
kenapa Sue? Why?”
Dato
Borhan terus mendesak dan merayu.
“Percayalah...
segalanya dah tertulis dan semuanya dah berakhir. Lupakan Sue, Han.”
Kali ini
dia tiada lagi perkataan dato.
Sueriati
mengalihkan padangannya tepat ke arah Dato Borhan yang kusut masai keadaannya.
Di pejamkan matanya, tak sanggup melihat wajah sugul Dato Borhan. Pedih
matanya, luluh hatinya.
“I
benar-benar sayang dan cintakan you, Sue. Jangan buat macam ni pada i.”
Dato
Borhan tarik bahu Sueriati. Di tariknya dagu Sueriati yang bujur sirih. Air
mata merembes laju di pipi itu.
“Sue tak
boleh buat apa-apa Han. Semua ini mak dan ayah dah rancangkan. Sue hanya
menurut sahaja. Sue tak nak jadi anak derhaka.”
Sueriati
menangis lagi. Semakin laju airmata merembes di pipinya yang licin.
“Sue
cintakan dia?”
Sueriati
tunduk. Memang Kamal bukan pilihannya, tetapi pilihan kedua orang tua yang
membesar dan mendidik dia selama ini. Tidak salah kalau dia berkorban demi
membalas jasa orang tua yang dia sayangi.
“I tahu
you tak cintakan dia, tetapi you cintakan I. Jawablah ya, Sue.”
Sueriati
angkat wajahnya yang basah dek airmata. Lama wajah tampan di hadapannya di
tenung. Ya! Memang aku cintakan kau, Borhan! Tetapi itu dulu. Aku kini bukan
Sueriati yang kau kenal dulu. Aku bakal menjadi tunangan orang tidak lama lagi.
“Setiap
insan yang bercinta tidak semestinya berakhir sehingga ke jinjang pelamin.
Mungkin jodoh bukan milik kita. Kalau Han, sayang dan cintakan Sue, tolonglah
lupakan Sue. Demi kebahagian Sue juga.”
Tangan
Sueriati memutar tombol pintu. Dengan sekali putar pintu terbuka. Dia sempat
berpaling sebelum keluar, tubuh Dato Borhan kaku berdiri dengan wajah sugul dan
muram. Sueriati menapak perlahan. Air mata merembes laju menuruni lurah pipinya
yang gebu. Dan kemudian pandangan sayu dari Dato Borhan lenyap di matanya.
.....................
“Ya,
ALLAH, Ya, Tuhanku. Kau kuatkanlah imanku, kau kuatkanlah semangatku. Aku tidak
mampu menanggung penderitaan ini, Ya, ALLAH. Aku tak mampu! Amin...”
Selesai
berdoa dia berdiri dan lipat tikar sejadah. Dia bingkas berdiri dan duduk di
hujung katil. Lama dia termenung. Wajah Dato Borhan dan Kamal bersilih ganti.
Dia pejamkan matanya. Air mata menitis lagi.
TRITTTT!!!
Pesanan
sms masuk bertubi-tubi. Dari petang tadi sehinggalah dia selesai solat Isyak.
Tak berhenti handsetnya berbunyi.
Sueriati
tekan kotak peti masuk. Ada 49 pesanan! Dari Dato Borhan. Dia pejamkan matanya,
air mata mengalir lagi. Di sembamkan wajahnya di atas bantal. Terhingut-hingut
bahunya menangis.
TOK!
TOK!
Pintu
biliknya di ketuk. Sueriati mengelap airmata yang basah di pipi. Kain telekung
yang tersangkut di kepala dia buka. Hanya tinggal kain sembahyang dia sengseng
ke atas sedikit. Dengan langkah yang malas dia buka pintu.
“Sue,
are you okay?”
Emma
teman serumah menyoal. Dengan dahinya berkerut, wajah penuh terkejut.
Sueriati
mengangguk perlahan. Air mata mengalir lagi. Dia seka dengan lengan baju tidur.
“Kenapa
Sue? Cakaplah dengan Emma.”
Emma
memimpin Sueriati duduk di ruang tamu yang sederhana besar tetapi lengkap
serba-serbi.
“Entahlah
Emma, Sue pun tak tahu nak cakap macam mana. Susah..”
Sueriati
seka airmatanya. Lega sedikit dadanya, mungkin ada orang yang ambil berat
tentang dirinya.
“Ini
tentu pasal lamaran tu kan?”
Sueriati
mengangguk perlahan. Dia dah ceritakan segalanya pada Emma.
“Kenapa
Sue tak berterus-terang aje dengan kedua orang tua Sue? Bukankah itu lebih baik
dari menangis makan hati. Susah Sue terusan macam ni.”
“Sue tak
nak jadi anak derhaka Emma. Mak dan Ayah selama ini banyak berkorban demi Sue.
Dan Sue tak nak hampakan harapan mereka. Sue tak menyesal Cuma.. Cuma..”
Sueriati
tak mampu meneruskan ayatnya, dia benar-benar sedih.
“Sue,
tidak semestinya bila kita menolak cadangan orang tua kita, kita anak derhaka.
Zaman sekarang dah moden. Mana ada lagi perkahwinan yang di aturkan oleh orang
tua? Lainlah kalau kita tiada pilihan. Kita sebagai wanita berhak memilih siapa bakal
suami kita. Sue kena ingat.. syurga terletak di bawah kaki suami apabila kita
bernikah nanti. Dan bukan ibu. Sue nak derhaka pada suami selepas bernikah
nanti? tak cinta dan segalanya atas dasar terpaksa?”
Sueriati
pantas menggelengkan kepala.
“Sue
buntu, Emma. Sue tak tahu nak buat macam mana? Sue tak tahu.”
Sueriati
mengongoi macam anak kecil kematian ibu.
Emma
mengusap-usap belakang Sueriati. Dia turut bersedih melihat penderitaan yang
sedang di tanggung oleh rakan serumahnya.
“Sue tak
tahu apa yang perlu Sue lakukan Emma. Sue dah terima lamaran mereka. Hujung bulan
kami akan bertunang. Macam mana Emma? Sue pening memikirkan semua ni. Sue rasa
macam nak lari jauh!”
“Jangan
lari Sue. Itu bukan cara untuk menyelesaikan masaalah. Apa yang perlu Sue
lakukan adalah. Sue berterus-terang sahaja dengan kedua orang tua Sue.
Terangkan baik-baik dan jelaskan dengan terperinci. Emma rasa mereka akan
terima keputusan dan pandangan Sue. Yang nak bernikah bukan mereka tetapi Sue.
Kalau selepas bernikah Sue tak bahagia rumahtangga kacau-bilau siapa yang
susah?”
Betul
apa yang dikatakan oleh Emma. Tapi apa yang harus aku lakukan? Aku buntu!
“Macam
mana Sue nak jelaskan pada mereka? Mesti mak sedih. Sue tak sanggup lihat mak
kecewa, tolong Sue, Emma. Tolong, Sue.”
Sueriati
mengoncang-goncang bahu Emma.
“Macam
ni. Ada satu sahaja cara. Ajak Dato Borhan berjumpa dengan kedua orang tua Sue.
Sue ikut sekali. Terang dan jelaskan hubungan Sue dan Dato.”
“Nanti
apa kata Acik Munah? Kamal? Sue takut!”
Sueriati
cemas. Berlegar-legar wajah mak, ayah, Acik Munah dan Kamal.
“Jangan
membuat sebarang andaian Sue. Cuba dulu, tengok apa kata dan reaksi mereka. Apa
jua keputusannya hanya Sue yang boleh putuskan dan bukan kedua orang tua Sue.
Sue kena ingat orang tua mana yang nak anaknya merana dan tak bahagia bila
berumahtangga nanti?”
Sueriati
terangguk-angguk. Ada benarnya apa yang Emma cakapkan. Kebahagian aku adalah
kebahagiaan buat mak dan juga ayah.
“Bila
rombongan akan datang meminang?”
“Hujung
bulan ini.”
“Bila
pula bernikah?”
“Hujung
tahun ini juga.”
“Lebih
baik Sue bertindak segera. Sebelum kedua keluarga buat segala persiapan
pertunangan.”
“Err..
habis tu macam mana? Bila Sue perlu berdepan dengan mak dan ayah?”
“Esok!”
“Esok??!
Sue.. Sue takut, Emma.”
Sueriati
terkejut. Secepat itu, tidak mungkin. Dia belum sempat lagi berbincang dengan
Dato Borhan.
“Sebaiknya
esok. Sebab esok cuti. Lagi cepat lagi bagus. Jadi taklah serabut mata Emma
tengok Sue asyik menangis dan muram macam ni.”
Emma
tersenyum manis. Sueriati terangguk-angguk. Handset di capai dan terus mendail
no handset Dato Borhan. Sekali dering sahaja, panggilannya terus bersambut.
Sueriati telan air liur. Dia kumpul segala kekuatan yang ada.
“Han,
kita perlu berjumpa.”
“Jumpa?
Sure! When?”
“Now!”
KLIK!
Talian
di matikan. Dia melepaskan sebuah keluhan yang amat berat. Terasa ringan
sedikit dadanya. Namun hatinya gementar hanya Tuhan sahaja yang tahu.
Mampukah
Sueriati menghadapi semua dugaan itu?
*Nama dan watak di atas tiada berkenaan dengan yang hidup atau pun yang mati*
Nantikan BAB...26 ;)
2 comments:
hangat!!!
Kak Sha, sy rindu Siah :-(
Iskkkk episod ni ada watak nama Emma pulak yer..ni bertambah semangat nak baca...kih kih kih, cepat ler masukkan bab seterusnya....
Post a Comment