Ada Aku Kisah!


Manuskrip Ada Aku Kisah!

DI LARANG COPY PASTE!

HAK TERPELIHARA

TEKAN 'SIGN IN' ANDA DI DALAM LIST KESAYANGAN SAYA EKK...

Thursday, December 29, 2011

Selamat Tinggal 2011... Selamat Datang 2012...

Selamat Tinggal 2011... Selamat Datang 2012...

*Gambar di ambil jam 12 malam*

Assalammualaikum, Semua... :))) Apa Khabar?? Syukur Alhamdulillah segalanya lancar hendaknya yaa... Begitu juga dengan Shahriah.. dah berabad rasanya tak update blogs penulisan ni kan kan... bukan apa... semua harap maklum sebelum ini sibuk di gelanggang MasterChef Malaysia... dan sekarang barulah Free... free sikit aje hehee... Sibuk pulak bercuti baru-baru ini bersama keluarga...:)))

Dengan masa yang agak terhad... pelbagai aktiviti yang padat setiap hari... hari ini.. Shahriah kuatkan semangat sikit update blogs dan bertanyakan khabar kepada semua penyokong yang selama ini begitu setia bersama Shahriah yaa... Jutaan terima kasih buat anda semua...:))) cayangg sangat!

2011... banyak pengalaman manis buat Shahriah.... yang pertama sekali.... Syukur Alhamdulillah... Karya ke~7 Shahriah... UNTUKMU YUNA.. di terbitkan pada bulan April 2011 dan pelancarannya di PWTC... yang lalu.. nanti jangan lupa klik di sini yaa.... --->>>>UNTUKMU YUNA

2011... Dan pencapaian yang paling TERBESAR di dalam hidup Shahriah.... Menyertai gelanggang MasterChef Malaysia... Syukur Alhamdulillah berjaya bertarung sehingga ke peringkat TOP 10! Kepayahan, usaha, fokus, pengorbanan, ilmu pembalajaran sepanjang di sana.. benar-benar meninggalkan kesan paling MANIS buat Shahriah....:))) Malah diri ini kian matang dan kental bagi menghadapi apa jua yang mendatang! cewahh... ehh... betul tau... semakin bersemangat dan keyakinan semakin berlipat kali ganda! macam nak cuba aje apa yang mencabar depan mata tu hah! hehe.. apa pun Syukur Alhamdulillah... segalanya dah selesai  "Kita merancang.... Tuhan yang menentukan SEGALANYA"...:)))) SHAHRIAH ABDULLAH DI MASTERCHEF MALAYSIA  ada banyak resipi yang you all boleh cuba yaa..:))) kepada penyokong Shahriah sepanjang di MasterChef tu.. Tq so so.... so much! You all terbaik!


2011.... Syukur Alhamdulillah segalanya dah berada di penghujungnya... 2011.. akan meninggalkan kita hanya berapa detik sahaja lagi.... segala kenangan dan pengalaman lalu masih segar dan sentiasa terpahat di hati ini.. sesungguhnya Aku ikhlas dalam melakukan apa jua.... "Doa berserta Ikhtiar" itu motto yang Shahriah pegang selama ini... selagi belum cuba.. selagi itu tidak pernah mengandaikan itu dan ini.. "Cuba dulu baru tahu... Gagal atau tidak... Jangan mudah mengalah!" tu yang kencang aje nak cuba itu dan ini...


2011... Segala pujian dari penyokong.. terima kasih... Sentiasa Shahriah jadikan sebagai pemangkin untuk terus berjaya di masa hadapan... Segala kritikan yang dilemparkan buat Shahriah juga. Shahriah jadikan ianya sebagai rujukan yang patut di jadikan IKTIBAR masa depan... Syukur Alhamdulillah... segala apa jua yang ada di hadapan mata harus di tempuhi dengan hati yang terbuka dan sentiasa berfikiran POSITIF... yang mana NEGATIF tu.. anggaplah... perlu di PERBAIKI lagi... setiap manusia sentiasa melakukan KESILAPAN... nobodys PERFECT. kan.. kan... jadi sentiasa harus maju kehadapan.... maju dan terus maju... jatuh bangun.. adat lah tu.... so kepada anda semua.. jangan mudah putus asa yaa. selagi hayat dikandung badan.. selagi kederat terdaya... teruskan cita-cita dan impian anda untuk menjadi KENYATAAN... Insyallah... ~Wallahualam~


Selamat Tinggal 2011... Selamat Datang 2012...

Apa azam tahun baru???? 2012???? Semestinya Shahriah awal-awal lagi dah plan apa yang perlu Shahriah lakukan.... bukan sahaja planning untuk tahun 2012.. malah planning untuk 10 tahun akan datang juga telah siap di listkan.. ingat satu sahaja... 'KITA MERANCANG TUHAN MENENTUKAN SEGALANYA...' oleh itu rancanglah apa jua cita-cita dan impian anda... kita yang merancang ni jangan pulak hanya tahu menulisa dan list panjang berjela... jela... akhirnya tak terbuat... biar list tu kontot aje hehhe... yang penting.... SEGALA PERANCANGAN DAN IMPIAN KITA PADA TAHUN 2012 AKAN MENJADI KENYATAAN..... ~wallahualam~

Rasanya dah panjang berjela kot.... nanti bila ada kelapangan Shahriah akan kongsikan pada semua... Psstt.. rasanya dalam bulan January 2012... ni kan kan... tiap hari akan Shahriah kongsikan segala aktiviti... aktiviti apa tu???? Psstt... masih lagi samar-samar... tetapi NYATA.... so tunggu... yaa... all the best to you all.. smile always.. take care! cayang semua... muahhh TATA!!!
Perbincangan bersama Hajah Sri Diah *di pejabat beliau Buku Prima @ Group Karangkraf dan juga ketua editor Tuan Haji Ali... Projek akan datang.... best! tunggu... update seterusnya... :))))

5 comments:

You N Me said...

Tahniah Kak Sha... :)
Semoga terus sukses 2012 dan selamanya... Amiin...


_NUR KASIH STUSSY STACY_

:))

Shahriah Abdullah Novelis said...

Tq so much Nur.. all the best to you too yaa... success foreva..:)) muahhh

Siti Khatijah Binti Mahmud said...

kak,,, siti minat sngt kak akak,,,, ct stiap hari baca novel akak,, bleh tak ct mintk 6ber akak...

Siti Khatijah Binti Mahmud said...

akak sha,,, siti nak mintak nember kakak,, siti minat sngt dengn akak..

Shahriah Abdullah Novelis said...

Salam Siti... Number telefon akak sangat confidential... tak pe nanti waktu pesta buku kita jumpa yaa...:)))