Ada Aku Kisah!


Manuskrip Ada Aku Kisah!

DI LARANG COPY PASTE!

HAK TERPELIHARA

TEKAN 'SIGN IN' ANDA DI DALAM LIST KESAYANGAN SAYA EKK...

Thursday, August 2, 2012

Ponteng Puasa Kerana Rambutan Dan Sayalah Tupainya...


**MAAF BAHASA PASAR**


Assalammualaikum... Apa khabar semua? :)
Syukur Alhamdulillah.. dah masuk Ramadan yang ke 14 kita hari ini, menunaikan rukun Islam yang ke-3...

Wahh.. baca tak tajuk di atas tu? :))
Dan nampak tak gambar di atas tu.. yang gambar katon tu :D
Pandai betul yang melukis gambar tu yaa.. macam tahu-tahu aje rambut i panjang masa kecik dulu hehehe.. :))

Tang misai lelaki yang kononnya imaginasi *Arwah Ayah* juga lebih kurang aje misainya tu :))



Okay di pendekkan cerita, keratan akhbar di atas itu adalah keratan dari akhbar Berita Harian.. Khamis 26hb Julai 2012.
Terima kasih buat Encik Adli Sahar kerana sudi interview i untuk di kongsikan buat semua pembaca di luar sana.. di bawah ruangan Sastera.

"Puan ada tak kenangan masa zaman kanak-kanak di bulan Ramadan atau pun Aidilfitri?"

Hmm.. satu je dia soal.. 2 muka surat A4 saiz i karangkan untuk Encik Adli :)) Berbual di telefon tapi i cakap.. tak pe.. biar i karangkan dan email sahaja.


Jadi inilah hasilnya :D

'PONTENG PUASA KERANA RAMBUTAN'

Baik punyer! :))

Kisah itu berlaku masa i kecik lagi..zaman internet pun tak ada lagi. Kisah berlaku sekitar tahun 1980 tu dia... ada yang masih belum lahir lagikan masa tu? haa masa tu i berusia 6 tahun you.. comel dan bulat aje..:) Rambut panjang sampai ke punggung.. lurus dan perang tau rambut i masa kecik-kecik dulu.. sekarang dah bertudung :))

Masa kecik lagi Ibu dan Ayah dah didik kami semua berpuasa.. siapa dapat puasa penuh.. sehari dapat RM1 ngko aii... zaman dulu RM1 tu besar sangat nilainya tau.. macam RM100 :)) ya laa budak kecikkan dengan RM1 dapat beli gula-gula sekampit okeh!


Demi menyahut cabaran Arwah Ayah i pun berpuasalah macam nak hape! lapor dan haus jangan cerita you... nampak air lopak pun boleh kecur macam nampak air coke! :))

So masa tu bulan puasa.. musim buah rambutan banyak sangat berbuah.. terjuntai-juntai atas pokok tu hah!
Tiap petang anggaran dalam sejam waktu nak berbuka.. i mesti panjat pokok rambutan kat belakang rumah.. rumah kampunglah katakan..

Pokok rambutan tu rendang aje you.. sekarang jangan ko harap! tinggi sayup naa.. :D
So memanjatlah i tiap petang.. masa tu buah rambutan belum masak lagi masih menghijau kat celah dahan.. terjuntai aje giteew.. tiap hari i kira buah rambutan tu.. sampailah waktu nak berbuka i terjun dan berlari ala-ala tak sabar-sabar nak berbuka!
i kuat makan masa zaman kekanak dulu.. gemok pulak tu cute bahasa zaman sekarang :))


Beberapa minggu selepas tu buah rambutan pun dah mulalah merah menyala.. waduhhh masa tu jangan cerita dok lagi mengira atas pokok rambutan tu... kira punya kira tak tahan... masuk kiraan yang ke 20 perghhhh... air liur dah meleleh you! padahal tinggal berapa minit aje nak masuk waktu berbuka..
ehhh.. budak kecik mana tahu apa.. dosa pun tak ada..

Kucapai sebijik.. telan kupas dan telan dengan biji-bijinya sekali.. ya lah.. nak hapuskan bahan bukti.. :))
Adalah dalam 2-3 biji yang ku telan.. mujur tak tumbuh pokok rambutan tu yaaa :))


Esoknya tukar strategi lain... i makan buah rambutan tapi kulitnya i biarkan separuh kat atas tangkai yang berjuntai tu.. banyak ku makan masa tu.. denngan misi makan ala-ala tupai gitewwww... :D
selamat... pheeww.. tak ada yang tahu perbuatan 'Si Tupai' tu yaa..

Sampailah satu hari masa waktu berbuka.. Arwah Ayah berbual dengan Bonda...

"Buah rambutan banyak kena makan dengan tupai.."

Ngko aii... masa tu i kat meja makan.. rasa macam nak pengsan!!!


'Sepandai- Pandai Tupai Melompat'

Akhirnya kantoi Youuu.. duit RM30 tak dapat... apa yang dapat???
perghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh... lebam birat kena ketil dengan bonda i tau... :))
sakit sampai sekarang kat lengan ni hah!
itulah dia kisah 'Si Tupai'


Tu dia pokok rambutan yang i panjat zaman kekanak dulu.. anak i tak pulak macam i.. pandai memanjat.. dia cuma tahu petik dan ragut aje buah rambutan :D


Dan satu lagi.. i dulu kecik-kecik kuat berangan.. 
duk atas pokok rambutan tu macam-macam yang berangankan...
dan kita merancang ALLAH yang menentukan segalanya...
Tak sangka pulak dengan duduk berangan atas dahan rambutan..
sekarang i bergelar Novelis.. :D
Syukur Alhamdulillah.. rezeki ALLAH SWT berikan..

moral of the story nak jadi penulis??
berminat??
jangan lupa dok atas dahan rambutan dan kira buah rambutan tu yaa.. dengan syarat telan dengan biji-bijinya sekali :)) :)) :)) *gurau sahaja nak ikut tips di atas terpulang*:D


Sekian Sahaja... Kisah Kali Ini...

Selamat Berpuasa..

Assalammualaikum..

TATA!!


9 comments:

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

bijak.. bijak... petuanya makanlah biji rambutan banyak2.. hehe

Shahriah Abdullah Novelis said...

Ye betul makanlah bijik rambutan yaa hehehehehehh

dya nasir said...

hhahha...nakalnya..curi mkn rambutan ye..nasib baik tak tumbuh pokok rambutan dlm perut kan..haha

Shahriah Abdullah Novelis said...

dyabunga kan kan.. akak tak nakal laa cuma cute hahahahahah

Salmi Khairil said...

tupai gegirl yang cuteee...

Shahriah Abdullah Novelis said...

Cute sangat okeh.. bulat dari atas ke bawah muahahhahahh

Puan Hazel said...

samalah k.sha, saya pun suka duduk berangan atas pokok kecik2 dulu..tp bkn manggis! sbb tu x jd novelis agaknya, salah pokok!!! hahaha...

Amie said...

Ha ha hahh.... sedap ke Sha amakan rambutan biji2nya sekali? Ada-ada saja gaya dia masa kecik dulu ye... memang nakal sangat tapi kreatif, kak Amie setuju kenakalan seseorang kanak-kanak tu sebenarnya sebahagian dari caranya meluahkan sifat kekreatifannya... ha ha ha hahh gelak panjang nih!

Norzie hany said...

Sis ada beli akbar tu tempoh hari.Budak kecil biasalah...tak tahan godaan.