Ada Aku Kisah!


Manuskrip Ada Aku Kisah!

DI LARANG COPY PASTE!

HAK TERPELIHARA

TEKAN 'SIGN IN' ANDA DI DALAM LIST KESAYANGAN SAYA EKK...

Monday, October 1, 2012

Ada Aku Kisah! BAB 24


Ada Aku Kisah!


Hak Cipta Terpelihara. 
Jadi sebarang Copy paste ADALAH DILARANG SAMA SEKALI!
Jika ada kesilapan ejaan atau pun ayat, harap maklum manuskrip Ada Aku Kisah! belum lagi di edit oleh pihak EDITOR.

Bab 24
Kain baju bertimbun-timbun dalam bakul. Mak semenjak terima rombongan merisik dari Acik Munah asyiklah mencuci itu dan ini. Cuci kain langsirlah, tukar langsir barulah. Cuci alas meja, lepas tu gantikan dengan alas meja baru. Pendek kata serba-serbi semuanya baru! Padahal puasa pun belum.
 “Siah. Mak tengok semenjak kebelakangan ni Siah diam aje. Macam tak ceria, kenapa Siah? Cakaplah dengan mak.”
Aku bantu mak melipat pakaian. Duduk kami berdua di ruang menonton tv. Mata aku melekat di tv, telinga aku dengar apa yang mak cakapkan.
“Siah biasa ajelah mak. Cuma badan ni rasa tak selesa agaknya sebab cuaca panas sangat kot.”
Aku memberikan alasan. Hati di dalam tiada siapa pun yang tahu. Antara aku dengan Tuhan sahaja yang tahu bagaimana perasaan aku kini kian parah.
“Banyakkan minum air masak. tak lama lagi kita dah nak puasa. Cuaca pulak semakin panas.”
Aku mengangguk. Laju sahaja tangan aku melipat pakaian di dalam bakul. Tinggal sedikit, cepatlah siap aku rasa macam nak tidur! Hanya tidur sahaja yang dapat melenyapkan stress aku.
“Mak ingat masa majlis bertunang Kak Long kau tu nanti. Mak nak buat pulut kuning sebagai cenderahati buat tetamu yang datang. Okay tak Siah? Rendang daging mak bungkus sekali dalam bekas kecik. Mesti jiran-jiran kita suka.”
Ceria dan gembira sahaja suara mak bercakap. Aku yang jadi tukang dengar menjeruk hati!
“Kau ajak sekali Olia, jangan lupa datang bantu apa yang patut. Kita kekurangan orang Siah. Ada dua tiga tempat jiran kita buat kenduri pada hari Kak Long kau bertunang tu nanti. Tak pun ajak aje Olia tidur rumah kita.”
Urghhh... mak boleh pulak ajak berbual topik majlis pertunangan Kak Long dan Abang Kamal. Aku malas nak ikut campur! Aku bosan!
“Buatlah apa yang mak rasa patut. Siah no komen. Asalkan Abang Kamal tu jadi menantu mak dan jadi abang ipar Siah. Siah okay.”
Aku bohong! Setiap kali menyebut nama Abang Kamal hati aku bagai di robek!
“Nak ke mana tu Siah?”
Aku sudah berdiri tegak. Sengal segala urat kaki aku lama duduk bersimpuh di lantai.
“Dapur.”
Aku menjawab pendek.
“Makan lagilah tu?”
Aku sebak. Mak selalu cakap macam tu, apa mak ingat aku ni kalau ke dapur aje mesti nak selongkar bawah tudung saji atas meja tu ke? Sedihnya aku.
“Siah ke dapur sebab nak tutup tingkap, kan dah nak senja.”
Aku berjalan dengan airmata meleleh di pipiku. Ya! Tuhan! Kenapa dengan aku? Airmata mudah benar mengalir.
Alang-alang mak dah tuduh aku ke dapur sebab nak makan. Aku singkap tudung saji. Ada peha ayam goreng sisa makan tengahari tadi. Aku capai seketul. Aku berjalan menuju ke bilik. Aku patah balik semula ke dapur. Aku ambil seketul lagi peha ayam goreng.  Kanan kiri tangan aku genggam peha ayam goreng. Cepat-cepat aku bawak masuk ke bilik. Sebelum mak ternampak! Ada aku kisah!

.......................

“Siram pokok bunga, lepas tu jangan lupa aturkan pasu bunga tu biar elok sikit, tidaklah bersepah aje macam tu, susah nak keluar masuk kereta.”
Mak berleter di pagi hari. Aku yang tadinya bukan main nyenyak berselubung dalam selimut mak kerah suruh bangun awal.
“Majlis dah nak dekat ni Siah. Rumah kita masih bersepah tak berkemas. Nanti orang datang apa kata mereka? Ada anak dara tapi pemalas!”
Mak mulalah tu. Mulalah nak ungkit, itu yang aku paling angin!
Muncung aku panjang sedepa. Mak dah masuk semula ke dapur. Senyap-sepi tanpa suara mak berleter. Tenang sikit otak aku. Kalau tidak serabut!
“Siram pokok, Siah.”
Aku terus menyiram pokok-pokok bunga mak yang segar dan menghijau di dalam pasu. HAti aku merungut geram tak sudah! Lepas Mak pergi, sorang lagi muncul! Lemah betul! Apalah nasib aku pagi ini.

“Ohh... Siah.. siram pokok bunga ke?”
Lembut benar suara Acik Munah menegur. Lain benar nampaknya. Baik ada makna ke? Sebab anak tunggalnya tu nak jadi Abang ipar aku? Huh! Aku mendengus dalam hati. Kalau ikutkan hati aku malas aku nak layan Acik Munah.
“Haah, siram pokok.”
Aku menjawab sambil lewa.
“Baguslah tu Siah. Jadi anak dara kenalah pandai buat kerja.. serba-serbi nak kena ambil tahu. Jangan tahu nak makan aje.”
Ewah! Lancang betul mulut Acik Munah. Sekejap aje memuji lepas tu di sindirnya aku. Aku cebikkan mulut. Menyampah aku!
“Dah tempah baju ke? Tak lama lagikan Kak Long nak bertunang dengan Abang Kamal kau tu. Warna apa agaknya Siah?’
Acik Munah terkekeh ketawa. Apa yang kelakar? Aku mencebikkan bibir. Tapi Acik Munah tak nampak.
“Tak ada tema.”
Aku menjawab pendek. Muka aku serius langsung tiada secalit pun senyuman.
“Majlis bertunang tu nanti, mak kau masak apa agaknya Siah? Acik buat simple aje.. jiran yang datang sama juga. Lepas makan minum rumah Acik terus ke rumah kau pulak.”
“Mak! Acik Munah tanya mak masak apa untuk kenduri tu nanti?”
Aku melaung macam nak apa, sengaja aku jerit kuat-kuat. Aku malas nak dengar apa yang Acik Munah membebel. Macam langau!
Mak keluar terkesing-kesing sambil melipat lengan baju kurung kedahnya.
Aku terus meluru masuk ke dalam. Malas aku nak masuk campur! Makan dan tidur lagi bagus! Ada aku kisah!
"Laa... Munah rupanya.. ingatkan kenapalah Siah terjerit-pekik. Siah.. Siah.. kau ni buat mak terkejut aje tau."
Aku tak nak dengar apa yang mak dan Acik Munah bualkan. semuanya serba membosankan! menjemukan! aku menjerit di dalam hati.
Akhirnya aku menangis di dalam bilik.

....................

Aku membaca sambil menulis nota Sains di dalam buku. Laju sahaja aku menulis. sambil menulis aku kunyah biskut oreo. Aku tak lapar tapi aku tak boleh berhenti dari terus mengunyah. Hobi aku sejak azali.
Aku berhenti dari menulis. Air masak di dalam botol mineral aku tuang di dalam gelas kaca. Aku minum sedikit. Bilik tidur aku yang tidak berapa besar terasa benar-benar kosong. Sekosong hati aku sekarang ini.
"Bosannya!"
Aku berkata-kata sendirian. Aku tutup buku nota. Mood nak mengulangkaji pelajaran dah lesap sekejap tadi.
Aku capai handset, lama aku tenung.
Aku tekan nombor handset Olia. Aku matikan. Tak ada mood pulak aku nak berbual dengan Olia.
"Hmmm..."
Akhirnya yang meluncur sebuah keluhan yang amat berat dari bibirku.
Aku mengeliat. Berderap-derup bunyi tulang-temulang aku yang besar. Aku menguap.
"Siah kau tengok apa yang mak bawak ni. Mesti kau suka."
Terkejut aku! mujur tak pengsan! Mak aku asal boleh aje masuk bilik aku tak beri salam ke, ketuk dulu pintu aku tu, ni tak main pakai terjah aje! aku mendengus geram.
"Mak ni.. terkejut tau Siah."
“Nah! Cuba muat ke tidak. Kalau tak muat mak sempat lagi nak hantar ke kedai tailor suruh betulkan.”
Mak menyuakan sebungkus beg kertas kepada aku. Langsung tak pedulikan aku yang sedang masam mencuka. 
“Apa ni mak?”
Aku menyoal. Bungkusan plastik tidak kusambut. Aku kebosanan ya amat!
“Jubah. Mak tempah di kedai tailor. Kita pakai sedondon masa Kak Long kau bertunang tu nanti, biar nampak senada aje.”
Ceria betul mak. Aku yang makan hati! Pendek kata hati aku tu kalau di makan memang dah hancur dah sekarang ni!
“Nanti Siah cuba.”
Aku menjawab sambil lewa. Beg plastic yang berisi jubah langsung tak ku jengah.
 Aku malas! Tak ada mood langsung!
“Cuba sekarang. Takut kalau hantar lambat, nanti tailor tu tak nak terima.”
Suara mak yang tadinya ceria, tegas dan garang.
Akhirnya aku cuba juga. Malas nak dengar mak berleter.
“Alaa.. mak ni, Siah mana suka pakai jubah! Meleret-leret kat lantai. Lecehlah.”
Aku merungut. 
"Cubalah cepat!"
Mak memaksa. Dan aku terpaksa juga menyarung jubah berwarna ungu muda. Warna kesukaan Kak Long. Dulu aku suka, sekarang tidak lagi!
“Cantik pun!”
Mak memuji. Aku tetap toya tak berseri.
“Mujur muat. Kalau tak, satu hal nak kena tetas kain tu.”
Aku tarik muka masam. Aku tak suka mak cakap macam tu kat aku. Aku ni dah besar! Dah dewasa, mak buat aku macam aku ni masih 7 tahun! Kecik hati aku.
“Nak ke mana pulak tu?”
Mak tercengang-cenggang. Tak ada hujan ribut aku dengan jubah panjang meleret ke lantai terus aje menonong ke dapur. Aku nak makan! Aku lapar! Lepas tu aku nak tidur! Ada aku kisah!


*Nama dan watak di atas tiada berkenaan dengan yang hidup atau pun yang mati*

Nantikan BAB...25 ;)

2 comments:

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

lama tak dengar & sebut perkataan 'TOYA' hehehehe..

kesian Siah.. :-(

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

Kak Sha, cepatlah sambungggggg