Ada Aku Kisah!


Manuskrip Ada Aku Kisah!

DI LARANG COPY PASTE!

HAK TERPELIHARA

TEKAN 'SIGN IN' ANDA DI DALAM LIST KESAYANGAN SAYA EKK...

Wednesday, January 9, 2013

Projek 2013 ~ Syukur Alhamdulillah... Karnival Kumpulan Media Karangkraf



Peace Yaw!! :D
 
Assalammualaikum... Selamat sejahtera teman-teman semua... :)

Belum terlambat rasanya nak ucapkan Selamat Tahun Baru khas buat semua peminat-peminat karya Shahriah Abdullah. :)

Lama tak udapte blogs penulisan kerana sibuk dengan cuti sekolah, melayan anak-anak sepanjang cuti sekolah yang lepas.

 Hari ini 10hb Januari 2013
Bermakna 10 hari kita telah meninggalkan 2012..
terlalu banyak kenangan manis sepanjang 2012..
dan sepanjang tahun 2012 banyak aktiviti menarik yang telah Shahriah kongsikan buat semua sebelum ini kan kan :)


2012....

2 buah karya Shahriah telah di terbitkan Oleh pihak Buku Prima @ Grup Karangkraf

Kerana Sebiji Epal

dan

Sajian Istimewa Shahriah Abdullah

Syukur Alhamdulillah.. kedua-dua karya ku itu mendapat sambutan yang amat memberangsangkan..

Jutaan Terima Kasih..

Buat semua peminat-peminat Karya Shahriah yang selama ini menyokong dan memberikan semangat buat Shahriah untuk terus menghasilkan karya-karya yang lebih bermutu... :) 



Dan Kini....2013..

Permulaan yang baik buat Shahriah..

Projek 2013 Shahriah telah menyusun perancangan yang begitu teliti untuk menghasilkan karya untuk tahun 2013...

Perancangan yang telah Shahriah tetapkan untuk 2013..

Menghasilkan :

Sebuah Novel Kisah Cinta Dan Komedi

Beberapa buah kisah kanak-kanak <<< BERSIRI

Sebuah lagi buku resipi

Dan... Syukur Alhamdulillah... apa yang Shahriah rancangkan telah berjaya kurealisasikan..
walaupun hanya baru di peringkat permulaan... apa yang penting dah selesai fasa pertama.. ;)


'Nellysha Dan Dompet Ajaib'

Kisah bersiri kanak-kanak.
Penuh dengan kisah contoh dan tauladan.

Dengan berbekalkan idea dan hasil berkawan dengan anak dara bongsu Shahriah.. Nellysha 10 tahun.. ;)

Sebenarnya ini bukanlah manuskrip cerita kanak-kanak yang pertama. Dah ada beberapa buah manuskrip yang Shahriah hasilkan sebelum ini, tapi entah kenapa tidak pulak ku hantarkan ke meja editor.
Kita merancang Tuhan yang menentukan segalanya..

dan tahun 2013.. baru terbuka hati ini meneruskan hajat yang terkubur setelah sekian lama.. cecewahhh ;)

Projek Cerita Kanak-Kanak ini telah Shahriah susunkan..

selepas manuskrip yang pertama ini di terima oleh pihak editor (mudah-mudahan di terbitkan secepat mungkin :D Shahriah akan terus menghantar lagi manuskrip cerita kanak-kanak.)

Kisah bersiri tentang Nellysha... ada banyaklah kisah dan tauladan yang bakal Shahriah hasilkan.. Insya~ALLAH ~ moga ALLAH SWT kekalkan dan bekalkan idea yang bernas dan mencurah-curah bak air terjun :D

dan sekiranya manuskrip ini di terima.. yaa.. Shahriah akan membuka sebuah lagi blogs.. khas buat peminat-peminat cilik...yang mengikuti kisah kanak-kanak yang bakal Shahriah hasilkan nanti...

blogs apa tu??? semestinya blogs kekanak ler yaa.. sesuai dengan peringkat usia kekanak itu sendiri... blogs tentang Nellysha.. ;)

'Nellysha In SuperLand'

Yaa, setakat ini gitulah tajuk blogs Nellysha yaa.. dah jadi nanti baru cerita panjang dan lebar :D 

**Menyusun angan-angan itu perlu** :D :D :D  


Hidangan Ringkas 6 Malam 7 Hari

(tajuk sementara)

Yaa, itu lah manuskrip resipi yang baru sahaja Shahriah selesai mengerjakannya..

sejujurnya menulis cerita lebih mudah sejuta kali 
berbanding menghasilkan manuskrip resipi...

Makan hati :D tetapi setelah selesai.. senyum tak berhenti! :D

sampailah sekarang ni... :)

Shahriah berharap sangat buku resipi Shahriah yang kedua ini dapat di terbitkan sebelum pesta buku di PWTC April nanti... :)
Amin.... Amin... Amin.....

dan projek seterusnya..

Novel Komedi Cinta.. masih di dalam pembikinan cewahh.. yang itu tak tahu bila akan Shahriah serahkan ke meja editor.. yang penting 3 projek untuk 2013 akan Shahriah laksanakan sebaik mungkin.. ~Insya~ALLAH ~ Wallahualam~

Akhir sekali..
khas buat semua peminat-peminat Novel..

inilah peluang anda untuk memborong segala buku yang ada dengan tawaran HEBAT!!!     

 


Shahriah juga akan turun padang!!!

Pada 2hb Februari Hari Sabtu

Dari Jam 11 pagi hingga petang *tak pasti sehingga jam berapa, nanti Shahriah update lagi ya.*

di mana???

GRUP BUKU KARANGKRAF
LOT 2, JALAN SEPANA 15/3
OFF PERSIARAN SELANGOR
40200 SHAH ALAM SELANGOR



Dan... ramai lagi penulis-penulis terkenal akan turut sama turun padang!! jangan lupa jumpa di sana yaa!!


Psst... bila dah selesai satu-satu projek tu kan..
HAH! mulalah tekak tu teringin nak makan itu dan ini...
kalau tidak.. selagi tak selesai menyudahkan satu-satu manuskrip jangan kan, kata makan.. tidur pun cuma 3-4 jam sehari.. :)

"Pengorbanan itu awalnya satu penyiksaan..
Penyelesaian itu satu kelegaan.. sangat ajaib sekali nikmatnya!!"
~Shahriah Abdullah~


Peace Yaw!!!

Sekian dulu.. sambung nanti...

Assalammualaikum...

TATA!!
  

5 comments:

Masidah Mat Nasir said...

Assalammualaikum.
Sha makin comel..moga lebih sukses 2013 dan seterusnya..Amiin..

Shahriah Abdullah Novelis said...

Waalaikumsalam Kak Masidah.. Amin... terima kasih kak.. semoga akak juga terus suksess yaa.. cayang muahhzzz :)

QasehnyaRania said...

as-salam akak :D

:D
menarik ni boleh kot ..in shaa ALLAH.

teringin nak jjumpa

emma marini said...

Yang dok cak belakang tiang tu..so sweeettt

Jujubabes said...

tahniah kak sha ..semoga buku nelly & dompet ajaib dan buku masakan kak sha mendapat sambuatan hangat ..haaa saye ade nampak ade blog review novel kerana sebiji epal .. :D http://riviewdramakorea.blogspot.com/2013/02/kerana-sebiji-epal-shahriah-abdullah.html

tak setuju tak bermaksud tak suke ... cheese ~~~