Ada Aku Kisah!


Manuskrip Ada Aku Kisah!

DI LARANG COPY PASTE!

HAK TERPELIHARA

TEKAN 'SIGN IN' ANDA DI DALAM LIST KESAYANGAN SAYA EKK...

Friday, November 26, 2010

'SERIBU RINDU UNTUKMU' RTM 1 22 JULY 2010

SERIBU RINDU UNTUKMU ~
RANCANGAN SELAMAT PAGI MALAYSIA RTM 1 22HB JULY 2010 ~
BERSAMA TUAN RAMLEE AWANG MURSYID

DIARY...
22HB JULY 2010 RANCANGAN SELAMAT PAGI MALAYSIA RTM 1

DI STUDIO 2 ~ RTM 1 ANGKASAPURI
DIARY... SERIBU RINDU UNTUKMU... RANCANGAN SELAMAT PAGI MALAYSIA

'SERIBU RINDU UNTUKMU'
RTM 1 22HB JULY 2010
Menerima panggilan dari pihak RTM 1... Karyaku yang ke~6 SERIBU RINDU UNTUKMU... akan di wawancara oleh Tuan Ramlee Awang Mursyid, penulis novel terkenal Malaysia. Mulanya macam tak percaya. Siapa aku? hanya penulis mentah yang masih terkial-kial menghasilkan tiap karya yang masih lagi banyak cacat dan celanya. 'Tuah Ayam nampak di kaki' aku mulai sedar.... Setiap rezeki ALLAH telah tetapkan bagi semua umatnya di dunia ini. Terima berita yang tidak 'disangka-sangka' itu dengan penuh rasa keinsafan... bermacam-macam aku fikirkan... teruja mungkin juga. Mau tak teruja... bukannya artis pun nak masuk TV! secara langsung pulak tu! boleh ke Aku bercakap depan camera nanti ekk??? mula berdebar-debar dan tidak dapat membayangkan bagaimanalah keadaan aku tu nanti ekk...
Bertolak kami bertiga ke Kuala Lumpur, Shasha, Bonda tersayang dan Pak Habibi, suami yang kukasihi. Kedua-duanya insan terpenting dalam hidupku. Insan yang menyokong minat dan kerjayaku selama ini. Kami tiba awal sehari kerana kebetulan Shasha ada urusan business di KL. Kami menginap di hotel malam itu. Mata tak boleh lelap, bukan kerana teruja nak masuk TV, tetapi berbual kami tentang Arwah Ayah. Kalaulah Arwah ada sudah tentu Arwah insan yang paling gembira. Berbual dan bersembang, tak sedar jam menunjukkan 4 pagi! bayangkanlah.. esok nak di wawancara, sebelum 8.30 mesti berada di Angkasapuri. Akhirnya pejamkan juga mata tu.. walaupun sejam lepas tu Shasha bangun untuk tunaikan solat Subuh dan bersiap-siap ke Angakasapuri... macam manalah agaknya ekk?? masa tu tak dapat bayangkan lagi ekk...
Syukur Alhamdulillah... sampai juga akhirnya kami ke Angkasapuri. Dapat pulak pas 'VIP' masa tu kembang-kuncup lubang hidung ekk... tengok tu... mata sembab.... suara???? perghh kalau ada yang tengok Shasha bercakap masa dalam TV tu... bukan suara sebenar Shasha tu ekk... suara 'SERAK' ala-ala penyanyi rock ELLA gitu! semuanya gara-gara tidur hanya 1 jam setengah sahaja! hehee..
Sampai aje di Angkasapuri, kami di bawa ke sebuah bilik menunggu giliran. Kemas dan cantik ruang menunggu tu ekk.. layanan juga mesra... sepuluh minit kemudian, muncullah insan yang bernama RAMLEE AWANG MURSYID... masa tu teruja betul ekk.. apa taknya dapat bertemu dengan penulis paling popular di Malaysia... terasa diri yang rendang ni terus kerdil hehehee... peramah orangnya ekk... kami berbincang beberapa perkara, antaranya soalan yang bakal di kemukakan oleh beliau tentang 'SERIBU RINDU UNTUKMU'... ringkas dan padat aje ekk.. sebab kesuntukan waktu. Masa tu tak berdebar pun, cool aje.. cuma yang Shasha bimbangkan... takut mulut Shasha yang semulajadi kalau bercakap tak boleh berhenti...hahaaa.... Istaghfar aje banyak-banyak masa tu ekk...
SERIBU RINDU UNTUKMU BERSIARAN SECARA LANGSUNG DI DALAM RANCANGAN SELAMAT PAGI MALAYSIA, 22HB JULY 2010, DI STUDIO 2....
Akhirnya.. apa yang di rancangkan... bakal menjadi kenyataan... Masuk aje di dalam 'studio 2' hati lapang dan cool... tapi mata Shasha tu yang dok melingas ekk... wayar-wayar yang berselirat sana-sini, camera yang biasanya nampak di kaca tv kini ada di hadapan mata... kru-kru yang sentiasa sibuk dan profesional menjalankan tugas mereka... memang mengujakan! bukan sebab nak masuk tv ekk.. tak rasa lagi masa tu.. cuma asyiklah dalam hati berkata-kata.. "cepatlah selesai.." tu aje ekk..lain tak ada....

SAAT YANG DI TUNGGU-TUNGGU HAMPIR TIBA... MASA YANG DI BERIKAN HANYA 10 MINIT SAHAJA UNTUK DI WAWANCARA. Boleh ke??? heheh almaklumlah selama ni kalau di temuramah lebih dari sejam, kat tv secara langsung pulak tu, hanya 10 minit!
Gambar di atas tu... sedang bersiap-siaplah tu ekk.. di pakaikan microphone... betulkan selendanglah.. kemaskan buku atas meja tu lah... gelak-gelak manja hehee... apa-apalah ekk, sebelum bersiaran secara live..... masa tu tak gementar lagi tauu... masih cool cuma agak kelam kabut sikit masa tu... takut selendang terlucut dari atas bahu! hehehee.. itu yang Shasha bimbangkan ekk..

Masa tu Shasha boleh ketawa lagi ekk... siap boleh angkat tangan pada Bonda dan Pak Habibi, Kru kat situ dok gelak aje heehee... siap boleh bergurau lagi tu.. lepas tu mengadu dengan Tuan Ramlee Awang Mursyid..."Tolong soal slow-slow tau hehee..." takut lain yang Tuan Ramlee soal lain yang Shasha jawab hehee....

"5... 4.. 3... 2... and..."
Perghh.... masa tuuu.... terdiam dan terkaku jap ekk... dalam hati berkata-kata.. "yer ker dah on air ni?" hehee.. muka tetap maintain cool.... dan akhirnya wawancara berjalan dengan lancarnya... dengan suara serak, mata sembab dan sebenarnya telinga masa tu kureng sikit ekk... macam berdengung aje.. mujurlah.. tak pekak jam tu hehee...
Wawancara berkisar tentang karya Shahriah Abdullah yang ke~6.. SERIBU RINDU UNTUKMU... macam-macam yang disoal ekk.. terus-terang ekk.. Shasha agak konfius sebenarnya dengan soalan yang diajukan pada Shasha tu hehe... tak tertelan air-liur masa nak menjawab tu. Tekak kering aje ekk... jawapan yang Shasha jawab tu macam tak betul aje.. hehee.. perasaan I ler...
"Cik Abang macam mana? kalau awak sibuk menulis?" Hahaha... itu soalan Tuan Ramlee pada Shasha ekk... yang beliau pegang tu adalah 'MAJALAH MINGGUAN WANITA' tahun 2009 keluar... berkisar tentang peulisan dan aktiviti Shasha bersama keluarga... 'SHAHRIAH KORBAN MASA TIDUR. 14 HARI SIAP SATU NOVEL'... masa tu kalau ikutkan hati nak aje Shasha gelak sekuat hati ekk.. mujurlah tak ekk... masih waras dan sedar diri tu berada di mana ketika itu..... masa tu jawab ler... soalan tu tak termasuk dalam dialog ekk.. Tuan Ramlee main hentam aje soal Shasha heehee.. kiranya soalan cepu mas ler tu...
Sepuluh minit berakhir juga... terasa macam sesaat aje ekk... Syukur Alhamdulillah... Selesai sudah... Berjalan dengan lancar dan yang penting.... Shasha bercakap apa yang di soal.... hehee.... mujur juga tak bersin atau terbatuk ekk... haah.. tak pulak masa tu... lepas tu yaaa.. terus bersin dan selsema! ehheee..
Selesai sahaja di wawancara... Shasha dengan ringan mulut dan tak kira apa pun... minta Tuan Ramlee Awang Mursyid bawa Shasha jengah ke dalam konti.. di mana Rancangan Selamat Pagi Malaysia bersiaran secara live dan bagaimana Pakar2 yang bertugas di dalam konti menguruskan semuanya... Shasha memang suka ambil tahu apa sahaja... kata orang tu 'menyelam sambil minum air' peluang macam ni bukannya selalu datang pada kita. Betul tak??? Tengok gambar di atas tu...macam-macam soalan yang Shasha ajukan ekk.. mengalahkan 'wartawan'... mereka semua memang mantop! apa jua soalan akan mereka jawab dengan mesra.. tu yang best tu ekk.. lama jugaklah berada di dalam konti tu.. syok! Youuu....
Syukur Alhamdulillah... berakhir sudah satu episod di dalam diary hidupku... sesuatu yang tidak pernah Shasha bayangkan atau impikan ekk... Setiap hari berdoa tanpa jemu ke hadrat ILAHI, moga rezeki buatku dan keluarga diperluaskan... dunia dan akhirat... Apa jua yang ALLAH SWT telah limpahkan buatku... jauh sekali ingin berbangga atau mendabik dada.. apa yang tersemat di hati ini... "SYUKUR ALHAMDULILLAH ATAS RAHMAT YANG DIBERIKAN KEPADAKU DAN KELUARGA TERSAYANG..." sentiasa ingat kata pepatah yang satu ini.. 'HIDUP IBARAT RODA"... dan dengan itu diri ini akan sentiasa berusaha dengan gigih dan berdoa kepada YANG MAHA ESA.. DIRI INI TIDAK AKAN BERHENTI BERUSAHA, BERSERTA DOA KEPADANYA... Kita merancang dan ALLAH SWT yang menentukannya.... Amin... Aminn.. Yarabalalamin..... ~Wallahualam~

No comments: