Ada Aku Kisah!


Manuskrip Ada Aku Kisah!

DI LARANG COPY PASTE!

HAK TERPELIHARA

TEKAN 'SIGN IN' ANDA DI DALAM LIST KESAYANGAN SAYA EKK...

Monday, April 16, 2012

Kerana Sebiji Epal


Assalammualaikum...... Dan Salam Sejahtera buat semua teman-teman tersayang....

Pertama sekali.. Syukur ke hadrat ILAHI.. dengan limpah dan kurnia YANG MAHA ESA... akhirnya terbit sebuah lagi Karyaku bersama Buku Prima @ Karangkraf.... Karyaku yang Ke~8... Kerana Sebiji Epal.....


Di kesempatan ini.. inginku ucapakan Jutaan terima kasih.. khas buat Warga Buku Prima@Karangkraf yang terlibat dengan lahirnya Kerana Sebiji Epal.... Moga ALLAH SWT akan membalas segala jasa baik anda semua... cayanggg sangat...

Sejarah Di Sebalik Kerana Sebiji Epal....

Kerana Sebiji Epal adalah gabungan dari Karya Pertama dan Kedua Shahriah bersama Buku Prima....

Kau Mawarku & Cinta Najla...


Karya Pertama.... Kau Mawarku... terbit pada tahun 2006


Karya kedua... Cinta Najla.. terbit pada tahun 2006

Karyaku yang pertama Kau Mawarku..... dan kisah itu bersambung.. maka terbitlah selang beberapa bulan selepas itu... Cinta Najla... di terbitkan pada tahun 2006..... dan editor yang bertanggungjawab terhadap kedua buah Karyaku itu ialah Pn Siti Aisyah Hussein.... dan Rekebentuk kulit oleh.. Cik Syreena...

Ini dia Insan yang bertanggungjawab menjadikan impianku menjadi kenyataan.. bergelar seorang penulis.. Syukur Alhamdulillah...




**Dan ucapan ini ku tujukan khas buat adik-adik yang ada di dalam gambar di atas tu yerkkk.... yang lain nak baca pun boleh... "Di sini Kak Sha nak mintak ampun kat korang berdua kerana telah mencuri gambar korang kat FB tu yerk... sebab gambar terkini kamu berdua tiada dalam simpanan akak muahahaa...... sila halalkan yerk cayang adik-adikku..... You all berdua dan semualah yang ada dalam gambar tu TERBAIK!!! cayalah!" hehee...

Kisah bersambung.....

Lumrah kami sebagai penulis... ada kala naik dan ada kalanya turun... setiap tahun pasti akan ada sebuah Karyaku yang akan di terbitkan oleh pihak Buku Prima@Karangkraf..... antaranya....


Selepas terbitnya Kau Mawarku dan Cinta Najla... Lahirlah... Setitis Kasih... Secalit Sayang... Kau Tercipta Untukku.. Seribu Rindu Untukmu dan Untukmu Yuna dan yang terkini.... Kerana Sebiji Epal....

Ramai pembaca yang ketinggalan keretapi hehee.. dan ramai pula yang mencari Karyaku Kau Mawarku dan Cinta Najla... *waktu itu tidak lagi di ulang cetak* sambutan pula amat menggalakkan....
Setelah berbincang dengan Ketua Editor Buku Prima yang teramatlah macho dan begitu gagah perkasa.. rasanya tak perlu kenalkan pun Sifu i yang tersohor ni semua orang dah kenal dah pun hehee.... 

Tak Lain dan tak bukan... Tiada dua dan tiganya di dunia ini.... saya ingin mengucapkan Jutaan terima kasih buat... Tuan Haji Mohd Ali...*walaupun ramai yang namanya serupa seperti beliau hehehe* beri tepukan gemuruh!!!


OoppS! Cop! tersilap buh gambar hehehe.. gambar tengah makan ler pulak... *berebut pulak tu hehee* ampun Sifu....

Tepukan Gemuruh berserta guruh....

Sifu Tersohorku.. Tn Haji Mohd Ali....


Sorry Tn Haji i punya gambar terpaksa interframe puas ku cari gambar Tn haji posing secara solo hentah kat folder yang mana satu hehee.. nanti kalau jumpa sha bubuh gambar Tn Hj sorang aje ekk.. ekk.....

Terima kasih Tn Haji Mohd Ali.. kerana sudi menerbitkan sebuah lagi karya Shahriah... Tn Hj Mohd Ali juga yang bertanggugjawab mengedit sepenuhnya Karya Shahriah yang ke~8 Kerana Sebiji Epal..... Terima kasih sangat-sangat... dengan sentuhan beliau pasti dan semestinya Kerana Sebiji Epal akan menjadi rebutan pada setiap pembaca di luar sana... Insyallah ~Wallahualam~

Hati ini cukup gembira berserta sayu.....


Bila ku pandangan dan ku belek kedua-dua buah karyaku.. Kau Mawarku dan Cinta Najla.. hati ini sungguh sayu...sayuuu.........teringat kenangan lalu... sebelum bergelar penulis...

Masih ku ingat kenangan suatu waktu dulu.... kehidupan yang aku harungi sungguh payah.. sungguh berliku.. pelbagai dugaan yang terpaksa kutempuhi.. Suami dan anak-anak adalah pendorong utama untuk meneruskan hidup ini... setiap detik, waktu dan ketika tidak pernah tidak... tapak tangan ini menadah ke langit.. memohon simpati dari YANG MAHA ESA... agar mempermudahkan setiap urusan yang terpaksa aku harungi ketika itu... begitu payah... payah sekali.... kini semua itu hanya tinggal kenangan.... 

Syukur Alhamdulillah.. doaku di perkenankan YANG MAHA ESA...

"Shahriah awak jangan putus asa... saya akan ajar awak bagaimana nak menulis manuskrip.. saya akan terangkan bagaimana.. dan bla... bla.. bla... sila siapkan manuskrip awak tu secepat mungkin."

Dengan sedikit tunjuk ajar dari insan yang sehingga sekarang saya teramat terhutang budi pada beliau... akhirnya... berjaya juga saya menyudahkan sebuah manuskrip.... dalam tempoh 2 minggu.. tidur yang hanya 2 jam atau kekadang tu bersengkang mata tak tidur nak menyudahkan manuskrip.... Tekad, serius dan sangat bersungguh-sungguh.. Berharap sangat agar nasib diri akan berubah... bukan untuk menjadi yang terbaik.. tetapi cukuplah lebih baik dari hari semalam dan yang lepas-lepas....<

Maka...Lahirlah...............................................



Kisah penuh trajis... penuh dugaan.. penuh cabaran.. penuh konflik.... segalanya ku garapkan di situ.... dengan didikan Sifuku Tn Haji Mohd Ali... terima kasih... Sifu.. akan ku ingat jasamu sehingga akhir hayatku.. ~wallahualam~

Kisah Kau Mawarku & Cinta Najla.. ku tulis dengan penuh ikhlas dan jujur... di kala kesempitan dan kepayahan hidupku di kala itu...**Bukan kisah hidup ku tau!* hehhee.. kang ada yang salah faham.. tapi jalan cerita memang berlandaskan kisah benar... 75% kononnya.... hehhheee...

Dan Kini....................... kisah itu telah hidup kembali.. malah lebih mantap dan penuh cabaran dan konflik.... segalanya ada di..... Kerana Sebiji Epal... 



Jangan lupa dapatkan di pasaran!! Insyallah akan berada di Pesta Buku Sedunia di PWTC pada 26hb April ~ 6 Mei....*Insyallah akan saya updatekan tarikh yang lebih tepat... tunggu...

Terima kasih juga kepada semua peminat Shahriah Abdullah dan semua pembaca karyaku yang selama ini penyokong dan ANDALAH nadi utama membuatkan aku.. akan terus berfantasi di dunia penulisanku... Insyallah.. ~Wallahualam~


Syukur Alhamdulillah... Terima KASIH ALLAH SWT.....


Untuk buah tangan khas buat anda semua.. sempat juga kuciptakan sebuah resipi bersempena KERANA SEBIJI EPAL... Rustic Apple Tarts...





Jumpa lagi... Wasalam....

8 comments:

Amie said...

Tahniah Sha,
bukan mudah ye nak jadi penulis, disiplin kena tinggi, rajin, usaha & tak kenal jemu...
Nampaknya Kak Amie kena tunggulah Kerana Sebiji Epal diterbangkan ke Lahad Datu.

Shahriah Abdullah Novelis said...

Syukur Alhamdulillah Kak Amie.. rezeki yang ALLAH SWT berikan.. walau bagaimana pun dugaan tetap bertandang.. dengan hati tabah ku harungi jua.. walau payah.. bibir ini masih mampu tersenyum... terima kasih Kak Amie.. cayang akak! muahhh

gerhana luka said...

Salam, Tahniah dah banyak novel yang terhasil. semoga terus menghasilkan novel yang mantap dan menhasilkan resepi yang sedap2 lagi. Novel terbaru dah ada kat kedai buku ke belum ni?

Shahriah Abdullah Novelis said...

Waalaikumsalam GL Syukur Alhamdulillah dan terima kasih yaa...

Akan berada di pasaran Awal bulan Mei nanti Insyallah...:))

muahzz

Papa-NtiQ said...

Saya kagum sangat tengok Sha yang multi-tasking...menjaga rumah,anak2 dan suami, menulis, sempat beriadah bersama famili sana sini DAN memasak..bukan sebarang masak..masterchef pulak tu ish ish ish....apa rahsia anda? ce ce ce

farah hairuddin said...

o00..kira baru lah kerana sebiji epal ni??mesti bnyk dkt bookstore..kne pg dapatkan ni..hehe

QasehnyaRania said...

tahniah yer kak sya..;)
saya nak join kuiz tu tp kene amik masa godek blog akak ni..hehe
saya suka membaca ..;D

salam kenal yer akak..sebelom ni kenal kat MC je..mudah2an melalui blog ni boleh la rapatkan silaturahim dialam maya..

Norzie hany said...

Assalam Sha.
Tahniah2 dari akak.Bestnya novel kerana sebiji epal hasil dari penulisan Sha tu...akak dah baca dan masih teringat-ingat lagi kisah sedih yang menimpa Najla....wanita cantik yang sangat tabah dan berhati mulia.Kerana sebiji epal....Herman meninggalkan Najla.