Assalammualaikum.. Syukur ke Hadrat Ilahi.. apa yang di war-workan.. apa yang di bisik-bisikkan di blogs dan laman Facebook ku ini.. akhirnya... acara Novelis Turun Padang! berjaya ku realisasikan... Syukur Alhamdulillah.. Syukur ya! ALLAH! segala urusanku di permudahkan OLEHNYA.. Amin... :)
Bertempat di MPH Alamanda.. majlis bermula jam 2:00 - 3:00 Petang, seperti selalu i akan datang lebih awal sejam atau 30 minit lebih awal.. itu cara yang ku amalkan selama ini. Demi menghormati jemputan dari pihak Karang Kraf.. :)
Jutaan terima kasih buat Adik Ashraf selalu pengurus majlis pada hari itu. Ashraf lah insan yang bertanggung jawab menguruskan segala atur temu bersama peminat pada hari itu.. Terima Kasih Adik Ashraf.. dia adalah seorang blogger juga.. tapi belum berkesempatan nak mengintai yang mana satu blogs beliau.. nanti kalau Ashraf terbaca ni.. silalah inbox akak ya.. biar akak add dan link kan Ashraf di blogs akak ni.. macehh.. :)
Tepat jam 2:00 petang aturcara majlis pun bermula.
sangat tenang dan cool aje di MPH tu.. ramai pengunjung yang datang.. tapi sepi aje.. maklumlah.. kedai buku.. mana boleh bising yer tak.. :))
Novelis Turun Padang!!
bukan i sorang aje tau.. di temani oleh penulis Alaf 21 yang sangat terkenal... iaitu Kak Durrah Fatiha *nama penanya*
senyum dan lembut aje orangnya...
"Sha dah lama tak jumpa Sha, kali terakhir kita berjumpa masa majlis makan malam bersama Permaisuri Agong kira-kira 2 tahun lepas.."
Ya, giteww i pun dah terlupa hehhehe...
banyak yang kami bualkan.. termasuklah aktiviti harian yang sering kami lakukan.. lebih kurang sama aje rupanya Kak Durrah dengan i.. blogger tegar rupanya!!
Kak Durrah pun ada blogs penulisan... pun belum sempat i intai.. Insya_ALLAH lepas ni.. pasti akan ku add kak Durrah sebagai rakan blogger kesayanganku juga.. Insyallah..
Acara dah bermula... i kalau dapat mic, hmm.. panjang ceritalah jawabnya.. :)
"Kak Shahriah.. tolong cerita tentang pengalaman akak di gelanggang MasterChef Malaysia"
ya giteeew kata adik Ashraf tu yaa.. maka berceritalah... :)
i dan Kak Durrah pakat eksen posing dengan karya memasing..:)
Hah! dok kat celah-celah buku yang bertimbun tu yaa.. itulah yang i suka :))
di timbuni buku2.. wahh bestnyaaaaa.... rasa macam nak tidur bertilamkan buku pun ada aww :))
Sesi tanda tangan khas buat peminat karya Shahriah Abdullah...
Sambil tanda tangan tu.. tanyalah apa sahaja.. semestinya akan ku jawab..
tanya satu soalan i jawab 10 soalan! :))
Setiap kali bertemu dengan peminat.. adalah perkara yang paling i suka..
suka i dapat bertemu secara langsung dan berbual mesra.. hilang kepenatan setengah hari perjalanan nak ke Alamanda tu yaa.. hilang dan lesap mood nak bershopping!!!
Nampak tak apa yang Akak tu peluk? yaa itulah cenderahati Angry Birds ikhlas dariku..
bukan satu yang akak tu dapat yaa.. walaupun yang di belinya hanya senaskah karyaku Kerana Sebiji Epal..
siapa aje yang beli.. i tanya..
"Anak akak berapa orang?"
maka kalau 4 orang anak peminat i tu.. 4 keping cenderahati ikhlas dariku..
walaupun tidaklah mahal.. yang penting ikhlas dariku khas untukmu awwww :D
tengah dok berbual tu kan tetiba...
"Kak Sha.. saya SKA.. ingat tak?"
mak aii masa tu jugak i meloncat!! tak sangka blogger yang selama ini berbual hanya di kotak komen blogs i...
akhirnya ada di hadapan mata you!!
mau tak suka!!
suka sangat!!!
SKA datang hanya semata-mata nak berjumpa dan minta tanda tangan dari i.. dia telah memiliki buku resipi
SAJIAN ISTIMEWA SHAHRIAH ABDULLAH....
hadoii... i maintain cool aje tu.. tapi jauh di sudut hati nak aje ku peluk sampai penyet!
:)) :)) :))
Ucapan ini khas kutujukan buat SKA blogger kesayangan KAK SHA yaa..
terima kasih sayang kerana sudi datang semata-mata nak jumpa Akak.. cayang SKA selamanya.. muahzzzzz..
angry birds tu nanti simpan elok-elok yaa... ingat tau.. Angry Birds tu tandanya.. akak tak Angry tapi cayang sangat kat semua peminat.. muahhzzz
Nak tahu siapakah blogger SKA yang i cayang sangat tu.. silalah... ke blogs beliau dan addlah dia sebagai rakan blogger kita yaa.. semoga hubungan di alam maya ini dapat di panjangkan.. Aminn..
terima kasih juga buat suami SKA kerana sangat sporting dan sudi menemani isteri kesayangannya.. anda berdua terbaikk!!!
Kisahnya... tidak berpakat tidak berjanji...
seorang lagi blogger kesayangan i yang selama ini hanya bertegur sapa di kotak komen blogs i tu kan kan.. muncul dengan handbag keler merah!! teruja i you!!
hadoii petang tu memang asyik terkejut-terkejut aje i taw.. Syukur Alhamdulillah... terima kasih ya! ALLAH!
seorang lagi teman blogger kesayangan i.. Kak Ani Choco.. ya giteww nama blogsnya yaa.. Kak Ani!!!! sha teruja sangat dapat berjumpa dengan Kak Ani tauuu..
macam nak picit-picit Kak Ani sampai kempis!!!
:)) :))
Terima kasih Kak Ani sayang kerana sudi memiliki karya Sha yang ke-8
KERANA SEBIJI EPAL..
sayang sangat!!! muahzzzz
Sebelum ini kami tidak pernah berjumpa serius ni ekk.. selalunya Kak Ani hanya komen di kotak blogs i tu aje... cute sangat kalau dia buh komen cam ni..
"Cak! Cak! Sha Kak Ani datang ni.."
haaa lebih kurang macam tulah kalau Kak Ani buh komen.. kiranya mukadimah dia ler tu hehhee...
apa pun... dengan adanya Blogs ini.. banyak perkara yang positif yang dapat ku kongsikan buat semua teman-teman blogger walaupun taklah segah mana... Tapi Kak Ani adalah antara insan yang telah turut sama menjelajah...
Kalau nak tahu silalah bertandang ke rumah Kak Ani blogger kesayanganku itu.. jangan lupa add Kak Ani sebagai rakan blogger anda juga yaa... peramah orangnya.. i sangat suka!!!!
Hmmm.. bila dapat berjumpa.. apalagi.. sembang panjang ler kami.. Kak Durrah kat sebelah tukang sengih aje.. hehee...
Duduk nak sembang tak best! tu dia.. berdiri sama naik.. tinggi betul mereka berdua tu kan kan.. memacam yang kami bualkan.. Syukur Alhamdulillah.. moga hubungan yang terjalin akan kekal selamanya Amin... :)
Sementara menanti ibunya beramah-mesra tu kan.. Nellysha berdiri celah rak!
katanya selesai 3 buah buku yang dia baca...
beli cuma 2 naskah aje :))
Kusyuk...
Amalan membaca sejak dari usia setahun... sehingga kini..
Azellea Nellysha adalah pembaca dan pengumpul buku cerita yang TEGAR!!
moga satu hari nanti... Nelly juga akan jadi seorang penulis.. Amin.. ~Wallahualam~
cap ibu dan adik :))
Bonda turut sama Turun padang!!
terima kasih bonda.. cayang Bonda selamanya... :)
Khas buat semua peminat novel dan peminat dunia kulinari..
jangan lupa dapatkan Karya-karya Shahriah Abdullah ya..
Jutaan terima kasih buat semua yang sudi menyokong Karyaku selama ini..
Amalan membaca adalah Amalan yang mulia..
asalkan bacaan itu memberi sedikit-sebanyak info yang berguna...
yang elok di jadikan tauladan.. yang tak elok.. jadikan sempadan...
Wallahualam..
Sekian sahaja cerita i kali ini.. tunggu ada banyak lagi aktiviti yang bakal menyusul tidak lama lagi.. pastikan anda semua TURUT SAMA TURUN PADANG YA!!
Assalammualaikum.. jumpa lagi.. :)
TATA!!
4 comments:
Assalamualaukim Shaaaaaaaaaaa aduhaiii cak cak.. malusss + kembang fotos fotos ku ada sungguh riang gumbira tersengih sengih kerana di izin Allah swt berjumpa dgn Shaaaaa.. Alhamdulillah .. Syukur Shaaa di izin Allah berjumpa lagi.. seronok teruja thx Shaaaa
hai kak sha!
Asyraf ni.. thanks kerana sudi datang hari itu dari jauh.. terdiam sebentar tengok dalam entri ni ada nama saya!
Insyallah jumpa lagi di Pesta Buku Selangor :)
Seronoknya dengar cerita di... sibuk manjang ye... jangan lupa jaga kesihatan Sha, tidur kena cukup, rehat-rehat he he hehh... supaua idea menulis terus segar menjelma!
ithsChmalunya kiter..dah ler tak comei..thanks pada kak Sha yang sudi melayan SKA dan kak Ani sembang..hehehe malu plak kiter akak puji ke main lagi..(tengah sengih sorang2 depan pc..heheheh)macam2 perasaan ader..kang komen lebih2 siap jadi entry plak kt sini..tggu yer entry dari SKA..sibuk sikit sempat BW jer..LOVE U ALL..
Post a Comment