Yuna dan adiknya Ana adalah anak angkat kepada Encik Bashir dan Puan Kasmah. Walaupun kehidupan mereka sekeluarga 'Umpama kais pagi makan pagi, kais petang makan petang'. Kemiskinan bukan penghalang buat mereka untuk meneruskan kehidupan seharian walaupun tiap hari makan nasi seorang sesenduk dan sering tidak berlauk walaupun hanya ikan bilis secubit. Namun begitu kehidupan mereka di pondok buruk sangat bahagia, umpama tinggal di singgahsana yang cukup indah.
Kehidupan Yuna dan Ana mulai berubah.. setelah kematian Puan Kasmah ibu angkat yang mereka kasihi. Encik Bashir terpaksa meninggalkan mereka berdua di bawah jagaan Mak Ngah Munah kerana bekerja jauh dari kampung halaman demi mengubah nasib mereka bertiga.
Yuna dan Ana teruk di dera Mak Ngah Munah yang cemburu dan tamakkan harta Encik Bashir yang hanya sekangkang kera. Yuna di pukul, di caci di kurung dan tidak di beri makan begitu juga dengan Ana. Kehidupan mereka berdua semenjak itu umpama neraka dunia! Kekejaman Mak Ngah Munah membuatkan Ana bercadang untuk lari dari cengkaman manusia bertopengkan Syaitan. Mak Ngah Munah berang lalu mengurung Ana berhari-hari tanpa di beri makan dan diseksa umpama hamba abdi. Yuna tidak mampu berbuat apa-apa kerana Mak Ngah Munah mengugut untuk membunuh Ayah angkat mereka seperti Mak Ngah Munah membunuh ibu angkat mereka.
Kekejaman Mak Ngah Munah berakhir dengan sebuah tragedi yang sungguh menyayat hati. Ana mati di tangan Mak Ngah Munah. Walaupun segala penderitaan telah berakhir dan tiada lagi penderaan dan cacian dari Mak Ngah Munah, namun jiwanya terseksa, kerna adik kesayangannya telah pergi buat selama-lamanya.
Perkahwinan yang di aturkan oleh Encik Bashir untuk Yuna, dengan seorang lelaki tua dan tidak pernah Yuna kenali seumur hidupnya. Demi membalas jasa baik Encik Bashir yang selama ini mendidik dan menjaganya sejak kecil Yuna pasrah... berubahkah kehidupan Yuna yang serba daif itu??? kenapa dia terpaksa berkahwin dengan lelaki tua yang usianya bagai langit dengan bumi?? dapatkah Yuna menerima lelaki itu????
Segalanya terjawab di dalam....
>>> Antara petikan yang terdapat di dalam dialog UNTUKMU YUNA <<<
"Tadi ayah ambil upah tebas lalang di kebun Pak Imam. Lepas tebas, dia suruh ayah turunkan kelapa. Hah, tu yang dia sedekah kat ayah. Err... cuba kau kira berapa biji yang ada. Boleh beli beras dan gula nanti. Kalau ada lebih, boleh ayah beli anak-anak ikan." Encik Bashir
"Mampus kau! kau dan kakak kau tu menyusahkan hidup aku. Kalau bukan kerana ibu kau, aku dah lama bernikah dengan Bashir, kau tahu tak!" Mak Ngah Munah
Kelahiran Untukmu Yuna karya ke~7, sungguh bererti buat saya. Pertama kali menulis kisah penuh tragis, bermain dengan emosi, penderaan dan pencarian kasih sayang yang sukar untuk dikecapi. Apatah lagi menghayati watak Yuna dan Ana yang cukup terdera dan terseksa hidupnya, seolah-olah diri ini adalah Yuna dan Ana. Segalanya kuluahkan di dalam Untukmu Yuna, khas buat peminat semua. Shahriah Abdullah... :)
Tunggu sinopsis Karya-karyaku yang seterusnya.. Jangan lupa dapatkan di pasaran!! Terima Kasih... :) Assalammualaikum...
TATA!!
1 comment:
baru beli novel nie..and baru start baca...emm..pas nie nak beli Kerana sebiji epal plak...
Ayu selalu beli novel keluaran Karya Seni & Kaki Novel..but now nak baca hasil tulisan kak Syariah plak..
tapi novel Kau Tercipta Untukku..dah baca dah..best!!
Post a Comment