Ada Aku Kisah!


Manuskrip Ada Aku Kisah!

DI LARANG COPY PASTE!

HAK TERPELIHARA

TEKAN 'SIGN IN' ANDA DI DALAM LIST KESAYANGAN SAYA EKK...

Tuesday, May 24, 2011

SETITIS KASIH

SETITIS KASIH
:
♥ SETITIS KASIH ♥
♥ KARYA KETIGA SHAHRIAH ABDULLAH BERSAMA BUKU PRIMA ♥
♥ TERBIT PADA TAHUN 2007 ♥

♥ BAB 11 ♥

    "Macam mana kak?"
Mikail hanya tahu ucapkan perkataan itu sahaja.
    "Macam mana? Macam nilah!"
Mariani meninggikan suaranya. Bukan geram dengan Mikail tetapi geram dengan emak yang menyibuk ikut ke Kuala Lumpur. Habislah rancangan mereka berdua.
   "Macam ni, biar anak dara tua tu duduk rumah Kail. Kakak ambil cuti bawa mak bercuti. Macam mana? Okey tak?"

♥ BAB 24 ♥

    "Ani, awak benar-benar mahu pergi ke Filipina?"
  "Ingat saya main-main ke?" Saya wanita korporat bukan perempuan keparat yang hanya duduk di ceruk dapur. Macam si Riah anak dara tua ty. Saya pun ada cita-cita saya. Macam awak jugak."
   "Habis tu anak-anak?"
   "Bibik kan ada. Selama ini pun Bibik yang jaga budak-budak, bukan saya atau awak. Riz. Selama ini budak-budak berdua tu okey. Tak kisah bila ditinggalkan."
  "Selama dua bulan? Awak nak tinggalkan budak-budak tu pada Bibik? Lagi dua hari nak raya Ani, awak tak teringin cium tangan mak di pagi raya?"
Mukriz menarik tubuh Mariani memandang ke arahnya.
  "Lepas lah!"
Mariani menepis....

♥ BAB 51 ♥

     Inikah balasan kepada perbuatanku selama ini? Memang aku patut menerima hukuman ini. Selama hampir setahun aku meninggalkan mereka, tanpa khabar dan berita. Kini aku datang untuk menagih kembali kasihku yang telah lama aku khianati? Tidak! Tidak! Memang aku patut dihukum!
    Aku isteri yang curang kepada suami yang setia dan adil terhadap diriku. Aku gagal menjadi seorang ibu yang baik dan menjadi contoh kepada anak-anakku. Aku memang insan yang tidak berguna. Aku manusia tamak. Aku manusia ego. Aku pentingkan harta dan kekayaan dan sanggup melupakan insan yang selama ini mengharapkan belaian dariku. Aku berdosa! Aku berdosa! Mariani meraung di dalam hatinya.....................
:
JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA YANG TELAH MEMILIKI KARYA SHAHRIAH ABDULLAH 
~SETITIS KASIH~
KARYA KETIGA SHAHRIAH ABDULLAH

No comments: