Ada Aku Kisah!


Manuskrip Ada Aku Kisah!

DI LARANG COPY PASTE!

HAK TERPELIHARA

TEKAN 'SIGN IN' ANDA DI DALAM LIST KESAYANGAN SAYA EKK...

Wednesday, November 24, 2010

SERIBU RINDU UNTUKMU

SERIBU RINDU UNTUKMU
Karya KeEnam Shahriah Abdullah

SERIBU RINDU UNTUKMU
Menceritakan kisah tentang seorang wanita bernama Maya gadis kacukan. Cantik, bijak, bergaya, berkerjaya, anak bungsu... tetapi sayangnya dalam usia 25 tahun, Maya belum pernah sekali pun merasai apa itu sebenarnya CINTA. Dia tak tahu bercinta, tak pernah dan dia rimas untuk bercinta atau dicintai. Prinsip yang dipegangnya selama hidupnya.. 'CINTA TAK PERLU DICARI, KERNA CINTA AKAN DATANG SENDIRI' dan kerana itulah dia tidak pernah mencari cinta. Zura sahabat karib Maya berlainan pendapatnya, dia mudah jatuh cinta, bertukar pasangan seperti menukar baju! Zura telah mencabar Maya agar buktikan sejauh mana dia pandai menulis, kerana sejak dulu Maya tidak pernah tunjukkan hasil penulisannya selama ini. Maya sambut cabaran Zura. Hanya dia kurang yakin, Zura cabar agar dia menulis tentang CINTA. Maya terima cabaran itu, dia berangkat ke sebuah resort percutian yang sunyi dan jauh dari semua orang. Di situ dia mulai berkarya... namun ideanya tiada, kerana dia tidak pernah bercinta jadi bukan mudah untuk dia karang cerita sebegitu.
Muncul Syed Muzafar... telah mendatangkan idea buat Maya, dia bercadang berpura-pura berbaik dengan Syed Muzafar jadi mudah baginya untuk menulis kisah cinta. Mereka mulai rapat, sepanjang masa dihabiskan bersama... semakin banyak idea Maya untuk di tuliskan di dalam buku ceritanya itu nanti...
Maya mulai sukakan Syed Muzafar padahal niatnya hanya satu, kerana buku yang sedang dia karang itu. Suatu hari Syed Muzafar meluahkan rasa cintanya terhadap Maya.. Maya sedar dia mulai menyintai Syed Muzaffar namun tidak berani diluahkan melalui kata-kata.. perpisahan berlaku jua.... Syed Muzafar terpaksa berpisah dengan Maya kerana dirinya telah di jodohkan dengan pilihan orang tuanya. Syed Muzaffar berjanji dia akan datang kembali dan mengambil Maya sebagai isterinya... Maya pulang dengan hati yang lara.. cinta yang baru di kecapinya telah lenyap dan pergi tanpa dia sempat untuk mengecapi erti nikmat sebuah Cinta..
Hari berganti bulan, bulan berganti tahun. Ingatannya terhadap Syed Muzaffar tetap hidup, dia masih setia menanti walaupun Selama bertahun itu Syed Muzaffar tidak pernah datang mencarinya. Ismail persis sekali suara dan parfume yang dipakainya dengan Syed Muzaffar. Jiwa Maya yang kosong menanti cinta dari Syed Muzaffar akhirnya cair jua.. dia mulai menerima Ismail di dalam hidupnya... walaupun hatinya hanya untuk Syed Muzaffar.... Maya hampir di perkosa oleh Aaron.. mujur ada Ismail yang datang menyelamatkan dirinya. Ikatan terjalin, mereka akan bernikah... putus jua.. cinta Ismail tidak kesampaian... di tolak oleh Maya begitu sahaja dengan alasan dia tidak cintakan Ismail... Penantiannya terhadap Syed Muzaffar sia-sia belaka. Maya akhirnya....

Syed Muzaffar hadir selepas Maya bernikah dengan Ismail... apakah reaksi Maya??? Bagaimanakah perasaannya setelah Syed Muzaffar muncul di hadapan matanya dan menagih kasih dan cinta yang terputus di tengah jalan??? Ismail di tangkap basah?? Apakah keputusan Maya? Memilih Syed Muzaffar atau Ismail??? bagaimana dengan anak yang sedang Maya kandung???

~Jawapannya ada di dalam Novel SERIBU RINDU UNTUKMU... jangan lupa dapatkan di pasaran! Order terus dari Shahriah Abdullah atau terus kepada Buku Prima... terima kasih~Shahriah Abdullah Novelis~

No comments: