Assalammualaikum, :)
Syukur Alhamdulillah apa yang di war-workan DI SINI akhirnya nyata dan benar :D
Informasi agak tersilap sedikit, kisahnya hanya keluar di SINAR HARIAN EDISI SELATAN SAHAJA. :D
Bagai nak rak berlari ke kedai berdekatan awal pagi, semata-mata nak lihat dan baca tentang KERANA SEBIJI EPAL kerana kebetulan pada hari itu berada di Kuala Lumpur :D
Jutaan buat Cik Marina Sahabudin yang bertanggungjawab sebagai editor yang sudi memaparkan tentang KERANA SEBIJI EPAL.
Walaupun Cik Marina hanya berhubung dan perbualan singkat hanya melalui telefon dan selebihnya setiap soalan yang di ajukan hanya melalui email.
Hati teruja benar! :D Syabas! Cik Marina memang keless.. hasil tulisannya tentang apa yang ku emailkan panjang berjela dan beliau berjaya menyusun tiap ayat dengan begitu santai, mudah di fahami dan padat! Cik Marina you memang TERBAIK! :)
Okay kepada yang terlepas pandang atau tak tahu tak pe.. i sanggup taip semula apa yang Cik Marina tulis tentang KERANA SEBIJI EPAL demi you all :D dan juga untuk rujukan i :) taklah semua.. sikit aje jadilah ya..:) dari tak de :))
SINAR HARIAN, TARIKH 15HB JULAI 2012,
Bahagian TINTA ZASS
Di atas sambutan menggalakkan terhadap novel Kau Mawarku dan Cinta Najla, lahirlah karya terbaru Kerana Sebiji Epal, nukilan Shahriah Abdullah. Menurut Shahriah, Kerana Sebiji Epal merupakan garapan istimewa hasil daripada kedua novelnya sebelum ini.
"Kisah yang dipaparkan menerusi novel ini adalah kisah benar yang berlaku dalam masyarakat kita. Apabila mendapat tindak balas daripada pembaca yang meminta kisah seperti itu diterbitkan semula, saya terus berbincang dengan editor untuk mencari penyelesaiannya," katanya.
Berkongsi keistimewaan novelnya berbanding novel yang sedia ada di pasaran, jelas Shahriah, kekuatannya terletak pada jalan ceritanya.
"Saya yakin kisah benar yang diketengahkan mempunyai keunikan tersendiri. Mungkin bagi penulis lain mereka gemar menggunakan jalan cerita yang berdasarkan pemerhatian, tetapi kisah benar biasanya mempunyai nilai yang tinggi," katanya.
Mula bergelar penulis pada tahun 2006. Ketika itu, dia antara enam penulis pertama yang menghasilkan novel di bawah terbitan Buku Prima, Grup Buku Karangkraf.
Kau Mawarku
Cinta Najla
Setitis Kasih
Secalit Sayang
Kau Tercipta Untukku
Seribu Rindu Untukmu
Untukmu Yuna
Turut menghasilkan sebuah buku resipi.
Tanggungjawab tidak terjejas,
SEBAGAI isteri dan ibu kepada tiga cahaya mata, Shahriah menjelaskan kariernya itu tidak pernah menjejaskan tanggungjawabnya terhadap keluarga.
"Saya seorang yang sangat komited terhadap tugas, sama ada sebagai penulis, isteri mahu pun ibu. Bagaimana pun, saya hanya serius ketika bekerja. Sebab itulah, saya membuat jadual supaya kerja yang perlu dilakukan tersusun dan siap seperti yang dikehendaki. Pun begitu, sebelum menulis saya akan memastikan semua urusan rumahtangga selesai terlebih dahulu. Kemudian barulah saya boleh memberikan tumpuan 100 peratus terhadap penulisan. Dan biasanya karya saya akan siap dalam tempoh yang singkat," katanya.
Sekian sahaja. Jadilah yaa walaupun tak larat nak ku taip sepenuhnya apa yang ada dalam surat khabar penuh satu muka tu :)
Sambutan dari peminat novel terhadap Kerana Sebiji Epal juga amat menggalakkan.. Terima Kasih ALLAH.. terima kasih teman semua yang selama ini sentiasa mengikuti perkembangan dunia penulisan Shahriah dan secara tidak langsung, sebenarnya anda semua adalah pendorong UTAMA untukku lebih giat lagi untuk menghasilkan karya yang lebih mantap di masa akan datang. ~Wallahualam~
DAN SATU LAGI BERITA GEMPAK!
KEPADA YANG INGIN JOIN KUIZ
'LEBIH RAMAI, LEBIH MERIAH DUNIA BLOGGING KITA SEMUA, YA, GITEEW'
sebelum itu kenalah KLIK SINI UNTUK TERMA DAN SYARAT DAN BARULAH BOLEH SERTAI KUIZ MUDAH INI :)
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
JENG! JENG! JENG!!!
ini dia soalan KUIZ YANG PERTAMA!!!
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
Amacam? mudah aje tu kan kan?
Okay bila dah jawab.. simpan dulu jawapan anda.. sehingga tarikh tutup *akan diberitahu kelak bila tarikh tutup*
Sebarang soalan boleh turunkan di sini.. Sekian selamat berkuiz!
setakat ini baru beberapa hadiah yang kupaparkan HADIAH GEMPAR! BARU SIKIT AJE TU YANG KU PAPARKAN..
apalah agaknya HADIAH UTAMA YA???? ;) :D
Assalammualaikum.. :)
TATA!!
13 comments:
K.Sha ~ jwapan nak tulis kat komen ke atau nak simpan dulu?
Waalaikumussalam.... seronok pulak mengejar Sha ke sana ke mari ha ha ha hahhhh.....
asyifa cayanggg.. simpan dulu... nanti akak beritahu bila nak paparkan.. RAHSIA.. nanti orang baca jawapan adik hehheheee
Kak Amie cayang hahaha.. gelak sha baca komen akak ni.. tu lah bukan akak aje terkejor.. sha lagi ler.. macam nak haper dah ni hehehee.. tq so much kak Amie.. muahzz
Tahniah kerana kak sha dapat masuk sinar harian :)
Makin meletoplah kak sha lepas ni.. :)
Amin... terima kasih adikku Ashraf jejaka pujaan ramai.:) Insya~ALLAH dik rezeki ALLAH dah tentukan.. akak terima seadanya.. :)
malatops kak sha..masok paper gituuu :P
congratulations.....masuk paper lagi......nak jadi cerita, samalah kisahnyer d sini....pepagi dah keluar cari sinar harian.....Ada dekat 5 buah kedai p dah habis.....amboiiiiii.....terdetik dlm hati....lakunyer....dah frust.......almost lunch time dah kena balik masak...terlupa beli taugeh..nak masak soto..xde taugeh x best....so pergilah ke satu kedai runcit ni...tunggu timbang taugeh tetiba terpandang sinar harian dekat counter....last copy & tuan kedai nak baca.....minta nak beli dia kata x jual.....nak pinjam flip threw segan......so wat derk jerlah..tengah nak masuk kerata wif dia panggil...katAnya nak x akhbar ni......apalagi.....Mestilah nakkkkkkk......so dpt lah beli.....belek punya belek....hahahaha....edisi selatan rupanyer kerana sebiji epal keluar.....apa2 pun 'tahniah'......
Ibu Gebu jangan jeless surat khabar aje tu hehhee... tq dear muahzz
Azilla cayang tq dear muahzz
Ksue cayang.. alolooooo samalah kita teruja jugak hehee.. apa pun terima kasih juga kak sue... harap hubungan kita akan kekal selamanya amin.. cayang kak sue.. muazzz
wah banyaknya novel akak
singgah malam di rumah ini ;)
Post a Comment