Ada Aku Kisah!


Manuskrip Ada Aku Kisah!

DI LARANG COPY PASTE!

HAK TERPELIHARA

TEKAN 'SIGN IN' ANDA DI DALAM LIST KESAYANGAN SAYA EKK...

Monday, April 16, 2012

Kerana Sebiji Epal


Assalammualaikum...... Dan Salam Sejahtera buat semua teman-teman tersayang....

Pertama sekali.. Syukur ke hadrat ILAHI.. dengan limpah dan kurnia YANG MAHA ESA... akhirnya terbit sebuah lagi Karyaku bersama Buku Prima @ Karangkraf.... Karyaku yang Ke~8... Kerana Sebiji Epal.....


Di kesempatan ini.. inginku ucapakan Jutaan terima kasih.. khas buat Warga Buku Prima@Karangkraf yang terlibat dengan lahirnya Kerana Sebiji Epal.... Moga ALLAH SWT akan membalas segala jasa baik anda semua... cayanggg sangat...

Sejarah Di Sebalik Kerana Sebiji Epal....

Kerana Sebiji Epal adalah gabungan dari Karya Pertama dan Kedua Shahriah bersama Buku Prima....

Kau Mawarku & Cinta Najla...


Karya Pertama.... Kau Mawarku... terbit pada tahun 2006


Karya kedua... Cinta Najla.. terbit pada tahun 2006

Karyaku yang pertama Kau Mawarku..... dan kisah itu bersambung.. maka terbitlah selang beberapa bulan selepas itu... Cinta Najla... di terbitkan pada tahun 2006..... dan editor yang bertanggungjawab terhadap kedua buah Karyaku itu ialah Pn Siti Aisyah Hussein.... dan Rekebentuk kulit oleh.. Cik Syreena...

Ini dia Insan yang bertanggungjawab menjadikan impianku menjadi kenyataan.. bergelar seorang penulis.. Syukur Alhamdulillah...




**Dan ucapan ini ku tujukan khas buat adik-adik yang ada di dalam gambar di atas tu yerkkk.... yang lain nak baca pun boleh... "Di sini Kak Sha nak mintak ampun kat korang berdua kerana telah mencuri gambar korang kat FB tu yerk... sebab gambar terkini kamu berdua tiada dalam simpanan akak muahahaa...... sila halalkan yerk cayang adik-adikku..... You all berdua dan semualah yang ada dalam gambar tu TERBAIK!!! cayalah!" hehee...

Kisah bersambung.....

Lumrah kami sebagai penulis... ada kala naik dan ada kalanya turun... setiap tahun pasti akan ada sebuah Karyaku yang akan di terbitkan oleh pihak Buku Prima@Karangkraf..... antaranya....


Selepas terbitnya Kau Mawarku dan Cinta Najla... Lahirlah... Setitis Kasih... Secalit Sayang... Kau Tercipta Untukku.. Seribu Rindu Untukmu dan Untukmu Yuna dan yang terkini.... Kerana Sebiji Epal....

Ramai pembaca yang ketinggalan keretapi hehee.. dan ramai pula yang mencari Karyaku Kau Mawarku dan Cinta Najla... *waktu itu tidak lagi di ulang cetak* sambutan pula amat menggalakkan....
Setelah berbincang dengan Ketua Editor Buku Prima yang teramatlah macho dan begitu gagah perkasa.. rasanya tak perlu kenalkan pun Sifu i yang tersohor ni semua orang dah kenal dah pun hehee.... 

Tak Lain dan tak bukan... Tiada dua dan tiganya di dunia ini.... saya ingin mengucapkan Jutaan terima kasih buat... Tuan Haji Mohd Ali...*walaupun ramai yang namanya serupa seperti beliau hehehe* beri tepukan gemuruh!!!


OoppS! Cop! tersilap buh gambar hehehe.. gambar tengah makan ler pulak... *berebut pulak tu hehee* ampun Sifu....

Tepukan Gemuruh berserta guruh....

Sifu Tersohorku.. Tn Haji Mohd Ali....


Sorry Tn Haji i punya gambar terpaksa interframe puas ku cari gambar Tn haji posing secara solo hentah kat folder yang mana satu hehee.. nanti kalau jumpa sha bubuh gambar Tn Hj sorang aje ekk.. ekk.....

Terima kasih Tn Haji Mohd Ali.. kerana sudi menerbitkan sebuah lagi karya Shahriah... Tn Hj Mohd Ali juga yang bertanggugjawab mengedit sepenuhnya Karya Shahriah yang ke~8 Kerana Sebiji Epal..... Terima kasih sangat-sangat... dengan sentuhan beliau pasti dan semestinya Kerana Sebiji Epal akan menjadi rebutan pada setiap pembaca di luar sana... Insyallah ~Wallahualam~

Hati ini cukup gembira berserta sayu.....


Bila ku pandangan dan ku belek kedua-dua buah karyaku.. Kau Mawarku dan Cinta Najla.. hati ini sungguh sayu...sayuuu.........teringat kenangan lalu... sebelum bergelar penulis...

Masih ku ingat kenangan suatu waktu dulu.... kehidupan yang aku harungi sungguh payah.. sungguh berliku.. pelbagai dugaan yang terpaksa kutempuhi.. Suami dan anak-anak adalah pendorong utama untuk meneruskan hidup ini... setiap detik, waktu dan ketika tidak pernah tidak... tapak tangan ini menadah ke langit.. memohon simpati dari YANG MAHA ESA... agar mempermudahkan setiap urusan yang terpaksa aku harungi ketika itu... begitu payah... payah sekali.... kini semua itu hanya tinggal kenangan.... 

Syukur Alhamdulillah.. doaku di perkenankan YANG MAHA ESA...

"Shahriah awak jangan putus asa... saya akan ajar awak bagaimana nak menulis manuskrip.. saya akan terangkan bagaimana.. dan bla... bla.. bla... sila siapkan manuskrip awak tu secepat mungkin."

Dengan sedikit tunjuk ajar dari insan yang sehingga sekarang saya teramat terhutang budi pada beliau... akhirnya... berjaya juga saya menyudahkan sebuah manuskrip.... dalam tempoh 2 minggu.. tidur yang hanya 2 jam atau kekadang tu bersengkang mata tak tidur nak menyudahkan manuskrip.... Tekad, serius dan sangat bersungguh-sungguh.. Berharap sangat agar nasib diri akan berubah... bukan untuk menjadi yang terbaik.. tetapi cukuplah lebih baik dari hari semalam dan yang lepas-lepas....<

Maka...Lahirlah...............................................



Kisah penuh trajis... penuh dugaan.. penuh cabaran.. penuh konflik.... segalanya ku garapkan di situ.... dengan didikan Sifuku Tn Haji Mohd Ali... terima kasih... Sifu.. akan ku ingat jasamu sehingga akhir hayatku.. ~wallahualam~

Kisah Kau Mawarku & Cinta Najla.. ku tulis dengan penuh ikhlas dan jujur... di kala kesempitan dan kepayahan hidupku di kala itu...**Bukan kisah hidup ku tau!* hehhee.. kang ada yang salah faham.. tapi jalan cerita memang berlandaskan kisah benar... 75% kononnya.... hehhheee...

Dan Kini....................... kisah itu telah hidup kembali.. malah lebih mantap dan penuh cabaran dan konflik.... segalanya ada di..... Kerana Sebiji Epal... 



Jangan lupa dapatkan di pasaran!! Insyallah akan berada di Pesta Buku Sedunia di PWTC pada 26hb April ~ 6 Mei....*Insyallah akan saya updatekan tarikh yang lebih tepat... tunggu...

Terima kasih juga kepada semua peminat Shahriah Abdullah dan semua pembaca karyaku yang selama ini penyokong dan ANDALAH nadi utama membuatkan aku.. akan terus berfantasi di dunia penulisanku... Insyallah.. ~Wallahualam~


Syukur Alhamdulillah... Terima KASIH ALLAH SWT.....


Untuk buah tangan khas buat anda semua.. sempat juga kuciptakan sebuah resipi bersempena KERANA SEBIJI EPAL... Rustic Apple Tarts...





Jumpa lagi... Wasalam....

Saturday, February 18, 2012

Festival Penulis Group Buku Karangkraf 2012 ~27HB JANUARI DAY ONE

Festival Penulis Group Buku Karangkraf 2012
 ~27HB JANUARI~


Assalammualaikum... Syukur kehadrat ILLAHI.. segalanya telah berlalu dan berjalan dengan lancarnya.. di bawah panas terik mentari.. duduk dan berdiri setiap kali ada peminat yang datang bertandang dan menyapa... Terima kasih semua... hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa suka dan gembiranya Shahriah waktu itu... hati berbunga-bunga, senyum mekar umpama bunga mawar yang segar dan mewangi! cewahhhh... tetiba aje kan.. ehh betul tau.. gembira dan suka sangat bertemu dengan you all semua.... tq so so so soOoooOOoooOOoooo Muchhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh for coming yaaa.. sayang kat you all semua... okay kepada yang sudi singgah dan menyapa Shahriah masa majlis festival tu.... aduhaii you all memang terbaiklah!!! tq! tq! Sebelum Shahriah menonyeh panjang lebar lagi.... i nak mintak maaf sebab terlewat sangat nak update cerita dan kisah sepanjang Karnival tu yaa... minta maaf sangat sangat... pulang aje dari karnival tu terus demam... tak bangun 3-4 hari hehee.. agaknya panas sangat kot.. atau pun kepenatan... lepas sembuh aje.. sambung pulak dengan photo shoot untuk buku resipe Shahriah.. hah! tu yang tidak berkesempatan langsung nak update blogs... yer tu ler kisahnya... harap-harap you all faham ler yer... tq sangat..:)))


Festival Penulis Group Buku Karangkraf 2012
 ~27HB JANUARI~
~DAY ONE~



Cuaca... panas Terik!! tapi bibir tu senyum aje... sebab gembira dapat bertemu dengan you all semua...:)) you all tanya.. i jawab... you all tak tanya pun i jawabkan jugak hehehe... itulah yang seronoknya bila dapat bertemu dengan peminat... ada yang datang dari jauh dan dekat... terima kasih semua... sambil beramah mesra tu.. i pun hulurlah borang 'FAN PAGE SHAHRIAH ABDULLAH' so yang mana singgah tu datang isi borang.. terima kasih yaa.. nanti bila ada kelapangan akan ada titipan buat 'AHLI FAN PAGE SHAHRIAH ABDULLAH' tunggu masa yang sesuai.. adalah kat post box you all tu nanti... banyak aktiviti yang akan Shahriah adakan.. khas buat anda semua.. semoga persahabatan yang terjalin tidak berakhir di alam maya sahaja kan kan.. Insyallah...:)))


Siapa aje singgah.. i akan hulur borang.. masa tu ler.. berbual mesra... walaupun cuaca panas dan berbahang.. rasanya dah banyak kali i ulang, lepas ni tak ulang lagi.. just keep in your mind.. panas masa tu hehehee...:))) gurau ekk...:))


Kekadang tu ada yang dari jauh aje senyum dan menegur.. i dari dalam khemah tu lambai-lambai tangan sambil cakap camni... "Meh laa sini..." pastu yang malu-malu dan tersenyum sipu tu datang kat i ekk.. 

"Ini Shahriah MasterChef tu kan??" i pun jawab.. "Yer... betul ler tu.." sambil senyum malu-malu jugak! hahaa... pastu hilang dah malu dan segan cik dan kakak tu yerk... pastu apa lagi.. bergambar sakan ler.. pusing tang sana.. posing tang sini... best betullah!!! dan sehingga sekarang ni pipi i tegang sebab asyik senyum dan tahan napas masa ambil gambar! hehehehe... tapi tak per.. best! okay kepada semua peminat yang ada bergambar dengan Shahriah tu.. Insyallah nanti ada kelapangan akan Shahriah kumpulkan kesemua gambar you all dan akan shahriah share dalam blogs ni yaa.. tungguu... yang mana ada dalam camera Shahriah ler yer.. tq alls...:))

Salah seorang peminat yang bergambar dengan Shahriah.. dan ada banyak lagi... nanti i share yaa... mungkin gambar you all pun ada.. tunggu.. dalam waktu terdekat Insyallah...:))


Siapa beli Novel Karya Shahriah.. dapat Red Velvet Chocolate Chips Cookies yang Shahriah buat sendiri khas buat peminat.. bukan itu sahaja.. macam-macam lagi cenderahati yang Shahriah agihkan.. walaupun tidak seberapa yang penting i ikhlas kan kan.. teka cookies dalam balang pun ada... siapakah pemenangnya??? tunggu dan lihat..:)))

Ini juga cenderahati kepada sesiapa sahaja yang membeli karya Shahriah... terima kasih buat Group Karangkraf kerana telah menyediakan sebanyak 200 keping profile buat semua penulis yang terlibat.. dan i really like it!!! tq so muchh... 


Rasanya... siapa yang follow blogs penulisan Shahriah ni dah kenal dahkan siapa yang dok posing ala-ala Macho gitukan.. siapa lagi.. my sifu ler.. Ketua Editor Buku Prima yang selama ini banyak membantu dan memberikan nasihat buat Shahriah dan juga penulis-penulis lain.. tq so much Tuan Haji Ali dan juga warga Buku Prima dan Group Karangkraf kerana sudi jemput Shahriah.. tq so much..:))


Sejuta Terima kasih buat Puan Nazlin dan my Princess Nellysha yang menjadi assistant yang terbaik! to my beloved Pak Habibi dan My Beloved Son.. Abang Amin... tanpa mereka berempat ni.. rasanya Shahriah demam sebulan kot! hahahaa.. tq so muchh yaa..:))


Okaylah rasanya itu sahaja untuk cerita kali ini... baru Day One aje tu.. tunggu nanti Day 2.. ada  banyak aktiviti dan story.. bagi i edit gambar dulu yaa.. terima kasih semua.. you all memang terbaik!!! 

Episod Day 2... akan datang menyusul kepada anda selepas ini.. cewahhhhhh... *entah bilalah agaknya tu hehehe...*

Sesi demo memasak... 'POPIAH AJAIB' siapa tu yang membantu Shahriah??? nanti kita story lagi ekk.. 



Salam Ceria dariku.. Shahriah Abdullah

Friday, January 20, 2012

Festival Penulis Group Buku Karangkraf 2012

Festival  Penulis Group Buku Karangkraf 2012

Beramah mesra bersama Novelis Shahriah Abdullah

perserta TOP 10 MasterChef Malaysia

‘LIKE’ Shahriah di Facebook FAN PAGE ->

Taip -->> Shahriah Abdullah Masterchef Malaysia

27, 28 & 29 haribulan Januari 2012

9:00 pagi sehingga 6:00 petang

Bertempat di... klik di bawah...


Lokasi Karnival Karangkraf & Booth Grup Buku Karangkraf


Aktiviti menarik menanti anda semua!!

27hb Januari (Jumaat), 28hb Januari (Sabtu) & 29hb Januari (Ahad)


Kuiz berkaitan dengan penulisan & Karya Shahriah

Koleksi dan gambar sepanjang di MasterChef Malaysia

Tanya 3 soalan anda akan menerima hadiah cenderahati

Kuiz teka *COOKIES DALAM BALANG* *CABUTAN BERTUAH*



28hb Januari (Sabtu) & 29hb Januari (Ahad)

Teringin nak merasa masakan Shahriah Abdullah? Inilah masanya…


4 jenis hidangan mudah dari Shahriah Abdullah TOP 10 MASTERCHEF MALAYSIA! Tunggu apalagi! Jangan lupa datang beramai-ramai!!



Thursday, January 5, 2012

Dari mana datangnya Idea....

Dari mana datangnya Idea....


Assalammualaikum.... Ramai sangat yang bertanya di Laman FaceBook.. macam mana I menulis? macam mana I dapat idea?? macam mana cari Idea?? di pendekkan cerita ramailah yang bertanya... okay N3 kali ni I nak share secara terperinci bagaimana i mendapat idea.. dan macam mana i menulis... rasa-rasanya sebelum ini dah pernah share kat blogs.. tapi agaknya ada yang tak perasan.. so kali ni i share lagi yaa...:))

Bila orang bertanya... bagaimana Shahriah menulis dan mendapat idea.. bukannya i tak nak jawab... tapi pada i lahkan setiap penulis masing-masing ada cara tersendiri. Tu yang susah nak menjawab tu hehee.. so sekarang i harap terjawab lah yaa..:)))

Pertama sekali....


sebelum memulakan penulisan atau menulis manuskrip *taip* bukan tulis hehee... okay Shahriah akan pastikan segala urusan dunia luar selesai dan tiada gangguan. Contohnya jika ada appointment penting, majlis kenduri-kendara, majlis undangan, bisness atau apa jualah yang bisa menghadkan masa Shahriah untuk berlama-lama di depan PC tu hah.. akan Shahriah selesaikan dahulu.. dan pilih tarikh atau bulan yang sesuai untuk mula berkarya.

Yang kedua...

Bila dah tetapkan hari, tarikh atau bulan tu... masa ni.. i akan beritahu kesemua ahli keluarga i oke.. termasuk Bonda, Abang, Kakak, Adik, Kawan rapat dan sehaluan dengannya. *TAK FREE SEDANG SIBUK MENULIS* itu alasan i, Yang bestnya tu semua dah faham dah.. memang tak akan cari i dalam tempoh sebulan dua.. hehee.. by sms aje akan di layan.. tu pun balas lambat cikit! hehhee...
 hah! masa tu lah baru mula menanguk depan PC...no Shopping! no Leisure at all!!!! no HP! no Internet *psstt kekadang tu nyambil2 menaip tertekan dan terjengah jugak FB* hehee.... Urusan rumahtangga awal-awal selesaikan dulu, mengemas dan memasak sebelum pukul 9am... *lauk-pauk tinggal hangatkan di Microwave oke kengkawan* mula jam 9am dan selesai jam 5 petang sama macam waktu you all pergi kerja... ala-ala macam pergi opis gitu kan.. memang pun.. i bersiap macam pergi opis tau.. *cuma tak pakai kasut kat dalam mini opis i tu hah* pengsan!
Situasi masa tu.. mestilah tenang dan tiada gangguan langsung! sunyi dan sepi aje rumah i oke... sepi dan sunyi... sepi dan sunyi.. <<<--- sila ulang berkali-kali yaa... :)))

Yang ketiga

Okay.. bila dah bersunyi-sunyian dalam opis i tu kan.. masa tu.. apa yang i buat ialah.... mengais dan kumpulkan idea-idea yang sentiasa bermain dan berlegar-legar di kepala i ni hah! masa tu... termenung.. mata terpejam celik... <<<<--- masa ni kan.. belum tahu apa tajuk dan tema yang macam mana... tapi i memang dah sebati dengan cerita kisah CINTA, KONFLIK RUMAHTANGGA, KELUARGA DAN TAULADAN <<<---- macam mana punya pusing pun..inilah i punya Style apabila mencari atau dapat idea untuk dijadikan manuskrip...

Dari mana datangnya idea??? hah.. nak ceritalah ni....
Masa tu.. kepala ni dok ligat berputar.... dan putar.... heheee...


Mula teringatkan di mana-mana lokasi percutian yang pernah dilawati... dan mula membayangkan suasana seperti berada di situ dan sedang memerhatikan tiap watak yang boleh dijadikan cerita yang bakal di garap....


Masa tu lah... baru dapat idea.. tulis dulu nama-nama watak... Heroin 1, 2, 3, 4 dan seterusnya... mulalah membayangkan wajah, perwatakan tiap watak tu.... macam kat *gambar atas tuu* hah! macam tulah i tulis... kemas-kemas dan jelas *walaupun i sorang aje yang faham oke...* hehee.... *tahukah anda itu sahaja yang i tulis.. selebihnya terus kutaip.. no draft at all... :))

Dan.. bila nak cari lagi idea tu... i mulalah imbas semula pengalaman yang pernah berlaku depan mata....


Nak.. nak kalau tiba musim hujan... perghhh masa nilah Idea mencurah-curah keluar.. ala-ala feeling gituh! bila tiba bab sayu atau sedih atau frut kena tinggal kekasih tu.. hah! masa musim hujanlah yang i paling suka tulis....TAIP! TAIP! TAIP! Jari mulalah laju mengetuk key-board... hujan malam sahaja oke...
 hujan siang *i tido!* hehee... <<<--- serius ni oke....:)))


Tiba bab ni... *gambar di atas* memang idea pun mencurah-curah.... nak-nak tengah bab sedih atau pun ala-ala bertaubat gitu.. tak pun kena tinggal dengan kekasih hati... aduhaii... hati sayu aje tiba-tiba.. masa nilah waktu yang paling sesuai nak tulis bab sedih atau rindu-rinduan! TAIP! TAIP! TAIP! *you all tak tengok muka i masa tu.. i selalu buh cermin depan PC.. kekadang bila terpandang muka i yang sedang menghayati tiap watak tu kan... dalam hati cakap cam ni.. *Eh! kenapa macam tuh!* hehehe... <<<--pengakuan jujur oke..:)) cewahhh.. tak pun bab.. ala-ala pulang ke pangkal jalan gitu... hah! memang sesuaiii.... <<<---juga jujur ni oke...:)))


Jangan tak tahu yaa.. kalau i berjalan makan angin tu... dalam sesak-sesak orang ramai dan dicelah-celah orang ramai tu jugak bermacam idea yang i dapat kumpul.. masa ni bermacam dan pelbagai watak yang i dapat garapkan...:))) yang ganas! yang manis dan ayu! yang ala-ala bengong! pun ada... pendek kata.. macam-macam ada...:))) <<<-- juga pengakuan jujur... so elakkan dari bersesak dengan i yaa hehehee... gurau aje ekk...


Bila tiba bab romantis *gambar di atas* wahhh!!! masa ni kan... hah! bila tiba bab cinta.. romantis aje memang menderu-deru idea terkeluar... kekadang sampai tak sempat nak taip! idea lebih laju dari i mematuk key-board! <<<--- juga kenyataan benar.. tu yang kalau menaip atau menulis i non stop! dan masa untuk i siapkan tiap buah manuskrip juga cepat! sebab berlumba dengan jari dan idea hehee...:)))

Tak pun gambar bunga....


Masa nilah nak tulis yang jiwang-jiwang.. ala-ala hati berbungaa aje gitu.... <<<--- memang benar oke...:))

Itu bila idea datang mencurah-curah..
:
:
:
:
:
:
 bila dah tak ada idea..
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
 i stop sehari tak menaip atau menanguk depan PC.. pergilah jalan-jalan melihat dunia luar sana tu hah! kiranya release stress....
:
:
:
:
:
:


Dan kekadang tu... *selalu dan kerap kali!* hehee.. bila tengah makan nasi lemak... atau tengok bungkusan nasi lemak tu pun dapat idea... apalagi! taiplah... selagi idea ada... takut hilang dan watak atau jalan cerita tak hidup dan tak best!
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
Setiap masa tak sabar-sabar nak selesaikan.....
:
Cepatlah! selesai! cepatlah!
:
:
Haaa.. sampai macam tu sekali tau... nak-nak kalau tiba bab kes berat aduhaii.. rimas betul! bab cinta tak per hehe.. suka :))

yer.. menaip.. menaip dan menaip.. sehinggalah jadi satu manuskrip... cara i pulak.. tiap kali menaip tu.. tiap-tiap bab i akan terus edit... jadi cerita tetap bersambung dan tidak tergantung.... bila dah selesai menaip atau taip ~TAMAT~ terus ler print dan dah boleh hantar ke meja pengarang! fuhh masa tu Hanya ALLAH SWT sahaja yang tahu betapa leganya i masa tu tau....
:
:
:
:
:
SENYUMMMM....................:)))))) dan LEGAA!!!!!!!


Bukan mudah nak menjadi penulis... bukan mudah nak mencari idea dan memastikan cerita sedap, tiap watak hidup dan cerita penuh debaran dan cabaran! semuanya perlukan pengorbanan yang amat besar.. pulak i ni jenis tak suka berkerja bertangguh atau tersengguk-sengguk.. so kerja nampak susah tetapi bila dah selesai... SENYUM LEBORRR.... masa tu dah boleh kembali kepada dunia asalku!

Yehaaa!!! Dah boleh join apa jua aktiviti keluarga.. kalau tak.. badan ada di tengah-tengah kelompok keluarga.. tetapi fikiran bersama dunia penulisan yang tak beres lagi tu.. menjiwai tiap watak dalam tiap karya yang di reka.. tidak semudah itu... yang membeli dan membaca hanya tinggal membaca dan menyelak... yang menulis... terpaksa.. mereka tiap watak.. mereka tiap konflik.. dan segalanya perlu ada jalan penyelesaian... aduhaiii memang penat! tak pernah jadi watak bengis dan garang.. jadilah ko kat dalam manuskrip yang kau reka tu ekk... dari tak cun dan cacat.. jadilah kau manusia yang kau cipta dan reka tu yaa.. aduhaii kalau nak dijelaskan satu persatu memang tak tertulis dalam blogs i ni tauu.... renung-renungkan... bukan mudah untuk menjadi seorang yang bergelar PENULIS... namun kepuasan tetap ada! tiap kali manuskrip DI HANTAR DAN DITERIMA OLEH EDITOR.. KEMUDIAN DITERBITKAN.... tiap kali itulah... SENYUMAN PENUH KESYUKURAN... penat lelah membuahkan hasilnya...:)))

Sekarang ada idea LAGI TAK?????


Semestinya!!!! tangan ni dah gatal dah nak mula menaip.. kisah sepanjang berada di Gelanggang MasterChef Malaysia!!!! Idea dah ada... tinggal tunggu masa yang sesuai aje nak mulakan nih! memang sengaja ku lambat-lambatkan.. semenjak kena *kurung di gelanggang MasterChef Malaysia* tu kan.. rasa sayang sangat nak bersusah payah.. macam nak santai-santai forever! hehe.. ish mana boleh! i memang tak reti dok diam.. sekarang ni pun sedang tumpukan projek seterusnya... *BUKU RESIPE* Insyallah.. soon... tunggu yaa nanti i update lagi tau.... sekarang baru you all tahukan macam mana i dapat idea... selalu yang tanya.. apa tips nak berkarya tu... aduhaii tak reti nak menjawab.. sekarang rasanya dah terjawablah ya... tiap penulis tidak sama cara.. so kalau you all minat sangat nak jadi penulis... Tips ringkas dari i... Fokus, Tumpukan perhatian terhadap dunia penulisan... tinggalkan yang santai-santai tu... bila dah mula menaip *BAB 1* silalah habiskan yaa.. jangan disimpan idea tu... kalau keputusan idea... cuba makan nasi lemak! hehe... okaylah.... setakat ini dahulu cerita i yaa.. nanti sambung lagi.... take care and smile always...:)))

Assalammualaikum....


TATA!!!

Thursday, December 29, 2011

Selamat Tinggal 2011... Selamat Datang 2012...

Selamat Tinggal 2011... Selamat Datang 2012...

*Gambar di ambil jam 12 malam*

Assalammualaikum, Semua... :))) Apa Khabar?? Syukur Alhamdulillah segalanya lancar hendaknya yaa... Begitu juga dengan Shahriah.. dah berabad rasanya tak update blogs penulisan ni kan kan... bukan apa... semua harap maklum sebelum ini sibuk di gelanggang MasterChef Malaysia... dan sekarang barulah Free... free sikit aje hehee... Sibuk pulak bercuti baru-baru ini bersama keluarga...:)))

Dengan masa yang agak terhad... pelbagai aktiviti yang padat setiap hari... hari ini.. Shahriah kuatkan semangat sikit update blogs dan bertanyakan khabar kepada semua penyokong yang selama ini begitu setia bersama Shahriah yaa... Jutaan terima kasih buat anda semua...:))) cayangg sangat!

2011... banyak pengalaman manis buat Shahriah.... yang pertama sekali.... Syukur Alhamdulillah... Karya ke~7 Shahriah... UNTUKMU YUNA.. di terbitkan pada bulan April 2011 dan pelancarannya di PWTC... yang lalu.. nanti jangan lupa klik di sini yaa.... --->>>>UNTUKMU YUNA

2011... Dan pencapaian yang paling TERBESAR di dalam hidup Shahriah.... Menyertai gelanggang MasterChef Malaysia... Syukur Alhamdulillah berjaya bertarung sehingga ke peringkat TOP 10! Kepayahan, usaha, fokus, pengorbanan, ilmu pembalajaran sepanjang di sana.. benar-benar meninggalkan kesan paling MANIS buat Shahriah....:))) Malah diri ini kian matang dan kental bagi menghadapi apa jua yang mendatang! cewahh... ehh... betul tau... semakin bersemangat dan keyakinan semakin berlipat kali ganda! macam nak cuba aje apa yang mencabar depan mata tu hah! hehe.. apa pun Syukur Alhamdulillah... segalanya dah selesai  "Kita merancang.... Tuhan yang menentukan SEGALANYA"...:)))) SHAHRIAH ABDULLAH DI MASTERCHEF MALAYSIA  ada banyak resipi yang you all boleh cuba yaa..:))) kepada penyokong Shahriah sepanjang di MasterChef tu.. Tq so so.... so much! You all terbaik!


2011.... Syukur Alhamdulillah segalanya dah berada di penghujungnya... 2011.. akan meninggalkan kita hanya berapa detik sahaja lagi.... segala kenangan dan pengalaman lalu masih segar dan sentiasa terpahat di hati ini.. sesungguhnya Aku ikhlas dalam melakukan apa jua.... "Doa berserta Ikhtiar" itu motto yang Shahriah pegang selama ini... selagi belum cuba.. selagi itu tidak pernah mengandaikan itu dan ini.. "Cuba dulu baru tahu... Gagal atau tidak... Jangan mudah mengalah!" tu yang kencang aje nak cuba itu dan ini...


2011... Segala pujian dari penyokong.. terima kasih... Sentiasa Shahriah jadikan sebagai pemangkin untuk terus berjaya di masa hadapan... Segala kritikan yang dilemparkan buat Shahriah juga. Shahriah jadikan ianya sebagai rujukan yang patut di jadikan IKTIBAR masa depan... Syukur Alhamdulillah... segala apa jua yang ada di hadapan mata harus di tempuhi dengan hati yang terbuka dan sentiasa berfikiran POSITIF... yang mana NEGATIF tu.. anggaplah... perlu di PERBAIKI lagi... setiap manusia sentiasa melakukan KESILAPAN... nobodys PERFECT. kan.. kan... jadi sentiasa harus maju kehadapan.... maju dan terus maju... jatuh bangun.. adat lah tu.... so kepada anda semua.. jangan mudah putus asa yaa. selagi hayat dikandung badan.. selagi kederat terdaya... teruskan cita-cita dan impian anda untuk menjadi KENYATAAN... Insyallah... ~Wallahualam~


Selamat Tinggal 2011... Selamat Datang 2012...

Apa azam tahun baru???? 2012???? Semestinya Shahriah awal-awal lagi dah plan apa yang perlu Shahriah lakukan.... bukan sahaja planning untuk tahun 2012.. malah planning untuk 10 tahun akan datang juga telah siap di listkan.. ingat satu sahaja... 'KITA MERANCANG TUHAN MENENTUKAN SEGALANYA...' oleh itu rancanglah apa jua cita-cita dan impian anda... kita yang merancang ni jangan pulak hanya tahu menulisa dan list panjang berjela... jela... akhirnya tak terbuat... biar list tu kontot aje hehhe... yang penting.... SEGALA PERANCANGAN DAN IMPIAN KITA PADA TAHUN 2012 AKAN MENJADI KENYATAAN..... ~wallahualam~

Rasanya dah panjang berjela kot.... nanti bila ada kelapangan Shahriah akan kongsikan pada semua... Psstt.. rasanya dalam bulan January 2012... ni kan kan... tiap hari akan Shahriah kongsikan segala aktiviti... aktiviti apa tu???? Psstt... masih lagi samar-samar... tetapi NYATA.... so tunggu... yaa... all the best to you all.. smile always.. take care! cayang semua... muahhh TATA!!!
Perbincangan bersama Hajah Sri Diah *di pejabat beliau Buku Prima @ Group Karangkraf dan juga ketua editor Tuan Haji Ali... Projek akan datang.... best! tunggu... update seterusnya... :))))