Ada Aku Kisah!


Manuskrip Ada Aku Kisah!

DI LARANG COPY PASTE!

HAK TERPELIHARA

TEKAN 'SIGN IN' ANDA DI DALAM LIST KESAYANGAN SAYA EKK...

Thursday, May 5, 2011

UNTUKMU YUNA KARYA KE ~ 7 SHAHRIAH ABDULLAH


UNTUKMU YUNA KARYA KE ~ 7 SHAHRIAH ABDULLAH

♥ KARYA SHAHRIAH ABDULLAH YANG KE~7 ♥

♥ UNTUKMU YUNA ♥♥ BAB 20 ♥......MUKA SURAT ~117~

    "Tapi ibu dah tiada Mak Ngah. Ibu dah meninggal, maafkanlah ibu. Ana tak tahu apa-apa. Bukan salah kami, ampunkan kami Mak Ngah. Kalau Mak Ngah tak nak jaga kami, biar kami tinggal sahaja di pondok buruk kami. Kami pun tak nak menyusahkan Mak Ngah."

    "Amboi, amboi, Ana tak salah. Kami tak salah. Apa dosa kami? Nak balik ke pondok buruk konon! Kau tahu tak. tanah tu pusaka nenek moyang aku! Bukan harta mak bapak kau yang dah mati tu. Tak sedar diri! Mengaku tanah orang macam tanah dia. Kau tak ada apa-apa pun tahu tak! Yang kau ada hanyalah membawa malang dalam keluarga aku.
    Oh... dah pandai cakap nak balik pondok buruk tu ya. Nanti bila ayah kau balik dari Sabah, kau mengadu aku seksa dan halau kau. Kau memang licik! Dasar keturunan haram! Perampas harta orang! Hah! Nanti! tunggu... kau tunggu sekejap ya. Nak duduk pondok buruk ya."

♥ BAB 21 ♥

MUKA SURAT ~ 120~

    TERKIAL-kial jari-jemari Jannah cuba membuka tali yang diikat mati oleh Mak Ngah Munah. Tali nylon sebesar tali kapal begitu utuh diikat di pintu kayu kandang kambing. Sampai luka dan berdarah jarinya, semakin dia cuba untuk meleraikan ikatan tali nylon, semakin kuat dan utuh ikatan itu.

    "Aduh..."
    Jannah mengeluh seperti kehabisan tenaga dan kehabisan ikhtiar. Tubuhnya lemah terjelepok di atas lantai yang beralaskan tanah hitam. Kotor dan dipenuhi dengan najis kambing. Loya dan mual tekaknya terpaksa menghidu bau jijik itu selama dia dikurung dalam kandang kambing.
    
    "Dah satu, dua hari aku dikurung. Tiada siapa yang datang selamatkan aku. Azabnya apa yang aku rasakan sekarang. Ya TUHAN tolonglah aku. Tak tertanggung rasanya, aku haus, aku lapar."
    Jannah mencongak dengan jari-jemarinya yang dipenuhi tanah hitam. Air mata berlinangan, ingatannya segera kepada arwah ibu yang telah pergi. Jannah menangis teresak-esak, suaranya serak, kerongkongnya sakit dan perit, tubuhnya terasa bisa mencucuk-cucuk.
 
UNTUKMU YUNA
HARGA RM19.90
 
TERIMA KASIH DI ATAS SOKONGAN ANDA SEMUA... JANGAN LUPA DAPATKAN DI PASARAN YAA...:):)

Wednesday, May 4, 2011

PESTA BUKU ANTARABANGSA ~ PWTC ~ BERSAMA PENULIS DAN PEMINAT


PESTA BUKU ANTARABANGSA ~ PWTC ~ BERSAMA PENULIS DAN PEMINAT

Assalammualaikum.... semua.. mesti ada yang ternanti-nanti.. bilalah shahriah ni nak masukkan gambar-gambar sepanjang berada di PWTC pada 30hb April yang lepas... ikutkan nak sahaja sha masukkan jam tu jugak.. al-maklumlah.. sekarang ni sedang sibuk manjang.. jadi luangkan juga masa masukkan gambar sepanjang berada di sana... BERSAMA PENULIS DAN JUGA BERSAMA PEMINAT ATAU YANG MENYOKONG KARYA SHAHRIAH ABDULLAH....

Jutaan Terima kasih kepada semua yaa... tanpa anda siapalah saya... cewahhh.. pinjam ayat artis tu ekk.. walaupun saya ni bukanlah artis.. hanya seorang penulis biasa.. insan biasa yang masih muda di dalam dunia penulisan... tapi ingat ada pepatah mengatakan...

'DI MANA ADA USAHA... PASTI AKAN ADA HASILNYA'
maka terhasillah 7 buah KARYA SHAHRIAH ABDULLAH BERSAMA BUKU PRIMA...
JUTAAN TERIMA KASIH JUGA KEPADA PIHAK BUKU PRIMA DAN JUGA GROUP KARANGKRAF yang memberi peluang kepada saya untuk mempersembahkan apa yang saya hasilkan selama bergelar penulis... TQ SO MUCH YAA...:):)

Okay ada banyak gambar yang saya snap sepanjang berada di PWTC tetapi cukuplah sebahagian sahaja yang dapat saya paparkan.. jika ada lebihan masa tu.. akan saya update lagi di dalam blogs kesayanganku ini yaa....

JOM!!! TENGOK!!!

:
seperti biasa... insan terpenting di dalam dunia penulisan saya... TUAN HAJI ALI... dialah insan yang meletakkan saya di landasan bergelar 'PENULIS' selama ini... mungkin tanpa didikan dan nasihat beliau saya tidak mungkin akan bergelar penulis seperti sekarang... nasihat dari beliau sepanjang saya bersama BUKU PRIMA amat besar maknanya... walaupun kami tiada pertalian kekeluargaan... dia telah ku anggap seperti PENGETUA ATAU SIFU.. abang angkat pun yer jugak! walau pun tak mungkin saya terangkat beliau!
hehee... gurau jerk... TERIMA KASIH TUAN HAJI ALI... SEMOGA ALLAH SWT MERAHMATI ANDA DAN KELUARGA TERSAYANG... TQ SO MUCH..:):)
:
:
TERIMA KASIH JUGA KEPADA HAJAH PUAN SRI DIAH... SEORANG PENULIS DAN JUGA PENGURUS BESAR KARANGKRAF... seorang yang cantik, ayu dan manis di pandangan mataku... sangat mengkagumi beliau... KESEMUA KARYA BELIAU ada di dalam almari buku saya tu hah!
terima kasih buat HAJAH PUAN SRI DIAH kerana menemani saya sepanjang berada di atas pentas KARANGKRAFT.. tq so muchh.. sayang HAJAH...:):)
pstt.. Hajah pakai kaler merah... warna kesukaan saya... ceria wajah saya melihat beliau ketika itu.. nampak anggun dan muda sokmo! pujian ikhlas tau ni....siap boleh pulak bergambar dengan Handbag saya... Hajah Puan Sri Diah.. capai handbag saya... terus cakap... 'PINJAM JAP..."
hehe... terima kasih kerana sudi.. walaupun hanya tangkai handbag tu aje yang nampak.. hehe kaler merah lagi memang sedondon dengan warna baju Hajah yaa..:):)
:
:
Bersama sebahagian PENULIS BUKU PRIMA...
terima kasih kerana sudi berbual mesra.. bertukar cerita... bertukar pendapat...
jatuh bangun adat di dalam dunia penulisan...
nasihatku kepada mereka...
'SABAR DAN JANGAN MUDAH MENGALAH'
:
:
Tu dia... siapa yang tak kenal dengan Puan Fauziah Ashaari.. saya peminat beliau....
kesemua karyanya ada di dalam almari tu hah! tak sangka... hari ini kami sama-sama bergelar penulis..
dan yang paling best.. di bawah naungan BUKU PRIMA
SYABAS!!!
Tq so much Puan Fauziah... dia orang Johor.. no hp saya dah ada pada beliau.. satu hari nanti kami dah berpakat.. akan bertemu dan duduk bersembang bawah pokok kelapa hehee...
Insyallah...:):)
:
:
Yer yang sorang ni tak perlu di kenalkan lagi yer tak.. semua orang kenal dia...
tak lain dan tak bukan.. SITI ROSMIZAH...
penulis tersohor dan terkenal di kala ini...
saya berjumpa dengan beliau sehari sebelum itu di booth tempat beliau bertugas..
lama kami bersembang sakan... cerita itu dan ini segalanya tentang dunia penulisan..
karya-karya beliau sangat hebat!
TAHNIAH SITI ROSMIZAH...
:
:
OKAY SEKARANG KITA CERITA PASAL....
BERSAMA PEMINAT ATAU PENYOKONG KARYA SHAHRIAH ABDULLAH YAA..
TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG SUDI MEMBELI DAN MEMILIKI KARYA SHAHRIAH ABDULLAH BERSAMA BUKU PRIMA...
TERHARU SANGAT MASA TU.... DENGAN MASA YANG HANYA SEDIKIT TU... MEMANG KU LUANGKAN KHAS BUAT MEREKA SEMUA...
SOKONGAN ANDA SANGAT BERMAKNA BUAT DIRIKU INI...
TANPA KAMU... TIDAK AKU DAPAT MENGHASILKAN 7 BUAH KARYA...
SEGALANYA KHAS BUAT SEMUA PEMINAT... SAYANG KAT YOU ALL SEMUA YAA...:):)
:
:
INSAN PERTAMA YANG DATANG MENEGUR DAN BERBUAL MESRA.. TANYA ITU DAN INI... sayangnya selepas itu kami tak bertemu lagi... tetapi beliau antara salah seorang yang membeli karya saya.. terima kasih Puan dan anak bujang yang comey tu yaa..:):)
:
:
INSAN KEDUA YANG DATANG MENEGUR....
dan insan pertama yang mendapatkan tanda tanganku pada hari itu...
KAK SUE.. SAYANG KAK SUE..
PERTAMA KALI BERTENTANGAN MATA.. SAYANGNYA TIDAK DAPAT BERBUAL PANJANG DEK KERANA tugasan....
tak per next time boleh jumpa dan sembang panjang yaa..:):)
:
:
ini dia kak sue.. gambar lebih jelas sedikit hehe.. yang sebelah kanan paling tepi tu my beloved sista dak shelly.. selaku PA sepanjang berada di PWTC....
TQ SO MUCH..:):)
:
:
KENA SERBU dah masa ni.... sesak sangat masa tu..
but i like...:):) tq semua yaa...:):)
:
 :
adik ni dapat menjawab kuis semasa pelancaran UNTUKMU YUNA
TERIMA KASIH YA DIK... KERANA SUDI MENGAMBIL BAHAGIAN...
CAYANG ADIK...:):)
:
 :
OKAY.... PERTEMUAN PERTAMA DI ATAS PENTAS...
DAN KINI ADIK FARAH HAIRUDDIN.... ADALAH PENGOMEN TETAP DI LAMAN FACEBOOK I TAUU.... CERIA ORANGNYA... BERILMU... CANTIK DAN MANIS..
EHH.. DIK AKAK SUKA GAYA TUDUNG ADIK TU LAA...
HEHE... OKAY ADIK FARAH DAH SELESAI MEMBACA UNTUKMU YUNA.... KOMEN DARI BELIAU SUNGGUH MEMBERANGSANGKAN.. MEMBUATKAN SAYA TERUJA UNTUK MENGHASILKAN KARYA-KARYA YANG LEBIH MANTAP UNTUK MASA AKAN DATANG!
SYABAS DIK YAA.. CAYANG ADIK... DIA SUKA NI GAMBAR DIA KELUAR KAT BLOGS I ...
AKAK LAGI LER SUKA DIK HEHE...:):)
:
 :
INI JUGA ADIK-ADIK YANG MENJAWAB SOALAN KUIZ SEPANJANG PELANCARAN UNTUKMU YUNA
TERIMA KASIH DIK...CAYANG ADIK... STUDY SMART YAA...:):) ADIK YANG PAKAI TUDUNG SEKOLAH TU... DIA CAKAP TERINGIN NAK JADI PENULIS MACAM I... AKAK DOAKAN... INSYALLAH SATU HARI NANTI ADIK AKAN MENJADI SEORANG PENULIS YANG HEBAT!!!! AMIN...:):)
:
 :
BERSAMA PEMENANG SOALAN KUIZ SEWAKTU PELANCARAN UNTUKMU YUNA..
DAN JUGA PEMENANG PERTANDINGAN MENGHIAS KULIT NOVEL
KAK SUE....:):) DIA SEORANG INSAN YANG CUKUP KREATIF DAN INOVATIF...
SAYA AMAT MENGKAGUMI BELIAU... DIA MEMANG RAJIN KALAU TIBA BAB2 MASUK PERTANDINGAN.. MESTI MENANG AJE LAH!!
HEHE.. APAKAH RAHSIANYA TU EKK???
BERKAT USAHA... ITULAH RAHSIANYA...:):)
:
 :
JUGA BERSAMA PEMINAT... NAMA TAK INGAT... AL-MAKLUMLAH.. RAMAI YANG DATANG DAN PERGI... DAN I MEMANG ADA PENYAKIT TAK INGAT NAMA HEHEE... SEBAB TU NAMA WATAK DALAM NOVEL I SELAMA NI.. KONTOT JERK NAMA.. MUDAH NAK INGAT HEHE...
:
 :
BERSAMA PENULIS DAN PEMINAT...:):)
:
 :
WAHHH!!!! INILAH INSAN YANG DI TUNGGU-TUNGGU.. SELALU BERAMAH MESRA DI DALAM LAMAN FACEBOOK.. TAPI HARI ITU BERTEMU JUGA KAMI.... SUKA SANGAT
ADIK TIE TINIE... COMEY ORANGNYA... DATANG SATU BAS BERSAMA KELUARGA OKE..
TERIMA KASIH TIE AKAK CAYANG ADIK.. MUAHH...:):)
:
 :
BERSAMA SALAH SEORANG PEMILIK.. KARYA UNTUKMU YUNA.:)
I PERASAN TAU.. DARI MULA I SAMPAI... ADIK YANG BERHIJAB TU DOK LER TENUNG I.. DIA DOK BERDIRI KAT TEPI BUKU I TU TAU... NAK JUGAK TEGUR TAPI MASA TU SIBUK TANDA TANGAN...JAP-JAP LAGI DIA LALU LAGI.. DOK SENYUM... MEMANG LER TAK NAMPAK MULUT DIA TERSENYUM.. TAPI DI SEBALIK MATANYA... DAPAT KU AGAK DIA TERSENYUM LEBAR.. KALAU I YANG TEROVER PERASAN TAK TAHULAH.. SO MASA TU DOK LER TERTANYA.. DIA NI USTAZAH SEKOLAH I DULU KE???? MUAHAHAA...
DAN AKHIRNYA DIA DATANG DAN MENGHAMPIRI MEJA DI MANA I SEDANG SIBUK BERBUAL DENGAN ORANG RAMAI EKK... DIA CAKAP MACAM NI.. DI SEBALIK JILBABNYA TU EKK..
"INI SHAHRIAH ABDULLAH KAN??"
mak aii masa tu hati dok tertanya-tanya... kawan lama i ke ekk???? hehehe...
i jawab...
"YAA... SAYA..."
terus dia hulur senaskah UNTUKMU YUNA
i terkejut... dengan wajah penuh tanda tanya...
"SAYA MEMANG NAK TANDA TANGAN AKAK"
laaa.... rupanya dari tadi dia dok mengendap.. berdiri dan lalu lalang rupanya nak tanda tangan.. awat hang tak habaq awal-awal... lepas tanda tangan.. terus i peluk dan bergambor ler apalagi... hehe...
nama dia siapa???
macam biasa i tak ingat.. tapi kalau dia ada terbaca dan jengah blogs i ni.. silalah inbox dan ingatkan saya yer.. minta maaf sangat tau sayang... tak ingat bukan bermakna tidak suka... sayang tauu... pm saya oke... kalau terbaca adik berjilbab yang misteri..hehe.. anyway thanks a lot! muahahhhhh..
:
 :
juga bersama peminat.. you nampak yang berbaju biru tu macam student aje kan?
i ingat masih sekolah menengah.. dah berkahwin youUUu.. manis dan kecil molek aje orangnya....
macam biasa... can't remember her name.. so kalau ada terbaca blogs kesayangan i ni.. sila pm di facebook saya yaa... tq so much...:):) memang cute!!!!
:
 :
students dari sekolah mana lupa nak bertanya...
mereka cuma datang dan ambil tanda tangan setiap penulis...
pun i layan... siap bagi juga cenderahati... cayang adik2 ekkk..:):)
belajar rajin-rajin tau...:)
:
 :
kes ni memang special.. masa tu.. i dah lesap berbual bersama Hajah Puan Sri Diah.. nak minta diri.. dah nak balik dah masa tu.... tetiba bila balik semula ke meja tu..
"KAK! KAK! AKAK NAK BALIK DAH EKKK??? TUNGGU JAP! TUNGGU JAP!! SAYA NAK BELI KARYA AKAK.... SERIBU RINDU UNTUKMU.. SAYA PERGI KAUNTER JAP BUAT BAYARAN TAU! AKAK JANGAN BALIK DULU! TUNGGU TAUUU!!!"
gitu gaya punya bersemangat dan beria-ia...
i cakap...
"EHH... MESTILAH AKAK TUNGGU... AKAK TUNGGU DIK.. JANGAN RISAU..."
:
:
 :
tu dia....
menonggeng adik tu ekk... sambil tu kami berbual ler sekejap...
i sanggup tunggu lama lagi..
nampaknya adik tu yang macam risau sebab i dah nak balik hahaaa...
:
 :
JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA ADIK FATIN NABILA....
KALAU YOU ALL NAK TAHU.. ADIK FATIN NI selalu jugak bersembang di laman FACEBOOK saya... dulu laaa.... dan tidak di sangka-sangka... pada petang itu dia muncul bersama rakan-rakannya yang lain... mereka juga students...
dengan ikhlas dan jujur dari hatiku ini....
TERIMA KASIH DIK FATIN DAN KAWAN-KAWAN KERANA SUDI DATANG SEMATA-MATA NAK JUMPA AKAK YAA... TERIMA KASIH DI ATAS SOKONGAN ANDA SEMUA.. HUK...huk..:):)
:
 :
adik ni.. kalau i ingat-ingatkan.. dia beli novel UNTUKMU YUNA... kerana ibu dia yang suruh...
hehee.. so tanda tangan dan nama yang tulis di kulit buku tu... nama ibu dia... adik tu sebagai wakil sahaja...
walau bagaimana pun terima kasih buat adik dan ibunya kerana sudi membeli karya shahriah abdullah... kalau dah baca sila komen yaa... kerana UNTUKMU YUNA adalah karya yang TERBAIK yang i rasakan lah sebagai penulis ni hehee...:):)
:
 :
sebelum pulang sempat berposing di gerbang DEWAN KARANGKRAF BERSAMA KREW YANG BERTUGAS... TERIMA KASIH DI ATAS SEMUANYA.... TANPA BANTUAN ANDA SEMUA... TAK MUNGKIN PESTA BUKU ANTARABANGSA 2011 AKAN MENDAPAT GERAI TERBAIK... errkk.. gerai ke dewan ekkk??? sorry ler kalau tersilap hehe...
apa pun TAHNIAH!!!! GROUP KARANGKRAFT...:):)
:
 PELANCARAN UNTUKMU YUNA... MENGAMIT SEJUTA KENANGAN TERINDAH DI DALAM HIDUPKU SEPANJANG BERGELAR PENULIS... TERIMA KASIH ALLAH...:):)
:
SELESAI SUDAH....
TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG TELAH MEMILIKI KARYA SHAHRIAH ABDULLAH... SOKONGAN ANDA ADALAH KEJAYAAN BUAT DIRIKU...
INSYALLAH SELEPAS INI SAYA BERJANJI AKAN MENGHASILKAN KARYA YANG LEBIH MANTAP, HEBAT, PENUH WARNA-WARNI, PENUH DEBARAN, PENUK KONFLIK, ROMANTIS WAJIB ADA.. DAN TERBARU AKAN KU ISIKAN DI DALAM MANUSKRIP BARUKU NANTI................................ KOMEDI... YESSS... itu yang bakal ku tulis untuk manuskrip terbaru.... soon... INSYALLAH.. DOAKAN YA..:):)

CINTAI ALLAH YANG SATU
UTAMAKAN KELUARGA
HORMATI PERSAHABATAN
USAHA BERSERTA IKHTIAR
INSYALLAH PASTI AKAN ADA HASILNYA NANTI....
~WALLAHUALAM~

SAYANG ANDA SEMUA...:):)

Sunday, May 1, 2011

PELANCARAN UNTUKMU YUNA 30HB APRIL 2011 DI PWTC


PELANCARAN UNTUKMU YUNA 
30HB APRIL 2011 DI PWTC

Syukur Alhamdulillah.... pada 30hb April 2011...
tepat jam 10:00 pagi dah terpacak di dewan KARANGKRAF di PWTC
dengan dada lapang, senyuman meleret sentiasa menghiasi bibirku ini.
Dada berdebar jugak... tertanya-tanya boleh ke menjawab setiap soalan tu nanti...
al-maklumlah... kita ni suka bercakap tanpa henti.. takut lain di tanya.. lain pulak yang di jawab nanti hehe...
meh... i cerita sikit sebanyak sepanjang berada di dewan KARANGKRAF...
masa tiba tu.... ~CERITA PUN BERMULA.....
SAMPAI AJE DALAM DEWAN... terus cari tempat yang telah di sediakan....
mengemas itu dan ini apa yang patut... dalam sibuk berkemas tu... ada yang datang bertanya... kena interview pun yaa.. oleh seorang PUAN dan Anaknya...
:
:
"DAH BERAPA LAMA YOU MENULIS?"
"FULL TIME KE?"
"MACAM MANA BAHAGIKAN MASA?"
:
:
yer... lebih kurang macam tu ler soalan demi soalan dari Insan yang i tak ingat namanya siapa hehe..
anyway terima kasih kerana sudi menegur dan bertanya....
:
:
:
JAM DI LENGAN baru menunjukkan JAM 10:25 pagi
masih awal.. dan kebetulan belum sempat bersarapan lagi...
so sarapan dan minum di RIVER SIDE CAFE
bersama dak shelly selaku PA sepanjang berada di PWTC *thank you so much to my beloved sista
dan tak ketinggalan... selaku Body Guard dan penasihat
My beloved Husband... pak habibi *gambar tak ada sebab dia ler jurukamera sepanjang berada di PWTC
:
:
minum air bunga!!!
hahhaa... untuk menghilangkan rasa cuak..
*PENGSAN!!!*
acah jerk tu... ehheehe....
:
:
balik semula ke dewan KARANGKRAF
dah standby dah tu.. tunggu masa untuk naik ke pentas...
orang ramai sangat masa tu... bayangkan.. nak berjalan setapak pun mengambil masa hampir 5 minit
sesak!
:
:
Me, Kak Sue dan dak shelly
insan yang memang benar-benar i nak jumpa sangat!!
selalunya hanya berbual dan bertegur sapa di dalam LAMAN FACEBOOK
thank you so much KAK SUE.. kerana sudi datang yaa...
cayang kak Sue...:):)
:
:
kena serbu!
setiap soalan akan di jawab
hati suka dan teruja dapat berjumpa dengan penyokong2...
terima kasih semua yang hadir dan membeli KARYA SHAHRIAH ABDULLAH
CAYANG KAT YOU ALL...:)
 :
:
kerusi tak ada!
tak cukup kerusi...
tanda tangan sambil berdiri...
PUN I OKE... yang penting... semua pembeli karya shahriah abdullah akan menerima cenderahati ikhlas dariku untukmu.... terima kasih ekk..:)
:
:
akhirnya... berjaya juga memboloskan diri di tengah orang ramai yang bersesak.. hampir sesak nafas pun yaa jugak! hehe...
UNTUKMU YUNA....
MEMBERIKAN SEJUTA KENANGAN BUAT DIRIKU...
:
:
dah terjumpa!!!
insan yang bertanggungjawab sepanjang pembikinan
UNTUKMU YUNA
ketua editor BUKU PRIMA
TUAN HAJI MOHD ALI
sampai-sampai aje... ada ker dia cakap cam ni ekk..
"EHH.. YOU KENA DUDUK DULU KAT MEJA.. NANTI DIA ORANG AKAN PANGGIL NAIK KE PENTAS SANA TU.. DIA ORANG BELUM READY"
:
:
i jawab ekk...
"HAAH... KALAU I BALIK SEMULA KAT MEJA I TU.. AJE MEMANG SETENGAH JAM UNTUK SAMPAI KAT PENTAS NU HAH... ORANG RAMAI SESAK... TAK BOLEH NAK MENYELIT PUN"
hehee.. dan akhirnya.. posing ajelah yerkk.. dengan...
UNTUKMU YUNA
:
:
dari kejauhan....
dah nampak dah... bena
UNTUKMU YUNA DAN KARYA YANG LAIN-LAIN TU...
masa tu hati berbunga riang...
macam mana rasa???
:
:
SYUKUR ALHAMDULILLAH....
:
:
tu dia.. sampai aje tepi pentas.. susun dulu cenderahati dan hadiah buat pemenang pertandingan
'MENGHIAS KULIT NOVEL SHAHRIAH ABDULLAH'
masa tu berdebar-debar...
sikit aje debaran di dada....
selebihnya...
hati berkata... BILA NAK MULA NI...
bersemangat!
:
:
PENGURUS BESAR KARANGKRAF
HAJAH PUAN SRI DIAH
siapa tak kenal dengan beliau...
PENULIS TERSOHOR...
dan i adalah salah seorang peminat beliau....
terima kasih buat Hajah Puan Sri Diah kerana sudi menemani saya sepanjang di atas pentas...
sayang Hajah Puan Sri Diah... muahhh
:
:
sepatah dua kata dari ketua editor 
Tuan Haji Ali...
Terima kasih...:)
masa tu mata dok melilau memandang ke depan sana...
:
:
sepatah dua kata... dari PENGURUS BESAR KARANGKRAF
HAJAH PUAN SRI DIAH
terima kasih..:)
:
:
antara soalan yang di ajukan oleh mr MC kita
"pengalaman yang menyeronokkan sepanjang menulis"
lebih kurang ler bunyinya macam tu ekk..
:
:
antara yang i cakapkan
"seronoknya bila menulis ni... kita boleh pergi melancong... pakai kereta mercedez, kereta BMW, porche, rumah besar... kahwin dan cerai..... bercinta dan macam-macam lagi..."
semuanya di dalam dunia khayalan penulisan....
tu yang bestnya bila menjadi penulis... boleh tulis dan berangan apa sahaja!
hehee.... tak percaya you all kena cuba...:):)
:
:
soalan yang di ajukan oleh Mr MC
"KENAPA ANDA SETIA BERSAMA BUKU PRIMA... JAWAB DENGAN SEJUJURNYA..."
amboii... soalan perangkap atau mencabar ni????
hehee.... i tetap jawab oke....
nak tahu apa i jawab???
tanyakanlah kepada yang hadir masa pelancaran UNTUKMU YUNA...:):)
:
:
Mr MC tanya... i jawab...
dia tanya....
i jawab....
:
:
lentok manja lagi hehe...
:
:
CROWD... yang hadir sepanjang i berada di atas pentas...
seronok!!!
terima kasih kepada yang hadir yaa...:)
:
:
Mr MC.... ada pertandingan kuiz...
simple dan mudah aje tu...
siapa sporting dan dapat jawab dengan betul
dapat cenderahati
senaskah
UNTUKMU YUNA
:
:
:
TAHNIAH!!!
DAN TERIMA KASIH...:)
:
:
TAHNIAH!!!
DAN TERIMA KASIH...:):)
:
:
TAHNIAH!!!
DAN TERIMA KASIH...:):)
masa tu.. adik yang pakai uniform sekolah tu bisik kat telinga i tau...
"KAK SAYA NAK JADI NOVELIS MACAM AKAK..."
Insyallah.... AKAK DOAKAN YAA...:):)
SENTIASA BERUSAHA DAN BERIKHTIAR... ITULAH PETUANYA..
INSYALLAH....
:
:
WADUHH.. tiba bab seorang perserta ni kan...
adik yang berbaju merah tu.. punyalah bertenaga... dan super aktif
siap boleh berlakon lagi you!
:
:
peluk dia kuat-kuat!!!
hehe....
TAHNIAH!!!
DAN TERIMA KASIH YAA...:):)
:
:
TIBA MASA....
PELANCARAN UNTUKMU YUNA...:):)
:
:
WAH! MELEKAT MACAM SPIDER WOMEN LAA...
:
:
posing lama cikit...
keras dan tahan nafas aje masa tu hehee...
:
:
TANDA TANGAN.....
UNTUKMU YUNA...
BY : SHAHRIAH ABDULLAH...:):)
AKHIRNYA.... 
:
:
SEPATAH DUA KATA DAN KATA NASIHAT DARIKU..
kata-kata semangat kepada semua...:):)
"JANGAN BERHENTI BERIKHTIAR, DAN JANGAN PUTUS ASA.."
:
:
PUAN NORSURIYATI
PEMENANG HADIAH UTAMA
'PERTANDINGAN MENGHIAS KULIT NOVEL'
HADIAH WANG TUNAI RM100
CENDERAHATI SEHELAI TUDUNG DARI SGG BOUTIQUE BERNILAI RM100
TAHNIAH!!!!
:
:
:
:
Okay rasanya.. cukup setakat ini dahulu... ada banyak album yang akan i masukkan ke dalam blogs ini yaa... telah kubahagikan kepada beberapa kategori :

~BERSAMA PEMINAT
~BERSAMA PENULIS

kepada yang HADIR sewaktu pelancaran UNTUKMU YUNA
saya SHAHRIAH ABDULLAH mengucapkan JUTAAN TERIMA KASIH kepada ANDA SEMUA YAA... seronok sangat dapat berjumpa... ikutkan hati nak aje bukak satu meja.. pastu ajak ramai-ramai...
'SEMBANG SAKAN JOM!!'
Insyallah satu hari nanti yaa...:):)


bersambung........................