Ada Aku Kisah!


Manuskrip Ada Aku Kisah!

DI LARANG COPY PASTE!

HAK TERPELIHARA

TEKAN 'SIGN IN' ANDA DI DALAM LIST KESAYANGAN SAYA EKK...

Sunday, July 1, 2012

Seribu Rindu Untukmu ~ Karya Shahriah Abdullah Ke~6


Seribu Rindu Untukmu ~ Karya Ke~6 Shahriah Abdullah

Maya seorang gadis berusia 25 tahun, berdarah kacukan, cantik, bersopan-santun, dan segalanya cukup serba-serbi. Sayangnya Maya tidak pernah kenal apa itu erti cinta. Dia tidak pernah bercinta, kerana selama ini dia memegang prinsip 'Cinta tidak perlu di cari kerana cinta akan datang sendiri.'


Pertemuan Maya dan Syed Muzaffar di sebuah pusat peranginan, telah membuka hati Maya untuk kenal apa itu erti Cinta. Kehadiran Syed Muzaffar membuatkan segala apa jua yang dia lakukan tidak  menentu, hanya bayangan lelaki kacak itu sahaja yang ada di matanya.

Misi Maya pun bermula, cabaran Zura sahabat karibnya agar dia menulis cerita cinta di sahut oleh Maya. Semenjak itu Maya mula mendampingi Syed Muzaffar lebih rapat lagi dengan tujuan memenuhi cabaran Zura.


Perpisahan terjadi, sedangkan waktu itu Maya mulai jatuh cinta dengan Syed Muzaffar, begitu juga dengan lelaki kacak itu. Perpisahan tanpa rela dengan janji yang telah mereka ikat dan simpul mati. Walau apa pun terjadi, Maya tetap akan menanti Syed Muzaffar datang melamarnya. Itu sumpah dan janji yang telah mereka berdua lafazkan bersama.

Hari berganti minggu, bulan berganti tahun, Penantian Maya terhadap Syed Muzaffar bagai 'Menunggu buah yang tak gugur' Maya tetap setia. Keluarga asyik memaksa Maya mencari pasangan kerana Maya kelihatan hanyut dengan janji yang tak pasti.


Cinta Maya terhadap Syed Muzaffar tidak pernah luntur. Di mana Syed Muzaffar? kenapa dia tidak datang melunaskan sumpah dan janji mereka suatu ketika dahulu?

Ismail hadir di kala Maya kelemasan menanti lamaran Syed Muzaffar yang perginya entah ke mana. Pertemuan antara Maya dan Ismail juga tidak di atur. Maya tertarik dengan Ismail kerana jejaka itu ada persamaannya dengan Syed Muzaffar yang dia rindui selamanya.

"Ingat Maya, ini janji Muzz pada Maya. Walau apa pun yang terjadi, Maya akan menjadi milik Muzz suatu hari nanti. Ingat! Itu janji Muzz!" ~ Syed Muzaffar

*****

"Kenapa Maya lakukan semua ini Maya? Kenapa? Maya ingin membalas dendam terhadap lelaki-lelaki yang pernah melukakan hati Maya selama ini? Kenapa Maya tidak fikirkan baik dan buruknya Maya?" ~ Ismail


Sedikit coretan dariku :

Seribu Rindu Untukmu adalah satu-satunya Novel yang paling sukar buat Shahriah. Memakan masa hampir 3 bulan lebih untuk di siapkan manuskrip Seribu Rindu Untukmu. Bersengkang mata sehinggakan mengalami sakit tulang belakang yang agak serius.

Sepanjang menulis, rupanya Shahriah tersilap format... :D patutlah sampai sakit tulang belakang. Mengejar lebih kurang 650 muka surat, tiba sahaja di meja pengarang... kisahnya manuskrip mencecah sehingga 953 muka surat!!!!! :))

Bukan mudah untuk menyiapkan Seribu Rindu Untukmu.. kisah cinta, penuh konflik, duri dan ranjau, kasih sayang, keluarga, pengorbanan anak kecil yang tidak kenal erti kasih sayang seorang ayah.. hmm.. macam-macam yang Shahriah masukkan di dalam Seribu Rindu Untukmu. 

Syukur Alhamdulillah... sejak 2010 Seribu Rindu Untukmu di terbitkan dan sehingga kini Seribu Rindu Untukmu tetap mendapat sambutan hangat! malah telah di ulang cetak!


Syukur Alhamdulillah.. kepada semua peminat karya Shahriah Abdullah yang telah memiliki dan membaca Seribu Rindu Untukmu... jutaan terima kasih Shahriah ucapkan buat anda semua.. anda semua adalah nadi buat Shahriah lebih bersemangat untuk terus berkarya dan menghasilkan Novel yang lebih menarik dan mantap! Insyallah... ~Wallahualam~


Kepada yang belum memiliki Seribu Rindu Untumu.. jangan tunggu lagi!
dapatkan Seribu Rindu Untukmu di pasaran sekarang juga! :)


Sekian sahaja.. tunggu sinopsis Karyaku yang lain ya... jangan lupa datang ke...




Jumpa anda semua :) Shahriah akan berada di Pesta Buku Selangor pada 8hb Julai jam 2-5 petang!!! info yang lebih tepat dan penuh dengan aktiviti akan Shahriah update tidak lama lagi.. jangan lupa luangkan masa untuk bertemu dengan Shahriah tau! semestinya ada cenderahati buat semua yang mendapatkan Karya-karya Shahriah Abdullah.. Jumpa nanti!!

Assalammualaikum.. salam ceria buat semua.. :)

TATA!!


2 comments:

Salmi Khairil said...

insyallah kak sha, kalau xde aral melintang kita jumpa di sana yer..hubby SKA on jer... nak tengok akak memasak plak..

Shahriah Abdullah Novelis said...

Tq so much Salmi cayang kak sha.. okay tunggu nanti akak hupdate kan info aktiviti di pesta buku Selangor tu nanti ya... cakap suami kosongkan perut bila jumpa nanti hehhehe