Ada Aku Kisah!


Manuskrip Ada Aku Kisah!

DI LARANG COPY PASTE!

HAK TERPELIHARA

TEKAN 'SIGN IN' ANDA DI DALAM LIST KESAYANGAN SAYA EKK...

Thursday, February 21, 2013

Sinopsis Untukmu Yuna


♥ Untukmu Yuna ♥

Terbitan Buku Prima ~ Tahun 2011

Muka Surat ~ 460

Harga ~ RM19.90

Sinopsis ♥ Untukmu Yuna ♥


Juliana (Yuna) dan Jannah (Ana) adalah dua beradik yatim piatu yang dipelihara oleh Pak Bashir dan Puan Kasmah semenjak mereka kecil lagi. Kehidupan mereka sangat daif. Tinggal di pondok buruk umpama menanti rebah. Dengan kehidupan kais pagi makan pagi. Kerana kemiskinan Yuna dan Ana sentiasa menjadi bahan cemuhan dan cacian di sekolah dan juga penduduk kampung. Terutama sekali Mak Ngah Munah yang sememangnya tidak sukakan Yuna, Ana dan Puan Kasmah yang dia anggap sebagai perampas harta pusaka peninggalan Arwah Neneknya.

Walaupun kesekolah jarang bersarapan, pakaian buruk dan kasut lusuh. Yuna dan Ana sangat bijak dan sentiasa menjadi contoh kepada pelajar-pelajar yang lain. Ramai pelajar yang cemburukan Yuna. Sehinggalah suatu hari Hasmudi pelajar dari bandar yang baru sahaja berpindah ke kampung telah menaruh hati terhadap Yuna. Yuna sedar siapa dirinya, insan miskin yang tak punya apa-apa. Tanggungjawabnya terhadap ibu angkat yang terlantar sakit lebih di utamakan.

Demi mengubah nasib keluarga, Pak Bashir sangup bekerja ke Sabah meninggalkan keluarganya yang daif. Mak Ngah Munah mengambil kesempatan yang ada. Dia yang menyebabkan Puan Kasmah meninggal dunia. Semenjak itu Yuna dan Ana di jaga oleh Mak Ngah Munah.

Bermulalah episod hitam dua beradik yang di dera dengan kejam setiap hari oleh Mak Ngah Munah. Mereka tidak di beri makan dan minum. Di pukul dan di terajang. Di kurung di kandang kambing. Malah di ugut jika rahsia jahat Mak Ngah Munah terbongkar, dia akan bunuh Pak Bashir. Akhirnya dua nyawa terkorban dengan tragis. Mak Ngah Munah mati di tusuk parang tajam oleh Ana. Dan akhirnya Ana juga menemui ajalnya. Berakhir sudah satu seksaan yang Maha kejam.

Mendung baru sahaja berarak pergi. Satu lagi kisah yang mengejutkan. Apabila Pak Bashir telah menerima lamaran seorang lelaki hartawan untuk di jodohkan dengan Yuna. Lelaki yang lebih tua dari Yuna dan sesuai di panggil bapa. Demi menutup buah mulut orang kampung dan membalas jasa baik bapa angkatnya, akhirnya Yuna telah di nikahkan dengan Dato Darwish.

Nama sahaja isteri kepada hartawan, sepanjang bergelar isteri Yuna tidak pernah di sentuh oleh Dato Darwish. Dato Darwish masih tidak dapat melupakan Arwah isterinya. Tekanan mulai di rasai oleh Yuna yang setia dan sentiasa mengharapkan cahayamata menghiasi kehidupannya yang umpama permaisuri di istana besar.

Yuna di sahkan hamil dari benih Dato Darwis suami yang dia cintai. Kehidupannya mulai berubah dan bahagia. Sedang enak mengecapi kebahagiaan, Hasmudi muncul di tengah-tengah kebahagiaan mereka berdua setelah Dato Darwish menemui kecelakaan. Bermulalah satu lagi dugaan yang hebat buat Yuna. Apabila Dato Darwish cemburukan dan membenci dirinya. Yuna di cemuh dan di caci.

Datin Rokiah ibu kepada Hasmudi terbau bahawa Hasmudi anaknya sukakan Yuna kekasih hatinya semasa di kampung dulu. Dia mengatur rancangan untuk menghapuskan Yuna, demi kebahagiaan Hasmudi yang akan bernikah bersama menantu pilihan hatinya. Sejak itu Yuna menjadi mangsa dengki dan tamak Datin Rokiah.

Akhirnya mendung berarak pergi, Dato Darwish telah menyesali perbuatannya. Datin Rokiah telah menemui ajalnya. Hasmudi akhirnya bernikah juga dengan pilihan orang tuanya. Dan Yuna hidup bahagia bersama Dato Darwish.


Akan di bentangkan semasa di ASWARA Finas Malaysia..2hb Mac Nanti... doakan yang terbaik Untukmu Yuna.. Amin...
 
 

Tuesday, February 5, 2013

Karnival Kumpulan Media Karangkraf 2013 ~ 2hb Feb


Assalammualaikum... :)

Lama dah menyepi tak update blogs penulisan... cerita tu ada.. idea tu yang tak ada :D

Awesome Legend :D

kami bertiga dok ler berbincang.. terasa ler semuanya 'berusia' hehehee...

pastu i cakap macam ni..

"Seronoknya jadi penulis ni.. usia bertambah.. kedut di muka bertambah... jiwa tetap maintain remaja.. sebab kita sentiasa mengarap kisah cinta... macam-macam watak yang kami lakonkan.. remaja? kanak-kanak?gadis?ehhh... pendek cerita.. macam-macam ada... kannn "

 Terima kasih buat pihak Kumpulan Media Karangkraf kerana sudi menjemput kami penulis-penulis yang bernaung di bawahnya.. dengan adanya Karnival seperti ini...

Inilah peluang untuk bertemu-mesra dengan semua peminat-peminat karya yang telah kami hasilkan.. :)



Tarikh : 2hb Februari 2013

tepat jam 12 Pagi..

tiba di Karnival Karangkraf..

sampai aje.. perghhh... kebetulan penyanyi Black sedang menyampaikan lagu FAV!!! i...

Teman Pengganti.. terus ler stop! tepi pentas! paksa my Pak Habibi snap gambar i berlatar belakangkan sipi-sipi Black pujaan i tu :D

jadilah dari tak de... walaupun gambar i menyengih lebih jelas dari Black :P


Tiba aje kat booth...

Penulis tersohor dan terkenal seluruh Malaya dah sedia ada di situ..

dengan sambutan yang cukup meriah sekali *tang riuh-rendah*

Kak Kamsiah Abu dan Abang Salleh...


i cakap...

"Bang Salleh.. duk tengah... masa ni lah peluang nak duduk di apit bidadari turun dari atas darat!"

suka ngko aii... tengok Kak Kamsiah Nek Cun tu... sakan menyeringai :D


bertemu buku dengan ruas! :D

Sifu Tuan Haji Ali... Ketua Editor Buku Prima..

Gandingan Mantop! cecewahhhhhh ;))


di apit adik-adik kesayangan i.. kumpulan media..

Tq dear sebab kepit akak :))


Masa ni cuaca panas terik..

langsung tak terasa bahangnya... terima kasih buat Kumpulan Media Karangkraf sebab menyediakan tempat yang selesa dan ada kipas di atas kami :D

Nampak tak balang gula-gula yang i pegang tu?

"Gula2 ni dah kena mandram! muahahaaa"

terus Abang Salleh ambik 9 biji sekaligus! :))

*gurau*

Khas buat semua peminat yang singgah di meja i... ;)

Okay kepada peminat-peminat yang hadir khasnya...

scroll down jika gambar you olls ada dan silalah tags ya.. i izinkan ;)




Penulis Buku Prima yang cukup terkenal..

Ebriza yang cukup cantik dan menawan..

Lama tak jumpa.. bila jumpa terus ler sembang..

Terima kasih dik sebab bagi akak ole-ole dari Penang...

dan i bagi dia gula2 sebalang!

dah habis ke? :D


Nurul Syahida.. penulis Buku Prima yang cukup popular!!

Meletop! sekali... dah lama tak jumpa.. 

dik.. sorry akak tags dari wall FB adik... ;)


Naz Lina... peminat setia karya Shahriah..

pembaca dan pengomen tegar..

Owner Snowgurt.. cantik dan comel je orangnya..

sempat singgah di kedai beliau menikmati snowgurt dan durian crepe yang sedaps!


Peminat dari jauh... datang dari Penang..
datang semata2 nak memborong jualan hebat di Karangkraf..

Terima Kasih kak...



Antara penulis paling popular dan meletop..

Ramlah Rashid... Kak Ila..

semakin hari kian jelita :)


Awesome Lagend

Kak Kamsiah Abu (Nek Cun), Kak Ramlah Rashid (Kak Ila), Puan HJH Sri Diah :)


Syukur Alhamdulillah..

Selesai sudah...

Terima Kasih semua yang datang dan menegur Shahriah sepanjang berada di Karnival yang cukup berprestij 2013



Jutaan Terima Kasih buat semua peminat Karya Shahriah yang susah-payah datang dari jauh..
sanggup mengharung panas terik..
dan terima kasih kerana sudi menyokong Karya-karya Shahriah..

Hanya ALLAH SWT yang dapat membalasnya.. Amin...


Sekian dulu... Nantikan pengumuman pada bulan March nanti.. khas buat semua peminat Karya SHahriah Abdullah..

I love you olls.. Peace Yaw! ;))

Assalammualaikum..

TATA!!

Wednesday, January 9, 2013

Projek 2013 ~ Syukur Alhamdulillah... Karnival Kumpulan Media Karangkraf



Peace Yaw!! :D
 
Assalammualaikum... Selamat sejahtera teman-teman semua... :)

Belum terlambat rasanya nak ucapkan Selamat Tahun Baru khas buat semua peminat-peminat karya Shahriah Abdullah. :)

Lama tak udapte blogs penulisan kerana sibuk dengan cuti sekolah, melayan anak-anak sepanjang cuti sekolah yang lepas.

 Hari ini 10hb Januari 2013
Bermakna 10 hari kita telah meninggalkan 2012..
terlalu banyak kenangan manis sepanjang 2012..
dan sepanjang tahun 2012 banyak aktiviti menarik yang telah Shahriah kongsikan buat semua sebelum ini kan kan :)


2012....

2 buah karya Shahriah telah di terbitkan Oleh pihak Buku Prima @ Grup Karangkraf

Kerana Sebiji Epal

dan

Sajian Istimewa Shahriah Abdullah

Syukur Alhamdulillah.. kedua-dua karya ku itu mendapat sambutan yang amat memberangsangkan..

Jutaan Terima Kasih..

Buat semua peminat-peminat Karya Shahriah yang selama ini menyokong dan memberikan semangat buat Shahriah untuk terus menghasilkan karya-karya yang lebih bermutu... :) 



Dan Kini....2013..

Permulaan yang baik buat Shahriah..

Projek 2013 Shahriah telah menyusun perancangan yang begitu teliti untuk menghasilkan karya untuk tahun 2013...

Perancangan yang telah Shahriah tetapkan untuk 2013..

Menghasilkan :

Sebuah Novel Kisah Cinta Dan Komedi

Beberapa buah kisah kanak-kanak <<< BERSIRI

Sebuah lagi buku resipi

Dan... Syukur Alhamdulillah... apa yang Shahriah rancangkan telah berjaya kurealisasikan..
walaupun hanya baru di peringkat permulaan... apa yang penting dah selesai fasa pertama.. ;)


'Nellysha Dan Dompet Ajaib'

Kisah bersiri kanak-kanak.
Penuh dengan kisah contoh dan tauladan.

Dengan berbekalkan idea dan hasil berkawan dengan anak dara bongsu Shahriah.. Nellysha 10 tahun.. ;)

Sebenarnya ini bukanlah manuskrip cerita kanak-kanak yang pertama. Dah ada beberapa buah manuskrip yang Shahriah hasilkan sebelum ini, tapi entah kenapa tidak pulak ku hantarkan ke meja editor.
Kita merancang Tuhan yang menentukan segalanya..

dan tahun 2013.. baru terbuka hati ini meneruskan hajat yang terkubur setelah sekian lama.. cecewahhh ;)

Projek Cerita Kanak-Kanak ini telah Shahriah susunkan..

selepas manuskrip yang pertama ini di terima oleh pihak editor (mudah-mudahan di terbitkan secepat mungkin :D Shahriah akan terus menghantar lagi manuskrip cerita kanak-kanak.)

Kisah bersiri tentang Nellysha... ada banyaklah kisah dan tauladan yang bakal Shahriah hasilkan.. Insya~ALLAH ~ moga ALLAH SWT kekalkan dan bekalkan idea yang bernas dan mencurah-curah bak air terjun :D

dan sekiranya manuskrip ini di terima.. yaa.. Shahriah akan membuka sebuah lagi blogs.. khas buat peminat-peminat cilik...yang mengikuti kisah kanak-kanak yang bakal Shahriah hasilkan nanti...

blogs apa tu??? semestinya blogs kekanak ler yaa.. sesuai dengan peringkat usia kekanak itu sendiri... blogs tentang Nellysha.. ;)

'Nellysha In SuperLand'

Yaa, setakat ini gitulah tajuk blogs Nellysha yaa.. dah jadi nanti baru cerita panjang dan lebar :D 

**Menyusun angan-angan itu perlu** :D :D :D  


Hidangan Ringkas 6 Malam 7 Hari

(tajuk sementara)

Yaa, itu lah manuskrip resipi yang baru sahaja Shahriah selesai mengerjakannya..

sejujurnya menulis cerita lebih mudah sejuta kali 
berbanding menghasilkan manuskrip resipi...

Makan hati :D tetapi setelah selesai.. senyum tak berhenti! :D

sampailah sekarang ni... :)

Shahriah berharap sangat buku resipi Shahriah yang kedua ini dapat di terbitkan sebelum pesta buku di PWTC April nanti... :)
Amin.... Amin... Amin.....

dan projek seterusnya..

Novel Komedi Cinta.. masih di dalam pembikinan cewahh.. yang itu tak tahu bila akan Shahriah serahkan ke meja editor.. yang penting 3 projek untuk 2013 akan Shahriah laksanakan sebaik mungkin.. ~Insya~ALLAH ~ Wallahualam~

Akhir sekali..
khas buat semua peminat-peminat Novel..

inilah peluang anda untuk memborong segala buku yang ada dengan tawaran HEBAT!!!     

 


Shahriah juga akan turun padang!!!

Pada 2hb Februari Hari Sabtu

Dari Jam 11 pagi hingga petang *tak pasti sehingga jam berapa, nanti Shahriah update lagi ya.*

di mana???

GRUP BUKU KARANGKRAF
LOT 2, JALAN SEPANA 15/3
OFF PERSIARAN SELANGOR
40200 SHAH ALAM SELANGOR



Dan... ramai lagi penulis-penulis terkenal akan turut sama turun padang!! jangan lupa jumpa di sana yaa!!


Psst... bila dah selesai satu-satu projek tu kan..
HAH! mulalah tekak tu teringin nak makan itu dan ini...
kalau tidak.. selagi tak selesai menyudahkan satu-satu manuskrip jangan kan, kata makan.. tidur pun cuma 3-4 jam sehari.. :)

"Pengorbanan itu awalnya satu penyiksaan..
Penyelesaian itu satu kelegaan.. sangat ajaib sekali nikmatnya!!"
~Shahriah Abdullah~


Peace Yaw!!!

Sekian dulu.. sambung nanti...

Assalammualaikum...

TATA!!
  

Tuesday, December 4, 2012

Demo Masakan Pesta Buku Islam 5 Johor Baharu 2 Disember 2012

Asalammualaikum...
Syukur kehadrat ILAHI.... apa yang di aturkan akhirnya terlunas jua...
Majlis yang cukup meriah dengan kehadiran ramai sahabat-sahabat yang datangnya dari sekitar Johor Baharu, Kuala Lumpur dan Singapura.

Di kesempatan ini Shahriah ingin mengucapkan Jutaan Terima Kasih buat...
Pihak Sinergi Ilmu yang sudi menjemput Shahriah untuk turut sama memeriahkan majlis yang cukup berprestij...

Jutaan Terima Kasih juga buat pihak Grup Media Karangkraf kerana sudi mengaturkan acara dengan begitu lancar sekali.. terutama buat adik Fathi *jejaka pujaan Malaya* :D dan buat adik yang comel Fara... :)
Terima Kasih ya dik...

Jutaan Terima Kasih juga buat semua teman-teman yang sudi turun padang menyaksikan demo masakan Shahriah yang biasa-biasa sahaja...
namun begitu debaran di dada berakhir setelah teman-teman yang hadir begitu sporting dan cukup BEST!!!
Tq soOOooOOooo much!
Nanti panjang umur.. lapang rezeki.. kalau Shahriah buat demo masakan jangan lupa datang ya.. :)


Kesempatan yang ada.. Shahriah turut sama mempromosikan Novel2 Karya Shahriah bersama Buku Prima...
 


begitu juga dengan buku resipi Shahriah yang pertama...
Sajian Istimewa Shahriah Abdullah...


Terharu sungguh...
di sekitar Johor Baharu..
penuh banner yang di promosikan oleh pihak Sinergi Ilmu.. terima kasih yaa...

dan... ada satu banner yang cukup besar di pasangkan.. betul-betul di jalan keluar masuk rumah ibu mertua Shahriah sendiri.. hehee... 


Sebelum majlis bermula..
apalagi susun segala bahan-bahan demo masakan..
masa ni dada dup dap dup dap!
lain macam benor gementarnya.. berbanding sebelum ini cool aje..
agaknya sebab kampung sendiri kot :D


sepatah dua kata sebelum memulakan demo masakan..
dan berkongsi sedikit-sebanyak kisah sepanjang bergelar Novelis dan Bekas peserta finalis MasterChef Malaysia..


Syukur Alhamdulillah ramai yang hadir..
terima kasih teman..


tak sedar masa ni.. ingatkan depan aje yang penuh dengan orang ramai..
rupanya depan, belakang tepi semuanya ada... ;)


Gulai Udang Nenas..

Shahriah memilih resipi masakan yang suatu ketika dulu.. setahun yang lalu..
di mana masakan inilah yang Shahriah masak untuk pertandingan untuk melayakkan diri ke peringkat TOP 40 MasterChef yang ketika itu di sertai oleh beribu peserta satu Malaysia..

Dan Syukur Alhamdulillah.. kerana masakan inilah Shahriah berjaya terpilih untuk bertarung di gelanggang MasterChef Malaysia Musim Pertama 2011

Dan berjaya sehingga ke peringkat TOP 10


Sewaktu di soal siasat oleh Adik Fathi..
dengan pelbagai soalan yang panas-panas!
masa tu rasa macam nak ketuk je dia dengan senduk kayu! :))

tanyalah apa pun.. i tetap jawab.. dengan jujur ;)


demo hampir bermula..
sambil itu penonton bolehlah bertanya apa sahaja..
sambil Shahriah memasak tu yaa..


demo bermula..
sambil memasak banyak tips yang Shahriah kongsikan bersama penonton yang hadir..
pulak tu semua sporting habis!
lagilah mulut tu tak henti bercakap :D


Adik ni memang best.. berdiri paling depan..
dan paling excited sepanjang demo...
Hi! dik :D


sambil menanti kuah masak..
banyaklah yang kami bualkan...
seronok sangat masa tu..
hilang dah debaran masa awal2 tadi tu :D


Tangan kanan kacau kuah..
tangan kiri memainkan peranan..
sambil bercerita tentang pengalaman sepanjang di gelanggang MasterChef..
ramai yang bertanya... 
apalagi cerita ler panjang lebor :D


Penonton di beri peluang untuk merasa kuah dan memberikan komen...
"Manis, masin cukup tak Kak?"

99% cakap semua cukup :D
ada sorang tu je yang cakap kurang masin.. :D


4-5 orang i offer jadi pengadil.. ala-ala Chef Joe, Chef Zubir dan Chef Riz *pengadil masa musim pertama* ada juga yang nak jadi Chef Adu :D

tengok gambar di atas..

i hulur sudu plastik kat akak tu..

tetiba dia kata ada 2!

wah! bonus berganda...
so kita ada Chef Joe dan Chef Zubir :))


tu dia.. terkial2 akak tu nak pisahkan sudu plastik yang melekat tu :D


tu dia....
sudu kak! jangan tak sudu..
secara beregu tu okeh :D


laa.. tak sudah lagi tu... :D


dah siap!
masa untuk menghidang!


i hidangkan bersama roti perancis..
nak bawak nasi...
kata Adik Fathi..

"Kalau bawak nasi... dah kira piknik dah kak!"

:)) 

Okay! JOM! kita lihat aksi-aksi 'Chef menjamah hidangan'





Akak ni memang sporting..
bila camera tuju kat kumpulan dia je...
terus dia cakap...

CAK!!!




walaupun sedikit..
semua dapat merasa sorang sedikit..
yang penting... Shahriah ikhlas berkongsi ilmu yang tidak seberapa...
khas buat teman-teman yang hadir ;)

Tiba Masa Sesi beramah-mesra bersama peminat yang sudi mendapatkan Buku Resipi Sajian Istimewa Shahriah Abdullah dan juga Novel2 Karya Shahriah..




Kak Norjanah.. yang cukup tingi lampai..
sehinggakan i terasa sangat ketot sangat di ketika itu..
Kak Norjanah ini adalah salah seorang kawan di FB..
selalu bertegur sapa.. dan kali ini baru dapat bertemu mesra..
bersama anak dara suntinya yang ayu...

Khas buat Kak Norjanah.. jutaan terima kasih kak kerana susah-payah datang untuk memeriahkan majlis..
dan terima kasih juga kerana sanggup beli senaskah lagi buku resipi Sajian Istimewa Shahriah Abdullah hanya kerana inginkan tanda tangan..

semestinya ada cenderhati istimewa khas buat kak Norjanah dan anak-anaknya :)

sayang akak muahhhhhhzzzz << kisssed sampai terlelap :D



Dan Jutaan terima kasih juga buat Akak yang cukup sweet bersama anaknya yang cukup ayu...

 *kak sha suka keler baju akak :D*


Jutaan terima kasih juga buat adik yang sudi :)
comel dan manis orangnya..
yang bestnya kami nampak sebaya :D


 Jutaan terima kasih juga buat.. akak yang datang dari Singapura..
Dia tinggal di Woodlands...
wah! dekat je tu.. tempat i selalu mengeteh... ;)

nanti kita jumpa yaa kak..Sha suka soto Singapore! :)


Akak ni memang best!
datang bersama suaminya yang cukup sporting!
peramah dan dengan akak ni lah yang paling lama berbual mesra..
macam-macam yang dia tanya pengalaman i sepanjang berada di gelanggang Masterchef 2011...
Jutaan terima kasih juga buat akak dan suami..
umur panjang ada rezeki nanti kita jumpa lagi yaa... :)


Dan Syukur Alhamdulillah..
berakhir sudah..
Terima Kasih buat Sinergi Ilmu yang sudi menyumbangkan cenderahati yang amat besar nilainya buat Shahriah.. *sebab i pengkoleksi apa jua cenderahati* :D

Sekian dulu...
sebelum Shahriah menutup bicara...

Shahriah ingin menyusun 10 jari.. dengan rendah diri...
ingin mohon ampun dan maaf jika sepanjang majlis.. ada tutur bicara yang telepas bicara..
Shahriah minta ampun yaa..
semoga pertemuan ini bukan pertemuan yang terakhir buat teman-teman yang turut sama hadir di majlis yang cukup meriah!

Untuk resipi Gulai Udang Nenas...



Akan Shahriah kongsikan di blogs masakan Shahriah >>>KLIK SINI UNTUK RESIPI GULAI UDANG NENAS

Sekian dulu...

Assalammualaikum... Jaga diri..

Jumpa Lagi!


TATA!!